Rabu, 3 Disember 2014

Pra Percutian (Ko Samui, Thailand - 12 hingga 16 September 2014) - Merancang Perjalanan.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Holiday (this part)
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4 & 5; or 
  • Itinerary.
Pengenalan.

Semasa memerhatikan kalendar, saya perasan bahawa Hari Malaysia pada tahun 2014 akan jatuh pada hari Selasa. Bermakna jika saya mengambil cuti pada hari Isnin, bermakna saya akan boleh cuti lama sikit. Pada masa itu juga merupakan cuti sekolah. Jadi saya merasakan perlu untuk berjalan-jalan dengan keluarga.

Terdapat beberapa tempat saya merancang untuk bercuti. Antaranya Krabi, Phuket atau Ko Samui di Thailand, beberapa tempat di Indonesia, di Singapura dan beberapa tempat percutian di Malaysia. Akhirnya saya memilih untuk ke Ko Samui, tetapi dengan menggunakan jalan darat atau lebih tepat, kenderaan sendiri.



Pada pagi 22 Jun 2014, saya merujuk laman web Hotel.com dan Agoda untuk mencari penginapan. Akhirnya saya memilih untuk menginap di Rose Garden Samui Bungalow untuk percutian di Ko Samui ini.



Seterusnya, pada 19 Julai 2014, setelah berbincang dengan isteri saya, maka saya menempah semalam di Tune Hotel Hat Yai melalui Hotel.com kerana kemungkinan saya kepenatan memandu dari Kuala Lumpur dan sambil itu boleh membawa keluarga saya berjalan-jalan di bandar Hat Yai.



Tiba-tiba, saya dikehendaki bertugas di Dungun, Terengganu pada 10 hingga 12 September 2014. Kiranya seperti mengganggu jadual percutian ini kerana saya merancang untuk bercuti pada 12 September 2014 tersebut. Namun, anak saya mendapat cuti khas sempena ujian UPSR yang diadakan di sekolahnya, jesteru itu setelah berbincang dengan isteri saya, saya membawa mereka sekali bersama saya ke Dungun. Ibu saya pun ingin turut serta.

Akan bersambung ke Hari 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Holiday (this part)
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4 & 5; or 
  • Itinerary.

Tiada ulasan: