If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Journey.
25 September 2018 - Singapura.
|
|||
Panduan:
|
|||
$
= Dollar/Ringgit Singapura (SGD @ SG$ @ S$), matawang Singapura. Secara
amnya, kadar tukaran: S$1.00 = RM3.10 atau RM1.00 = S$0.32.
|
|||
Juga,
di Singapura, wang BN$ = Dollar Brunei (BND @ B$), matawang Brunei juga boleh
digunakan sama ada kertas mahupun syiling, dengan nilai B$1 = S$1.
|
|||
Waktu
tempatan Singapura adalah sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
|
|||
Persediaan Pra Perjalanan
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Scoot: (05 Ogos 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA Changi,
Singapura (SIN) TR453 (25 September 2018) & dari SIN ke klia2 TR566 (25
September 2018).
|
219.66
|
|
2
|
Hantar emel kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada
12 September 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Singapura. Juga mengisi
borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.
|
||
3
|
SkyBus: (17 September 2018) Menempah bas shuttle KL
Sentral-klia2-KL Sentral secara online.
|
20.00
|
|
4
|
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan TR466 melalui
web pada 22 September 2018. Penerbangan TR453 bagaimanapun, perlu mendaftar
masuk di kaunter daftar masuk Scoot di klia2 sebelum penerbangan. Mencetak
pas pelepasan penerbangan TR466 di kedai fotostat di kawasan rumah.
|
1.00
|
|
Jumlah
|
RM240.66
|
||
Hari 1 - 25
September 2018 (Selasa)
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (S$)
|
RM
|
1
|
Oleh kerana penerbangan kali ini hampir kepada waktu tengahari,
maka bangun seperti biasa waktu sebelum subuh, membersihkan diri, solat dan
melakukan rutin biasa. Menghantar anak ke sekolah pada pukul 07:00 pagi dan
terus ke KL Sentral. Tiba di Brickfields pada pukul 07:30 pagi, segera ke
kaunter Skybus di KL Sentral untuk menukarkan penempahan bas shuttle ke tiket
sebenar, menaiki bas dan bas meninggalkan KL Sentral pada jam 07:43 pagi. Tiba di klia2 pada jam 08:30 pagi, dan terus ke kaunter Z1 hingga Z3 di balai berlepas untuk daftar masuk penerbangan Scoot, tetapi ia tidak dibuka. Hanya dibuka pada pukul 09:00 pagi. Setelah saya mendapat pas pelepasan di kaunter Z1 (setelah beratur) ke bangunan satelit untuk ke lounge Plaza Premium Lounge sayap L (depan pintu pelepasan penerbangan TR453 pun, pintu
L3), untuk sarapan, dengan menggunakan kad kredit Platinum Public Islamic Bank. Pada pukul 11:00 pagi saya ke pintu L3 dan pelepasan dibuka pada
11:10 pagi. Pesawat 9V-TAN ini meninggalkan klia2 pada pukul 11:41 pagi dan
berlepas dari landasan terbang pada pukul 11:53 pagi.
|
||
2
|
Penerbangan TR453 selamat tiba di landasan LTA Changi pada pukul
12:33 tengahari. Tiba di pintu
ketibaan F37 Terminal 2 pada pukul 12:50 tengahari. Terus ke balai imigresen,
beratur dalam 10 minit untuk 6 orang barisan di depan. Selesai urusan
imigresen dan kastam, terus ke stesen MRT Changi Airport (laluan Timur Barat (East West Line - EWL) kendalian SMRT Corp) untuk ke stesen MRT
Tanah Merah (2 stesen), bayar tambang menggunakan kad Autopass kereta saya yang ada ciri
NETS FlashPay (fungsi seperti Touch n Go Malaysia, jika menggunakan wang tunai,
tambang lebih mahal dan tidak mendapat diskaun bagi pengangkutan
selanjutnya).
|
1.16
|
3.60
|
3
|
Menaiki bas SBS Transit no. 14 dari perhentian bas no. 85091
Tanah Merah Stn Exit B ke 85029 aft Bedok Meth Ch (3 perhentian), untuk ke
Masjid al-Taqua, Bedok (menggunakan NETS FlashPay).
|
0.07
|
0.22
|
4
|
Setelah selesai urusan di Masid al-Taqua, kembali semula ke LTA
Changi dengan menaiki bas SBS Transit No. 14 dari perhentian bas no. 85021
Country Park ke perhentian bas no. 85099 Tanah Merah Stn Exit A (3 perhentian)
(menggunakan NETS FlashPay).
|
0.77
|
2.39
|
5
|
Menaiki pula MRT dari stesen Tanah Merah ke stesen Changi
Airport (menggunakan NETS FlashPay).
|
0.46
|
1.43
|
6
|
Berjalan-jalan dari Terminal 3, Terminal 2 dan kemudian menaiki
bas shuttle percuma (landside) ke Terminal 4 (perlu menaikinya di aras
2 (ketibaan) Terminal 2. Di Terminal 4, berjalan di landside sahaja dan dapat melihat seni"Petalcloud". Saya membeli Heaven and Earth Jasmine
Green Tea 500 ml di kedai serbaneka Cheers
(menggunakan NETS FlashPay).
|
2.60
|
8.06
|
7
|
Kembali semula ke Terminal 2 ("A Million Times", Taman Bunga Matahari & Taman Bunga Orkid), meneruskan jalan-jalan ke Terminal 3 (Taman Rama-rama), Terminal 1 (Taman Kaktus) dan Terminal 2
dengan kombinasi jalan kaki, travellator dan SkyTrain. Singgah
di medan selera Terminal 2 untuk makan set roti bakar + telur separuh masak +
kopi (bayar tunai).
|
4.80
|
14.88
|
8
|
Kemudian di medan tersebut, terdapat sebuah restoran McDonald's,
memesan set Big Mac + Kentang Goreng (besar) + minuman ringan (sederhana)
untuk dibungkus (makan di depan pintu pelepasan F35, sementara menantikan
masuk ke dalam pesawat)
|
6.15
|
19.07
|
9
|
Menunggu di depan pintu pelepasan F35 sambil mengecaj telefon
bimbit dan power bank. Pemeriksaan keselamatan pra pelepasan dibuka
pada 6:15 petang (saya hanya berada di depan pintu pada 6:35 petang),
kemudian pintu pelepasan bagi penerbangan TR466 dibuka pada 6:50 petang.
Pesawat 9V-TRE meninggalkan bangunan terminal (pushback) pada 7:31
malam, dan hanya berlepas meninggalkan Singapura pada 7:46 malam. Di dala
pesawat, membeli model A320 Scoot skala 1:200.
|
20.00
|
62.00
|
10
|
Pesawat selamat mendarat di klia2 pada pukul 8:22 malam. Tiba di
pintu L5 pada pukul 8:26 malam dan pintu dibuka pada pukul 8:30 malam. Terus
ke urusan imigresen dan kastam. Kemudian ke surau stesen bas klia2 untuk
solat. Usai solat, menaiki bas ke KL Sentral yang bergerak pada pukul 9:20
malam. Tiba di KL Sentral pada pukul 10:20 malam. Terus ke parkir motorsikal
dan pulang ke rumah. (Anggaran penggunaan minyak petrol bagi motorsikal
perjalanan pergi balik rumah ke KL Sentral dan pulang).
|
3.00
|
|
11
|
Singgah makan malam di medan selera berhampiran dengan rumah
pada jam 10:42 malam. Selesai terus pulang ke rumah.
|
7.00
|
|
Jumlah
|
$ 36.01
|
RM121.63
|
|
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
$ 36.01
|
RM362.29
|
Saya di Masjid al-Taqua, Bedok, Singapura.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Journey.
2 ulasan:
sy nk try jg laa pegi balik hari ;-)
Try jangan tak try 😆.
Cuma nak explore Changi Airport, macam tak cukup sehari kot huhuhu...
Catat Ulasan