Isnin, 8 Disember 2014

Itinerari (Siem Reap, Kemboja & Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - 19 hingga 23 Oktober 2014).

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey
  • Itinerary (this part)
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; or 
  • Day 5.


Panduan:
US$ = Dollar Amerika Syarikat (USD), matawang Amerika Syarikat tetapi digunakan di Kemboja. Secara amnya, kadar tukaran: US$1.00 = RM3.30
៛ =  Riel Kemboja (KHR), matawang Kemboja. Secara amnya, kadar tukaran:  ៛1250 = RM1.00
= Dong Vietnam (VND), matawang Vietnam. Secara amnya, kadar tukaran: ₫6000 = RM1.00


Bil
Butir
RM
1
Tiket AirAsia AK642 dari klia2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja + Skybus KL Sentral - klia2.



140.70
2
Tiket AirAsia AK626 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Soon Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam ke klia2 + Skybus klia2 - KL Sentral + comfort kit.



199.71
3
Tempahan penginapan melalui Hotels.com di Advisor Angkor Villa bagi bilik berdua. Kos dibahagi 2.



29.00
4
Tempahan penginapan melalui Hotels.com di Budget Saigon Hotel bagi satu katil di sebuah asrama 10 katil.



32.00
5
Tiket bas ekspres Mekong Express dari Siem Reap ke Bandaraya Ho Chi Minh. US$24/orang.



80.00
6
International World Traveller Care Takaful - Platinum Inidividu Zon 2 (Negara Asia) daripada eTiQa Takaful selama 5 hari (19 - 23 Oktober 2014).
52.50
Jumlah
533.91
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Sampai di LTA Siem Reap (REP) pada 8 pagi waktu Kemboja (UTC +7).


2
Kad SIM qb.



US$3
9.90
3
Keluar duit di Maybank & CIMB Bank Cambodia di bandar Siem Reap. (Saya keluar di CIMB US$100 (dicaj RM330.10, bermakna ada caj dalam RM10 oleh CIMB Cambodia, CIMB Malaysia tiada caj, kerana kadar pada masa itu sekitar US$1 = RM3.22).





4
Minum kopi di sebuah kedai di Siem Reap. (saya belanja semua).
US$3
9.90
5
Tasik Tonle Sap (US$15 untuk naik bot) tapi kami tak naik).


6
Solat di Masjid ar-Rafee'ah, Tonle Sap, Siem Reap. (Jika boleh bawa sedikit sumbangan seperti alat tulis, jika ke sini).


7
Makan tengahari di Thoba Yana Halal Restaurant. (US$27 semua).



US$5
16.50
8
War Museum Siem Reap.



US$5
16.50
9
Angkor National Museum.



US$12
39.60
10
Killing Field Siem Reap. (Percuma)


11
Makan malam di Muslim Family Kitchen. (Paling best makan Beef Climb Mountain) (US$21/6).



US$3.50
11.60
12
Pasar Malam Siem Reap.
US$16
52.80
Jumlah
156.80
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Pas 1 Hari Kompleks Angkor. (Angkor Wat, Angkor Thom, Ta Prohm (lokasi penggambaran Tomb Raider).



US$20
66.00
2
Makan tengahari di Muslim Family Kitchen. (US$18/6).



US$3
9.90
3
Persembahan budaya di Koulan Restaurant, Siem Reap.
US$6
19.80
4
Makan Malam di Thoba Yana Halal Restaurant. (RM19/6).
US$6
19.80
5
Tuktuk US$20/hari * 2 = US$40/3 orang.
US$13.4
44.22
Jumlah
159.72
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh (7 jam).





2
Belanja pelbagai sepanjang perjalanan.
US$5
16.00
3
Rehat 1/2 jam di pejabat Mekong Express Phnom Penh.


4
Perjalanan dari Phnom Penh ke Saigon (6 jam).


5
Makan malam di Serai Halal Food Restaurant, Saigon. (₫435 000 / 6).


₫72 500
12.00
Jumlah
28.00
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tiket bas  no. 2 dari Ben Thanh ke stesen bas Saigon (₫5000 (+- RM0.80) dibayar Akmal.


2
Tiket bas no. 13 dari stesen bas Saigon ke pekan Cu Chi (₫7000 (+- RM1.20) dibayar Akmal.


3
Tiket bas no. 79 dari stesen bas pekan Cu Chi ke Cu Chi Tunnel (₫6000 (+- RM1.00) dibayar Akmal.


4

Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel.



₫90 000
15.00
5
Tiket bas no. 79 dari Cu Chi Tunnel ke stesen bas pekan Cu Chi (₫6000 (+- RM1.00) dibayar Akmal.


6
Tiket bas no. 13 dari pekan Cu Chi ke Hotel New World Saigon (₫7000 (+- RM1.20) dibayar Akmal.


7
Makan malam di Warung 1Malaysia, Jalan Nguyen An Ninh (Malaysia Street), Saigon (bayar guna Ringgit Malaysia).




16.00
8
Minum kopi ais Vietnam. (bayar guna Ringgit Malaysia).

3.00
22
Pasar Malam Ben Thanh.

90.00
Jumlah
124.00
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Kena ketuk dengan penjual air kelapa.
₫50 000
8.00
2
Tiket masuk War Remnant Museum. (₫15 000 (+- RM2.50) (percuma dibayar oleh Zain).





3
Reunification (Independence) Palace (₫30 000 (+- RM5.00) (tapi tidak masuk).


4
Pejabat Pos Besar Saigon & Gereja Notre Dame, Saigon. (Percuma)


5
Bangunan Dewan Bandaraya lama Saigon.


6
Municipal Theatre of Ho Chi Minh City.


7
Masjid Musulman, Saigon.


8
Bitexco Financial Tower (₫200 000 (+- RM30.00) (tapi tidak naik).


9
Makan tengahari di Kedai Amin, Jalan Nguyen An Ninh (Malaysia Street), Saigon  (bayar guna Ringgit Malaysia).

8.00
10
Tiket bas  no.152 dari bulatan Tien Vurong ke LTA Tan Soon Nhat, Saigon (SGN).



₫5000
0.80
11
Makan malam di pekan Salak, Selangor (dekat litar F1 Sepang).

20.00
12
Tol Besraya (MINES).

1.30
Jumlah
30.10
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
1032.53







KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey
  • Itinerary (this part)
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; or 
  • Day 5.

Ahad, 7 Disember 2014

Pra Kembara (Siem Reap, Kemboja & Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam - 19 hingga 23 Oktober 2014) - Melengkapi ASEAN, Negara Ke-9 & Ke-10.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey (this part)
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; or 
  • Day 5.

Pengenalan

Sebulan sebelum saya ke kembara Vientiane, badan kebajikan dan agama di pejabat saya menganjurkan program korban di Kemboja dan Vietnam sempena Hari Raya Aidiladha 1435 Hijri. Saya memohon untuk menjadi sukarelawan namun tiada jawapan dan saya anggap permohonan saya tidak berjaya. Dengan membawa kedukaan tersebut, saya mula mencari tiket penerbangan murah dan merangka untuk kembara kedua-dua negara tersebut. 

Akhirnya pada dua hari (28 Ogos 2014) sebelum berangkat ke Vientiane, saya mendapat harga tiket yang menarik ke Siem Reap, Kemboja dan pulang ke KL melalui Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam. Harga tiket dari klia2 ke Siem Reap berharga RM133.00 (jumlah terakhir adalah RM140.70 setelah dicampurkan dengan tiket bas Skybus dari KL Sentral ke klia2) dan dari Saigon ke klia2 adalah US$53.00 (+- RM166.93) (jumlah terakhir adalah US$63.40 (+-RM199.71) setelah dicampurkan dengan tiket bas Skybus dari klia2 ke KL Sentral dan comfort kit sebagai cenderahati).



Setelah mendapat tiket penerbangan, saya mencari pula penginapan sepanjang kembara ini. Saya merangka untuk duduk di Siem Reap selama 2 malam dan di Saigon juga 2 malam. Saya menempah hotel melalui laman web Hotels.com. Harga agak murah dengan hanya hampir RM60 bagi 2 malam di Siem Reap dan  RM32 bagi 2 malam di Saigon. Di Advisor Angkor Villa, saya mendapat bilik berkongsi 2 orang (jadi hanya RM30 bagi 2 malam) dan di Saigon, ia adalah harga bagi sebuah kali bagi asrama 10 katil.


Seterusnya saya mencari awal-awal pengangkutan antara Siem Reap ke Saigon. walaupun terdapat banyak pengendali bas ekspres namun hanya Mekong Express sahaja yang boleh ditempah dan dibayar melalui internet. Ini penting agar kepastian tempat duduk dan memudahkan perancangan. Harga pun dapat diskaun US$2 (+- RM7) jika dibayar melalui internet menjadi US$24 (+- RM80). Pengesahan tempat duduk pun diberikan melalui e-mel. Amat mudah sekali.



Saya setelah mendapat tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan antara Siem Reap ke Saigon, maka saya mula mencari orang yang mengembara bersama dengan mempromosi di group Facebook dan WhatsApp. Saya meletakan syarat jika bersetuju mengikuti saya, mereka perlu beli sendiri tiket penerbangan yang sama dengan saya dan menghantar itinerari penerbangan tersebut kepada saya. Juga, mereka perlu memberikan saya RM150, untuk saya tempah penginapan dan bas ekspres yang serupa dengan saya. Akhirnya saya mendapat lima orang yang sudi mengikut saya iaitu Halim, Muizuddin (Din), Harith (Abe), Zain dan Akmal. Alhamdulillah. Halim, Din dan Abe merupakan pelajar di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Zain bertugas di Johor Bahru dan Akmal bertugas di Kota Bharu, Kelantan.

Asalnya saya merancang untuk menyewa sahaja basikal sepanjang di Siem Reap, namun setelah dinasihati beberapa sahabat, saya menukar fikiran untuk menyewa tuktuk pula. Saya mendapat contact Safy, seorang pemandu (atau lebih sesuai penunggang) tuktuk di Seim Reap melalui group Facebook Backpackers Buddies Malaysia. Jadi terus saya menghubungnya dan terus menempah 2 tuktuk, kerana sebuah tuktuk boleh membawa maksima 4 orang sahaja.

Pada 29 September 2014, saya mendapat emel daripada pihak AirAsia, yang mengatakan bahawa penerbangan pulang dari Saigon ke klia2 dibatalkan dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan sebelah petang. Kami diberikan pilihan untuk menerima penerbangan tersebut, atau meminda penerbangan 14 hari sebelum atau selepasnya atau pemulangan wang. Setelah berbincang dengan ahli-ahli kembara, kami mengambil keputusan untuk mengikut cadangan AirAsia sahaja.






Saya telah menukar wang sebanyak VND (Dong Vietnam) ₫1 juta untuk kegunaan di Vietnam. Bagi kegunaan di Kemboja, yang lebih banyak menggunakan US$, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang di ATM CIMB Bank Cambodia yang mempunyai cawangan di Siem Reap.


VND 100 000.00 = +-RM16.50



 

Pada 05 Oktober 2014, saya telah mendaftar masuk bagi semua ahli-ahli kembara agar mendapat tempat duduk yang sama bagi perjalanan klia2 ke Siem Reap. Pada 09 Oktober 2014 pula, saya membuat perkara yang sama untuk perjalanan pulang dari Saigon ke klia2 pula.

 

Pada 13 Oktober 2014, kebetulan saya berjalan-jalan dengan keluarga saya di klia2, saya mengambil kesempatan untuk mencetak pas masuk di mesin cetakan pas masuk di klia2.

Akhirnya selesai segala persiapan dan saya menanti hari pemergian saya ke Siem Reap demi misi saya untuk melengkapkan lawatan saya kesemua negara-negara ASEAN.

Bersambung ke Hari 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey (this part)
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; or 
  • Day 5.