If want to read in English:
- Pre Journey (this part),
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3; or
- Itinerary.
Pengenalan.
Setelah berjaya melengkapkan menjejaki kaki di semua negeri dan wilayah di Malaysia pada bulan Mac yang lepas, saya menaik taraf pula misi untuk melengkapkan pula negara-negara ASEAN.
Pada masa sebelum kembara ini bermula, saya baru sampai di tujuh buah negara ASEAN. Cuma saya belum menjejakan kaki di Vietnam, Kemboja dan Laos. Jadi saya cuba memikirkan bilakah untuk saya dapat menjejakan kaki ke negara-negara tersebut.
Kebetulan apabila melihat tarikh, Hari Kebangsaan Malaysia akan jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin keesokannya juga merupakan cuti gantian. Asalnya saya ingin mengunakan jalan darat untuk pergi. Namun risau kekangan cuti jadi saya mengambil keputusan untuk pergi dengan menaiki kapal terbang.
Maka saya cuba mewar-warkan untuk melaksanakan kembara ini di pelbagai saluran di Facebook seperti di group Backpackers Buddies Malaysia, Kaki Travel, Malaysia Backpackers Club, Travel Buddies Malaysia dan banyak lagi. Alamdulillah kerana ada yang respon untuk mengikut saya. Oleh demikian, saya menempah tiket AirAsia untuk ke Vientiane pada 15 Jun 2014 kerana salah seorang ahli kembara telah menempahnya iaitu Daud Naim.
Maka saya cuba mewar-warkan untuk melaksanakan kembara ini di pelbagai saluran di Facebook seperti di group Backpackers Buddies Malaysia, Kaki Travel, Malaysia Backpackers Club, Travel Buddies Malaysia dan banyak lagi. Alamdulillah kerana ada yang respon untuk mengikut saya. Oleh demikian, saya menempah tiket AirAsia untuk ke Vientiane pada 15 Jun 2014 kerana salah seorang ahli kembara telah menempahnya iaitu Daud Naim.
Pada 07 Julai 2014, saya telah pergi membuat tinjauan perkhidmatan pengurup wang di Ampang Park, Kuala Lumpur. Lalu saya membeli US$10 dan ฿1000 (Thailand Baht) untuk perjalanan ini walaupun awal. Risau semasa Hari Raya nanti wang saya habis, huhuhu.
฿1000 = RM100
Kemudian, pada 19 Ogos 2014 iaitu semasa ya mendaftar masuk penerbangan saya, saya menambah perkhidmatan bas SkyBus dari KL Sentral ke klia2 yang tambangnya hanya RM7.70 sehala jika menempahnya di AirAsia.com berbanding jika kita membayarnya di bas atau terus di laman web SkyBus, harganya RM10 sehala.
Selain itu pada 24 Ogos 2014, saya menambah belian Kit Keselesaan AirAsia yang dalamnya ada selimut, bantal udara dan penutup mata sebagai ganti yang lama yang telah hilang kerana dimaini oleh anak-anak saya. Harga jika beli awal sebelum menaiki pesawat (sehingga 24 jam sebelum penerbangan) adalah sebanyak RM25.00 sahaja berbanding jika beli di AirAsia Mega Store, harganya RM32.00 (harga nya hanya RM27.00 + caj penghantaran RM6.00) atau membelinya di atas pesawat, RM35.00.
Semua ini boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum penerbangan bagi penambahan item yang boleh ditambah kecuali pembelian berat beg daftar masuk yang dibuka sehingga 4 jam sebelum di menu Uruskan Tempahan Saya (perlu log masuk terlebih dahulu).
Sejurus sebelum penerbangan, sehari sebelum itu saya membeli Takaful Perjalanan Dunia Antarabangsa, pelan Platinum dari eTiQa Takaful Berhad yang mana saya merupakan agennya. Jika anda memerlukan perlindungan semasa perjalanan, boleh hubungi saya.
Peta di atas adalah perancangan perjalanan darat dari Vientiane balik ke Kuala Lumpur. Semoga perjalanan ini selamat, baik dan dirahmati Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan