Petunjuk: Waktu di Mauritius adalah UTC +4 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Saint Louis pula pukul 8:00 pagi.
Hari 2 (18 Mac 2017 - Sabtu).
Saya sebenarnya tidur tidak begitu nyenyak. Walaupun suasana agak tenteram dan saya pun agak kepenatan sebenarnya, namun disebabkan tidur di bukan tempat tidur biasa saya dan juga ada rakan-rakan lebih penat (agaknya kerana dengkuran mereka yang agak kuat), itulah yang mengganggu tidur saya pada malam ini.
Subuh di Mauritius pada masa perjalanan kami ini adalah pada pukul 4:25 pagi. Agak awal juga, jadi saya membersihkan diri sejurus mendengar azan dan kemudian bersolat. Waktu untuk bersarapan pula adalah pukul 7:00 pagi. Jadi saya gunakan masa untuk membuat rujukan, apakah yang kami akan lakukan pada hari ini.
Setelah tiba pukul tujuh pagi, maka kami yang memang sudah bersiap, ke ruang makan rumah tumpangan kami ini dan kami dihidangkan sebuku roti yang dihidang sekali dengan marjerin dan jem. Air pula boleh meminta kepada En. Gopi untuk minum apa, sama ada kopi atau teh. Roti yang dihidangkan agak rangup kulitnya dan isinya agak lembut, sedap pula itu. Ia dihidangkan panas-panas lagi tu. Encik Gopi memaklumkan bahawa dia baru sahaja membeli roti tersebut panas-panas dari kedai berdekatan.
Sejurus selepas makan, kami pun kembali ke bilik untuk mengunci bilik kami dan kami pun ke kereta untuk memulakan perjalanan kami menjelajahi pulau Mauritius ini. Kami bergerak pada pukul 7:30 pagi. Pertamanya kami ke kedai yang menjual roti tadi yang terletak bersebelahan stesen minyak Total di Mahebourg. Harga bagi sebuku roti adalah berharga Rs.3 (+- RM0.41) sahaja. Jadi kami membeli beberapa buku masing-masing sebagai bekalan makanan kami hari ini.
Seterusnya, saya membawa kereta kami bergerak menyelusuri pantai timur Mahebourg melintasi beberapa pekan seperti Grand Port, Bambous Virieux, Grand Sable, Grand River South East, Bel Air, Trou d'Eau Douce dan Belle Mare. Sepanjang perjalanan kami melalui ladang tebu yang saujana mata memandang. Juga kami melalui jalan pesisir pantai dengan melihat air laut yang cantik. Juga dalam perjalanan sempat juga melihat kegiatan warga Mauritius pada pagi ini.
Dalam perjalanan ini, saya memandu berpandukan aplikasi Google Maps. Namun ada juga beberapa tempat yang saya tersasar juga. Ada baiknya juga sedikit tersasar ini, kerana dalam masa itu kami terjumpa beberapa tempat yang menjadi tarikan pelancong. Kami juga berhenti di beberapa tempat seperti di Grand River South East dan Trou d'Eau Douce yang mana permandangan pantai di tempat ini amat cantik sekali. Teringat saya dengan iklan Mild Seven pada sekitar awal tahun 1990an.
Di kedua-dua tempat ini juga merupakan jeti untuk ke pulau-pulau pesisir seperti Pulau Ile aux Cerfs. Ramai juga ejen-ejen pelancong datang bertanya kepada kami sama ada untuk ke sana, namun kami menolaknya kerana jika membuat aktiviti island hoping ini, mahu juga lari bajet kami.
Kelihatan juga di beberapa tempat, terdapat beberapa tempat bersejarah seperti di antara Mahebourg dan pekan Grand Port, terdapat tapak pendaratan pertama orang Belanda. Juga di pekan Trou d'Eau Douce dan beberapa pekan lain, terdapat beberapa bangunan lama atau kota lama peninggalan penjajah. Cuma ada beberapa bangunan ini tidak terjaga sangat, jadi nampak kelihatan daif.
Pada pukul 9:45 pagi, kami sampai di kawasan Belle Mare. Kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyai banyak resort mewah. Di sini juga kami ternampak beberapa buah kedai cenderahati produk tempatan. Namun kami tidak berhenti kerana beranggapan harga di sini rasanya agak mahal, kerana banyaknya resort mewah di sekitarnya.
Dari Belle Mare, kami merentasi pulau untuk terus ke Grand Baie (atau Grand Bay), kiranya kami tidak melalui pantai utara Mauritius ini. Dari sini memang kami melalui ladang tebu yang luas dan juga beberapa penempatan. Sampai di kawasan berhampiran Stadium Anjalay di Mapou, barulah kami dapat merasai memandu di lebuhraya. Sebelum memasuki lebuhraya, di Mapou, sempat juga kami melihat tinggalan sistem keretapi di Mauritius yang kini sudah tiada lagi.
Kami sampai di kawasan Grand Baie pada pukul 11:15 pagi. Sepanjang perjalanan kami dari Mahebourg, diperhatikan walaupun penduduk Mauritius majoritinya beragama Hindu, namun agak kurang kuil dijumpai, begitu juga gereja. Namun terdapat banyak masjid yang boleh dikatakan setiap penempatan akan menjumpai satu. Ini termasuk juga di Grand Baie, yang boleh dikatakan penempatan besar berbanding penempatan yang kami lalui sebelum itu.

Permandangan dari beranda penginapan kami.
Sarapan pagi kami, roti (sedap sangat) dengan jem dan majerin.
Masjid Mahebourg.
Perairan Grand Port.
Perairan Grand Port.
Perkampungan Grand Port.
Ladang tebu di Grand Port.
Ladang Tebu di Bel Air.
Kubu di Trou d'Eau Douce.
Pantai di Trou d'Eau Douce, Mauritius.
Ladang tebu di AmitiƩ.
Masjid di Grand Baie.
Peta: Mahebourg ke Grand Baie melalui pantai timur Mauritius.
Grand Baie ini merupakan kawasan utama perlancongan kerana banyak resort dan hotel yang bukan bertaraf mewah namun yang bertaraf bajet serta asrama backpackers juga mudah didapati.
Kemudahan pelancongan juga agak banyak didirikan, banyak kedai-kedai dibuka dan juga pusat membeli-belah di sini. Fasiliti di sini juga terbina baik. Banyak bot-bot pelancong boleh didapati. Pantainya pun terdapat orang mandi-manda. Paling menarik, terdapat juga gerai-gerai jalanan di pantai-pantai ini. Saya, Najib dan Farish sempat juga makan Nasi Baryani Ayam di sini yang berharga Rs.125 (+- RM 16.88) yang dikongsi bertiga.
Di kawasan Grand Baie inilah baru kami menjumpai kedai pengurup wang. Agak banyak juga di kawasan Grand Baie ini. Kadarnya serupa sahaja dengan di lapangan terbang. Malah Ringgit Malaysia juga diterima. Namun saya menukar sahaja wang Euro yang ada walaupun ada membawa sedikit Ringgit. Jadi bertambahlah sikit bekalan duit Rupee Mauritius di tangan saya. Begitu juga dengan yang lain, menukar wang kepada rupee juga.
Kami pun berjalan-jalan di sekitar kawasan utama di Grand Baie. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari satu pusat membeli-belah ke pusat membeli-belah yang lain. Pada masa sama, dapat juga saya meninjau harga-harga barang-barang di situ. Secara amnya, magnet peti ais dijual dari Rs. 100 (+- RM 13.50) sekeping. Mahal juga.
Jalan punya jalan, sampai kami di pasaraya Super U. Sebenarnya, kami mencari tandas, tapi memang mencari tandas awam di Grand Baie mahupun di keseluruhan Mauritius ini agak sukar. Malah di beberapa pusat membeli-belah, tiada tandas (atau kami sebenarnya tidak menjumpainya). Nasib baik di pasaraya Super U ini ada tandas, tapi itu pun hanya satu tempat sahaja, yang mana ia berada di tingkat atas.
Tandas awam di Mauritius ini sama tandas di Australia atau di Korea Selatan, di mana tiada pili air di dalam tandas. Jadi perlu membawa botol, jika kita jenis perlu beristinjak dengan air.
Selepas lega melepaskan hajat yang tertangguh lama, kami pun masuk ke dalam pasaraya Super U. Sebenarnya bukan pasaraya ini sahaja yang ada di sini, sama seperti pasaraya besar di Malaysia, terdapat juga beberapa kedai lain di pasaraya ini. Saya terus masuk ke pasaraya Super U nya. Sebenarnya hendak tengok apa yang dijual di sini, lebih kurang sama sahaja dengan pasaraya di Malaysia, cuma ada beberapa keunikan tersendiri. Antaranya, ikan yang dijual bukan ikan kecil tetapi ikan terumbu karang (yang berwarna warni) dan juga ikan besar (termasuk ikan marlin dan ikan layaran)!
Di sini juga baru saya tahu yang ayam dan daging mentah (kecuali daging babi) adalah halal, cuma tidak menariknya, daging babi diletakan bersebelahan dengan daging kambing di pasaraya ini. Tapi agak terasing juga, bukan tanpa pemisahan tetapi ia tidak ketara.
Di dalam pasaraya ini juga saya terjumpa bahagian menjual cenderahati seperti magnet peti ais, rantai kunci dan cenderahati lain berasaskan alat tulis. Harganya agak murah berbanding di kawasan utama pelancongan Grand Baie. Harganya dari Rs. 40 (+- RM5.40). Jadi saya membeli dua keping magnet peti ais (berasaskan getah) dengan harga cuma Rs. 90 (+- RM12.15).
Kami kemudian kembali ke tempat kami parkir kereta di pantai Grand Baie dan kemudian saya memandu kereta menuju ke bandaraya Port Louis pula.
Permandangan di Grand Baie.
Kadar pertukaran wang asing di pengurup wang Change Express, Grand Baie.
Kadar pertukaran wang asing di pengurup wang Change Express, Grand Baie.
Resit tukaran wang di Change Express, Grand Baie.
Permandangan jalanan di Grand Baie.
Gerai-gerai jalanan di Grand Baie.
Di dalam pasaraya Super-U, Grand Baie.
Antara ikan-ikan dijual di dalam pasaraya Super-U, Grand Baie.
Antara ikan-ikan dijual di dalam pasaraya Super-U, Grand Baie.
Resit belian magnet peti ais di pasaraya Super U, Grand Baie.
Perjalanan ke pusat bandar Port Louis mengambil masa kira-kira lebih sikit dari 20 minit dengan melalui sebilangan bulatan.
Sampai di pusat bandar Port Louis, kami pun parkir di parkir tepi jalan. Setelah itu, saya ke kedai berdekatan untuk membeli kupon parkir. Kadar parkir jalanan di Port Louis ini adalah Rs. 10 (+- RM1.35) untuk setengah jam. Kupon dijual secara berbuku 10 keping sama ada berbuku 10 keping Rs.10 atau 10 keping Rs.20. Kemudian saya dimaklumkan masa kami sampai ini (iaitu melepasi pukul 12:00 tengahari hari Sabtu) sudah tidak perlu membayar bayaran parkir. Masa berbayar adalah bagi hari Isnin hingga Jumaat pukul 8:00 pagi hingga 4:30 petang dan hari Sabtu dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Namun kami sebenarnya parkir di ruang yang salah, kerana ruang itu khas untuk teksi menunggu sahaja. Jadi saya perlu mengubah parkir ke tempat yang dibolehkan parkir.
Selepas parkir, kami pun bergerak menuju ke Central Market, iaitu pasar utama di bandaraya Port Louis ini. Di sini, barangan harian basah dan kering dijual seperti sayur-sayuran, daging, hasil laut, buah-buahan dan sebagainya. Juga di tingkat atas dijual pakaian dan peralatan dapur juga.
Terdapat satu seksyen di luar bangunan utama, ditumpukan kepada barangan cenderahati seperti kemeja-T, magnet peti ais, rantai kunci dan sebagainya. Harga yang ditawarkan agak mahal juga, contohnya magnet peti ais, dijual sekeping Rs.50 (+- RM6.75), namun lebih murah berbanding di Grand Baie. Namun sebenarnya ia boleh ditawar. Saya tidak membelinya, kerana sudah membelinya di Grand Baie. Abang Din menawar dan mendapat lima keping Rs.100 (+- RM13.50), bermakna hanya Rs.20 (+- RM2.70) sekeping. Rasa menyesal beli di Super U Grand Baie pun ada, huhuhu.
Kemeja-T tidak disarankan membelinya, kerana harga tawaran awal adalah sekitar Rs. 600 (+- RM81.00) sehelai, selepas tawar dengan sukar pun cuma dapat Rs. 250 (+- RM33.75) sehelai. Nasib baik siaz tidak ada, kalau tidak, kena beli, betul-betul tidak berbaloi. Walaupun kainnya agak baik kualitinya, tapi jika harga berkenaan, rasanya tidak perlu membelinya.
Seterusnya, kami berjalan-jalan menuju ke Masjid Jumaah dengan melalui Stesen Bas Immigration Square juga dikenali sebagai Aapravasi Ghat, untuk bersolat, kerana waktu Zohor sudah masuk. Setelah usai solat, kami pun kembali ke kawasan stesen bas tadi, dan melintasi lebuhraya M1 untuk ke Muzium Aapravasi Ghat, di seberang jalan.
Rupa-rupanya, muzium ini telah tutup pada pukul 12:00 tengahari tadi. Dikhabarkan juga kesemua tarikan pelancongan yang dikendalikan oleh kerajaan dibuka mengikut waktu bekerja kerajaan. Melepas untuk kami melihat sejarah perhambaan yang dibuat oleh penjajah satu ketika dahulu. Kawasan Aapravasi Ghat ini yang bermaksud Pangkalan Imigresen, menjadi pusat perdagangan manusia yang utama semasa zaman penjajahan. Orang-orang dari Afrika dan India dikumpulkan dan kemudian dibawa ke pelbagai tempat termasuk benua Eropah dan benua Amerika. Ada juga yang ditempatkan di pulau Mauritius ini. Jadi dari sinilah kebanyakan warga Mauritius berasal.
Oleh kerana hajat untuk melawat muzium terbantut, kami pun berjalan menuju ke pejabat pos Waterfront yang berdekatan. Saya jangkakan ia juga ditutup. Benar, apabila sampai, ia ditutup, cuma bahagian filateli (pengumpul setem) masih dibuka namun petugasnya menutupnya buat sementara sehingga satu masa kemudian. Malas menunggu kami pun terus ke pusat membeli-belah Waterfront di sebelah.
Pusat membeli-belah ini tiada apa yang menarik. Juga tidak terasa penghawa dinginnya. Terasa seperti di India atau Sri Lanka, di mana tempat tertutup umpama kedekut dalam menggunakan pendingin hawa. Cuma di luar kompleks ini, nampak agak jelas Pelabuhan Port Louis dengan kita boleh melihat kapal-kapal yang berlabuh.
Seterusnya, kami ke bahagian bertentangan dengan Waterfront yang juga mempunyai kawasan komersil iaitu di kawasan Caudan. Di sini juga terdapat pusat membeli-belah berkembar Caudan. Ramai juga anak-anak muda Mauritius yang lepak di sini. Di sini juga terdapat sebuah casino.
Kedai-kedai di kawasan ini tidak menarik sangat. Kami cuma sempat mengambil gambar patung maskot Dodo di dalam pusat membeli-belah untuk dijadikan kenangan. Seterusnya kami seberang lebuhraya dengan terowong bawah tanah dan terus menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan kami. Sempat juga saya mengambil gambar Tugu MahƩ de Labourdonnais, yang mana beliau inilah yang memajukan pulau Mauritius tatkala di dalam pemerintahan Perancis. Kiranya, beliaulah bapa Mauritius. Mahebourg merupakan bandar di Mauritius yang mengambil sempena namanya dan beliau juga yang membuka bandar Port Louis.
Video: Memandu di Mauritius (video 1) (ehsan Pak Din).
Peta: Grand Baie ke Port Louis.
Keadaan di pusat bandar Port Louis berhampiran Central Market
(diperhatikan papan tanda masa parkir berbayar).
Central Market, Port Louis.
Keadaan di dalam Central Market.
Stesen bas Immigration Square atau Aapravasi Ghat.
Sebuah Proton Wira di jalanan Port Louis.
Masjid Jumaah, Port Louis.
Keadaan di dalam Masjid Jumaah.
Mimbar dan mihrab Masjid Jumaah.
Pintu masuk Muzium Aapravasi Ghat.
Pintu masuk Muzium Aapravasi Ghat.
Permandangan pusat bandar Port Louis.
Bangunan Pejabat Pos Waterfront.
Pejabat Pos Waterfront.
Salah sebuah bank di Mauritius, Bank MAU.
Pusat membeli belah Waterfront.
Pelabuhan Port Louis.
Permandangan Pelabuhan Port Louis.
Kasino Port Louis.
Dengan maskot Dodo di pusat membeli-belah Caudan Waterfront.
Tugu MahƩ de Labourdonnais di pusat bandaraya Port Louis.
Peta: Perjalanan di dalam pusat bandar Port Louis.
Seterusnya saya memandu kereta ke arah selatan melalui pesisir pantai timur pulau Mauritius ini. Destinasi kami adalah untuk ke tarikan utama di Mauritius iaitu 7 Colours Earth (Bumi 7 Warna) yang berada di kawasan Chamarel. Kami melalui beberapa penempatan seperti Petite Riviere, Bambous, Flic en Flac, Tamarin, Black River dan Grande Riviere Noire. Seperti sebelah pagi, perjalanan kami ini juga dihiasi permandangan ladang tebu dan juga gunung-ganang Mauritius yang unik yang mana gunung-ganangnya berbongkah. Dalam perjalanan ini, kami mengisi minyak kereta kami kerana ia sudah susut dan takut perjalanan kami nanti tidak sempat mengisi minyak, kerana difahamkan stesen minyak di luar kawasan bandar Port Louis dan luar kawasan Lebuhraya M1/M2 ditutup selepas pukul 7:00 malam.
Sampai di penempatan Case Noyale, saya membelok simpang ke kiri untuk melalui jalan pergunungan. Agak mencabar juga jalannya, kerana ada bahagian agak sempat yang lepas satu lorong sahaja, malahan terdapat satu lampu isyarat khas untuk membolehkan hanya satu hala sahaja yang melalui jalan ini pada setiap masa. Sudah dikatakan jalan pergunungan, maka sudah tentu ia bengkang bengkok. Setelah lima belas minit, kami melepasi penempatan Chamarel dan kemudian sampai ke pintu masuk ke 7 Colours Earth selepas itu.
Di pintu masuk, kami perlu membayar bayaran masuk di kaunter tiket pandu lalu. Harga bayaran masuk ke 7 Colours Earth ini adalah Rs. 225 (+- RM30.38) setiap orang. Masa operasi pula 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan jam di tangan saya menunjukan pukul 4:10 petang. Huh, kami cuma ada 50 minit untuk berada di kawasan ini. Selepas membayar, kami pun masuk dengan membawa kereta. Memang jauh juga ke dalam, rasanya lebih 3 kilometer, barulah sampai ke kawasan tarikan pertama, iaitu Air Terjun Chamarel.
Air terjun ini bukanlah air terjun untuk mandi, cuma air terjun untuk dilihat sahaja. Ia agak tinggi juga, setinggi Patung Liberty di New York, Amerika Syarikat, kira-kira 100 meter, atau setinggi tiang bendera di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Setelah berada di sini dalam 10 minit, kami pun beransur menuju ke destinasi kedua yang juga yang utama iaitu 7 Colours Earth nya sendiri.
Kami memandu masuk lagi ke dalam kira-kira 2 kilometer, barulah sampai ke kawasan parkirnya. Setelah parkir, kami pun berjalan menuju ke 7 Colours Earth ini, namun di pintu masuk, kami perlu menyerahkan tiket masuk yang dibayar tadi untuk pengawal keselamatan di situ mengambil salah satu bahagian dari dua bahagian yang ada. Malangnya tiket kami semuanya di dalam kereta, jadi kami meminta Najib untuk mengambilnya. Kami kemudiannya dapat masuk setelah menyerahkan tiket tersebut. Kami diberikan salah satu lagi bahagian untuk simpanan kami.
Kami berjalan kira-kira 100 meter ke dalam dan akhirnya sampai juga. Memang betul, barulah nampak di depan mata tanah di sini berwarna warni seperti warna pelangi. Memang ia satu yang unik. Barulah betul kami berada di Mauritius ini. SubhanAllah, memang indah ciptaan Allah ini. Di sini juga terdapat lima ekor kura-kura gergasi yang satu ketika dahulu banyak mendiami pulau Mauritius ini. Ini pun sebenarnyta kura-kura dari kepulauan Seychelles bukannya Mauritius, kerana kura-kura gergasi Mauritius sudah pupus, sama seperti burang yang menjadi maskot Mauritius, burung Dodo.
Setelah dua puluh minit di sini, kami pun pulang ke kereta dan kemudian memandu keluar dari kawasan 7 Colours Earth ini, menggunakan jalan sama ke Case Noyale. Dalam pertengahan perjalanan, kami singgah di tempat melihat permandangan pantai barat pulau Mauritius ini. Memang indah permandangan petang di sini. Kami hanya lima minit di sini kerana ia berada di tepi jalan dan oleh kerana banyak kereta berhenti, jalan menjadi lebih sempit. Jadi untuk mengurangkan kesempitan jalan, kami pun ambil keputusan untuk bergerak. Destinasi seterusnya adalah ke Le Morne.
Peta: Port Louis ke 7 Colours Earth, Chamarel.
Tiket masuk ke 7 Colours Earth.
Jalan masuk ke 7 Colours Earth.
Peta 7 Colours Earth.
Papan maklumat Air Terjun Chamarel.
Air Terjun Chamarel.
Air Terjun Chamarel.
Video: Air Terjun Chamarel (ehsan Najib).
Peta 7 Colours Earth.
Papan maklumat tentang kura-kura gergasi.
Kura-kura gergasi.
Papan maklumat tentang 7 Colours Earth.
7 Colours Earth.
Panorama 7 Colours Earth.
Permandangan kawasan Tamarin dari kawasan pergunungan Chamarel.
Permandangan kawasan La Gaulette dari kawasan pergunungan Chamarel.
Panorama permandangan dari kawasan pergunungan Chamarel.
Perjalanan ke Le Morne ini tidak lama, sekitar sepuluh minit sahaja dari Case Noyale. Sebenarnya kawasan Le Morne inilah yang menjadi gambar imej utama Mauritius, termasuk juga gambar profil posting Pra Kembara bagi perjalanan ini. Cuma gambar-gambar tersebut adalah permandangan dari udara, jadi jika di darat memang tidak nampaklah.
Tujuannya adalah untuk ke Tugu Laluan Perhambaan yang berdekatan dengan Pantai Awam Le Morne. Namun apabila sampai di sana, pintunya ditutup. Jadi hanya dapat tengok dari luar sahajalah. Tugu ini adalah hasil seni beberapa orang artis dari beberapa negara Afrika yang menggambarkan kesiksaan warisan perhambaan di Afrika termasuk Mauritius pada masa dahulu.
Memandangkan kami sudah berada di pantai, maka kami pun sempat beriadah di sini. Memang ramai orang beriadah di sini. Pakaian pun pakaian mandi juga, jadi jangan nampak terkejut sangat. Abang Din dan Najib pun bersiap untuk mandi. Saya asalnya ingin mandi laut juga, cuma kemudian menukar niat. Jadi hanya mereka berdua sahaja. Seronok juga mereka mandi sampai 45 minit juga mereka mandi. Katanya airnya tidaklah masin sangat seperti air laut di Malaysia. Selepas puas, mereka pun membersihkan diri di tandas berhampiran.

Peta: Le Morne ke Mahebourg.
Kami kemudiannya pulang ke Mahebourg melalui kawasan pantai selatan pulau Mauritius ini. Kami melalui beberapa kawasan yang menarik seperti MacondƩ dan juga penempatan-penempatan seperti Baie du Cap, Surinam, Souillac, Riviere des Anguilles, Britannia dan La Flora. Dalam perjalanan, terdapat dua tempat yang mempunyai lampu isyarat sebelum jambatan, kerana jambatan ini hanya muat untuk satu hala sahaja.
Ketika di Surinam, kami ingin berhenti untuk makan kerana terjumpa tanda makanan halal, namun ia sudah hendak tutup. Pada masa itu, azan Maghrib berkumandang bermakna waktu sekitar pukul 6:30 malam. Begitu juga hampir kesemua premis-premis perniagaan di situ.
Jadi kami pun meneruskan perjalanan dan hari semakin gelap. Sampai di La Flora, saya mengambil jalan pintas untuk menggunakan lebuhraya M2 di Rose Belle. Akhirnya kami tiba di Mahebourg pada pukul 8:00 malam. Di Mahebourg pun kebanyakan premis perniagaan pun tutup. Jadi kami (saya, Najib dan Farish) mengambil keputusan untuk makan di KFC berhampiran stesen bas Mahebourg.
Sampai di situ, kami pun memesan makanan di kaunter. Kalau di KFC Malaysia, semua bahagian ayam berharga sama sahaja tidak kira bahagian, namun di KFC Mauritius ini, setiap bahagian mempunyai harga berbeza. Terdapat tiga bahagian diasingkan kategori harga iaitu peha, kepak dan bahagian besar (dada dan badan). Abang Din cuma membeli air minuman sahaja, mungkin kerana dia was-was. Lagipun memang tiada tanda halal di KFC. Kami bertiga memang mendapat maklumat KFC boleh dimakan setelah bertanya orang di Masjid Jummah tadi.
Setelah usai makan malam, dan perut kami terisi, maka kami pun pulang ke penginapan, membersihkan diri, berehat dan kemudian tidur.
Bersambung ke Hari 3.
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 (this part);
- Day 3;
- Day 4; or
- Travel Guide - Mauritius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan