Jumaat, 2 November 2018

Itinerari (Bandar Seri Begawan, Brunei - 31 Oktober 2018).

Jika mahu lihat catatan: 

  • Pra Kembara;
  • Kembara;
  • Panduan Kembara - Bandar Seri Begawan, Brunei.

If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey;
  • Travel Guide - Bandar Seri Begawan, Brunei.

Saya di depan Muzium Alat Kebesaran DiRaja Brunei, Bandar Seri Begawan.

31 Oktober 2018 - Brunei.
Panduan:
$ = Dollar/Ringgit Brunei (BND @ BN$ @ B$), matawang Brunei. Secara amnya, kadar tukaran: B$100 = RMx atau RM1.00 = B$0.x.
Juga, di Brunei, wang SG$ = Dollar Singapura (SGD @ S$), matawang Singapura juga boleh digunakan sama ada kertas mahupun syiling, dengan nilai SG$1 = BN$1.
Waktu tempatan Brunei adalah sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Air Asia: (04 Mac 2018) Menempah tiket dari klia2 ke LTA Brunei (BWN) AK272 (31 Oktober 2018) & dari BWN ke klia2 AK279 (31 Oktober 20188) (RM73.10) + bas shuttle SkyBus (RM17.80) + makanan (RM16.00).
106.90
2
Hantar emel kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan pada 18 Oktober 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Brunei. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

3
Daftar masuk kemasukan penerbangan AK272 & AK279 melalui web pada 18 Oktober 2018.

4
DiGi: (25 Oktober 2018) Menempah pakej perayauan  antarabangsa Brunei (500MB Internet + 10 minit panggilan suara dengan telco DSTCom) untuk 1 hari.
15.00
5
eTiQa Takaful: (x Oktober 2018) membeli  International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia terpilih termasuk Indonesia) selama 5 hari (31 Oktober 2018 hingga 04 November 2018).



Jumlah
RM121.90
Hari 1  - 31 Oktober 2018 (Rabu)
Bil
Butir
Matawang Asing (B$)
RM
1
03:55 pagi: Bertolak dari rumah dengan menunggang motorsikal ke KL Sentral.
04:11 pagi: Tiba di Brickfields, parkir motorsikal dan terus ke stesen bas KL Sentral. Menebus tiket bas Skybus ke klia2 yang telah ditempah.
4:20 pagi: Bas bertolak dari KL Sentral menuju klia2.
05.05 pagi: Bas sampai klia2. Terus menuju ke balai ketibaan untuk mencetak pas pelepasan di kiosk dan kemudian membuat pengesahan dokumen di kaunter V3. Kemudian masuk ke airsideuntuk prosedur imigresen dan kastam. Ke sayap L, dan solat di surau sayap L.
05:55 pagi: Terus masuk ke pintu L10 dan masuk terus ke dalam pesawat.
06:30 pagi: Pesawat bergerak dari terminal.
06:46 pagi: Penerbangan AK272 berlepas dari landasan 15 KLIA menunju ke Bandar Seri Begawan (BSB), Brunei.
08:42 pagi: Pesawat mendarat di landasan 03 Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Brunei (BWN).
08:48 pagi: Pesawat tiba di pintu 8 dan keluar pesawat 5 minit kemudian.
09:05 pagi: Selesai urusan imigresen dan kastam.


2

09:12 pagi: Menunggu bas di perhentian bas LTA Brunei di aras ketibaan. Pada 09:37 pagi, bas pun sampai dan berjalan pada 3 minit kemudian. Tambang di bayar kepada pemandu.
1.00
3.10
3
Pada pukul 10:20 pagi, bas pun sampai di Terminal Bas BSB di Jalan Cator. Saya berjalan-jalan sekitar pusat bandar BSB, kemudian ke Bangunan Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah dan seterusnyaTebingan (Waterfront) mengadap Kampung Ayer. Niat di hati hendak ke Kampung Ayer tapi kerisauan hujan akan berlaku menyebabkan saya tidak jadi ke Kampung Ayer.


4
Seterusnya saya berjalan menuju ke Muzium Alat Kebesaran DiRaja Brunei. Berada di dalam muzium sekitar sejam 45 minit. Oleh kerana sahabat saya, Nams Najihin telah menunggu saya di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, saya terpaksa tidak pergi ke Pusat Sejarah Brunei di sebelah muzium.


5
Solat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Nams kemudian membawa saya ke pusat membeli belah Times Square untuk makan tengahari. Makan di Jolly Bee.
10.00
31.00
6
Setelah berborak agak lama, kami ke gedung membeli belah Airport Mall di sebelah untuk melihat ekspo usahawan desa. Nams belanja aiskrim DQ.


7
Nams menghantar saya ke LTA Brunei sekitar pukul 2:45 petang. Saya ke kaunter daftar masuk untuk mencetak semula pas pelepasan dan terus masuk untuk prosedur imigresen. Terus ke pintu 8 untuk menunggu penerbangan tiba.


8
Pada pukul 4:08 petang, pesawat sampai di bangunan terminal. Pada pukul 4:13 petang, pintu 7 dibuka untuk proses pelepasan ke dalam pesawat. Pada pukul 4:26 petang, penerbangan AKK279 meninggalkan bangunan terminal BWN dan pada 4:31 petang pesawat berlepas dari landasan 21 BWN.


9
Akhirnya pada pukul 6:48 petang, pesawat mendarat di landasan 32L KLIA, kemudian tiba di pintu 4 klia2 8 minit kemudian, seterusnya pintu pesawat dibuka tiga minit kemudian. Terus menuju ke bangunan utama untuk urusan imigresen dan kastam. Singgah di gerai Tealive dan Iiaoiiao untuk membeli minuman dan yogurt beku.

24.00
10
Kemudian solat di surau stesen bas klia2. Usai solat terus menaiki bas dan bas berlepas dari klia2 pada pukul 7:50 petang. Bas tiba di KL Sentral pada pukul 8:42 malam. Terus mengambil motorsikal di tempat parkir dan terus ke menuju ke rumah. Tiba di medan selera di kawasan perumahan pada pukul 9:14 malam untuk membeli tomyam bungkus. Alhamdulillah tiba di rumah pada pukul 9:30 malam.

5.00
16
Anggaran penggunaan petrol motorsikal.

3.00

Jumlah
$ 11.00
RM66.10
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
$ 11.00
RM188.00




Saya di depan Masjid Sultan Ali Omar Saifuddin, Bandar Seri Begawan.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat catatan: 

  • Pra Kembara;
  • Kembara;
  • Panduan Kembara - Bandar Seri Begawan, Brunei.

If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey;
  • Travel Guide - Bandar Seri Begawan, Brunei.

4 ulasan:

dear anies berkata...

eh ehh tuan.. kite cam rancang pegi brunei sm2 apa kes ni?😆😆😆

dear anies berkata...

p/s sy br je mula entry psl g brunei

dear anies berkata...

btw, tuan dah smpi laos me?

Abdul Hadi As'ad alHaj Mohamad berkata...

Ada ke kita rancang sama2? Huhuhu...
Saya dah beli tiket flight ke Brunei sejak Mac 2018 lagi. Lagipun nak jumpa kawan...
Saya dah pernah ke Vientiane. boleh scroll sebelah kiri (kalau pakai desktop la) untuk lihat catatan.