If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Travel Guide - Phnom Pehn, Cambodia;
- Journey.
Panduan:
|
|||
៛ = Riel Kemboja (KHR), matawang Kemboja. Secara amnya, kadar tukaran: ៛1000 = RM1.00.
|
|||
US$ = Dollar Amerika Syarikat (USD), matawang Amerika Syarikat tetapi digunakan di Kemboja. Secara amnya, kadar tukaran: US$1.00 = RM4.20 atau RM1.00 = US$0.24.
|
|||
Waktu tempatan bagi Kemboja adalah
UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contohnya jika Kuala
Lumpur pada pukul 4:00 petang, Phnom Pehn adalah pada pukul 3:00 petang.
|
|||
Persediaan Pra Perjalanan
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
181.00
|
||
2
|
Menukar wang RM41.00
ke US$10.00 di Merchantrade Giant Taman Permata, Ulu Klang, Selangor pada
kadar jualan US$1.00 = RM4.10 pada 14 Ogos 2018.
|
||
3
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan AK536 & AK535 melalui web pada 22 Ogos 2018.
|
||
4
|
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Phnom Pehn pada 22 Ogos 2018 untuk memaklumkan
kehadiran di Phnom Pehn. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan
yang sama.
|
||
Jumlah
|
RM181.00
|
||
Hari 1 - 05
September 2018 (Rabu)
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (៛ @ US$)
|
RM
|
1
|
Bangun pagi pada pukul
03:45 pagi, segera membersihkan diri dan kemudian bersiap sambil memeriksa
beg dan keperluan. Bergerak dengan menunggang motorsikal meninggalkan rumah
pada jam 04:10 pagi menuju KL Sentral. Tiba di Brickfields pada pukul 04:22
pagi dan terus segera ke kaunter tiket bas Skybus untuk menebus tempahan
tiket bas yang telah dibeli bersama semasa tempahan tiket penerbangan. Bas
bergerak meninggalkan KL Sentral pada pukul 04:40 pagi. Dalam perjalanan,
saya memeriksa kemudahan pengeluaran wang antarabangsa bagi ATM Maybank dan
CIMB saya. Bas tiba di klia2 pada pukul 05:30 pagi.
|
||
2
|
Terus ke kiosk daftar
masuk untuk mencetak pas pelepasan bagi kedua-dua penerbangan, tetapi
rupa-rupanya kedua-dua pas pelepasan perlu disahkan dokumennya dahulu. Jadi
untuk penerbangan AK536 (KUL-PNH) dahulu, manakala bagi penerbangan AK535
(PNH-KUL) akan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Pehn (PNH)
apabila balik nanti. Kemudian, saya melihat dahulu papan kenyataan berlepas,
alamak, pintu pelepasan saya adalah P21. Jauh paling hujung di sayap P.
Selepas itu, saya mengesahkan pas pelepasan saya, agak ramai tapi kebetulan
masa itu kaunter V3 baru dibuka, jadi cepat sedikit. Selepas itu, terus saya
melakukan prosedur imigresen dan kastam dan terus ke sayap P untuk
pemeriksaan keselamatan. Selepas itu, saya terus solat kerana waktu Subuh
sudah masuk. Usai solat, terus ke pintu P21 yang kebetulan dibuka pada masa
itu (06:15 pagi).
|
||
3
|
Masuk ke pasawat
(9M-AJI). Penerbangan AK536 bergerak meninggalkan terminal pada pukul 06:40
pagi dan berlepas meninggalkan bumi Sepang pada pukul 06:55 pagi. Dalam
penerbangan, saya pun menikmati makanan yang saya tempah. Sepatutnya dalam
pesawat ini mempunyai WiFi Rokki, tapi saya tidak boleh menggunakannya, sama
ada silap saya atau silap teknikal, tak tahulah. Tidak dapat menikmati
pengisian hiburan yang ada di dalamnya yang boleh didapati secara percuma.
Borang ketibaan imigresen Kemboja dan borang perisytiharan kastam Kemboja
diedarkan di dalam pesawat, jadi saya tulis siap-siap agar mudah urusan
apabila tiba di PNH nanti.
|
||
4
|
Selamat mendarat di
PNH pada pukul pada pukul 07:40 pagi waktu Kemboja (selepas ini, waktu adalah
waktu Kemboja sehingga dimaklumkan sebaliknya), dan selamat tiba di pintu
ketibaan 6 pada pukul 07:45 pagi. Terus ke tingkat bawah untuk urusan
imigresen, amat cepat urusannya. Selepas itu, terus melalui pemeriksaan
kastam dan sudah tiba di luar yang mana tiada pendingin hawa lagi di landside.
Mencari pengurup wang, tetapi dimaklumkan di dalam airside. Rasanya
macam tiada sahaja atau terlepas pandang. Jadi, saya terus ke kaunter-kaunter
telco untuk kad SIM yang berada tidak jauh dari sebelah kiri pintu ketibaan.
Majoriti kaunter-kaunter itu menjual pakej lebih US$5, tidak menjual pakej
kurang daripada itu. Hanya Seatel sahaja menjual pakej data sahaja pada
US$1/hari. Sesuailah untuk keperluan saya. Kemudian mengeluarkan wang US$100
dari mesin ATM Maybank Kemboja (hendak keluar dominasi lebih kecil tapi tidak boleh).
RM420 ditolak dari akaun bank saya untuk tujuan tersebut.
|
US$1
|
4.20
|
5
|
Setelah itu, saya
keluar dari PNH dan menunggu bas
henti-henti no. 3 di perhentian bas yang terletak sebelah kiri pintu keluar
(kira-kira 50 meter). Bas yang pertama sampai, namun tidak dapat menaikinya
kerana saya tiada wang Riel (៛). Paling kecil saya ada US$1 (sekitar ៛4000) dan tambang bas
adalah ៛1500 sahaja. Jadi saya
membeli sebotol Coca-cola daripada penjaja yang berdekatan. Dapatlah wang
kecil.
|
៛1500
|
1.50
|
6
|
Menaiki bas
henti-henti no. 3 dari PNH ke Pasar Pusat (Central Market - Psar Thmey) Phnom Pehn
(kira-kira 45 minit).
|
៛1500
|
1.50
|
7
|
Sampai di Central
Market pada pukul 9:15 pagi. Saya berjalan mencari restoran Malaya Café
di Preah Chey Chetha St. (118), namun ia tidak buka lagi. Ingat hendak
sarapan pagi (ia buka hanya pada pukul 10:30 pagi). Seterusnya saya
berjalan-jalan di Central Market. Banyak barangan dijual di situ.
Seterusnya saya mencari bank terdekat untuk menukarkan US$100 saya tadi ke
dominasi lebih kecil. Dapat menukarnya di ABA Bank yang terletak di tenggara Central
Market. Selepas itu saya menukar US$5 ke ៛20 000 dengan dominasi
lebih kecil di hadapan kedai barangan kemas yang berada di sebelah ABA Bank.
|
||
8
|
Seterusnya saya
berjalan untuk mencari perhentian bas untuk laluan no. 2 untuk ke Tugu
Kemerdekaan Kemboja. Boleh sahaja untuk berjalan kaki tapi saya hendak simpan
tenaga. Menaiki bas di hadapan Agensi Anti Rasuah Kemboja. (Sudah tiada wang kecil ៛500, maka bayar menggunakan
៛2000).
|
៛2000
|
2.00
|
9
|
Sampai di Tugu
Kemerdekaan Kemboja selepas 3 perhentian (sebenarnya 2 perhentian sudah boleh
sampai tapi saya terlambat membunyikan loceng). Bersiar-siar dari Tugu
Kemerdekaan Kemboja dan Patung Memorial
Putera Norodom Sihanouk yang berada di dalam Taman Neak Banh Teuk serta Tugu Kebebasan Kemboja-Vietnam di Taman Wat Botum di sebelahan. Selanjutnya
saya ke Taman Istana DiRaja Kemboja. Istana ditutup pada hari tersebut.
Seterusnya saya menyusuri tebingan Riverside Sungai Tonle Sap
(terdapat beberapa tarikan di sepanjang jalan) sehingga ke Restoran Halal
Restaurant (saya berjalan kira-kira 3 kilometer).
|
||
10
|
Tiba di Halal
Restaurant pada pukul 12:00 tengahari. Walaupun kedai ini ada menyediakan
makanan Malaysia, saya ingin merasa makanan Kemboja. Saya pesan Amok Daging +
Nasi (៛9500) dan teh jasmine
(៛3000).
|
៛12500
|
12.50
|
11
|
Usai makan, saya
bergerak ke Masjid al Serkal dengan menaiki GrabBike. (Kadar adalah kadar
pertukaran kad debit BigPay yang digunakan dalam pembayaran Grab Pay).
|
៛5200
|
5.32
|
12
|
Setelah usai solat dan
menyerahkan sumbangan jariah kepada masjid, saya berjalan kaki ke hadapan
Pusat Kesihatan Ibu dan Anak Kebangsaan (National Maternal and Child
Health Center) di Jalan Perancis (France Street), untuk menaiki
bas no. 3 bagi ke lapangan terbang PNH. (Sudah tiada wang kecil ៛500, maka bayar
menggunakan ៛2000).
|
៛2000
|
2.00
|
13
|
Setelah 40 minit
perjalanan, dalam pukul 2:00 petang, tiba di PNH. Sebelum masuk ke balai
berlepas untuk daftar masuk, saya ke pintu ketibaan untuk membeli aiskrim
bersalut coklat Dairy Queen (harga ៛6200). Bagi melepaskan lelah.
|
US$1.00 + ៛2000
|
6.20
|
14
|
Masuk ke balai
berlepas. Hanya boleh mendaftar masuk 2 jam sebelum penerbangan (2:40
petang). Setelah mendaftar masuk, terus ke tingkat atas untuk masuk ke airside
dengan melakukan prosedur imigresen dan keselamatan. Selesai prosedur, terus
ke pintu 6 untuk menunggu pelepasan. Namun penerbangan AK535 lewat sikit dan
hanya masuk ke pesawat pada pukul 5:00 petang dan pesawat 9M-AHX hanya
berlepas pada pukul 5:30 petang. Memesan pakej Nasi Kandar + air mineral
Pendang + Kacang Tanah Goreng untuk makan di dalam penerbangan.
|
20.00
|
|
15
|
Penerbangan AK535 ini
tiba di klia2 pada pukul 8:10 malam (waktu Malaysia dan selepas ini
menggunakan waktu ini), dan saya terus bergegas ke untuk urusan imigresen dan
kastam, seterusnya ke stesen bas klia2. Solat dahulu di surau di situ.
Kemudian menaiki bas Skybus untuk ke KL Sentral dan bergerak meninggalkan
klia2 pada pukul 9:00 malam. Tiba di di KL Sentral pada pukul 9:50 malam.
Terus ke parkir motorsikal untuk pulang ke rumah. Tiba di rumah pada pukul
10:10 malam. (Anggaran penggunaan minyak motorsikal).
|
2.00
|
|
16
|
Singgah makan malam
bersama keluarga di medan selera berhampiran rumah. Usai makan terus pulang
ke rumah pada pukul 10:45 malam.
|
9.00
|
|
KHR 26,700
|
|||
Jumlah
|
US$ 2.00
|
RM66.22
|
|
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
KHR 26,700
|
||
US$ 2.00
|
RM247.22
|
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Travel Guide - Phnom Pehn, Cambodia;
- Journey.