Bersambung dari Hari -1.
Jika mahu lihat catatan:
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day -1;
- Day 1 (this part);
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.
Hari 1 (27 Oktober 2016 - Khamis).
Sepanjang penerbangan ini, saya tidak boleh hendak tidur sangat, walaupun lampu dimalapkan. Ini kerana, di sebelah saya, duduknya seorang wanita Vietnam dengan anak kecilnya. Asalnya, wanita tersebut duduk di sebelah saya, namun ketika penerbangan sudah berada setengah jam di atas, dia berpindah dan anaknya berada di sebelah saya pula. Anaknya tidur secara berbaring dengan kakinya menghala ke arah saya. Beberapa kali juga saya "kena tendang". Kadang-kadang, ada orang memikirkan keselesaan diri melebihi keselesaan orang lain. Jika saya, biarlah anak itu ditidur di tempat asal, asalkan tidak mengganggu orang lain. Sebagai mana kata-kata pelakon Allahyarham Datuk Aziz Sattar di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, "Nak buat macam mana, nasib badan!".
Namun kekurangan tidur itu dapat digantikan dengan makan yang agak banyak yang saya tempah awal. Tidak sangka banyak juga makanan itu terutama hidangan Big Breakfast. Insya Allah, jika ada ditawarkan, akan saya memesan lagi hidangan ini pada penerbangan akan datang.
Namun kekurangan tidur itu dapat digantikan dengan makan yang agak banyak yang saya tempah awal. Tidak sangka banyak juga makanan itu terutama hidangan Big Breakfast. Insya Allah, jika ada ditawarkan, akan saya memesan lagi hidangan ini pada penerbangan akan datang.
Fajar menyinsing di angkasa Australia.
Setelah lebih sikit dari 8 jam penerbangan, akhirnya tiba juga di ruang angkasa Sydney. Sebelum itu, agak lama juga berada di ruang angkasa Australia, kira-kira lebih 5 jam juga. Memang suasana fajar menyinsing di hemisfera selatan ini ada beza sedikit berbanding di hemisfera utara. Biasanya ketika balik sahaja baru nampak, tapi kali ini ketika pergi ke negara terbabit. Semasa di dalam penerbangan, krew-krew penerbangan mengedarkan Borang Masuk Australia Imigresen Australia untuk diisi.
Borang Masuk Australia Imigresen Australia.
Cuaca asalnya ketika penerbangan ingin tiba di Sydney agak baik, namun ketika menghampiri ruang udara bandaraya Sydney, awan agak tebal. Ini menandakan sama ada cuaca mendung atau pun hujan. Harap yang terbaik kerana dari lapangan terbang, kami perlu berjalan kaki untuk ke stesen keretapi Wolli Creek. Akhirnya, mendarat juga pesawat yang membawa kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingston Smith, Sydney (SYD).
Cuma ketika pesawat ini masih di atas laluan teksi SYD, saya terpaksa melanggar peraturan kerana terasa loya yang teramat sangat, hendak muntah sebenarnya. Ini kerana beg muntah tiada di dalam poket tempar duduk, jadi saya terpaksa ke tandas untuk mengeluarkan isi perut walaupun sebenarnya tidak boleh. Kemungkinan saya jadi begini adalah mungkin kerana pesawat ini bergegar semasa melanggar awan tebal sebelum tiba di SYD. Selain itu, mungkin kerana saya sudah makan agak banyak di Plaza Premium Lounge klia2 dan di atas pesawat. Itulah, makan banyak lagi. Sebenarnya, ini pertama kali saya muntah semasa menaiki kapal terbang.
Terbang di atas angkasa Sydney ketika hendak mendarat.
Peta Laluan Pesawat AirAsiaX D7 221 26 Oktober 2016 daripada FlightRadar24.
Pesawat 9M-XXS ini akhirnya tiba di bangunan Terminal 1 atau juga dikenali sebagai Terminal Antarabangsa SYD dan parkir di pintu 51. Kami pun keluar dari pesawat kira-kira 10 minit selepas kemudian dan terus menuju ke arah kaunter imigresen. Sebelum itu, kami melalui kawasan kedai bebas cukai, dan harga barang-barang di situ bagi saya, agak mahal. Sebelum tiba di kawasan kaunter imigresen, terdapat beberapa kiosk layan diri ePassport, yang mana perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan proses kemasukan imigresen ke Australia. Namun perkhidmatan ini tidak ditawarkan kepada pemegang pasport Malaysia (difahamkan ia sebenarnya ditawarkan, kerana dari segi fasiliti, pasport Malaysia memang layak, cuma oleh kerana terdapat banyak kes pelanggaran peraturan imigresen oleh pemegang pasport Malaysia seperti bekerja dengan visa pelancong, berada di Australia melebihi had masa ditetapkan dan sebagainya, perkhidmatan ini tidak diberikan).
Jadi kami terus ke kawasan kaunter imigresen Australia. Ketika ini, agak ramai orang yang beratur di sini. Agak panjang juga barisan sehingga keluar ke kawasan pintu cermin yang ada. Kami pun beratur kira-kira 45 minit, barulah sampai giliran saya. Saya dan abang Zul melepasi pemeriksaan dengan mudah sekali. Jadi kami menunggu yang lain di kawasan tuntutan bagasi yang terletak selepas kawasan kaunter imigresen ini.
Namun rakan-rakan yang lain tidak lepas. Ini kerana yang wanita diperiksa sekali dan rupanya Linda yang tidak lepas. Jeluwi juga sama. Memandangkan agak lama juga mereka disiasat lanjut oleh pegawai imigresen selepas kaunter (kerana pegawai di kaunter merujuk mereka kepada pegawai berkenaan), maka saya dan abang Zul datang ke arah pegawai terbabit bagi bertanyakan masalahnya (sebagai langkah setiakawan rakan pengembara). Pegawai-pegawai di situ seolah-olah meragui tujuan kami ke Australia ini, dan selepas sepuluh minit, kami semua di bawa ke pejabat imigresen berdekatan.
Di luar pejabat berkenaan (dengan beberapa buah pasport kami diambil oleh pegawai imigresen untuk diperiksa), saya menenangkan dan merasionalkan rakan-rakan lain dengan mengatakan kita perlu bertenang dan tegas dengan tujuan kami ke Australia ini. Tidak lama kemudian, beberapa dari kami terutamanya saya di bawa masuk untuk disoal-siasat. Rasanya cuma empat dari kami disoal siasat iaitu saya, Irda, Jeluwi dan Linda. Kami diasing-asingkan di bilik berasingan dengan segala beg, pen, benda berkertas dan benda yang boleh merekod ditinggalkan. Telefon bimbit kami juga diambil oleh pegawai imigresen terbabit.
Saya menunggu agak lama di bilik berkenaan, kira-kira 45 minit sebelum mula disoal siasat. Kemudian dua orang pegawai imigresen masuk untuk menyoal siasat saya. Saya diminta untuk membuat pengakuan yang saya datang ke Australia ini untuk memetik buah. Memang tidaklah saya mengaku kerana itu bukan tujuan sebenar. Saya tetap bertegas dengan segala tuduhan mereka. Malah pada satu ketika, saya dituduh sebagai "tokan" atau orang tengah yang membekalkan pekerja pemetik buah. Kelakar pun ada, kerana ini pertama kali saya ke Australia, agak sukarlah kalau saya hendak jadi tokan. Saya siap cabar, kata kalau nak halau saya balik pun saya tidak kisah, kalau mereka ini bersikap begini, saya tidak luak untuk melawat Australia. Saya kata, saya memang seorang pengembara, malah ada blog kalau tidak percaya. Sebenarnya ada banyak lagi perkara semasa soal siasat yang bila fikir balik mengelikan hati, seperti tanya di mana isteri sayalah, tapi rasanya kalau kongsi, mahu panjang juga nanti, baik saya simpan. Kalau hendak tahu juga, boleh tanya sendiri pada saya.
Setelah kira-kira hampir dua jam dengan dua kali sesi soal siasat, akhirnya saya pun dikeluarkan dari bilik soal siasat imigresen Australia. Akhirnya kami semua bertemu kembali, namun tidak tahu lagi jawapannya. Selepas 20 minit, akhirnya kami dibenarkan untuk masuk ke Australia dengan rasminya. Malah kami diiringi oleh pegawai imigresen terbabit ke kawasa kastam untuk proses seterusnya (kerana pada masa ini, pintu kawasan kastam sudah ditutup, mungkin kerana sudah tiada penerbangan tiba atau masa makan tengahari). Pegawai kastam pun hanya memeriksa borang sahaja, dan melepaskan kami tanpa pemeriksaan lebih lanjut. Akhirnya sampailah kami di balai ketibaan Terminal 1 SYD. Welcome to Sydney, mate!
Cop Masuk Australia.
Kami di balai ketibaan selepas pemeriksaan imigresen dan kastam.
Di balai ketibaan ini, kami mencari dahulu kaunter syarikat telekomunikasi (telco) untuk membeli kad SIM prabayar. Terdapat beberapa kaunter telco yang ada seperti Optus dan Vodafone, juga penyedia virtual rangkaian mudah alih (Mobile Network Virtual Operator - MNVO) LycaMobile yang menjual kad SIM di situ.
Berdasarkan penyelidikan saya dan cadangan rakan-rakan yang sudah ke Australia sebelum ini, serta beberapa pendapat yang saya perolehi dari beberapa group Facebook, saya memilih kad SIM prabayar Optus yang mana ia percuma sahaja di kaunter ini, cuma perlu pilih plan sahaja.
Jadi saya pilih plan My Prepaid Daily Plus pula di mana hanya perlu membayar AU$2.00 (+-RM6.60)/hari, akan mendapat data maksima 500MB setiap hari dengan panggilan suara, sms dan mms adalah percuma dan tiada had.
Jika data terlebih guna, akan dicaj AU$2.00 (+-RM6.60) lagi untuk 500MB seterusnya sehingga maksima 1GB dan ikut kadar biasa. Cuma pembelian minima adalah AU$10.00 (+-RM33.00) walaupun kami cuma hanya 4 hari sahaja di Australia. Tidak mengapa, adalah keperluan baki AU$2.00 tu nanti. Jadi maksima data yang akan dapat untuk 4 hari adalah 2GB. Ia lebih murah berbanding apa ditawar oleh syarikat lain.
Segala proses penalaan (setting) dibuat di kaunter terbabit dan ia diaktifkan dalam masa itu juga.
Antara kaunter-kaunter syarikat telekomunikasi di balai ketibaan SYD.
Kad SIM Yes Optus Australia.
Setelah selesai urusan pembelian kad SIM, kami pun mula berjalan kaki ke arah kawasan Wolli Creek untuk ke stesen keretapi. Sebenarnya di Terminal 1 SYD ini ada stesen keretapi yang terus ke stesen Central di tengah kawasan CBD (Central Business District - Daerah Perniagaan Pusat atau pusat bandar) Sydney. Cuma jika kita ambil terus dari stesen Terminal 1 atau Terminal 2&3, tambahan caj laluan khas sebanyak AU$13.40 (+- RM44.22) dari harga tambang dikenakan. Selain itu, boleh sahaja menaiki bas ke stesen keretapi Mascot, cuma tambang bas ke situ juga perlu dibayar. Jadi pilihan paling murah adalah ke stesen keretapi Wolli Creek yang paling dekat dengan Terminal 1 SYD, kira-kira lebih sikit dari 1 kilometer sahaja.
Cuaca semasa perjalanan kami itu agak mendung juga, nampak macam hendak hujan. Namun pemandangan semasa perjalanan kami itu agak cantik dan menarik juga. Udaranya pun agak segar. Semasa kami melepasi jambatan yang merentasi Sungai Cook, kami ternampak sekumpulan burung Kakak Tua putih yang biasa didapati di taman haiwan (zoo), di sebatang pokok. Huh, ia hidup bebas di sini ya!
Selanjutnya, kami menggunakan laluan pintas merentasi taman Cahill Park untuk ke Wolli Creek. Taman ini juga agak bersih dan rumputnya seperti memanggil untuk kita baring di atasnya. Sungai Cook pula dalam keadaan surut, dan kelihatan banyak teritip dan mungkin juga tiram yang terlekat pada batu-batu di tebing sungai ini.
Permandangan sungai Wolli Creek.
Kami berwefie di atas jambatan merentangi sungai Wolli Creek berhampiran SYD.
Burung Kakaktua Putih yang bebas hinggap di sebuah pokok di Wolli Creek.
Permandangan taman Cahil Park, Wolli Creek.
Seekor burung dan terdapat tertitip atau tiram di tebing sungai Wolli Creek.
Akhirnya kami sampai juga di kawasan Wolli Creek. Betul-betul di seberang jalan dari taman Cahill Park ini terdapat sebuah pasaraya Woolworth. Jadi saya mencadangkan untuk singgah di situ, bagi yang mana hendak membeli makanan yang mana lapar atau macam kes saya, membeli air minuman air berbotol (air mineral atau di Australia dipanggil spring water). Ini kerana berdasar pengalaman saya, membeli air ini di pasaraya adalah lebih murah berbanding jika membeli di kedai runcit atau kedai serbaneka.
Cuma saya ingatkan agar tidak membeli banyak atau membeli bekalan kepada rakan-rakan kembara kerana berdekatan dengan tempat penginapan kami, terdapat juga pasaraya Coles yang mana kami boleh bekalan kami di situ. Setelah selesai, kami membayarnya. Menariknya, terdapat kaunter pembayaran layan diri di pasaraya ini (juga pasaraya yang lain). Malah ia boleh dibayar menggunakan tunai juga digalakan mengguna kad kredit/debit. Mula-mula agak kekok juga. Bagi saya wajar diperkenalkan di pasaraya di Malaysia.
Sebuah kereta yang parkir tidak di tempat sepatutnya di pasaraya Woolworth, Wolli Creek.
Pasaraya Woolworth, Wolli Creek.
Kaunter pembayaran layan diri di pasaraya Woolworth, Wolli Creek.
Gereja Wolli Creek.
Pintu masuk ptesen keretapi Wolli Creek.
Peta: Perjalanan dari Terminal Antarabangsa, SYD ke Stesen keretapi Wolli Creek.
Usai di Woolworth Wolli Creek, kami meneruskan perjalanan ke stesen keretapi Wolli Creek yang tidak berapa jauh di belakang pasaraya Woolworth. Sampai di stesen itu, kami membeli kad Opal, di sebuah kedai serbaneka persendirian di pintu masuk stesen ini. Kad Opal ini seumpama kad MyRapid di Kuala Lumpur atau kad TouchnGo di Malaysia, kad in merupakan kad prabayar tanpa sentuh yang berteknologikan RFID (Radio Frequency Indentification -Identifikasi Frekuensi Radio), digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan awam di negeri New South Wales (NSW), Australia, yang mana bandaraya Sydney juga berada di dalamnya.
Kad ini boleh di beli di pelbagai tempat termasuk ejen-ejen jualan seperti tempat yang kami beli. Sebenarnya ia boleh sahaja di beli di kedai WHSmith di Terminal 1 SYD. Kad ini teknikalnya percuma, iaitu apabila kita membelinya, bayaran nilai prabayar yang dibeli adalah 100% untuk bayaran tambang pengangkutan awam, tiada caj bayaran tambahan untuk kad tersebut. Ia boleh ditambah nilai di mesin tambah nilai yang ada di stesen-stesen keretapi, kaunter khidmat pelanggan Opal, ejen-ejen runcit malah di dalam laman web juga (jika telah mendaftar terlebih dahulu). Kad ini juga mempunyai nilai hayat 9 tahun dari tarikh pembelian. Kita juga digalakan untuk mendaftar kad ini di laman web, bagi tujuan pengembalian wang atau kes kehilangan/kecurian. Maklumat lanjut layari laman web Opal.
Kami membeli kad ini dengan harga AU$20.00 (+- RM66.00) di mana semuanya itu adalah nilai kreditnya. Nilai kredit yang boleh dibeli adalah serendah AU$10.00 (+- RM33.00). Dengan adanya ini, kami sudah boleh untuk bersiar-siar di Sydney ini.
Kad Opal.
Setelah membeli kad Opal ini, kami pun memasuki stesen keretapi Wolli Creek ini. Di stesen ini tiada pintu hadangan sebagaimana yang ada di stesen LRT/MRT/KTM Komuter di Kuala Lumpur. Sebaliknya, terdapat beberapa tiang yang yang mempunyai mesin membaca kad Opal ini untuk kita sentuhnya, menandakan kita memulakan perjalanan. Memang kejujuran pengguna diperlukan bagi sistem kad Opal ini. Memang banyak tempat mempunyai cara yang sama yang agak terbuka ini. Bagi peringkat awal, dirasakan seperti boleh sahaja kita tidak jujur, tapi rasanya akan ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi sikap ini. Oh, lupa, mesin pengimbas kad Opal ini adalah sama bagi imbas masuk dan juga imbas keluar.
Stesen keretapi Wolli Creek ini agak besar dan mempunyai 4 platform yang mana ia juga merupakan stesen yang mengendalikan dua laluan landasan keretapi. Oleh kerana kedua-dua laluan tersebut akan melalui stesen Central, jadi terdapat juga sistem paparan maklumat mengenai masa tren yang akan tiba. Jadi kami ke platform 4 yang menunjukan tren (yang tidak melalui stesen-stesen lapangan terbang) seterusnya akan sampai lagi 2 minit. Platform 2 pula menunjukan trennya (melalui stesen-stesen lapangan terbang) akan sampai lagi 10 minit.
Memang betul dan tepat masa pengangkutan awam di Sydney ini. Sampai di platform, dan tunggu tidak berapa lama, akhirnya tren kami sampai. Menariknya, gerabak keratapi di Sydney adalah dua tingkat! Sistem keretapi di Sydney ini umpama seperti sistem KTM Komuter tetapi mutunya adalah seperti sistem Metro di bandaraya lain atau sistem LRT/MRT di Kuala Lumpur. Kali ini, kami duduk di tingkat atas gerabak.
Semasa dalam perjalanan, terdapat sepasang pemeriksa kad datang untuk memeriksa kad Opal semua penumpang. Hah, kan betul akan ada kaedah untuk memastikan kad ini diimbas di mesin pengimbas, walaupun tiada sistem pintu hadangan. Kad ini diperiksa dengan mengimbas kad Opal ini pada telefon pintar. Saya tanya, berapa denda jika tidak imbas kad itu, pemeriksa itu berkata dendanya sehingga AUD200.00 (+- RM660.00)! Memang betul pun, jika layari laman web Penguasa Pengangkutan NSW atau Opal. Terfikir juga, suka bebenar pihak berkuasa Australia ini dengan denda AUD200.00 macam pihak berkuasa Malaysia dengan denda RM300.00nya.
Keretapi sedang menghampiri platform.
Gerabak keretapi komuter Sydney adalah dua tingkat!
Pemeriksa tiket yang sedang memeriksa kad Opal setiap penumpang.
Akhirnya selepas 20 minit perjalanan, sampailah kami di Stesen Central. Di sini terdapat banyak platform, dari aras tanah, atas tanah (sebenarnya aras tanah cuma ia agak terangkat sikit) dan bawah tanah. Platform kami ini terletak di bawah tanah (platform 23), jadi kami perlu keluar dari stesen ini.
Jika ikutkan, kami boleh sahaja untuk berjalan kaki untuk ke penginapan kami, tapi saya ada terbaca, diskaun AU$2.00 (+- RM6.60) diberikan jika bertukar mod pengangkutan. Memandangkan di stesen Central ini bukan sahaja terdapat sistem pengangkutan mod keretapi (simbol bulatan kuning berhuruf T) terdapat juga sistem rel ringan atau sebenarnya sistem Tram (simbol bulatan merah berhuruf L) juga ada di stesen ini. Ini dikira bertukar mod pengangkutan juga. Memandangkan tambang dari stesen Central ke perhentian Century Square (satu perhentian sahaja) hanya AU$2.10 (+- RM6.93), setelah ditolak diskaun, jadi tambangnya cuma AU$0.10 (+- RM0.33) sahaja. Jadi kami menaiki tram sahaja, jimat tenaga dan kurang penat.
Cuma kami perlu naik ke tingkat 1 iaitu setingkat dengan kawasan ruang legar utama stesen Central ini untuk ke perhentian tram. Kami perlu keluar dari kawasan berbayar ke kawasan tidak berbayar dengan melalui pintu hadangan dengan menyentuh kad di pengimpan yang ada di setiap pintu hadangan. Hah, di sini ada sistem pintu hadangan. Seterusnya kami mengikut anak panah untuk ke perhentian tram. Di perhentian tram ini, kami perlu sentuh kad di mesin pengimbas yang letakan pada tiang, sama seperti di stesen Wolli Creek.
Di perhentian tram ini juga, kami dapat melihat mesin nilai tambah kad Opal. Terdapat mesin yang menerima tunai dan kad (kad kredit/debit/ATM bank-bank Australia) dan juga mesin yang hanya terima pembayaran menggunakan kad sahaja.
Kami menunggu tidak lama, kira-kira seminit untuk masuk ke dalam tram. Cuma tram ini berhenti kira-kira tiga minit sebelum bergerak. Kalau jalan kaki, rasanya dah sampai, huhuhu. Tidak sampai dua minit, sampailah tram ini di perhentian Century Square. Itupun kerana tram ini perlu berhenti mengikut lampu isyarat, maklumlah, ia berkongsi juga jalan yang digunakan kenderaan lain.
Sahabat pengembara yang menunggu tram (atau dipanggil keretapi ringan (light rail) di Sydney) di Stesen Keretapi Central.
Tiang yang diletakan pengimbas kad Opal di perhentian tram Stesen Keretapi Central Sydney.
Mesin tambah nilai pelbagai mod pembayaran (kanan) dan kad kredit/debit sahaja (kiri).
Keadaan di dalam tram.
Peta: Perjalanan dari Stesen Wolli Creek ke penginapan.
Seterusnya, kami pun berjalan kaki sedikit untuk sampai penginapan kami di The George Street Hotel atau nama pada papan tanda The George Budget & Backpacker Accommodation. Kami pun terus menaiki ke tingkat satu untuk membuat daftar masuk, lagipun ketika itu sudah pukul 3:00 petang. Walaupun pada tempahan terdapat ingatan untuk menyediakan wang deposit namun ia tidak diminta. Kami terus diberikan kunci dan bilik kami perlu panjat lagi dua tingkat di atas. Sebenarnya, bangunan penginapan ini adalah bangunan lama, dimana ia disiapkan pada tahun 1888! Namun penginapan kami ini baru sahaja diubahsuai pada tahun 2014, jadi adalah gabungan lama dan baru.
Kami ke bilik untuk meletak beg kami, solat dna buat perkara-perkara lain seperti mengecaj apa boleh dicaj. Soket plug elektrik di Australia berbeza dengan bahagian-bahagian lain di dunia, yang mana soket jenis I digunakan. Sudah memang saya akan membawa penyuai soket (adapter) bagi menyuaikan soket agar boleh digunakan di Australia ini.
Penginapan kami sepanjang di Sydney.
Waktu solat di Sydney ketika kami di Sydney.
Arah kiblat di Sydney.
Soket elektrik yang digunapakai di Australia (jenis I).
Kira-kira sejam selepas kami mendaftar masuk, kami pun keluar balik untuk menghabiskan hari pertama kami di Sydney ini. Sebenarnya cuaca seperti hendak hujan, tapi kami tetap hendak keluar juga. Mana tahu boleh liputi lawatan mana yang boleh.
Di kawasan penginapan kami, iaitu di Jalan George (George Street), berhampiran dengan Chinatown, memang agak mudah dari segi kemudahan. Di bawa penginapan kami terdapat pengurup wang, namun kadarnya berbanding di Kuala Lumpur agak mahal sikit.
Disamping itu, terdapat beberapa buah restoran atau kedai makanan halal di bawah penginapan kami. Antaranya adalah Restaurant Oz Kebab, yang menyajikan pelbagai jenis kebab (lembu, kambing, ayam malah kanggaru juga) selain ada fish and chips, piza dan sebagainya. Restoran ini terdapat meja dan kerusi untuk makan di dalamnya. Waktu operasinya adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 4:00 pagi.
Selain itu, terdapat kedai makanan ringan yang menjual makanan goreng terutama ayam goreng. Ia umpama kedai ayam goreng di Taiwan. Pelbagai bahagian ayam goreng dijual dari kepak, peha, seluruh peha dan sebagainya. Juga dijual, tahu goreng, cendawan goreng dan sebagainya. Asalnya ingat tidak halal, kerana penjualnya adalah orang Cina, namun terdapat logo halal. Harga pun tidaklah mahal sangat. Jadi kiranya, kami ada bekalan tambahan.
Kadar pertukaran wang asing di pengurup wang di bawah penginapan kami.
Restoran Oz Kebab yang halal, di bawah penginapan kami.
Kedai makanan ringan Just Fry, yang halal, berhampiran penginapan kami.
Kami berjalan kaki ke Jalan Elizabeth (Elizabeth Street) berhampiran Stesen Keretapi Museum untuk menaiki bas. Tujuan asal kami adalah untuk ke Mrs Macquarie's Chair di dalam Taman Botani DiRaja Sydney (Royal Botanical Garden Sydney) bagi menndapatkan tempat cantik untuk merakam gambar Panggung Opera Sydney (Sydney Opera House) dan Jambatan Pelabuhan (Harbour Bridge), jadi kami mengambil bas (saya lupa pula nombor apa yang kami ambil) untuk ke stesen berdekatan. Saya merujuk kepada aplikasi Google Maps untuk mengetahui jadual perjalanan bas dan perhentiannya, di samping melihat laman web Penguasa Pengangkutan NSW.
Keadaan di dalam bas Sydney.
Peta: Perjalanan dari penginapan ke Sheraton on the Park.
Namun rupanya penggunaan bas pada masa ini tidak berapa bijak, di mana perjalanan bas agak perlahan kerana masa itu adalah masa puncak lalulintas di Sydney, disebabkan ramai orang pulang dari kerja. Jadi kami turun di perhentian di Hotel Sheraton on the Park. Kemudian kami merentasi Hyde Park untuk terus ke sana. Namun kami hanya sampai separuh jalan sahaja di Art Gallery Road di belakang bangunan Maklumat Tanah dan Hartanah (Land and Property Information building) NSW sahaja. Ini kerana cuaca tidak mengizinkan, hujan yang menjadi semakin renyai dari tahap gerimis sahaja. Jadi kami kembali ke Hyde Park. Sambil itu, kami mengambil beberapa mercu tanda yang ada di sekeliling seperti Air Pancut Archibald (Archibald Fountain), gereja St Mary's Cathedral dan Menara Sydney yang ada di sekitar itu.
Seterusnya, kami ke Stesen Keretapi St. James yang ada di bawah Hyde Park untuk ke Circular Quay.
Adakah ini burung gagak di Sydney. Tidak hitam sepenuhnya.
Permandangan Hyde Park & kawasan CBD Sydney.
Archibald Fountain di Hyde Park.
Menara Sydney dari Hyde Park.
St Mary's Cathedral.
Peta: Perjalanan dari Stesen St James ke Circular Quay.
Perjalanan mengambil masa kira-kira lima minit sahaja. Sampai di sana, kami tidak tahu hendak buat apa. Ini kerana di Circular Quay ini, merupakan lokasi utama pengangkutan di Sydney. Di sini juga amat dekat dengan Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menaiki feri. Feri ini juga dikira sebagai pengangkutan awam di Sydney dan boleh menggunakan kad Opal untuk membayar tambangnya. Kami memilih feri ke Darling Harbour, namun kami sebenarnya terlepas kerana pintu untuk memasuki feri baru sahaja tertutup. Nasib baik kami tidak menyentuh kad kami pada pengimbas.
Jadi untuk menunggu feri yang seterusnya kira-kira 20 minit lagi, kami berjalan-jalan sekitar kawasan Circular Quay ini. Kami keluar masuk palbagai kedai, sekadar melihat harganya sahaja. Husnul dan Irda membeli Filet-o-Fish di restoran McDonald's berdekatan. Harganya (hidangan ala carte bukannya set) adalah hampir AU$10.00 (+- RM33.00). Setelah itu, kami pun ke Jeti 3 dan melalui pintu penghadang yang mempunyai alat pengimbas kad Opal untuk menunggu feri ke Darling Harbour.
Ketika ini, kami sempatlah melihat beberapa ikon Sydney dari jeti. Tidak lama kemudian feri pun sampai dan kami memberikan laluan kepada penumpang yang turun dari feri, barulah kami menaikinya.
Jeti-jeti feri & stesen keretapi Circular Quay.
Feri yang membawa kami dari Circular Quay ke Darling Harbour.
Permandangan Opera House dari jeti 4 Circular Quay.
Selang beberapa minit kemudian, bergeraklah feri ini menuju ke Darling Harbour. Kami menaiki tingkat atas feri untuk melihat permandangan dengan lebih jelas. Walaupun ketika itu cuaca agak gerimis, namun ia tidak menghalang kami dari duduk di situ. Rakan-rakan dan juga saya tidak habis-habis mengambil gambar dan selfie serta wefie. Memang tidak percaya, Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan yang menjadi ikon Sydney, kini di depan mata.
Kami melalui di bawah Jambatan Pelabuhan menuju ke Luna Park, satu taman tema hiburan yang terletak seberang sungai dengan Circular Quay atau lebih tepat bertentangan dengan The Rock.
Permandangan Harbour Bridge dari dalam feri.
Permandangan jeti-jeti Circular Quay dari dalam feri.
Permandangan Opera House dari dalam feri.
Melalui bawah Harbour Bridge.
Feri berhenti di jeti Luna Park.
Video: Menaiki Feri dari Circular Quay ke Darling Harbour, Sydney, Australia.
Selepas itu, feri ini berhenti di beberapa jeti sebelum menyeberang kembali semula ke sebelah selatan Sungai Parramatta ini menuju ke Darling Harbour. Namun ia singgah di beberapa jeti di dalam perjalanan itu. Dalam perjalanan itu, kami sempat melihat pelbagai pengangkutan air, antaranya teksi air. Ketika kami semakin hampir sampai di Darling Harbour, waktu itu adalah waktu senja, agak cantik juga permandangan kawasan CBD Sydney, di mana bangunan mula bersinar akibat nyalaan lampu-lampunya. Akhirnya sampailah kami di Jeti Darling Harbour.
Permandangan CBD Sydney dari dalam feri (ketika berhenti di Luna Park).
Antara jeti yang menjadi perhentian feri (ini Jeti Balmain East).
Sebuah teksi air yang sedang meluncur laju.
Permandangan Darling Harbour dari dalam feri.
Feri berlabuh di Jeti Darling Harbour.
Jeti Darling Harbour, Sydney.
Darling Harbour ini merupakan tempat yang agak hidup pada waktu malam. Di kawasan jetinya, terdapat pelbagai jenis kapal atau bot sedang berlabuh. Ada kapal persiaran dan ada juga yang merupakan bot berestoran. Di kawasan dataran pula terdapat banyak restoran-restoran yang dibuka. Cuma pada ketika itu, kebanyakan pengunjung duduk di dalam restoran, walaupun terdapat ruangan terbuka, kerana keadaan cuaca.
Kami terus menyusuri tepian Darling Harbour ini dan sampai di kawasan terdapatnya WILD LIFE Sydney Zoo, SEA LIFE Sydney Aquarium dan Madame Tussauds Sydney, cuma pada ketika itu ia sudah tutup (waktu itu sudah pukul 7:00 malam). Jadi kami teruskan berjalan kaki menuju ke Jambatan Pyrmont, iaitu yang agak bersejarah di Sydney. Masa ini cuaca semakin buruk dengan daripada gerimis kepada renyai-renyai. Jadi kami terpaksa membatalkan untuk berkunjung ke Hard Rock Cafe Sydney yang memang sudah nampak di depan mata di hujung jambatan ini (di kawasan Pyrmont).
Kami terus ke perhentian tram Pyrmont Bay yang berdekatan. Tetapi cuaca kembali gerimis kembali, namun kami sudah penat, terutama saya yang tidak berapa cukup tidur. Jadi kami terus mengambil tram untuk kembali ke penginapan dan berhenti di perhentian Paddy's Market (3 perhentian).
Kami terus menyusuri tepian Darling Harbour ini dan sampai di kawasan terdapatnya WILD LIFE Sydney Zoo, SEA LIFE Sydney Aquarium dan Madame Tussauds Sydney, cuma pada ketika itu ia sudah tutup (waktu itu sudah pukul 7:00 malam). Jadi kami teruskan berjalan kaki menuju ke Jambatan Pyrmont, iaitu yang agak bersejarah di Sydney. Masa ini cuaca semakin buruk dengan daripada gerimis kepada renyai-renyai. Jadi kami terpaksa membatalkan untuk berkunjung ke Hard Rock Cafe Sydney yang memang sudah nampak di depan mata di hujung jambatan ini (di kawasan Pyrmont).
Kami terus ke perhentian tram Pyrmont Bay yang berdekatan. Tetapi cuaca kembali gerimis kembali, namun kami sudah penat, terutama saya yang tidak berapa cukup tidur. Jadi kami terus mengambil tram untuk kembali ke penginapan dan berhenti di perhentian Paddy's Market (3 perhentian).
Antara kapal-kapal persiaran yang berlabuh di Darling Harbour.
Peta: Perjalanan tram dari Perhentian Pyrmont Bay ke Perhentian Paddy's Market.
Apabila tiba di Paddy's Market, memang kami mengetahui ia ditutup pada pukul 6:00 petang, tetapi kami ingin berjalan-jalan di Chinatown. Sebenarnya walaupun ada banyak kedai, namun tidak menarik hati, jadi kami teruskan berjalan dan kembali ke penginapan. Dalam perjalanan, kami ingat hendak makan di restoran bertema Malaysia yang ada seperti Restoran Mamak, cuma rasa tidak berbaloi, di mana harga roti canai adalah AU$7.00 (+- RM23.10) dan roti telur pula AU$8.00 (+- RM26.40). Sudah lah itu, yang menebar roti canai adalah orang China bukan orang India atau Melayu, rasa mada tidak ada keaslian.
Jadi kami terus pulang ke penginapan yang tidak jauh. Sampai di bawah penginapan, saya dan abang Zul berkongsi untuk membeli 10 ketul kepak ayam goreng di Kedai Just Fry berharga cuma AU$11.00 (+- RM36.30), sudahlah panas, apabila makan sedap, tetapi agak banyak sampai tidak habis. Jadi kami bawa ke bilik untuk berehat pada pukul 9:15 malam.
Jadi kami terus pulang ke penginapan yang tidak jauh. Sampai di bawah penginapan, saya dan abang Zul berkongsi untuk membeli 10 ketul kepak ayam goreng di Kedai Just Fry berharga cuma AU$11.00 (+- RM36.30), sudahlah panas, apabila makan sedap, tetapi agak banyak sampai tidak habis. Jadi kami bawa ke bilik untuk berehat pada pukul 9:15 malam.
Peta: Perjalanan dari Paddy's Market ke penginapan.
Apabila sampai di bilik, saya dan rakan sebilik (abang Zul dan Jeluwi) berkemas sedikit sebelum tidur. Sambil itu, ada masa, kami membersihkan diri sebelum tidur. Bilik air bukan terletak di dalam bilik tetapi di luar dan berkongsi dengan bilik lain. Akhirnya saya pun tidur pada pukul 11:00 malam.
Bersambung ke Hari 2.
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari -1;
- Hari 3;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day -1;
- Day 1 (this part);
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.