If want to read in English:
Peta: Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
Peta: Kalimantan Barat, Indonesia.
Berbalik kepada penempahan tiket penerbangan pula, saya yang merupakan ahli AirAsia BIG Loyalty, mengambil kesempatan membeli tiket berkenaan melalui aplikasi telefon pintar AirAsia BIG Loyalty pada 11 September 2018 untuk penerbangan 01 hingga 02 Oktober 2018 dengan menukar 1000 mata dan bakinya dibayar dengan RM64.26 sahaja. Memandangkan saya juga pemegang kad debit BigPay (boleh menjadi ahli dengan layari http://bigpay.link/referrals dan isikan kod ADJO5KK7WK untuk mendapat RM10.00, jika tak guna kod ini, tidak dapat), maka tiada bayaran penempahan dikenakan.
Kemudian saya menempah makanan semasa ekspo BIG Fest pada 15 September 2018 di Quill City Mall pada harga RM14.00 untuk kedua-dua perjalanan pergi dan balik, dan mendapat 200 mata BIG kerana menempah semasa di hadpan kaunter Santan di ekspo tersebut.
Rasanya sudah hampir lengkap persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Doakan perjalanan saya pada kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan, insya Allah, amin.
Bersambung ke Hari 1.
- PreJourney (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2.
Pengenalan.
Macam biasa setiap minggu penuh pertama setiap bulan AirAsia BIG Loyalti akan mengadakan promosi bulanannya, Final Call yang mana dalam promosi ini kita boleh menukarkan mata BIG yang amat rendah bagi penerbangan AirAsia. Jadi dalam promosi ini, saya memilih untuk terbang ke Pontianak yang dikenali sebagai Bandar Khatulistiwa. Berikut serba sedikit mengenai bandar Pontianak.
Pontianak, merupakan ibu wilayah Kalimantan Barat yang merupakan salah satu dari 5 wilayah di dalam pulau Borneo di Indonesia. Wilayah Kalimantan Barat atau dengan ringkasnya dikenali sebagai Kalbar, merangkumi bahagian barat Kalimantan. Pontianak mempunyai lebih kurang 578 000 jiwa (data tahun 2014) dengan keluasan hampir 108 kilometer persegi, ia adalah bandar terbesar di Kalbar dan keempat di dalam Kalimantan (tidak termasuk negara lain di pulau Borneo). Dikatakan asalnya ia mendapat nama daripada bunyi bising yang dikatakan bunyi Pontianak mengganggu kehidupan penduduk sekitar. Maka pemimpin tempatan, Syarif Abdurrahman al-Qadrie yang kemudian menjadi Sultan Pontianak, menitahkan agar ditembak meriam ke arah hutan yang menjadi sumber bunyi itu. Akhirnya bunyi tersebut hilang dan terus nama Pontianak lekat menjadi nama tempat berkenaan. Bandar Pontianak juga merupakan bandar yang betul-betul terletak di Garisan Khatulistiwa.
(Sumber : Wikipedia)

Peta: Indonesia.
Berbalik kepada penempahan tiket penerbangan pula, saya yang merupakan ahli AirAsia BIG Loyalty, mengambil kesempatan membeli tiket berkenaan melalui aplikasi telefon pintar AirAsia BIG Loyalty pada 11 September 2018 untuk penerbangan 01 hingga 02 Oktober 2018 dengan menukar 1000 mata dan bakinya dibayar dengan RM64.26 sahaja. Memandangkan saya juga pemegang kad debit BigPay (boleh menjadi ahli dengan layari http://bigpay.link/referrals dan isikan kod ADJO5KK7WK untuk mendapat RM10.00, jika tak guna kod ini, tidak dapat), maka tiada bayaran penempahan dikenakan.
Kemudian saya menempah makanan semasa ekspo BIG Fest pada 15 September 2018 di Quill City Mall pada harga RM14.00 untuk kedua-dua perjalanan pergi dan balik, dan mendapat 200 mata BIG kerana menempah semasa di hadpan kaunter Santan di ekspo tersebut.
Memang mudah menempah tiket penerbangan dengan aplikasi telefon pintar AirAsia ini. Lebih baik dari menempah di laman web. Saya juga menempah tiket bas SkyBus untuk ke klia2 dari KL Sentral nanti, yang boleh dipilih sebagai penambahan (add-on) kepada penempahan penerbangan AirAsia kita. Ia lebih murah berbanding kita beli di kaunter yang mana berharga RM12.00 sehala atau RM22.00 pergi balik. Ia juga lebih murah juga jika kita beli di laman web Skybus (RM11 sehala atau RM21.00 pergi balik). Jika beli sebagai penambahan penempahan AirAsia kita, ia cuma RM8.90 sehala atau RM17.80 sahaja untuk pergi balik.
Saya mendaftar masuk penerbangan pergi (AK478 - KUL ke PNK) melalui aplikasi telefon bimbit dan membuat cetakan semula melalui web pada 17 September 2018 dan penerbangan balik (AK479 - PNK ke KUL) dengan kaedah yang sama pada keesokannya (18 September 2018).

Pada 12 September 2018, saya menempah penginapan saya di Hotel Surya, Pontianak melalui Agoda. Saya memilih untuk menginap di bilik standard yang harga asalnya RM46.00, setelah diberikan diskaun dan menggunakan nilai yang ada dalam Gift Card saya yang hampir RM4.61, maka harga akhir termasuk cukai perkhidmatan dan caj perkhidmatan adalah RM30.47.
Pada 17 September 2018 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran saya di Pontianak kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pontianak. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran saya di Pontianak. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran saya ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Malaysia.
Emel makluman saya di Indonesia yang dihantar ke Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Saya menukar wang Ringgit Malaysia kepada Rupiah Indonesia (Rp atau IDR) untuk bekalan perjalanan nanti di x yang merupakan pengurup wang terendah pada x September 2018, setelah meninjau kadar tukaran semua pengurup wang di situ. Kadar pada hari tersebut adalah Rp10 000 = RMx.
Saya cuma tukar Rp100 000 (+- RM) sahaja kerana saya masih mempunyai baki wang Rupiah daripada perjalanan saya sebelum ini. Juga, saya akan mengeluarkan wang Rupiah Indonesia di mesin ATM Maybank Indonesia iaitu bank di bawah kumpulan yang sama dengan Maybank Malaysia dengan menggunakan kad ATM Maybank Malaysia. Cara ini lebih murah kerana tiada caj pengeluaran luar negara dikenakan (umpama mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank di Malaysia) dengan syarat kita mengaktifkan kemudahan ini di perbankan internet Maybank2u terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Rp 100 (Siri 1999)
Rp 200 (Siri 1999)
Pada 29 September 2018, semasa saya hendak ke Quill City Mall, untuk membeli-belah bersama keluarga, kebetulan melalui kawasan Chow Kit (Jalan Tuanku Abdul Rahman), berhampiran Pasar Jalan Raja Bot (juga dikenali sebagai Pasar Chow Kit). Di situ terdapat satu kedai GraPARI iaitu cawangan perkhidmatan pelanggan bagi Telkomsel, syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia. Di Malaysia, ia dikendalikan oleh Telin Malaysia Sdn Bhd (Telin bermaksud Telkom Internasional, ia merupakan anak syarikat PT Telkom, syarikat telekomunikasi berwayar milik kerajaan Indonesia, sama juga dengan Telkomsel, yang juga anak syarikat PT Telkom).
Di GraPARI Chow Kit, terdapat kaunter menjual pek kad SIM Kartu As 2 in 1 Malaysia, yang mana kad SIM ini mempunyai dua nombor telefon, iaitu nombor telefon Malaysia (bermula dengan +6011-4XXX XXXX) dan nombor telefon Indonesia (bermula dengan +62-8511 XXX XXXX). 7 X adalah mempunyai nombor yang sama, contohnya jika nombor +6011-4123 4567, maka nombor Indonesianya adalah +65-8511 123 4567. Di Malaysia, boleh menggunakan nombor Malaysia dan urusannya sama seperti kad SIM prabayar syarikat lain dengan menggunakan matawang Ringgit. Di Indonesia pula boleh menggunakan matawang Rupiah. Namun kedua-dua sebenarnya aktif secara serentak, dengan syarat nombor Malaysia masih aktif. Tiada caj perayauan antarabangsa jika menggunakan kedua-duanya, namun jika orang di Indonesia menelefon nombor Indonesia di Malaysia, sedikit caj dikenakan.
Harga pek kad SIM ini dalah RM10.60 termasuk GST atau SST, namun pada ketika ini, cukai SST tidak dikenakan (mungkin menghabiskan stok) maka ia dijual pada harga RM10.00 sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kad SIM Kartu As 2 in 1 Malaysia atau datang sahaja ke GraPARI Chow Kit, satu-satunya cawangan GraPARI Telkomsel di Malaysia.
Saya kemudiannya memuat turun aplikasi telefon pintar MyTelkomsel di Google Play Store (kerana saya menggunakan telefon Android) untuk pengurusan kad SIM bagi nombor Indonesia. Ia juga boleh di dapati di Apple App Store juga.

Aplikasi telefon pintar MyTelkomsel di Google Play Store.