Sabtu, 14 Februari 2015

Pra Kembara (Pulau Pinang, Malaysia - 07 Februari 2015) - Berjalan-jalan Seharian di Pulau Mutiara.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part)
  • Itinerary; 
  • Part 1; or 
  • Part 2.
Pengenalan.

Sejak pembukaan klia2 pada 02 Mei 2014, saya masih belum merasa perkhidmatan penerbangan domestik dari klia2. Jesteru itu, saya ada merancang untuk menaiki penerbangan domestik yang ditawarkan oleh AirAsia atau Malindo Air dari situ.



Kebetulan pada 26 Januari 2015, semua syarikat penerbangan membuat tawaran murah, antaranya AirAsia membuat tawaran dengan memansuhkan caj bahan bakar di mana harga tiket untuk penerbangan domestik Semenanjung Malaysia dari RM19 sahaja, sehala!!! Tetapi tiada untuk masa terdekat. Pada waktu Subuh, Malindo Air menawarkan RM117 (RM57 untuk dari klia2 dan RM60 ke klia2) untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabnagsa Pulau Pinang, namun pada tengahari ia menjadi RM73 sahaja. Apa lagi, saya pun ingin merasa pesawat Boeing 737-900 Malindo Air pula kerana sebelum ini hanya menaiki pesawat ATR72 sahaja untuk penerbangan domestik Semenanjung Malaysia dengan Malindo Air.

Pada 05 Februari 2015, iaitu 2 hari dari tarikh penerbangan, saya telah membuat daftar masuk secara web di laman web Malindo Air bagi kedua-dua penerbangan. Saya diberikan dua versi pas pelepasan iaitu jenis untuk dicetak (sebelah kiri) dan kod bar 2D untuk disimpan di dalam telefon bimbit. Menariknya, ia sudah siap diberikan pintu pelepasan.



Semuanya sudah siap, tinggal untuk menunggu hari jadinya sahaja.

Bersambung ke Bahagian 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part)
  • Itinerary; 
  • Part 1; or 
  • Part 2.

Tiada ulasan: