If want to read in English:
Peta: Singapura,
Pada 23 September 2018, saya mendaftar masuk secara dalam web bagi penerbangan TR453 iaitu penerbang pulang dari Singapura (SIN) ke klia2 (KUL), kerana saya ingin mendapatkan pas pelepasan untuk masuk ke landside LTA Changi lebih awal. Scoot hanya membuka untuk pendaftaran masuk secara web 72 jam hingga 3 jam sebelum penerbangan sahaja. Bagi penerbangan pergi (KUL-SIN) menerusi TR466, hanya boleh mendaftar masuk di kaunter pendaftaran masuk di klia2 sahaja. Saya mencetak pas pelepasan penerbangan TR453 di kedai fotostat di kawasan rumah saya pada harga RM1.00 (biasanya 50 sen sahaja) pada esoknya (24 September 2018).
Rasanya sudah hampir lengkap persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Cuma tinggal menunggu hari pemergian sahaja. Doakan perjalanan saya pada kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan, insya Allah, amin.
Bersambung ke Kembara.
- PreJourney (this part);
- Itinerary;
- Journey.
Pengenalan.
Singapura sebenarnya bukan asing bagi saya. Ia sudah seperti kampung saya pula di mana boleh kata setiap kali Raya Aidilfitri kedua atau ketiga, saya bersama keluarga akan ke sana menemui sanak saudara yang ada di sana. Tetapi ke sana dengan cara membawa kereta sendiri ke sana sama ada melalui sempadan darat Johor Bahru - Woodlands atau Gelang Patah - Tuas. Boleh kata tidak pernahlah bersama keluarga ke Singapura menggunakan cara lain. Apatah lagi menaiki kapal terbang. Saya pun hanya sekali menggunakan Lapangan Terbang Changi (SIN), itu pun untuk transit ke Batam pada Mei 2014.
Saya juga dalam pasport semasa saya yang akan tamat tempoh tahun 2019 mendatang, rupanya tiada cop pasport masuk atau keluar Singapura menerusi udara (memanglah), yang mana boleh dikenal pasti dengan huruf A (cop pasport Singapura tidak mempunyai pengenalan tempat bagi pintu masuk/keluar udara atau laut, bagi darat huruf W mewakili Woodlands dan T mewakili Tuas. Bagi semua pintu masuk/keluar melalui udara, akan diwakili dengan huruf A dan pintu masuk/keluar melalui laut akan diwakili dengan huruf S).
Jadi saya memang rajin meninjau laman web syarikat penerbangan tambang murah Singapura seperti Scoot dan JetStar Asia, disamping syarikat penerbangan Malaysia (AirAsia, Malindo Air dan Firefly). Kalau syarikat penerbangan biasa seperti MAS, Singapore Airlines atau Silk Air, mohon maaflah, memang mahal. Sengaja beralih arah sekali sekala dengan syarikat penerbangan Singapura, kerana ada kalanya harganya lebih murah dari AirAsia sendiri. Tapi biasalah penerbangan dari Lapangan Terbang Changi memang mahal, kerana caj berkaitan lapangan terbangnya agak mahal sehingga lebih RM135.00 jika ditukar kepada nilai Ringgit terkini (10 Ogos 2018).
Biasanya JetStar mempunyai harga lebih murah tetapi pada 05 Ogos 2018, saya dikhabarkan melalui laman Facebook Scoot, yang menawarkan tambang dari RM50.00 ke Singapura. Ini bermakna, setelah ditolak caj berkaitan lapangan terbang klia2, tambang asasnya cuma RM14 sahaja! Jika dapatlah harga asas tersebut untuk sektor SIN-KUL pula, bermakna sekitar RM155 juga, jadi boleh dapat harga termasuk caj penempahan (RM8.00/orang/perjalanan, maka pergi balik seorang dicaj RM16.00, nasib baik tempah guna Ringgit Malaysia, kalau tempah matawang lain lebih mahal termasuk Dollar Singapura, dicaj SG$10.00!), cuma RM220 sahaja. Jadi saya cuba cari tarikh sesuai, dan woilla! 25 September 2018 adalah tarikhnya.
Jadi sebenarnya trip ini sekadar hendak dapat cop, dan berjalan-jalan sekitar Lapangan Terbang Changi yang telah mendapat 6 kali berturut-turut lapangan terbang terbaik di dunia oleh Skytrak. Kalau keluar dari kawasan lapangan terbang pun, pasal hendak cari tempat makan yang saya jangka akan ke Beduk atau tempat biasa saya makan di Bugis. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang destinasi kita kali ini.
Singapura, adalah sebuah negara kecil yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia Malah pernah sekejap menjadi sebahagian daripada Malaysia sebenarnya. Walaupun kecil namun ia antara kuasa besar ekonomi bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di Asia dan dunia. Dengan keluasan 721.5 kilometer persegi (dan ada kata makin bertambah) dan jumlah penduduk seramai 5.6 juta orang (data 2017), ia juga boleh dikatakan padat. Namun sebenarnya tidaklah nampak dapat sangat kerana ia diurus dengan baik. Ini termasuk juga antara penyumbang ekonominya iaitu Lapangan Terbang Changi.
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, seperti dikatakan tadi telah memenangi 6 kali berturut-turut anugerah lapangan terbaik. Memang bagus pun lapangan terbang ini. Dengan 4 terminal yang ada, ia mengendalikan kira-kira 62 juta orang penumpang pada tahun 2017 dengan hampir 374 000 pergerakan pesawat dicatatkan pada tahun yang sama, memang sibuk. Suasana dalam lapangan terbang ini memang hebat, dengan pelbagai kemudahan boleh didapati terutama jika sudah masuk ke airside.
(Sumber dari Wikipedia).

Sebenarnya sudah hampir seminggu Scoot mengadakan promosi Wandermust ini yang mana harga-harga tiketnya amat murah berbanding penerbangan Singapura lain. JetStar yang biasanya lebih murah pun kalah. Jadi pada hari akhir promosi (05 Ogos 2018), saya menempah penerbangan sektor Kuala Lumpur - Singapura - Kuala Lumpur yang kebetulan saya dapat harga paling murah mungkin iaitu RM203.66 (RM50.00 bagi KUL-SIN dan RM153.66 bagi SIN-KUL). Paling awal adalah 25 September 2018. Saya pun terus memilih dan membayar keseluruhan harga tiket ditambah RM16.00 untuk caj penempahan menggunakan kad kredit.
Oh baru saya tahu yang Scoot ini sebenarnya adalah Tiger Air yang pernah saya naiki sebelum ini pada Mei 2014. Scoot dan Tiger Air telah bergabung menggunakan 1 jenama sahaja.
Penempahan penerbangan Scoot.
Pada 12 September 2018 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran saya di Singapura kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran saya di Singapura. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran saya ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Malaysia.
Emel makluman saya di Singapura yang dihantar ke
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Bagi memudahkan perjalanan saya ke klia2 nanti, saya juga menempah tiket bas SkyBus sektor KL Sentral-klia2 pada 17 September 2018, yang dibeli di laman web Skybus pada harga RM20.00 pergi balik atau RM11 sehala. Ia lebih murah berbanding kita beli di kaunter yang mana berharga RM24.00 pergi balik atau RM12.00 sehala. Jadi saya membeli tiket pergi balik.
Tempahan bas Skybus dari KL Sentral ke klia2
(perjalanan pulang lebih kurang sama).
Saya tidak menukar wang Ringgit Malaysia kepada Dolar Singapura (SGD atau SG$ atau S$) untuk bekalan perjalanan nanti di Singapura kerana saya mempunyai bekalan wang SG$ yang banyak saya simpan. Ini kerana saya memang kerap ke Singapura terutama pada Hari Raya Aidilfitri, kerana kami sekeluarga akan melawat sanak saudara kami di sana.
Tambahan pula, saya akan mengeluarkan wang SG$ di mesin ATM Maybank Singapura iaitu bank di bawah kumpulan yang sama dengan Maybank Malaysia dengan menggunakan kad ATM Maybank Malaysia. Cara ini lebih murah kerana tiada caj pengeluaran luar negara dikenakan (umpama mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank di Malaysia) dengan syarat kita mengaktifkan kemudahan ini di perbankan internet Maybank2u terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Singapura juga menerima guna penggunaan matawang Brunei, Dollar/Ringgit Brunei (BND atau BN$ atau B$) di dalam negara mereka, atas Perjanjian Pemboleh Tukaran Antara Matawang 1967 di antara Singapura dan Brunei. Asalnya Malaysia pun termasuk dalam perjanjian, namun keluar daripada perjanjian tersebut pada 1973. Jadi di Singapura, kebanyakan tempat boleh menerima B$ dengan kadar S$1.00 = B$1.00, begitu juga sebaliknya. Jadi saya bawa juga wang Brunei saya yang ada ke Singapura.
S$50 (Siri Keempat - Kertas)
Rasanya sudah hampir lengkap persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Cuma tinggal menunggu hari pemergian sahaja. Doakan perjalanan saya pada kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan, insya Allah, amin.
Bersambung ke Kembara.
If want to read in English:
- PreJourney (this part);
- Itinerary;
- Journey.
5 ulasan:
ada laa aritu gatal2 tangan msk SIA website... KLIA - Changi return RM700. bla tgk detail RM700 tu byrn pegi je. blk FOC...dah berkira2 nk beli tp pastu x jd haha
Mahal gak tu, untuk penerbangan tak sampai sejam. Ni pun bayar airport tax kedua2 airport tambah RM34 tambangnya. Lebih sikit RM200.
Dulu lagi murah, saya dapat dalam RM155 sekitar tu la.
Airport tax SIN yang mahal...
Lepas cer try survey website Scoot, JetStar Asia, AirAsia, MAS, FireFly, Malindo Air dan Silk Air selain SIA untuk ke Singapura. Biasanya paling murah AirAsia tapi selalu orang dah grab tiket murah. Kebiasaan terendah adalah JetStar tapi bila promo tidaklah paling murah. Scoot (ambil alih Tiger Air) bila promo lebih murah dari JetStar tapi x boleh challange AirAsia la. Firefly dan Malindo dah mahal dah sekarang ni, baik naik MAS dari kedua2nya.
nk naik SIA sbb kan baru2 ni diorg dpt anugerah syarikat penerbangan terbaik dunia. so, sy nk tgk laa tang mana yg terbaiknya tu hahahahaha... sblm tu, ada seorg pakar motivasi ckp, kalau nk g mana2 cubalah naik SIA. mmg terbaik. tu kata dia laa... but at the end mmg akan pilih AA sbb kami rakyat marhaen hahahaha... MAS pun kalu kena 'peel' dia, mmg boleh dpt murah. alhamdulillah rezeki sy, dpt tix MAS murah ke london (beli ogos 2016, pegi jan 2017) RM1800 return ;-) lps tu sy check dah x de lg harga mcm tu hahahaha
betula tu...
Catat Ulasan