If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Day 5.
Pengenalan
Sebulan sebelum saya ke kembara Vientiane, badan kebajikan dan agama di pejabat saya menganjurkan program korban di Kemboja dan Vietnam sempena Hari Raya Aidiladha 1435 Hijri. Saya memohon untuk menjadi sukarelawan namun tiada jawapan dan saya anggap permohonan saya tidak berjaya. Dengan membawa kedukaan tersebut, saya mula mencari tiket penerbangan murah dan merangka untuk kembara kedua-dua negara tersebut.
Akhirnya pada dua hari (28 Ogos 2014) sebelum berangkat ke Vientiane, saya mendapat harga tiket yang menarik ke Siem Reap, Kemboja dan pulang ke KL melalui Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam. Harga tiket dari klia2 ke Siem Reap berharga RM133.00 (jumlah terakhir adalah RM140.70 setelah dicampurkan dengan tiket bas Skybus dari KL Sentral ke klia2) dan dari Saigon ke klia2 adalah US$53.00 (+- RM166.93) (jumlah terakhir adalah US$63.40 (+-RM199.71) setelah dicampurkan dengan tiket bas Skybus dari klia2 ke KL Sentral dan comfort kit sebagai cenderahati).

Setelah mendapat tiket penerbangan, saya mencari pula penginapan sepanjang kembara ini. Saya merangka untuk duduk di Siem Reap selama 2 malam dan di Saigon juga 2 malam. Saya menempah hotel melalui laman web Hotels.com. Harga agak murah dengan hanya hampir RM60 bagi 2 malam di Siem Reap dan RM32 bagi 2 malam di Saigon. Di Advisor Angkor Villa, saya mendapat bilik berkongsi 2 orang (jadi hanya RM30 bagi 2 malam) dan di Saigon, ia adalah harga bagi sebuah kali bagi asrama 10 katil.
Seterusnya saya mencari awal-awal pengangkutan antara Siem Reap ke Saigon. walaupun terdapat banyak pengendali bas ekspres namun hanya Mekong Express sahaja yang boleh ditempah dan dibayar melalui internet. Ini penting agar kepastian tempat duduk dan memudahkan perancangan. Harga pun dapat diskaun US$2 (+- RM7) jika dibayar melalui internet menjadi US$24 (+- RM80). Pengesahan tempat duduk pun diberikan melalui e-mel. Amat mudah sekali.
Saya setelah mendapat tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan antara Siem Reap ke Saigon, maka saya mula mencari orang yang mengembara bersama dengan mempromosi di group Facebook dan WhatsApp. Saya meletakan syarat jika bersetuju mengikuti saya, mereka perlu beli sendiri tiket penerbangan yang sama dengan saya dan menghantar itinerari penerbangan tersebut kepada saya. Juga, mereka perlu memberikan saya RM150, untuk saya tempah penginapan dan bas ekspres yang serupa dengan saya. Akhirnya saya mendapat lima orang yang sudi mengikut saya iaitu Halim, Muizuddin (Din), Harith (Abe), Zain dan Akmal. Alhamdulillah. Halim, Din dan Abe merupakan pelajar di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Zain bertugas di Johor Bahru dan Akmal bertugas di Kota Bharu, Kelantan.
Asalnya saya merancang untuk menyewa sahaja basikal sepanjang di Siem Reap, namun setelah dinasihati beberapa sahabat, saya menukar fikiran untuk menyewa tuktuk pula. Saya mendapat contact Safy, seorang pemandu (atau lebih sesuai penunggang) tuktuk di Seim Reap melalui group Facebook Backpackers Buddies Malaysia. Jadi terus saya menghubungnya dan terus menempah 2 tuktuk, kerana sebuah tuktuk boleh membawa maksima 4 orang sahaja.
Pada 29 September 2014, saya mendapat emel daripada pihak AirAsia, yang mengatakan bahawa penerbangan pulang dari Saigon ke klia2 dibatalkan dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan sebelah petang. Kami diberikan pilihan untuk menerima penerbangan tersebut, atau meminda penerbangan 14 hari sebelum atau selepasnya atau pemulangan wang. Setelah berbincang dengan ahli-ahli kembara, kami mengambil keputusan untuk mengikut cadangan AirAsia sahaja.
Saya telah menukar wang sebanyak VND (Dong Vietnam) ₫1 juta untuk kegunaan di Vietnam. Bagi kegunaan di Kemboja, yang lebih banyak menggunakan US$, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang di ATM CIMB Bank Cambodia yang mempunyai cawangan di Siem Reap.
VND ₫100 000.00 = +-RM16.50
Pada 05 Oktober 2014, saya telah mendaftar masuk bagi semua ahli-ahli kembara agar mendapat tempat duduk yang sama bagi perjalanan klia2 ke Siem Reap. Pada 09 Oktober 2014 pula, saya membuat perkara yang sama untuk perjalanan pulang dari Saigon ke klia2 pula.
Pada 13 Oktober 2014, kebetulan saya berjalan-jalan dengan keluarga saya di klia2, saya mengambil kesempatan untuk mencetak pas masuk di mesin cetakan pas masuk di klia2.
Akhirnya selesai segala persiapan dan saya menanti hari pemergian saya ke Siem Reap demi misi saya untuk melengkapkan lawatan saya kesemua negara-negara ASEAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan