Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4; atau
- Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Travel Guide - Mauritius.
Panduan:
|
||||
Rs = Rupee Mauritius (MUR),
matawang Mauritius. Secara amnya, kadar tukaran: Rs10 = RM1.35 atau RM1.00 =
Rs7.50.
|
||||
Waktu tempatan Mauritius adalah
UTC +4 iaitu 4 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contahnya jika Kuala
Lumpur pada pukul 4:00 petang, Port Louis adalah pada pukul 12:00 tengahari.
|
||||
Persediaan Pra Perjalanan
|
||||
Bil
|
Butir
|
RM
|
||
1
|
Air Asia X: (06
September 2016) menempah tiket dari klia 2 ke LTA Sri Seewoosagur Ramgoolam,
Mauritius (MRU) D7 6 (22 September 2017) & dari MRU ke klia 2 D7 7 (25
September 2017) (RM695.57) + 3 set makanan (RM15.00 x 4)+ akses Lounge
AirAsiaX (RM69.00) + bas shuttle SkyBus (RM17.80). Pada 14 Februari 2017,
jadual penerbangan diubah menjadi 17 hingga 20 Mac 2017.
|
842.37
|
||
2
|
Hotels.com: (14
Februari 2017): penginapan sebuah bilik berkongsi empat di Le Bamboo,
Mahebourg, Mauritius pada 17 hingga 19 Mac berharga €74 (€37 semalam) yang
dibayar di penginapan nanti.
|
|||
3
|
eTiQa Takaful: (15
Februari 2017) membeli International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 3 (Seluruh dunia
termasuk Mauritius kecuali Amerika Syarikat dan Kanada) selama 5 hari (17
hingga 20 Mac 2017).
|
72.00
|
||
4
|
OLA Mauritius: (01 Mac
2017) Menempah kereta Perodua Viva selama tiga hari seharga €84 (+- RM397)
(€28 (+- RM135)/hari atau €21 (+- RM101)/orang (3 hari) atau €7 (+-
RM34)/orang/hari). Membayar deposit €7.70 (+- RM37) dahulu dan baki (€69.30
(+- RM333)) dibayar ketika mengambil kereta nanti.
|
37.00
|
||
5
|
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Harare, Zimbabwe (Mauritius termasuk dalam kuasa
usahanya), & Konsul Kehormat Malaysia di Mauritius serta salinan kepada Kedutaan Malaysia di Colombo, Sri Lanka pada 06 Mac 2017 untuk memaklumkan kehadiran di Mauritius.
Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.
|
|||
6
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan D7 6 & D7 7 melalui web pada 15 Mac 2017.
|
|||
7
|
Membuat Permit Memandu
Antarabangsa di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur bagi tempoh setahun (16 Mac 2017-15 Mac 2018).
|
150.00
|
||
Jumlah
|
RM1,101.37
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (Rs)
|
RM
|
|
1
|
Bangun pagi pada 5:00
pagi. Membersihkan diri dan keluar rumah pada pukul 5:30 pagi. Menaiki kereta
Grab (GrabCar) dari rumah ke KL Sentral. Tambang adalah RM13.00 tetapi saya
menggunakan kod promosi RM10.00. Bakinya membayar dengan kad kredit.
|
3.00
|
||
2
|
Menaiki bas shuttle KL
Sentral ke klia2 pada pukul 6:00 pagi. Tambang telah dibayar bersama tempahan
penerbangan AirAsia. Tiba di klia2 pada pukul 6:50 pagi. Solat Subuh di surau
stesen bas klia2.
|
|||
3
|
Terus ke balai
berlepas dan memasuki airside dengan melakukan prosedur imigresen dan kastam.
Berjalan ke bangunan satelit klia2 dan terus ke AirAsia Premium Lounge. Duduk
di situ selama 3 jam (siap tidur).
|
|||
4
|
Keluar dari lounge dan
berjumpa dengan Najib dan Farish, seterusnya ke pintu pelepasan Q6 untuk
masuk ke dalam pesawat. Menaiki pesawat 9M-XXA yang menjadi penerbangan
AirAsiaX D7 6. Pesawat berlepas pada pukul 11:15 pagi.
|
|||
5
|
Semasa dalam
penerbangan dapat tukar tempat duduk dengan empunya tempat duduk 7G yang
ingin duduk dengan pasangannya. Rezeki datang tergolek kerana tempat duduk
itu adalah tempat duduk Hot Seat dan di kawasan Quite Zone pula tu. Makan
makanan yang ditempah dan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Sir
Seewosagur Rangoolam (MRU), Mauritius selepas hampir 7 jam penerbangan, pada
pukul 2 petang waktu Mauritius.
|
|||
6
|
Menjalani prosedur
imigresen masuk Mauritius dan kastam Mauritius dan sampai di balai ketibaan,
menukar wang kepada matawang tempatan, Rupee Mauritius (Rs.). Kemudian
mencari dan menjumpai orang urusan kereta sewa Ola Mauritius. Di bawa ke
kereta kami yang diparkir di kawasan parkir MRU. Membayar baki bayaran sewa
kereta dengan kad kredit (Rs. 2842 (+- RM382.67) bayaran kemudiannya dibahagi
empat kami) dan juga kad kredit saya diblok Rs. 20 000 (+- RM2700.00) untuk
deposit yang dikembalikan jika kereta dalam keadaan baik.
|
710.50
|
95.92
|
|
7
|
Kami kemudian terus ke
penginapan kami, Le Bamboo Guest House di Mahebourg, kira-kira 7 kilometer
dari lapangan terbang. Kami membayar terus bayaran penginapan kami semasa
daftar masuk (menggunakan €50 (+- RM240.00 atau Rs.1800) dan Rs. 960
(+-RM129.60) menjadi Rs.2760 semuanya, dibahagi kepada empat orang).
|
690.00
|
93.15
|
|
8
|
Setelah daftar masuk
dan bersolat, kami pun keluar dengan ke pasaraya Save Mart Mahebourg dengan
membeli beberapa barang. Saya membeli beberapa botol air mineral 1.5liter dan
sebantal roti perancis (baguatte).
|
39.50
|
5.33
|
|
9
|
Kemudian kami ke
pejabat cawangan Mahebourg bagi telco Emtel untuk membeli kad SIM Prabayar
dan menambah Rs.20 untuk mencukupkan nilai kredit untuk membeli plan data
750MB untuk 1 minggu.
|
120.00
|
16.20
|
|
10
|
Mengisi minyak kereta
sebanyak Rs.150 (+- RM20.25) di stesen minyak Total di Mahebourg. Jumlah
dibahagi empat. Harga seliter petrol RON 95 di Mauritius adalah Rs. 42.70 (+-
RM5.76), jadi mendapat 3.5 liter sahaja.
|
37.50
|
5.06
|
|
11
|
Seterusnya kami berjalan-jalan
sekitar Mahebourg terutama ke Mahebourg Waterfront dan Pantai Blue Bay.
|
|||
12
|
Seterusnya kami
bercadang untuk ke bandaraya Port Louis (40 kilometer), namun membatalkan
niat semasa pertengahan perjalanan kerana rasanya banyak premis ditutup
sebagaimana di Mahebourg yang tutup selepas pukul 6.00 petang.
|
|||
13
|
Mengisi minyak kereta
di Shell Lebuhraya M2 berhampiran Nouvelle France sebanyak Rs. 450 (+-
RM60.75) bagi 10.5 liter. Jumlah dibahagi empat.
|
112.50
|
15.19
|
|
14
|
Kami singgah di pusat
membeli-belah Vieux Moulin di Rose Belle untuk makan malam di medan
seleranya. Saya mengambil hidangan nasi + kuah dal + kari kambing + sedikit
ulam + chutney.
|
160.00
|
21.60
|
|
17
|
Kami pun pulang ke
penginapan untuk rehat dan tidur selepas itu.
|
|||
Jumlah
|
Rs 1,870.00
|
RM255.45
|
||
Bil
|
Butir
|
Rs
|
RM
|
|
1
|
Bersarapan di
penginapan dan kemudian bertolak dari penginapan untuk memulakan perjalanan
pada pukul 7:30 pagi. Singgah di sebuah kedai di Mahebourg untuk membeli 3
roti (sebuku berharga Rs.3 (+- RM0.41 sahaja) untuk menjadi makanan harian.
|
9.00
|
1.22
|
|
2
|
Perjalanan menjelajahi
pulau Mauritius dari kawasan pantai timur melalui Mahebourg, Grand Port,
Bambous Virieux, Grand Sable, Grand River South East, Bel Air, Trou d'Eau
Douce dan Belle Mare. Kemudian merentasi pulau untuk ke Grand Baie melalui
Central Flacq, Pont Blanc, Petite Retraite, Amitié, Gokoola dan Piton,
seterusnya menggunakan lebuhraya M2 untuk sampai ke Grand Baie pada 11:15
pagi. Perjalanan santai sambil berhenti-henti mengambil masa hampir 3 jam.
|
|||
3
|
Bersiar-siar sekitar
Grand Baie. Sempat menukar wang ke Rs. Di pengurup wang (kadar sama dengan di
MRU). Saya, Najib dan Farish berkongsi makan nasi baryani ayam berharga
Rs.125 (+- RM 16.88).
|
45.00
|
6.08
|
|
4
|
Berjalan-jalan sampai
ke pasaraya Super-U. Membeli magnet peti ais dua keping (sekeping berharga
dari Rs.45 (+- RM6.08).
|
90.00
|
12.15
|
|
5
|
Setelah dekat sejam
kami kembali berjalan-jalan dengan kereta menuju ke pusat bandar Port Louis.
Tiba di Port Louis pada pukul 12:45 setelah 20 minit perjalanan. (Nasib baik
selepas pukul 12:30 tengahari tidak perlu membayar parkir, setengah jam Rs.10
(+- RM1.35), perlu beli kupon yang boleh dibeli (satu buku 10 helai) di
kedai-kedai sekitar pusat bandar).
|
|||
6
|
Bersiar-siar di
Central Market, terdapat banyak barang harian dijual di sini, juga
cenderahati. Magnet peti ais, tanda harga adalah dari Rs.50, tetapi boleh
ditawar. Abang Din boleh mendapat 5 keping Rs.100 (+- RM13.50)! T-Shirt agak
mahal, harga buka Rs. 550 (+- RM74.25) sehelai! Harga akhir tawaran Rs.250
(+- RM33.75), agak mahal juga. Kemudian bersolat di Masjid Jumaah yang berada
berhampiran. Kemudian, kami melalui stesen bas Immigration Square ke Aapravasi Ghat, namun ia sudah tutup pada
12:30 tengahari. Kebanyakan tempat tarikan yang diuruskan kerajaan beroperasi
mengikut waktu pejabat. Seterusnya ke Pejabat Pos yang juga tutup, pusat
membeli belah Waterfront, melihat Pelabuhan Port Louis, ke kawasan Caudan
Waterfront dan kemudian kembali ke kereta untuk meneruskan perjalanan
seterusnya.
|
|||
7
|
Meneruskan perjalanan
ke 7 Colours Earth melalui pantai barat Mauritius dengan melalui kawasan
Bambous, Flic en Flac, Tamarin, Black River dan Case Noyale, (mengisi minyak
di stesen minyak EnGen di Bambous Rs600 (+- RM81.00, yang dibahagi empat) kemudian
menggunakan jalan berbukit menuju ke Chamarel dan akhirnya sampai di
destinasi pada pukul 4:00 petang (bernasib baik kerana ia ditutup pada pukul
5:00 petang).
|
150.00
|
20.25
|
|
8
|
Membayar tiket bayaran
masuk di pondok tiket, kereta boleh dibawa masuk (percuma). Perlu ada
kenderaan untuk masuk ke dalam kerana agak jauh ke dalam. Di dalam, kami
melawat permandangan Air Terjun Chamarel yang setinggi Patung Liberty di New
York, Amerika Syarikat. Seterusnya ke tarikan utama iaitu tanah
berwarna-warni. Setelah hampir sejam, kami pun keluar dan terus menuju ke
kawasan Le Morne. Singgah sebentar di kawasan tinjau di dalam perjalanan.
|
225.00
|
30.38
|
|
9
|
Sampai di Le Morne,
seperti yang dijangka, Tugu Laluan Perhambaan telah ditutup. Namun di
hadapannya adalah pantai awam Le Morne. Kami berehat di mana Najib dan abang
Din mandi di sini. Kami berada di sini kira-kira sejam.
|
|||
10
|
Setelah itu, kami
pulang ke Mahebourg melalui jalan pesisir pantai di selatan Mauritius pula
dengan melalui, Maconde, Baie du Cap, Riviere Des Galets, Surinam, Souillac,
Riviere des Anguilles dan La Flora sebelum memasuki lebuhraya M2 di Rose
Belle. Sampai di Mahebourg pada pukul 8:00 malam.
|
|||
11
|
Kedai-kedai kebanyakan
tutup, jadi kami ambil keputusan untuk makan di KFC di Mahebourg Waterfront.
Kami (kecuali abang Din yang was-was) memesan ayam goreng dan makan. Kami
mendapat maklumat dari warga Islam Mauritius, bahawa restoran makanan segera
di Mauritius seperti KFC, McDonald's dan Subway adalah halal (kemudian saya
dapat tahu, daging (sudah tentu selain daging babi) dan ayam mentah yang
dijual di pasaraya di Mauritius adalah halal). Saya memesan hidangan seketul
kepak dan seketul peha ayam bersama kentang goreng dan air Pepsi (di
Mauritius, KFCnya menjual berlainan harga untuk bahagian potongan ayam yang
berbeza).
|
121.00
|
16.34
|
|
12
|
Selepas perut terisi
sedikit, kami pun pulang untuk berehat dan tidur.
|
|||
Jumlah
|
Rs 640.00
|
RM86.40
|
||
Bil
|
Butir
|
Rs
|
RM
|
|
1
|
Bangun pagi dan
bersarapan di penginapan. Kami hanya keluar dari penginapan pada pukul 11:00
pagi di mana selain saya, mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar Mahebourg.
Saya berehat sahaja dan berjalan-jalan sekitar penginapan sahaja. Daftar
keluar dan terus ke pusat bandar Port Louis.
|
|||
2
|
Sampai di sana
kira-kira pukul 12:00 tengahari, Central Market sudah tutup dan kebanyakan
kedai sudah tutup. Jadi kami berjalan-jalan sahaja. Singgah di Madina Restaurant untuk makan tenagahari. Saya makan agak berat kerana mengjangkakan
kami tidak akan makan berat sehingga menaiki pesawat 12 jam berikutnya
(memang benar malah hanya makan kira-kira 18 jam kemudian, huhuhu). Saya
makan Riz Frite au Poulet Oeuf (Nasi Goreng Ayam dan Telur) (berharga Rs.95
(+- RM12.83), Grill Poullet (Ayam Panggang) dengan salad dan kentang goreng
berharga (berharga Rs.105 (+-
RM14.18), tetapi diberikan harga Rs. 75 (+- RM10.13) sahaja) dan air teh
hijau Lipton yang sedap (rasa berbeza dengan versi Malaysia, berharga Rs.35
(+- RM4.73)).
|
205.00
|
27.68
|
|
3
|
Setelah selesai makan,
kami ke Masjid Jumaah untuk solat berjemaah. Usai solat kami pun menaiki
kereta dan kami berjalan-jalan ke pesisir pantai selatan Mauritius. Kami ke pusat membeli belah Bagatelle di Moka. Sempat membeli air mineral dan gula-gula. Kemudian kami teruskan perjalanan. singgah di Pantai St Felix dan kemudian ke Maconde untuk melihat suasana
petang di batuan indah ini. Kami patah balik, singgah berhenti di
perkampungan Baie du Cap, untuk melihat matahari terbenam. Kemudian kami
terus ke MRU.
|
47.50
|
6.41
|
|
4
|
Isi minyak dahulu di Shell Rose Belle (Rs 400 (+-RM29.63) bahagi empat)). Tiba di MRU pada pukul
8:00 malam, terus memulangkan kereta dan menunggu untuk daftar masuk 3
setengah jam seterusnya. Pada masa itu, saya menukar wang Rupee Mauritius
yang berbaki kepada Dolar Amerika Syarikat (boleh sahaja untuk menukar
Ringgit Malaysia cuma kadar tidak berapa untung, kira-kira Rs100 = RM10.90,
itu pun 90 sen tidak diberikan, cuma dapat RM10 sahaja).
|
100.00
|
13.50
|
|
5
|
Mendaftar masuk pada
pukul 11:30 malam dan terus masuk ke dalam airside, melakukan prosedur
imigresen keluar Mauritius dan pemeriksaan keselamatan MRU. Seterusnya
menunggu di pintu pelepasan 26.
|
|||
Jumlah
|
Rs 352.50
|
RM47.59
|
||
Bil
|
Butir
|
RM
|
||
1
|
Berlepas dari MRU
dengan penerbangan AirAsia X D7 7 (pesawat 9M-XXS) pada pukul 3:30 pagi waktu
Mauritius (lewat 35 minit). Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam
juga. Tiba di klia2 pada pukul 2:30 petang waktu Malaysia.
|
|||
2
|
Terus melaksanakan
urusan imigresen dan kastam Malaysia. Berpisah dengan ahli kumpulan dan terus
mengambil bas shuttle ke KL Sentral pada pukul 3:30 petang. Tiba di KL
Sentral pada pukul 4:20 petang.
|
|||
3
|
Menukar wang Euro (€)
dan Dolar Amerika Syarikat (US$) kepada Ringgit Malaysia di pengurup wang
Jalinan Duta Sdn Bhd di Nu Sentral. Memasukkan tersebut ke dalam akaun bank
saya.
|
|||
4
|
Menaiki kereta Grab
dari KL Sentral ke bengkel kereta Sutera Sensasi Sdn Bhd di Kg Baru untuk
mengambil kereta yang dihantar oleh isteri saya untuk diservis dan
diperbaiki.
|
8.00
|
||
5
|
Makan malam dengan
keluarga di Restoran Asam Pedas Kg Baru di Jalan Raja Uda.
|
27.00
|
||
6
|
Pulang ke rumah
setelah semua urusan selesai pada pukul 7:00 malam.
|
|||
Jumlah
|
RM35.00
|
|||
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
Rs 2,862.50
|
|
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Hari 1;
- Hari 2;
- Hari 3;
- Hari 4; atau
- Panduan Kembara - Mauritius.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Travel Guide - Mauritius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan