Memaparkan catatan dengan label 07 Februari 2015 - Pulau Pinang Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 07 Februari 2015 - Pulau Pinang Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2015

Itinerari (Pulau Pinang, Malaysia - 07 Februari 2015).

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney
  • Itinerary (this part)
  • Part 1; or 
  • Part 2.



Bil
Butir
RM
1
Malindo Air: beli tiket pada 26 Januari 2015 dari klia2 ke LTA Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia (PEN) OD2102 (07 Februari 2015) & dari PEN ke klia2 OD2105 (07 Februari 2015).



73.00
2
Daftar masuk penerbangan OD2102 & OD2105 melalui laman web Malindo Air dan cetak semula pas kemasukan melalui web pada 05 Februari 2015.

Jumlah
73.00
Bil
Butir
RM
1
Bertolak dari rumah dengan menunggang skuter pada jam 5:30 pagi. Sampai di klia2 pada jam 6:15 pagi.

2
Daftar masuk penerbangan OD2102 di kaunter W7 kerana saya hendak daftar masuk beg.




3
Bersolat subuh di surau aras 3 balai berlepas.

4
Bersarapan di Texas Chicken di aras 2 gateway@klia2.



9.90
5
Ke pintu pelepasan K2 untuk menaiki pesawat.

6
Menaiki pesawat Malindo Air OD2102 pada jam 7:40 pagi, namun tertangguh sehingga jam 8:30 pagi baru berlepas dari klia2.

7
Tiba di LTA Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 9:15 pagi. Mengambil beg dan terus ke perhentian bas RapidPenang di aras bawah.

8
Menaiki bas RapidPenang bernombor 401 untuk ke Jeti Weld Quay setelah 10 minit menunggu.



3.00
9
Tiba di Jeti Weld Quay setelah satu suku jam.

10
Berjalan ke Lebuh Ah Quee & Lebuh Armenian untuk melihat sebahagian Street Art Penang.

11
Bersolat sunat di Masjid Kapitan Keling.

12
Makan tengahari di Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell.




14.50
13
Membeli jeruk & magnet peti ais di D'Jeruk Kita di Jalan Chowrasta, sebelah Pasar Chowrasta.



25.00
14
Membeli t-shirt (3 helai) di sebuah kedai di Jalan Penang.
19.00
15
Berjalan-jalan di KOMTAR, 1st Avenue & Prangin Mall.

16
Bersolat jamak di Masjid al-Jamiul az-Zakirin (Prangin).

17
Pelbagai.
10.00
18
Menaiki bas RapidPenang bernombor 401 untuk ke LTA Pulau Pinang.



2.70
19
Sampai di LTA Pulau Pinang setelah 45 minit.

20
Daftar masuk penerbangan OD2102 di kaunter 48 kerana saya hendak daftar masuk beg.

21
Ke pintu pelepasan B7 pada 4:20 petang.




22
Pintu pelepasan dibuka pada jam 4:50 petang. Penerbangan OD2105 berlepas pada 5:30 petang.

23
Tiba di klia2 pada jam 6:15 petang.

24
Membeli makan malam (untuk makan di rumah) di Texas Chicken gateway@klia2.



38.10
25
Bayaran parkir motorsikal gateway@klia2.



1.00
26
Solat jamak di R&R Seri Kembangan Lebuhraya MEX  arah utara.

27
Mengisi penuh petrol skuter ketika hampir sampai di rumah.



11.25
28
Tiba di rumah pada jam 8:30 malam.

Jumlah
134.45
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM207.45



KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney
  • Itinerary (this part)
  • Part 1; or 
  • Part 2.

Sabtu, 14 Februari 2015

Pra Kembara (Pulau Pinang, Malaysia - 07 Februari 2015) - Berjalan-jalan Seharian di Pulau Mutiara.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part)
  • Itinerary; 
  • Part 1; or 
  • Part 2.
Pengenalan.

Sejak pembukaan klia2 pada 02 Mei 2014, saya masih belum merasa perkhidmatan penerbangan domestik dari klia2. Jesteru itu, saya ada merancang untuk menaiki penerbangan domestik yang ditawarkan oleh AirAsia atau Malindo Air dari situ.



Kebetulan pada 26 Januari 2015, semua syarikat penerbangan membuat tawaran murah, antaranya AirAsia membuat tawaran dengan memansuhkan caj bahan bakar di mana harga tiket untuk penerbangan domestik Semenanjung Malaysia dari RM19 sahaja, sehala!!! Tetapi tiada untuk masa terdekat. Pada waktu Subuh, Malindo Air menawarkan RM117 (RM57 untuk dari klia2 dan RM60 ke klia2) untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabnagsa Pulau Pinang, namun pada tengahari ia menjadi RM73 sahaja. Apa lagi, saya pun ingin merasa pesawat Boeing 737-900 Malindo Air pula kerana sebelum ini hanya menaiki pesawat ATR72 sahaja untuk penerbangan domestik Semenanjung Malaysia dengan Malindo Air.

Pada 05 Februari 2015, iaitu 2 hari dari tarikh penerbangan, saya telah membuat daftar masuk secara web di laman web Malindo Air bagi kedua-dua penerbangan. Saya diberikan dua versi pas pelepasan iaitu jenis untuk dicetak (sebelah kiri) dan kod bar 2D untuk disimpan di dalam telefon bimbit. Menariknya, ia sudah siap diberikan pintu pelepasan.



Semuanya sudah siap, tinggal untuk menunggu hari jadinya sahaja.

Bersambung ke Bahagian 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part)
  • Itinerary; 
  • Part 1; or 
  • Part 2.