Khamis, 26 Februari 2015

Pra Kembara (Ipoh, Perak, Malaysia - 28 Februari hingga 01 Mac 2015) - #MBC_Backpacking101_Ipoh.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part);
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2.



Pengenalan.

Pada pagi 17 Februari 2015, saya membuka Facebook saya, dan membaca posting-posting di dalam group Facebook Malaysian Backpackers Club (MBC), salah seorang admin nya iaitu Nazri Arshad atau lebih dikenali sebagai Moji, membuat posting untuk mengadakan program "Redah Kasi Pecah" atau #MBC_Backpacking101 batch kedua pula. Sebelum ini, ia diadakan di Pulau Pinang pada 01 dan 02 November 2014. Untuk "Redah Kasi Pecah"  versi Ipoh atau #MBC_Backpacking101_Ipoh ini, Moji mengatakan ia akan dibuat pada 28 Februari dan 01 Mac 2015 ini. 



Saya rasa berminat, kerana pada batch pertama lepas, saya asalnya ingin bersama, tetapi oleh kerana saya baru balik dari Kembara KH/VN (Kemboja & Vietnam), ditambah pula ada urusan keluarga, maka saya terpaksa batalkan. Sayang betul, namun dapat balas dendam pada kembara ke Pulau Pinang pada 07 Februari 2015 lepas. Kali ini saya mesti pergi...

Moji telah membuat event Facebook untuk program ini. Jadi segala perkara berkaitan dengan program ini dipaparkan di dalam event ini. Program ini dikhaskan untuk yang ada akuan Instagram sahaja, kata Mojilah, huhuhu. Nasib baik saya ada. Ko ado? Hihihi...


Perkara pertama adalah perlu membeli tiket KTM ETS (Electric Train Service) dari KL Sentral ke Ipoh jam 08:00 pagi 28 Februari 2015 dan baliknya pada 18:00 (pukul 6:00 petang) 01 Mac 2015. Sudah beli perlu dimaklumkan kepada Moji melalui kaedah-kaedah yang diberikan

Pada 18 Februari 2015, saya ke kaunter tiket KTMB di KL Sentral untuk beli, kerana saya mempunyai kad diskaun KTM i-Card Tiger yang boleh mendapat diskaun , sebagaimana yang saya coretkan dalam catatan pertama saya dalam blog ini iaitu catatan perjalanan menaiki keretapi ke Hat Yai pada Februari 2014. Kad ini tidak boleh digunakan penempahan tiket KTM secara online, jadi itu sebabnya saya ke kaunter tiket untuk membeli tiket.



Rupa-rupanya, kad diskaun saya akan tamat tempoh lagi 2 hari lagi (19 Februari 2015) dan tidak boleh digunakan untuk perjalanan selepas tarikh itu. Jadi saya perbaharuinya dengan harga hanya RM20 sahaja. Dengan kad ini, saya boleh membeli tiket pada harga diskaun 25% selepas menolak caj tetap tiket (RM8.00).



Selepas kad diskaun saya telah perbaharui, saya pun membeli pula tiket KTM ETS yang jadualnya sebagaimana dimaklumkan Moji di dalam event Facebook, iaitu mengambil tiket pergi pada 28 Februari 2015 jam 09:00 pagi dari KL Sentral ke Ipoh dan perjalanan pulang pada jam 6:00 petang 01 Mac 2015. 


Dijangka tiba di KL Sentral pada pukul 8:20 malam. Tiket tersebut asalnya berharga RM70 (RM35 bagi setiap hala), namun setelah menggunakan kad diskaun, harganya cuma RM58 (RM29 bagi setiap hala). Jimat RM12.00, dan boleh pakai untuk lagi setahun. Cuma kad ini tidak boleh digunakan di KTM Komuter sahaja.


Di dalam event Facebook program ini juga, Moji telah menunjukan contoh kemeja-T program ini yang mana ia akan dipakai ketika program tersebut. Jika berminat dengan kemeja-T, boleh berurusan dengan Adza Edie Izwan melalui akaun Facebooknya.



Setelah berhubung dan memberikan perkara yang dimahukan beliau, jadi saya pun membuat bayaran pada hari itu juga kepada Adza Edie Izwan, dan menghantar kepada beliau resit transaksinya melalui mesej Facebook. Insya Allah, bajunya akan dapat semasa dalam program nanti, katanya.


Semuanya sudah diuruskan maka hanya menunggu masa pertemuan di KL Sentral sahaja.

Bersambung ke Hari 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part);
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2.

Tiada ulasan: