Jumaat, 5 Oktober 2018

Itinerari (Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia - 01 hingga 02 Oktober 2018).

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2.

Saya di Tugu Khatulistiwa, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

01 hingga 02 Oktober  2018 -  Pontianak, Indonesia.
Panduan:
Rp (IDR) = Rupiah, matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp 10 000 = RM3.00 atau RM1.00 = Rp 3333.
Waktu tempatan bagi Indonesia Barat (termasuk pulau Kalimantan) adalah UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contohnya jika Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang, Pontianak adalah pada pukul 3:00 petang.
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Air Asia: (11 September 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA Supadio, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia (PNK) AK478 (01 Oktober  2018) & dari PLM ke klia2 AK479 (02 Oktober  2018) (RM64.26 + 1000 mata AirAsia BIG Loyalty) + bas shuttle SkyBus (RM17.80) + makanan (RM14.00).
96.06
2
Agoda: (12 September 2018): penginapan sebuah bilik di Hotel Surya , Pontianak, Indonesia (1 malam) pada 01 hingga 02 Oktober  2018 asal berharga RM 33.76 (Rp120,650), tolak dengan baki gift card RM 4.61 (Rp16,473) = (Rp104,177).
30.47
3
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK478 melalui web pada 17 September  2018 & AK479 melalui web pada 18 September 2018.

4
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pontianak pada 17 September 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Pontianak. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

5
Telin Malaysia: (29 September 2018) Pek kad SIM Telkomsel Kartu As 2 in 1 Malaysia (yang mempunyai 2 nombor telefon, Malaysia & Indonesia dalam 1 kad SIM) di GraPARI Chow Kit, Kuala Lumpur. (Mempunyai  pra isi: RM1.00 & Rp2000.). Muat turun aplikasi MyTelkomsel untuk pengurusan kad SIM dari Google Play Store (nombor Indonesia sahaja).
10.00


Jumlah
RM136.53
Hari 1 -16 Februari 2019 (Sabtu)
Bil
Butir
Matawang Asing (Rp)
RM
1
Meninggalkan rumah pada pukul 1:35 tengahari selepas solat Zohor. Sampai di Brickfields pada pukul 1:55 tengahari. Terus ke kaunter tiket di KL Sentral untuk menebus tiket bas Skybus ke klia2. Bas bertolak pada pukul 2:20 petang. Sampai di stesen bas klia2 pada pukul 3:11 petang. Terus ke balai berlepas untuk mendapatkan pas pelepasan di kaunter V2. Selepas itu terus masuk pintu berlepas untuk urusan imigresen dan kastam. Terus ke sayap P untuk pemeriksaan keselamatan dan terus surau untuk menunggu waktu solat Asar. Usai solat, terus ke pintu pelepasan P9 bagi menantikan pelepasan. Pintu pelepasan hanya dibuka pada pukul 5:00 petang kerana ketibaan lewat pesawat 9M-AJH dari destinasi sebelumnya. Pesawat ini meninggalkan bangunan terminal (pushback) pada pukul 5:19 petang dan berlepas dari landasan 33   KLIA pada pukul 5:48 petang dalam keadaan hujan membasahi bumi Sepang.


2
Selamat mendarat di landasan 15 Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Supadio pada 6:16 malam (WIB) dan tiba di pintu 5 pada 6:20 malam. Pintu dibuka 6:23 malam dan terus ke ke kaunter imigresen untuk urusan masuk ke Indonesia. Selesai pada jam 6:40 malam dan terus ke pemeriksaan kastam dan terus keluar. Rehat sebentar sebelum azan Isyak jam 6:56 malam. Saya pun solat jamak di musollah sebelah pintu ketibaan antarabangsa. Selepas itu dengan internet WiFi LTA Supadio, saya menambah nilai OVO Rp100,000 (+- RM30.00) melalui aplikasi Grab.


3
Kemudian melalui aplikasi OVO saya menambah nilai kredit (pulsa) telefon Telkomsel saya sebanyak Rp25,000 (+- RM7.50) dengan caj Rp1000 (RM0.30). Mencuba untuk melanggan perkhidmatan internet (tapi tidak berjaya tanpa disedari).
26,000.00
7.80
4
Saya berjalan ke luar kawasan parkir lapangan terbang untuk menempah GrabBike dalam keadaan hujan. Berjaya mendapatnya dengan harga Rp1 sahaja (promosi dengan menggunakan OVO). Dalam sepuluh minit, penunggang tersebut tiba, namun dua orang samseng datang menghalang penunggang GrabBike dari mengambil saya. Saya membatalkan tempahan dan terus berjalan ke simpang jalan utama. Setelah sampai, penunggang GrabBike (namanya Herman) dan salah seorang samseng tiba sebelah saya. Samseng itu meminta wang pemerasan Rp50,000 untuk diberikan kepadanya, jadi tidak mahu jadi apa-apa, saya berikan (panjang sikit ceritanya sebenarnya).
50,000.00
15.00
5
Seterusnya, Herman (yang kena peras (paw) sebenarnya, jadi saya tolong dia) hantarkan saya ke Hotel Surya dengan harga sepatutnya dia dapat (Rp27,000 (+- RM8.10)), saya setuju. Pada masa itu baru saya sedar, langganan internet saya tidak berjaya dan kredit saya habis diguna data internet. Jadi saya tambah Rp25,000 (+- RM7.50) dengan caj Rp1000 (RM0.30). 
26,000.00
7.80
Dalam perjalanan, saya minta untuk ke mesin ATM Maybank untuk mengeluarkan wang. Sampai di mesin ATM Maybank, saya mengeluarkan Rp300,000 (+- RM90.00, tetapi dicaj dalam akaun Maybank RM87.30).


7
Seterusnya, meneruskan perjalanan sehingga hotel. Saya memberikan Rp50,000 (+- RM15.00) dan meminta Herman menjadi pemandu pelancong saya mulai jam 9:30 pagi sampai saya kembali ke LTA Supadio esoknya sebanyak Rp100,000 (RM30.00). Alhamdulillah, dia bersetuju.
50,000.00
15.00
8
Tiba di hotel sekitar jam 9:00 malam. Pendaftaran berjalan lancar, perlu deposit Rp50,000. Jadi saya pun berehat sahaja selepas itu.



Jumlah
Rp152,000.00
RM45.60
Hari 2 -17 Februari 2019 (Ahad)
Bil
Butir
Matawang Asing (Rp)
RM
1
Terjaga dari tidur pada pukul 03:45 pagi. Niat dihati untuk bersolat di masjid, tetapi hati ini kerisauan, jadi solat Subuh di dalam bilik sahaja. Azan Subuh pada pukul 04:12 pagi. Membersihkan diri dan mengemas bilik serta beg. Berehat sementara hari terang sedikit.


2
Keluar bersiar-siar sekitar kawasan hotel pada pukul 6:00 pagi. Melewati Taman Tugu Pancasila, pelbagai pejabat kerajaan (Bea & Pajak (Kastam), Walikota (Majlis Perbandaran), Pos, bank-bank dan Taman Alun Kapuas. Tiba di Pelabuhan Bardan (feri penyeberangan Sungai Kapuas). Menaiki feri menyeberang ke Pelabuhan Siantan.
2,500.00
0.75
3
Menyeberang pulang ke Pelabuhan Bardan dari Pelabuhan Siantan menaiki bot penambang. Menyeluarkan wang Rp 50 000 (+- RM15.00) di CIMB NiagaPulang kembali hotel untuk bersarapan. Kembali ke bilik untuk berehat.
2,000.00
0.60
4
Menaiki GrabBike pada pukul 08:00 pagi ke GraPARI Telkomsel Pontianak di Jl Gusti Sulung Lelanang untuk urusan menyelesaikan masalah kad SIM Telkomsel Kartu As 2 in 1 Malaysia yang tidak boleh melanggan internet. Waktu menunggu dan urusan lebih 2 jam!
5,000.00
1.50
5
Herman mengambil saya di GraPARI pada pukul 10:30 pagi. Pulang ke hotel untuk daftar keluar. Herman membawa saya makan di Warong Pa' Ngah di Jl Yos Sudarso yang terkenal dengan bubur pedas, hidangan terkenal Pontianak (harga adalah untuk dua orang) pada pukul 11:00 pagi.
38,000.00
11.40
6
Selesai makan tengahari pada pukul 11:20 pagi, Herman membawa saya ke Permakaman Diraja al-Qadrie di Batu Layang. Tiba di situ pada jam 12:10 tengahari. Solat di surau sebelah permakaman. Terdapat juga meriam (dikatakan yang menembak pontianak tersebut) dan batu yang kelihatan seperti melayang berdekatan. (Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60) dibayar Herman kepada penduduk tempatan (tiada beresit)).


7
Seterusnya (12:20 tengahari) dibawa ke Tugu Khatulistiwa (tiba jam 12:30 tengahari). (Bayaran parkir motorsikal Rp3000 (+- RM0.90) dibayar Herman kepada petugas Khatulistiwa Park (beresit)). Tiada bayaran masuk.


8
Pada 12:50 tengahari, meninggalkan Tugu Khatulistiwa menuju ke Istana Qadriah (juga dikenali Keraton Qadriah). Singgah di Indomaret di pertengahan perjalanan untuk membeli 2 botol kecil 600ml (Rp2700 (+- RM0.81)/botol dan 1 botol besar 1.5 l (Rp4800 (+- RM1.44) air minuman.
10,200.00
3.06
9
Pada pukul 1:15 tengahari, tiba di Masjid Sultan Syarif Abdul Rahman yang tidak jauh dari Istana Qadriah. Menyampaikan sumbangan yang diamanahkan ke tabung masjid. (Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60) dibayar Herman kepada penduduk tempatan (tiada beresit)).


10
Pada 1:30 tengahari, ke Istana Qadriah pula. (Tiada bayaran parkir dan juga masuk percuma, berikan sumbangan ikhlas sahaja).


11
Meninggalkan Istana Qadriah menuju ke Museum Kalimantan Barat pada jam 1:55 tengahari. Tiba pada pukul 2:10 petang. Bayaran masuk Rp3000 (+- RM0.90)/orang, tiada bayaran parkir. Sepatutnya harga untuk pelancong luar negara adalah Rp 10,000 (+- RM3.00)/orang!
6,000.00
1.80
12
Meninggalkan muzium pada pukul 2:30 petang. Singgah di depan Masjid Raya Muhajidin pada pukul 2:40 petang untuk mengambil gambar. Meneruskan perjalanan ke Rumah Panjang Radakng. Di sebelah Rumah Radakng, adalah Rumah Adat Melayu Kalimantan Barat.  (Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60) dibayar Herman kepada petugas Rumah Radakng (beresit)).


13
Meninggalkan Rumah Melayu Kalbar pada pukul 3:00 petang dan tiba di Taman Digulis Pontianak pada pukul 3:15 petang. Di sini juga terdapat Tugu Buluh Runcing di tengah-tengah bulatan. Di sini juga sebenarnya adalah kawasan Universitas Tanjung Pura.  (Sepatutnya ada bayaran parkir motorsikal kepada orang perseorangan tetapi tidak dibayar kerana hanya sebentar).


14
Meninggalkan Taman Digulis pada pukul 3:20 petang menuju ke LTA Supadio. Singgah ke Tahu Sumedang Renyah pada pukul 3:35 petang untuk minum petang (8 biji tahu sumendang (Rp1000 (+- RM0.30)/biji) dan dua botol Teh Botol Sosro (Rp8000 (+- RM2.40)/botol).
24,000.00
7.20
15
Pada pukul 3:45 petang, usai minum petang, dan kami sampai di parkir motorsikal LTA Supadio (Rp4000 (+-RM1.20)/kemasukan, dibayar Herman) pada jam 3:55 petang. Kami berpisah di sini dan saya memberikan Rp110 000 (+- RM 33.00), lebih sikit dari yang dijanjikan (kebetulan wang saya ada itu sahaja setelah menolak Rp50 000 (+- RM15.00) untuk sebarang kemungkinan kecemasan).
110,000.00
33.00
16
Ke bangunan terminal dan waktu daftar masuk bagi penerbangan AK479 telah dibuka, jadi terus mendaftar masuk dan terus naik ke balai menunggu domestik serta kemudian masuk ke balai meninggu antarabangsa pula. (Perlu diingat, terdapat tiga kali pemeriksaan keselamatan, iaitu pertama sebelum masuk balai berlepas (kawasan daftar masuk), kedua sebelum masuk ke balai menunggu domestik dan ketiga selepas pemeriksaan imigresen sebelum balai menunggu antarabangsa (disekalikan dengan kastam). Semuanya perlu bersih dari peralatan logam).  (Baki di dalam wallet OVO Rp48 000 (+- RM14.40) yang insya Allah saya akan gunakan sama ada untuk kegunaan utamanya Grab atau lain-lain yang boleh pada perjalanan akan datang).


17
Penerbangan tiba lewat, sepatutnya penerbangan AK479 ini berlepas pada pukul 6:20 malam tapi 6:15 malam, pesawat AirAsia masih belum tiba. Sejam sebelum itu, setelah masuk ke dalam bangunan terminal, hujan ribut berlaku. Alhamdulillah, pada pukul 6:40 malam, sampailah pesawat 9M-AJZ pun tiba. Sempatlah solat maghrib jamak isyak pada jam 6:12 malam di surau balai menunggu antarabangsa ini. Pada pukul 6:50 malam, pintu pelepasan dibuka dan lima minit kemudian, dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Pesawat meninggalkan bangunan terminal pada pukul 7:04 malam dan 7:08 malam, berlepas dari landasan terbang 33 LTA Supadio menuju ke klia2.


18
Pada 9:40 malam waktu Malaysia, setelah sejam 32 minit penerbangan, mendaratlah pesawat 9M-AJZ ini di landasan 33 KLIA. Pada 9:46 malam, ia tiba di pintu L7 dan ia dibuka dalam 4 minit kemudian melakukan urusan imigresen dan kastam, terus ke stesen bas klia2 untuk menaiki bas Skybus ke KL Sentral trip jam 10:20 malam (terlepas seminit untuk bas 10:00 malam).


19
Tiba di KL Sentral pada pukul 11:10 malam, terus ke parkir motorsikal dan terus menuju pulang ke rumah. Singgah untuk makan nasi lemak ayam goreng rempah di medan selera kejiranan bersebelahan pada jam 11:30 malam dan tiba di rumah pada jam 11:55 malam.

6.50
31
Anggaran penggunaan petrol motorsikal.

3.00

Jumlah
Rp197,700.00
RM68.81
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
Rp349,700.00
RM250.94
RM104.91



Saya di Istana Qadriah, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2.

11 ulasan:

dear anies berkata...

x smpi RM300 DASAT!!

dear anies berkata...

P/S TERIMA KASIH UTK INFO ENTRY INI!

http://aniesandyou.blogspot.com/2018/10/taipei-taiwan-restoran-halal-changs.html

dear anies berkata...

bahayanya! uh kalau pompuan sorang dtg sini... mau menangis dah kena paw mcm tu... nnt share ya tuan psl hal tu

GD berkata...

Itu pun pasal kena bantu penunggang GrabBike yang kena peras ugut! Kalau perjalanan ikut perancangan rasanya lagi kurang rasanya. 😅. Syukur, alhamdulillah 🤲🏼...

GD berkata...

Tu la pasal. AirAsia pun satu, buat penerbangan sampai LTA Supadio waktu malam. Sepatutnya biarlah tiba waktu ada matahari. Walaupun LTA Supadio ni selamat, kawasan luar tu gelap. Kena pula ada kartel untuk pengangkutan dari Bandara Supadio ni. Nampak gaya pihak Indonesia sukar membuang budaya kartel ini. Jangan ingat parawisata ini semua orang kaya raya!

GD berkata...

Alamak, terima kasih berbanyak atas kredit tersebut. Macam promosi pula huhuhu. Jangan minta duit pasal saya ni bukan kaya raya sangat huhuhu. Tu yang jadi backpacker 😂.

GD berkata...

Ceritanya kena tunggu Catatan Hari 1 la. Lepas ni keluar catatan Panduan Kembara Pontianak dulu baru catatan Hari 1. TUNGGUUUUU ya...

dear anies berkata...

sy kalu nk mintak duit da boleh buat umrah (kredit utk blogger) hahahahaha... xde laa.. plg krg bantu naikkan PV blog seseorg.. dan plg penting dpt bantu org lain... pahala mengalir byk tu😊😊😊😊😊

GD berkata...

Alhamdulillah. Saya pun dapat umrah dan haji pun tak minta duit orang. Ada je rezeki insya Allah. Semoga Anies dimewah rejeki (memetang baru pulang dari Indo, ngobrol Indo lak gue, hehehe, pada hal Pontianak cakap Melayu macam orang Johor Riau cakap, contohnya saye suke awak), amin, insya Allah. Doakan saya rezeki limpah ruah dan semuanya terbaik, masa tu Anies tak minta pun saya bagi, insya Allah, amin. Cuma sekarang ni belum kemampuan lagi, semoga masa berkempuan itu tiba jua... Huhuhu... Amin, insya Allah.

Hafiz M aka Jebat Jr berkata...

Assalamualaikum. Catatan perjalanan yg menarik. Saya belum habis baca blog tuan. Sepanjang berada di Pontianak, ada nampak kenderaan dari Malaysia? Saya bercadang nak drive dari Kuching ke Pontianak, bawa keluarga bercuti. Sedang mencari kekuatan diri. Bukan masalah drive jauh, tapi bab-bab keselamatan. Samseng dalam cerita tuan ni samseng betul atau samseng taik minyak?

GD berkata...

Waalaikumsalam. Samseng tu samseng taik minyak je. Itu biasa di kebanyakan airport, stesen keretapi dan banyak shopping complex di Indonesia. Tapi biasanya hanya di tempat tertentu. Ada sahaja kereta Malaysia tapi tak banyaklah. Kuatkan semangat untuk mengembara, insya Allah Allah akan memelihara kita. Selesai perjalanan nanti kongsikanlah pengalaman untuk orang lain jadikan panduan...