Memaparkan catatan dengan label 28 Februari hingga 02 Mac 2014 Pulau Karimun & Pulau Kundur Kepulauan Riau (Kepri) Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 28 Februari hingga 02 Mac 2014 Pulau Karimun & Pulau Kundur Kepulauan Riau (Kepri) Indonesia. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

Itinerari (Pulau Karimun & Pulau Kundur, Kepri, Indonesia - 28 Februari hingga 02 Mac 2014).

Jika mahu lihat log kembara dalam Bahasa Melayu: 
Hari 1;
Hari 2atau 
Hari 3.

If want to read  travel log in English: 
Day 1
Day 2
Day 3; or 
Itinerary.





Persediaan Pra Perjalanan.


Kos

1. Tiket bas ekspres Mayang Sari (dibeli melalui TBS eTicketing) dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur ke Pontian, Johor, RM28.00.
2. Tukar matawang RM300.00 kepada Rp3 1 047 000.00 di Akbar Money Changer Sdn Bhd, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Jumlah kos harian1/keseluruhan2: RM328.00

Dalam tangan: Rp 1 047 000 .00 (+- RM300.00).


28 Februari 2014 (Jumaat)

2300H4 (11:00 malam waktu Malaysia, (selepas ini sehingga diberitahu adalah waktu Malaysia)).
-Tiba di TBS;
-Tukar kepada tiket sebenar di kaunter khas;

2330H (11:30 malam)
-Bas Mayang Sari ke Pontian sampai dan lima minit kemudian, ia berlepas.

Jumlah kos harian: RM0.00
Jumlah kos keseluruhan: RM328.00
Dalam tangan: Rp 1 047 000 .00 (+- RM300.00).


01 Mac 2014 (Sabtu)

0425H (4:25 pagi)
-Bas sampai di Terminal Pengangkutan Awam Pontian.
-Ke restoran McDonald's berdekatan stesen bas untuk membersihkan diri dan bersarapan. RM9.00.

0630H (6:30 pagi)
-Diambil oleh Pak Nasir, bersolat di Masjid Bandar Pontian.

0700H (7:00 pagi)
-Bertolak dari Masjid Bandar Pontian menuju Kukup.

0725H (7:25 pagi)
-Sampai di Kukup.
-Tanya tiket pukul 0800H (8:00 pagi) di kaunter MV Tuah tapi habis, belum boleh beli tiket pukul 0830H (8:30 pagi) di kaunter Ocean Indoma lagi.
-Bersarapan lagi dengan Pak Nasir sekeluarga. RM6.00.

0800H (8:00 pagi)
-Kaunter Ocean Indoma untuk feri 0830H (8:30 pagi) ke Tanjung Balai, Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia, telah dibuka. Saya membeli tiket sehala RM95.00 (termasuk yuran keberangkatan (cukai pelabuhan) dan yuran memproses).
-Ke kaunter imigresen dan kastam Malaysia untuk prosedur keberangkatan.
-Menaiki feri.

0835H (8:35 pagi)
-Feri berangkat dari Terminal Feri Antarabangsa Kukup ke Tanjung Balai Karimun.

0830G5 (8:30 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), (selepas ini sehingga diberitahu adalah WIB)).
-Feri tiba di Pelabuhan Penumpang Internasional Tanjung Balai, Karimun.
-Laksanakan prosedur imigresen dan kastam Indonesia.
-Berjumpa dengan Azmi.
-Membeli kad SIM TelkomSel simPATI, Rp15 000 (+-RM4.50) + tambah nilai prabayar Rp20 000 (+-RM6.00).
-Dibawa meronda sekitar pekan Tanjung Balai, Karimun.
-Membeli sedikit cenderahati 3 helai T-Shirt di Pasar Sri Karimun Jaya, Rp80 000 (+-RM24.00).
-Menuju ke Pelabuhan Rakyat Sri Tanjung Gelam.

1125G (11:25 pagi)
-Bertolak dari Pelabuhan Rakyat Sri Tanjung Gelam untuk ke Selat Beliah, Kundur dengan feri MV Asia Permai. Tambang dibayar oleh Azmi jadi tidak dimasukkan (tetapi dipercayai dalam Rp18 000 (+-RM6.00) termasuk insurans dan cukai pelabuhan setiap orang)

1145G (11:45 pagi)
-Tiba di Selat Beliah.
-Terus menuju ke rumah Azmi di Prayun, Kundur.

1600G (4:00 petang)
-berjalan-jalan sekitar Pulau Kundur.
-makan Lendot dan air kelapa muda gula melaka. Rp44 000 (+-RM13.20).

1815G (6:15 petang)
-solat di Masjid al 'Inayah, Prayun, Kundur.
-pulang ke rumah.

2030G (8:30 malam)
-Keluar berjalan-jalan sekitar Prayun dengan Pak Nasir dan Azmi sekeluarga.
-Makan malam di sebuah restoran di Prayun (Pak Nasir belanja).
-Pulang ke rumah Azmi.

RM
Jumlah kos harian: RM110.00.
Jumlah kos keseluruhan: RM438.00.

Rp
Dalam tangan awal: Rp1 047 000 (modal+-RM300.00, nilai +-RM349.00)6.
Jumlah kos harianRp159 000 (+-RM53.00).
Jumlah kos keseluruhanRp159 000 (+-RM53.00).
Dalam tangan akhir: Rp888 000 (+-RM296.00).

Keseluruhan
Jumlah kos harian6: RM163.00
Jumlah kos keseluruhan7: (RM438.00 + RM53.00 = RM491) - RM296.00 = RM195.00.


02 Mac 2014 (Ahad)

0600G (6:00 pagi)
-Ke warung sarapan pagi di pekan Prayun (dibelanja oleh Azmi).
-Pulang kembali ke rumah Azmi setelah selesai.

0830G (8:30 pagi)
-Kami bertolak ke destinasi masing-masing. Memberikan anak-anak Azmi (2 orang) Rp50 000 setiap seorang (jumlahnya +-RM30.00).
-Saya dan adik kepada Azmi ke Selat Beliah untuk ke Tanjung Balai, Karimun.
-Beli tiket feri MV Ocean Asia pada harga Rp18 000 termasuk insurans dan cukai pelabuhan setiap seorang (jumlah keseluruhan +-RM12.00).

0920G (9:20 pagi)
-Bertolak dari Selat Beliah, Kundur ke Pelabuhan Rakyat Sri Tanjung Gelam, Tanjung Balai, Karimun dengan feri MV Ocean Asia.

0940G (9:40 pagi)
-Tiba di Pelabuhan Rakyat Sri Tanjung Gelam, Tanjung Balai, Karimun.
-Ke Pelabuhan Penumpang Antarabangsa Tanjung Balai untuk beli tiket, dapat beli tiket feri Indo Falcon ke Singapura pukul 1100G (11:00 pagi) bernilai Rp200 000 dengan harga Rp180 000 (+-RM60.00) kerana sudah siap sediakan sendiri borang imigresen Singapura.
-Tambah nilai prabayar TelkomSel simPATI Rp20 000 (+-RM6.00).
-Ke kawasan sekitar Pelabuhan Rakyat Sri Tanjung Gelam dan Pasar Sri Karimun Jaya untuk beli beberapa cenderahati lagi seperti telekung & kain batik. Rp180 000 (RM60.00).
-Makan nasi padang dan air jus alpokat serta beli bekalan air minuman Rp28 000 (RM9.40).

1025G (10:25 pagi)
-Ke Pelabuhan Penumpang Antarabangsa Tanjung Balai untuk pelepasan ke Singapura.
-Membayar cukai pelabuhan Rp60 000 (+-RM20.00).
-Prosedur imigresen dan kastam Indonesia.
-Memasuki feri MV Falcom 5.

1105G (11:05 pagi)
-Feri MV Falcon 5 berlepas dari Pelabuhan Penumpang Antarabangsa Tanjung Balai.

1340H (1:40 tengahari waktu Singapura (selepas ini dan seterusnya adalah waktu Singapura & Malaysia (waktu yang sama bagi kedua-dua negara))).
-Feri MV Falcon 5 tiba di terminal feri HarbourFront, Singapura.
-Melaksanakan prosedur imigresen dan kastam Singapura.
-Beli kad SIM SingTel Hi! Prepaid, SG$9. 14.00 (+-RM36.40).
-Beli tambah nilai SingTel Hi! Prepaid SG$20.00 (+-RM52.00).
-Menuju ke stesen MRT HarbourFront untuk ke stesen MRT Kranji. Membeli tiket biasa pada harga SG$2.30 (+-RM6.00).

14:20H (2:30 petang)
-Tren MRT bergerak dari stesen MRT HarbourFront menuju ke stesen MRT Kranj.

15:00H (3:00 petang)
-Tren MRT sampai di stesen MRT Kranji,
-Ke kedai serbaneka di stesen MRT Kranji untuk beli air minuman botol (hendak tukar duit syiling sebenarnya). SG$1.70 (+-RM4.50).

1515H (3:15 petang)
-Menaiki bas SBS Transit bernombor 170 putih untuk ke Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru. SG$1.90 (+-RM5.00).

1525H (3:25 petang)
-sampai di Woodlands Checkpoint untuk prosedur imigresen & kastam Singapura.
-mengambil semula mana-mana bas menyeberang Tambak Johor untuk ke Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia.

1615H (4:15 petang)
-sampai di Bangunan Sultan Iskandar untuk prosedur imigresen & kastam Malaysia.
-mengambil semula bas yang mula-mula tadi (SBS Transit - 170 putih) untuk ke Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru.

1640H (4:40 petang)
-sampai di Terminal Bas Larkin Sentral.
-membeli tiket bas "tambahan" pukul 1730 (5:30 petang) ke Kuala Lumpur dari "ulat" kerana terpaksa, akibat tiket bas yang terdekat sehingga pukul 1930H (7:30 petang) habis. RM40.00.

1750H (5:50 petang)
-Bas berlepas dari Terminal Bas Larkin Sentral.

1920H (7:20 petang)
-Bas singgah di Yong Peng. Solat & Makan Malam. RM20.00.

2245H (10:45 malam)
-Bas sampai di TBS, KL.


RM
Jumlah kos harian: RM60.00.
Jumlah kos keseluruhan: RM170.00.

Rp
Dalam tangan awal: Rp888 000 (+-RM296.00).
Jumlah kos harianRp604 000 (+-RM201.40).
Jumlah kos keseluruhanRp763 000 (+-RM254.40).
Dalam tangan akhir: Rp284 000 (+-RM94.60).

SG$
Jumlah kos harian: SG$39.90 (+-RM103.80).
Jumlah kos keseluruhanSG$39.90 (+-RM103.80).

Keseluruhan
Jumlah kos harian7: RM60.00 + RM 201.40 + RM103.80 = RM365.20.
Jumlah kos keseluruhan8: (RM491.00 + RM365.20 = RM856.20) - RM94.60 = RM761.60.



Nota Kaki:

1. Jumlah kos harian adalah jumlah kos yang telah dibayar untuk hari berkenaan sahaja.
2. Jumlah kos keseluruhan adalah jumlah keseluruhan kos yang telah dibayar sehingga hari berkenaan.
3. Rp adalah simbol bagi matawang Rupiah Indonesia (kod IDR).
4. H selepas format waktu 24 jam (dalam kes sini adalah 2300 iaitu 11:00 malam) bermaksud UTC +8 iaitu waktu standard Malaysia dan Singapura.
5. G selepas format waktu 24 jam (dalam kes sini adalah 0830 iaitu 8:30 pagi) bermaksud UTC +7 iaitu Waktu Indonesia Barat (WIB) iaitu sejam lewat dari Malaysia.
6. Dengan anggapan RM1.00 = Rp3000.
7. Bermaksud jumlah kos dalam RM + (tambah) kos dalam Rp (Rupiah) & SG$.
8. Bermaksud jumlah kos keseluruhan - (tolak) baki wang asing yang masih ada dalam tangan.
9. SG$ adalah simbol bagi matawang Dollar Singapura (kod SGD).


KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat log kembara dalam Bahasa Melayu: 
Hari 1;
Hari 2atau 
Hari 3.

If want to read  travel log in English: 
Day 1
Day 2
Day 3; or 
Itinerary.

Khamis, 10 April 2014

Hari 3 (Pulau Karimun & Pulau Kundur, Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia - 28 Februari hingga 02 Mac 2014) - Pulang ke KL Melalui Singapura.

Sambungan dari Hari 2.

Jika mahu lihat: 



If want to read in English: 





02/03/2014 (Ahad)

Tidur malam di sini tidak berapa nyenyak. Maklumlah, keterujaan untuk kembara baru, walaupun badan penat, namun minda rasa hendak sahaja untuk mencuba tempat dan cara baru. Kalau tidur pun, tidur-tidur ayam sahaja.



Ketika sekitar jam 04:45 atau 05:00 pagi, sayup-sayup kedengaran azan subuh di bumi Prayun ini. Rasa macam tidak biasa pula, almaklum lah rasa awal pula. Biasa di KL, nak dekat pukul 06:00 pagi baru subuh. Dalam hati nak sahaja pergi masjid, tapi ni tempat orang, jalan ke masjid pun tidak diketahui kebahayaannya. Jadi solat di dalam rumah Azmi sahaja. Bagus juga majikan Azmi ini iaitu PT Timah yang merupakan syarikat pemerintah Indonesia ini. Selain memberikan rumah kuarters kepada pekerjanya, yang agak besar, setaraf rumah kelas C dalam perkhidmatan awam, bekalan air dan elektriknya pun percuma, cuma bekalannya tidak menentu. Dalam keadaan agak panas (kerana iklim kepulauan atau kelautan, agaknya, oleh kerana KL atau lebih tepat Wangsa Maju terletak 40 km ke pedalaman dan di kaki Banjaran Titiwangsa, maka iklim kepulauan ini dirasakan agak panas), maka selalu juga bersihkan diri, boleh dikatakan setiap waktu solat lah juga, maklumlah air percuma, hehehe.



Selepas solat, pada jam 06:00 pagi, Azmi mengajak saya dan Pak Nasir bersama-sama adik Azmi, untuk bersarapan di warung di tepi jalan utama. Apabila sampai di warung tersebut, wah, banyaknya kuih muih! Kuih-muihnya serupa sahaja sebagaimana di Malaysia atau lebuh tepat di Johor. Epok-epok (atau bahasa negeri lain, karipap), kuih ketayap (kuih gulung), cucur badak, pau kampung dan macam-macam lagi. Rambang mata. Itu belum makanan utamanya. Ada lontong, soto, nasi lemak dan macam-macam lagi. Rasa macam nak duduk sini sahaja. Saya memesan lontong, saja nak rasa lontong di sini. Memang hebat...



Kami makan bersama-sama penduduk tua kampung Prayun yang baru pulang berjemaah di masjid. Kesemua penduduk tua ini merupakan anggota tabligh dan pernah menunaikan haji. Azmi pun gatal-gatal mulut mengatakan saya ni haji. Lagi rancak perbualan kami, dari keadaan semasa Makkah & Madinah, keadaan Malaysia, masjid Sri Petaling, KL yang menjadi pusat tabligh dan pelbagai lagi. Sampai tidak ingat masa berjalan dengan pantas. Tengah-tengah berbual atau lebih kepada berborak, kerana bualan kami memecah keheningan pagi minggu di Prayun, Azmi meminta diri untuk pulang. Almaklum hendak bersiap-siap untuk kembara 5 provinsi (wilayah) bagi Azmi & Pak Nasir dan "kembara" 3 negara (dan 5 negeri, la sangat) buat diriku. Sebenarnya lebih kepada perjalanan pulang. Sebelum pulang ke rumah Azmi, kami semua berposing untuk gambar kenangan.


Semasa berjalan pulang, baru teringat, semalamnya lupa hendak ambil gambar poster sempena pemilihan raya (di Indonesia disebut pemilihan umum atau singkatannya pemilu) yang akan diadakan lagi lebih sebulan (semasa membuat catatan ini di blog kembara KembaraGD ini,  ketika inilah pemilu ini berlangsung, iaitu pada 09 April 2014). Itu pun tak sempat nak ambil penuh, kerana ambil dari atas motorsikal yang sedang bergerak laju.


Sampai sahaja di rumah Azmi, Yanti & anak-anak sudah siap rupanya. Nasib baik saya sudah siap mengemas beg saya. Tinggal tunggu Pak Nasir & Azmi untuk mengemas sedikit barang keperluannya. Paling penting adalah dua buah basikal milik Azmi yang akan digunakan untuk pengembaraan di tanah besar Sumatera nanti. 

Setelah siap segala kelengkapan dan bekalan kami, Azmi dan adiknya segera menghantar Yanti dan anak-anak mereka ke simpang jalan untuk menunggu kami pula. Di simpang tersebut nanti, mereka akan menunggu angkot untuk membawa mereka ke Tanjung Batu. Sementara menunggu Azmi, saya dan Pak Nasir mencuba basikal milik Azmi. Lagi meningkat keterujaan saya untuk mengikut mereka, namun apakan daya, keesokannya (03 Mac 2014) ada perasmian Menara MARA oleh Perdana Menteri Malaysia, nama saya naik pula untuk jadi petugas, jadi kena pulang segera ke KL.

Tidak berapa lama kemudian, Azmi & adiknya pulang dan Azmi perlu menyimpan sebuah motorsikalnya di dalam stor, jika tidak, jadi hak milik Orang Laut. Sebelum berangkat, kami bertiga mengambil gambar kenangan seperti di bawah ini, terima kasih kepada adik Azmi atas gambar ini.


Giliran kami semua bertolak ke simpang jalan. Saya dan adik Azmi menaiki motorsikal manakala Azmi dan Pak Nasir menunggang basikal. Sempat juga saya di atas motorsikal menangkap gambar mereka menunggang basikal.


Sampai di simpang jalan (di mana terdapatnya sebuah perhentian bas walaupun di Pulau Kundur ini tiada bas... Huhuhu), kebetulan ada sebuah angkot tiba, maka Azmi segera menahan angkot tersebut. Basikal-basikal diletakkan di atas bumbung angkot. Sebelum berangkat, kami semua bergambar untuk kenangan. Sejurus selepas itu, kami masing-masing mengucapkan selamat jalan kepada semua, Azmi sekeluarga dan Pak Nasir ke Tanjung Batu dan saya serta adik Azmi ke Selat Beliah untuk ke Tanjung Balai Karimun. Saya ucapkan kepada Pak Nasir selamat maju jaya atas kembara beliau.


Saya dan adik Azmi sampai di Jeti Selat Beliah pada jam 08:45 pagi. Feri seterusnya adalah jam 09:20 pagi. Ingatkan sempat, tapi kaunter tiket kata tiket sudah habis, feri seterusnya jam 11:50 pagi. Kena tunggulah. Tidak apalah. Saya serahkan duit untuk bayaran tiket tapi ditolak lembut oleh adik Azmi. Namun semacam tahu pula, dia serahkan tiket feri ini untukku. Alhamdulillah, boleh buat cenderahati. Kali ini naik feri MV Ocean Asia pula, Tambang Selat Beliah ke Tanjung Balai Karimun adalah sebanyak Rp18ribu (kira-kira RM5.40). Insurans sebanyak Rp800 (+-24 sen Malaysia) dan cukai pelabuhan sebanyak Rp1500 (+- 45 sen Malaysia). Jadi harga tiket sebenar adalah Rp15700 sahaja (+-RM4.72). Kami duduklah di dalam bangunan untuk kira-kira lebih 2 jam, agaknya.




Pada jam 09:00 pagi, feri sampai. Adik Azmi ni agak pemalu orangnya. Saya dengan selamba, berkata kepadanya, apa kata kita duduk di kawasan sebelum pintu masuk jeti. Tujuanku agar jika masih ada kosong dalam feri, boleh masuk. Jenuh juga nak menunggu lama-lama di jeti. Ini kerana kelihatan ada juga yang menunggu di situ. Telahan saya benar, alhamdulillah, kami dapat masuk ke dalam feri. Saya pilih untuk duduk di belakang, tempat tiada tingkap tapi berbumbung, dapat rasa angin laut. Saya duduk sebelah dengan sebuah motorsikal, ya motorsikal, yang ingin di bawa ke Tanjung Balai. Selama 20 minit, saya amati perjalanan yang anat menarik.


Sampai di Jeti Rakyat Seri Tanjung Gelam, kami segera ke Jeti Antarabangsa Tanjung Balai untuk membeli tiket ke Singapura. Alhamdulillah dapat juga tiket feri Indo Falcon ke Singapura berharga lebih kurang Rp200ribu (+-RM60.00) . Saya dapat diskaun Rp20ribu(+-RM6.00) kerana saya sudah siap awal-awal isi borang kemasukan/pelepasan imigresen Singapura, yang memang ada banyak disimpan dalam kereta saya di rumah. Ini tidak termasuk cukai pelabuhan Rp60ribu (+-RM18.00) yang akan dibayar sebelum memasuki balai berlepas di jeti nanti.


Selepas dapat beli tiket, kami ke hadapan jeti untuk bergambar kenangan di Tugu Proklamasi sebagai tanda sudah sampai di Pulau Karimun. Selepas itu, kami ke kedai di tepi Pelabuhan Rakyat untuk membeli beberapa lagi barangan tanda hati untuk orang yang ditinggal di rumah. Harga amat murah, sebagai contoh, telekung dijual dengan harga RM25.00 sahaja (boleh pakai Ringgit Malaysia untuk urusniaga). Juga kain batik lepas berharga kira-kira RM12 ke RM15 (bagi saya agak mahal, kerana harga biasa dapat di KL, apakan daya, sudah dipesan oleh ibu saya).


Saya mengucapkan terima kasih kepada adik Azmi kerana menemani saya sehingga saat itu. Kami berpisah di situ, semoga berjumpa lagi.

Perut saya tetiba agak lapar, walaupun dah makan lontong sepinggan pagi tadi. Ye lah kerana tadi makan pada pukul 06:00 pagi, sekarang dah pukul 10:00 pagi (di Malaysia dah pukul 11:00 pagi). Sebenarnya alasan, pasal lalu di hadapan kedai nasi padang, rasa macam terliur pula. Jadi saya pun masuk ke sebuah kedai untuk makan nasi padang. Memandangkan saya cuma seorang, maka pelayan berkata saya boleh ambil secara layan diri. Maka saya ambil lah lauk perut tembusu (usus muda) yang agak besar dan sayur nangka masak lemak. Air pula saya pesan air kosong dan paling istimewa, jus alpokat iaitu jus avokado di letakan sedikit coklat. Sedap...

Alhamdulillah, lega dan mengenyangkan. Perut saya perlu berisi kerana kemungkinan saya tidak makan sehingga ke tengah malam kerana selepas ini saya perlu mengejar pengangkutan untuk sampai ke rumah saya di KL sebelum tengah malam. Dengan harga cuma Rp20ribu (kira-kira +-RM6.00) bagi kesemuanya, agak murah dan berbaloi bagi saya makanan itu. Saya serahkan Rp30ribu dan membeli sebotol air mineral botol besar berharga Rp5ribu (+-RM1.50) dan sebotol kecil berharga Rp3ribu (+-90 sen Malaysia), diberikanlah baki Rp2ribu, di mana matawang Rupiah yang belum saya perolehi setakat itu. Jadi dijadikanlah cenderahati saya seperti di bawah ini.


Nota Rp 2000 = +- 60 sen Malaysia

Selepas itu saya lihat jam, alamak dah pukul 10:25 pagi... Feri pula jam 11:00 pagi!!! Saya segera ke jeti untuk urusan bayaran caj perkhidmatan penumpang atau lebih mudah kita kenali sebagai cukai pelabuhan (dipanggil pelayanan jasa penumpang laut dalam Bahasa Indonesia) sebanyak Rp60ribu (+- RM18.00) dan perlu dibayar dengan matawang rupiah, jadi kenalah sediakan dahulu, ingatan pada pembaca, jangan habiskan pula wang rupiah anda ya. Caj ini hanya dibayar semasa pelepasan sehaja, ketibaan kita tidak perlu bayar kerana kita hanya bayar di pelabuhan pelepasan kita (dalam kes saya kali ini di Kukup). Sebelum saya membayar caj ini (ketika itu saya sibuk dalam urusan pemeriksaan keselamatan dengan beg saya diimbas), ada seorang penumpang India Malaysia sudah tiada rupiah. Beliau berkata, boleh bayar dalam Ringgit? Kerani kaunter teragak-agak, dan kemudian berkata boleh tetapi berikan dalam RM50. Mengamuk juga, tapi dia bayar juga. Nak juga saya bantu, tapi dia sudah serahkan nota RM50. Tiada rezeki dia. Untung pula kerani itu dapat RM32 atau lebih kurang Rp106 ribu secara percuma. Setelah dibayar caj ini, sehelai pelekat (sticker) dilekatkan di pas pelepasan.

Kemudian urusan formaliti imigresen pula. Alhamdulillah selepas 5 minit, selesai. Sempat lagi. Tepat jam 10:50 pagi, penumpang-penumpang dipanggil untuk masuk ke dalam feri MV Falcon 5. Apabila sampai di feri, pas pelepasan yang mempunyai pelekat caj perkhidmatan penumpang itu terpaksa diserahkan kepada petugas feri. Sudahlah saya tidak sempat menangkap gambarnya, huhuhu. Sedih pula. Terus saya menaiki feri dan duduk di tempat yang kosong di barisan belakang (tips: agar anda mudah untuk ke tandas dan jika mahu ke dek atas yang terbuka untuk menikmati permandangan selepas beberapa ketika selepas berlepas, kerana ketika di kawasan pelabuhan, anda tidak boleh berada di dek tersebut atas kehendak pihak berkuasa (berwewenang kata orang Indonesia), serta mengurangkan mabuk. Tepat jam 11:05 pagi, feri pun bergerak.




Perjalanan feri kali ini lagi membelah laluan perkapalan antarabangsa. Nampak banyak kapal-kapal bersimpang siur sepanjang perjalanan. Ada yang bergerak dan ada yang tidak bergerak. Naik risau pun ada. Tapi alhamdulillah. Tiada apa yang tidak baik berlaku.

Semasa hendak sampai ke jeti HarbourFront di Singapura, feri ini lalu menyebelahi Pulau Sentosa. Sebenarnya jeti HarbourFront ini berhadapan dengan Pulau Sentosa, di mana di pulau ini ada resort Universal Studio dan Resort World Sentosa. Di Teluk Belanga, di mana HarbourFront ini terletak, banyak juga bangunan yang futuristik. DI kawasan ini dahulunya adalah dermaga Keppel, antara tempat pembaikan kapal terbesar di dunia. Namun tempat ini menjadi hartanah yang dibangunkan oleh Keppel Land pula.





Lagi beberapa meter hendak sampai, tersergam kapal persiaran mewah Superstar Virgo milik syarikat Star Cruise, berlabuh di jeti kapal persiaran HarbourFront. Apa lagi, tangkap gambar & video.




Tepat jam 1340H (1:40 tengahari) waktu Singapura, setelah perjalanan mengambil masa 1 jam 35 minit, akhirnya feri MV Falcon 5 ini sampai ke jeti feri nombor 1 HarbouFront. Tidak berapa jauh dari jeti, kaunter-kaunter imigresen Singapura sedia menunggu kami. Walaupun orang agak ramai, dalam masa 10 minit, selesai semua melepasi imigresennya, kerana kaunter yang dibuka agak banyak. Dapat juga cop berhuruf S Imigersen Singapura. Cop S ini adalah kod untuk pintu masuk/keluar laut (S untuk sea). Sebelum ini saya pernah dapat cop W untuk pintu masuk/keluar Woodlands dan T untuk Tuas. Jadi saya cuma belum dapat cop A untuk pintu masuk/keluar udara sahaja.

Bergerak ke luar, selepas kaunter kastam dan keselamatan, akhirnya sampai ke ruang legar Singapore Cruise Centre yang bercantum dengan pusat membeli-belah HarbourFront. Agak moden dan agak ramai juga. 

Saya berpusing-pusing di sekitar Singapore Cruise Centre dan HarbourFront ini untuk mengambil gambar dan membuat kajian, agar saya dapat membiasakan kawasan ini apabila sampai satu hari nanti (hakikatnya, minggu depannya saya akan ke sini lagi, bioleh ikuti post Batam Dengan Keretapi KTMB, Feri & Kapal Terbang - Kembara Sendiri). Untuk pengetahuan, jika mahu membeli tiket feri boleh terus ke tingkat 2 (untuk Batam Fast) dan tingkat 3 (untuk lain-lain penyedia). Untuk pelepasan di tingkat 2 iaitu sebelah kiri (daripada eskalator) untuk pelepasan feri dan sebelah kanan untuk pelepasan kapal persiaran.




Disamping itu, saya ke sebuah kedai telekomunikasi untuk membeli kad SIM pra bayar Hi! daripada Singapore Telecom (Singtel) berharga SG$10 (+-RM26.00) (sebenarnya ia bernilai SG$8 (+-RM20.80) sahaja, lagi SG$2 (+-RM5.20) tu komisen kot, ataupun pengambilan untung "mark up"). Memandangkan iPhone5 saya memakai SIM nano, maka saya dicaj SG$4 (+-RM10.40) lagi untuk memotong kad dari SIM biasa kepada SIM mikro kepada SIM nano (dua kali potong, sekali potong SG$2). Sabar sahajalah.

Tujuan saya beli kad SIM ini adalah untuk memudahkan komunikasi yang lebih murah, juga untuk menggunakan internet. Ada lagi dua penyedia telekomunikasi di SIngapura ini iaitu StarHub dan M1, tetapi bagi saya SingTel adalah penyedia terbaik. Tu sebab saya menggunakannya.


Walaupun di dalam kad SIM ini ada tersimpan SG$10 (+-RM26.00), namun tinggal SG$1 lebih kerana lupa nak tutup mobile intenet dahulu. Sebenarnya ada plan data internet SingTel yang lebih murah. Jadi terpaksalah ke Cheers (seperti 7-Eleven) untuk beli isian semula (kerana kedai Cheers ini sebelah pintu masuk MRT HarbourFront). Cheers pun cuma ada jual SG$20 sahaja. Jadi beli sahaja. Lagipun boleh pakai lama, minggu depannya nak pakai juga. Jadi saya ambil data 1 hari Ultimate 2GB tanpa had dicaj SG$6.00 (RM15.60). 


Seterusnya saya ke MRT HarbourFront untuk ke MRT Kranji untuk bertukar bas untuk ke Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru. Harga tiket MRT dari HarbourFront ke Kranji adalah sebanyak SG$2.30 (+-RM6.00). Perjalanan adalah kira-kira dekat sejam. Banyak laluan untuk ke Kranji dari HarbourFront, ia boleh dirujuk di laman web SMRT di bahagian laluan MRT. Saya mengambil laluan yang bertukar 2 kali, pertama di Outram Park dari laluan Timur Laut (Northeast) berwarna ungu ke laluan Timur Barat (West East) berwarna hijau untuk ke Jurong East. Kemudian dari Jurong East bertukar ke laluan Utara Selatan (North South) berwarna merah untuk ke Kranji. 



Sepanjang laluan, saya perhatikan di Singapura juga mengalami musim kemarau, di mana rumput kering jelas kelihatan dari dalam train MRT.



Sampai ke stesen MRT Kranji, baru saya sedar yang saya tidak mempunyai duit kecil untuk menaiki bas. Jadi saya ke sebuah kedai serba guna, kebetulan air minuman saya beli di Tanjung Balai tadi habis, jadi saya membeli sebotol besar air mineral bernilai SG$1.70. Huh, agak mahal jika ditukar kepada RM iaitu lebih kurang RM4.42!!! Jadi saya berikan SG$5 dan diberikan baki SG$3.30. Saya minta belas ehsan untuk tukar SG$1.00 kepada lebih kecil, alhamdulillah diberi. Kemudian saya baru sedah, Singapura sudah menukar bentuk duit syilingnya. Saya mendapat 20 cents dan SG$1.00 yang baru. Alhamdulillah, ada untuk dijadikan koleksi. Cuma tinggal 5 cents, 10 cents dan 50 cents sahaja.


20 cent Singapura (baru versi 2013) = +- 52 sen Malaysia


SG$ 1.00 (baru versi 2013) = +- RM 2.60


Selepas itu saya segera ke perhentian bas ke seberang jalan untuk menunggu bas SBS bernombor 170 berlatar belakang putih bertulisan merah. Jangan ambil bas 170 bertulisan merah berlatarbelakang biru, kerana ia hanya sampai ke Terminal Kotaraya di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru (JB). Oh, lupa nak beritahu, kenapa nampak saya macam profesional sahaja macam orang tempatan di Singapura. Dengan tidak perlu tukar wang kepada SG$, tau nak naik MRT, tau bas-bas di Singapura. Ini kerana saya mempunyai saudara di Singapura, wang Singapura  memang banyak dalam simpanan dan saya selalu menaiki pengangkutan awam di Singapura, jadi saya boleh lah hidup di Singapura ini, hehehe... Sebenarnya ada banyak bas ke JB dengan ada 2 lagi penyedia iaitu SMRT (syarikat sama dengan MRT) dan CausewayLink (syarikat Malaysia) di mana bas-bas ini menunggu di stesen. Bas 170 di sebelah stesen adalah menuju ke Queen Streen di bandaraya Singapura. Jadi untuk ke Terminal Larkin Sentral perlu menyebarangi ke seberang jalan. Jangan risau, ada jejantas untuk ke seberang.

Akhirnya pada jam 15:15 (3:15 petang) iaitu tidak berapa lama kemudian, saya menaiki bas 170 (putih) dengan tambang SG$1.90 (+-RM5.00) dan selang 10 kemudian saya sampai ke Pintu Pemeriksaan Woodlands. Bas berhenti dan semua penumpang termasuk saya perlu turun untuk ke kaunter imigresen dan kastam di tingkat atas. Kastam melepaskan kami tanpa pemeriksaan (alhamdulillah) dan ke kaunter imigresen. Orang pun tidak berapa ramai walaupun petang Ahad. Selasai dicop, saya segera ke bawah untuk menaiki bas. Di sini boleh sahaja menaiki bas yang sama syarikat untuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) (pintu masuk di JB) bagi formaliti di Malaysia pula.



Boleh lihat cop S (dikeliling cop masuk Imigresen Singapura, sebelah kiri warna hitam). Untuk cop keluar pula bercop hijau berkod W, bermaksud keluar di pintu keluar Woodlands.



Ini pertama kali saya menggunakan BSI dengan menaiki bas. Sebelum ini saya menggunakan BSI dengan menaiki kereta. Kereta agak banyak memasuki Malaysia, tetapi lebih banyak lagi memasuki Singapura. Mungkin mereka selesai membeli-belah kot. Tapi sejak dulu lagi, pemeriksaan di Singapura memang agak lambat (mungkin ketat) dari Malaysia. Tapi nak kata ketat tak juga, kalau di Thailand atau Indonesia pun agak lambat juga. 

Macam di Woodland, di BSI ini juga kena naik eskalator untuk formaliti imigresen dan kastam. Kaunter agar banyak dan laluan menggunakan mesin bacaan khas pun ada banyak. Namun saya ke kaunter manual, kononnya nak dapatkan cop masuk. Tapi pegawai di sini tidak memberikannya. Jadi kalau nak dapatkan cop kenangan imigresen Malaysia, BSI bukan tempatnya. Mereka hanya imbas pasport anda dan jika ada permintaan hendak cop, mereka tidak mengendahkannya.

Lepas prosedur, saya segera ke tingkat bawah kembali menaiki bas ke Terminal Larkin Sentral. Keadaan jalan tidak berapa sesak dan 15 minit kemudian saya sampai ke Terminal Larkin Sentral dalam pukul 16:40 (4:40 petang)

Saya segera mencari tiket untuk ke KL, namun tiket masa terdekat iaitu 17:00 (5:00 petang) dah habis. Yang ada cuma tiket 19:30 (7:30 malam sahaja). Setelah pusing kali kedua, ada sebuah kaunter yang kata ada bas jam 17:30 (5:30 petang), namun bila saya hendak bayar, kerani kaunter kata tiba-tiba dah habus. Bas seterusnya di kaunter itu pun pada pukul 20:30 (8:30 malam). Saya agak kecewa, biasanya di Larkin saya tidak pernah mengalami keadaan sebegini. 

Tetiba ada seorang lelaki (ulat tiket) berkata kat saya ada tiket ke KL jam 17:30 (5:30 petang). Saya pun setuju kerana tidak mahu lambat, terpaksa saya naik bas ulat ini. Harga tiket pun mahal iaitu RM40.00 sehala (biasanya dalam RM30.00). Saya pun naiklah bas ini, dan sempat juga saya ambil gambar, kerana di dalam bas tiket ini akan diambil oleh kerani bas ini. 



Sudah 17:30 (5:30 petang), namun bas tidak bergerak, lepas 20 minit barulah tayar bergerak. Saya pun tidurlah kerana agak penat, cuma alhamdulillah, perut tidak berapa lapar, berkat nasi padang yang agak banyak di Tanjung Balai tadi.

Selepas sejam setengah, bas sampai di Yong Peng dan keluar dari lebuhraya untuk ke sebuah restoran. Memang banyak bas berhenti di sini. Baru saya teringat saya belum menunaikan Zohor dan Asar. Segera saya ke surau untuk solat jamak qasar. Setelah selesai, saya tunggu sebentar untuk solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Selepas 5 minit berkumandang azan, dan saya solatlah. Selesai solat saya sempatlah makan sebelum naik semula ke bas. Bas bergerak menuju ke KL pada pukul 19:40 (7:40 malam).

Akhirnya jam 22:45 (10:45 malam), bas pun sampai di TBS dan selang 30 minit saya sampailah ke rumah. Tamatlah perjalanan kembara saya buat kali ini.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Atau ingin melihat Hari 1



If want to read in English: