Memaparkan catatan dengan label 25 Ogos 2015 - Kangar Perlis Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 25 Ogos 2015 - Kangar Perlis Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2015

Kangar, Perlis, Malaysia - 25 Ogos 2015 - Perkhidmatan Bas Henti-henti myBAS Perlis.

Click here if want to read in English version.

25 Ogos 2015

Pada hari tersebut, saya telah diarahkan untuk ke Kangar bagi tujuan menghadiri Majlis Perasmian Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Yang Amat Berhormat  Dato' Seri Azlan bin Man.



Sebenarnya sudah lama negeri Perlis tidak dilitupi perkhidmatan bas henti-henti. Jika ada pun perkhidmatan yang hanya beberapa tempat sahaja oleh MARA Liner. Jadi, melalui Program Tranformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST - Stage Buses Service Transformation) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melalui peruntukan di bawah Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat, salah satu inisiatif di dalam Program Tranformasi Kerajaan (GTP - Government Transformation Programme) oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia, perkhidmatan bas henti-henti diperkenalkan semula di negeri Perlis. Jenama yang digunakan bagi program SBST ini di seluruh negara adalah myBAS.


Perlis atau lebih tepat Kangar, merupakan bandar pertama yang mendapat peruntukan di bawah program myBAS ini. Perkhidmatan ini dijalankan operasinya oleh MARA Liner Sdn Bhd (MLSB), anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA). Operasinya telah dijalankan mulai 01 Ogos 2015 yang lepas.

Selepas daripada itu, perkhidmatan myBAS di Seremban akan pula dilancarkan tidak lama lagi melalui operator City Liner, anak syarikat Konsortium Transnasional Berhad (KTB), seterusnya, bandar-bandar lain seperti Ipoh, Melaka, Kuala Terengganu dan Kuching. Perkhidmatan myBAS akan dikembangkan di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia selepas itu.



Imej semua myBAS ini diselaraskan di semua perkhidmatan di seluruh negara tidak kira operator. Jadi contohnya boleh dilihat di gambar di atas. Buat masa ini, bas-bas myBAS di Perlis akan menggunakan bas berlantai tinggi kebanyakan berjenama Hino. Dikhabarkan, pihak MLSB akan menukar bas-bas tersebut dengan berlantai rendah, sama seperti bas-bas bandar yang dioperasikan oleh RapidKL, RapidPenang, RapidKuantan dan GoKL. Ia akan menggunakan bas berjenama MAN.

Perkhidmatan bas henti-henti myBAS Perlis ini sememangnya satu transformasi, kerana walaupun rata-rata kawasan di dalam negeri Perlis ini berstatus luar bandar, namun perkhidmatan myBAS ini menggunakan perkhidmatan moden, jika tidak baik, setanding dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan malah boleh dibandingkan dengan Singapura dan bandaraya-bandaraya besar di negara maju lain. Menggunakan sistem tiket One Man Operating (OMO), setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan myBAS akan dikira secara automatik setiap kali memasuki bas dan ini akan dihantar datanya secara real time ke SPAD dan pengurusan MLSB. Ini dapat mengurangkan ketirisan oleh pemandu. Malah perjalanan bas dipantau melalui sistem GPS dan jadual masa perjalanan akan sentiasa diikuti.




Majlis Pelancaran myBAS Perlis ini mendapat liputan media. Contohnya di atas adalah sedutan majlis tersebut di dalam Berita Wilayah di RTM TV1.


Bagi mengetahui lanjut maklumat mengenai myBAS Perlis ini boleh klik gambar pamplet di atas dan di bawah untuk membesarkannya agar lebih jelas.


Perkhidmatan myBAS Perlis ini pada mulanya akan mempunyai 5 laluan utama (trunk) yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf T (T001, T002, T003 i (hari biasa), T003 ii (hari minggu), T004 dan T005).

Juga terdapat 8 laluan pengantara (feeder) yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf F (F001 hingga F008) serta 2 laluan pengantara bandar yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf CF (CF109 dan CF110). 

No. Laluan
Laluan
T101
Bukit Lagi - KTM Arau
T102
Bukit Lagi - Padang Besar
T103i
Bukit Lagi - Beseri - KTM Arau
T103ii
KTM Arau - Beseri - Bukit Lagi (Hujung Minggu)
T104
Bukit Lagi - Ayer Itam
T105
Bukit Lagi - Kampung Wai
F101
Bukit Lagi - Kg. Pangau - Bukit Lagi
F102
KTM Arau - Pauh Putra - Felda Chuping
F103
KTM Arau - Felda Chuping
F104
Beseri - Jejawi - Beseri
F105
Beseri - UiTM - KTM Arau
F106
KTM Arau - Kilang Gula
F107
KTM Arau - Kuala Sungai Baru
F108
Kaki Bukit - Wang Kelian
CF109
City Feeder Kangar Utara
CF110
City Feeder Kangar Selatan

Perkhidmatan myBAS Perlis ini akan menjadi kayu pengukur (benchmark) bagi transformasi perkhidmatan bas henti-henti di Malaysia. Ia akan membantu perjalanan penduduk-penduduk negeri Perlis dan juga dapat memajukan produk-produk perlancongan yang banyak di Perlis seperti Gua Kelam, Wang Klian, Sg Batu Pahat, Kuala Perlis, Arau dan sebagainya.

Dengan perkhidmatan myBAS Perlis juga akan menyokong perkhidmatan keretapi elektrik KTM ETS, yang telah memulakan perkhidmatannya. Jadi sekarang memang mudah untuk bergerak ke seluruh negeri Perlis dengan adanya myBAS Perlis.



Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...



Click here if want to read in English version.