Sambungan dari Hari 3.
Jika mahu lihat:
If want to read in English:
...Akan bersambung ke Hari 5.
Jika mahu lihat:
If want to read in English:
- Day 1 (this part),
- Day 2,
- Day 3,
- Day 4,
- Day 5 or
- itinerary.
24 Mac 2014 (Isnin)
Pagi ini rasa agak berbeza, kerana azan Subuh berkumandang lebih kurang pukul 04:50 pagi. Awalnya. Rasa seperti di Makkah pula. Baru teringat bahawa kami kini di Kota Kinabalu (KK).
Pada mulanya kami ingin keluar seawal 06:30 pagi untuk ke Pasar Filipina di pusat bandaraya lama KK, namun biasalah anak-anak agak lambat bangun. Pukul 07:15 pagi baru bergerak ke KK. Tapi jalan dah sesak. Pukul 08:15 pagi baru sampai ke Pasar Filipina. Terus dapat parkir. Namun tidak banyak kedai buka pada waktu ini. Terus kami berjalan menuju ke Pasar Besar KK.
Perut dah lapar, saya membawa keluarga saya menuju ke tingkat atas pasar ini. Ada sebarisan gerai makanan di atas. Matlamat saya, makanan yang unik di Sabah. Saya dan isteri meninjau dari satu gerai ke satu gerai. Akhirnya kami bersetuju untuk memilih gerai no lapan, pasal makcik tu kurang agresif dalam menarik kami, dan lauk-lauknya seperti bukan kebiasaan kami perolehi di Semenanjung.
Kiranya lauk ini seperti bukan sarapan pagi, tapi lebih kepada makan tengahari. Kami makan nasi putih berlauk umai ikan bilis besar, rumpai laut berwarna putih kecoklatan, rumpai laut berwarna hijau dan pedal ayam seperti masak kicap tapi agak lain rasanya. Untuk anak-anak, kami pilih sosej. Kira makanan berkhasiat kerana kurang minyak.
Jika tidak tau umai itu apa, umai adalah makanan laut mentah, tidak kira ikan, udang, sotong atau lain-lain lagi yang diperah dengan air asam atau perahan limau yang banyak. Umai yang kami ambil ini ada hirisan bawang dan cili sedikit. Rumpai laut putih pun dibuat dengan cara sama.
Cuma yang paling menarik, adalah rumpai laut hijau yang kami makan. Ia adalah segar, di mana tidak boleh jumpa dalam keadaan kering. Rupanya agak berbiji dan apabila makan, ia seumpama meletup di dalam mulut seperti makan telur ikan salmon atau telur ikan mayong. Makcik empunya kedai ini pun mesra. Dia yang ajar macam mana nak sedapkan rumpai laut itu. Rupa-rupanya ada bahan perisa tambahan seperti garam, gula, cili, limau, cuka, kicap dan sos ikan disediakan di meja ini, bertujuan untuk menambah kesedapan, seperti kedai makan di Thailand pula. Dia memerahkan limau dan menaburkan cili potong ke dalam pinggan untuk digaul dengan rumpa laut hijau itu.Isteri saya pada awalnya macam was-was (seperti hendak masuk Fear Factor pula), sesudah makan, dia puala menghabiskan dan siap tambah lagi satu pinggan.

Anak pula hanya tunjuk peace sahaja, bukan nak makan pun.
Antara gerai-gerai makan di tingkat atas Pasar Besar KK.
Permandangan pasar borong ikan diambil dari tingkat atas Pasar Besar KK.
Ezanita kata, kalau nak ikan murah, segar dan jika nasib baik, ikan besar gred A seperti jenahak, merah, kerapu dan pelbagai lagi, boleh ke pasar borong ikan ini seawal 3 atau 4 pagi. Pada masa itu, yang bersama-sama beli adalah towkey-towkey restoran makanan laut. Sekurang-kurangnya ada ikan besar, kalau kat Semenanjung, dah tidak ada, pasal dah kena jual ke Singapura.
Seterusnya kami berjalan-jalan di dalam pasar ini. Dari pasar kering ke pasar basah, dari kawasan sayur-sayuran ke kawasan ikan. Harga lebih kurang atau murah sedikit dari harga di KL. Cuma saya agak rambang mata apabila berada di kawasan pasar ikan dan hidupan laut. Harga agak murah, menyebabkan saya kata, esok kita mesti ke sini sebelum balik kepada isteri saya. Sudahlah tu, ikan gred A yang agak besar juga pun ada dengan harga lebih murah dari di KL. Ada yang separuh harga murahnya. Sebagai contoh ikan jenahak kira-kira dalam 4 ke 5 kilo seekor dijual dalam RM12.00 sekilo sahaja!!! Gambar bawah ini lagilah, kegemaran kami sekeluarga, ketam nipah, dijual dalam RM8.00 ke RM12.00 sekilo mengikut saiz!!! Biasa dapat kat KL dalam RM25.00 ke RM50.00 sekilo!!! Rasa macam nak pindah sini. Rasa hendak beli sahaja.
Kemudian kami sahaja melawat jeti untuk penduduk pulau berhampiran di pasar ini. Tiba-tiba anak lelaki saya meminta nak naik bot. Aduh, ini tidak masuk dalam jadual, kerana kalau nak naik bot, untuk islands hoping ke atau melawat pulau, mahu ambil masa dekat sehari. Lagipun saya kata, semalam pun mabuknya tidak hilang. Namun untuk ambil hatinya, kami bertanyakan harga di jeti ini (sahaja tanya, pasal semasa di Pasar Filipina tadi, ada yang menawarkan khidmat ini, berharga dari RM300.00 ke atas untuk melawat pulau ke RM500.00 untuk islands hoping). Harga yang ditawarkan agak murah di sini, dari RM150.00 untuk melawat 2 buah pulau ke RM300 untuk islands hoping. Huh, murah, cuma masa mencemburui, kami cuma ada sehari penuh ini sahaja untuk melawat KK. Mungkin di lain masa ye anak. Insya Allah.
Seterusnya kami melawat Pasar Filipina yang menjual cenderahati. Namun lagi kami, harga di sini agak mahal. Saya ada cadangan dari seorang kawan Facebook, mengatakan jika mahu beli cenderahati, beli di Pasar Malam Sinsuran, yang dihadapan Pasar Filipina ini ketika waktu malam. Jadi, insya Allah kami akan ke sani lagi malam ini.
Seterusnya, kami berjalan-jalan ke selatan bandaraya ini. Menyurusi tepi laut, kelihatan Sutera Harbour Resort, kemudian Tanjung Aru. Kemudian kami nampak pula landasan Lapangan Terbang Antarabangsa KK (KKIA). Saya mengambil keputusan untuk ke Lok Kawi. Nampaklah di dalam perjalanan itu landasan keretapi Sabah yang sudah agak moden dengan lapik landasannya sudah bertukar dengan konkrit. Seni bina moden KKIA jelas kelihatan selepas itu.
Tujuan kami ke Lok Kawi adalah untuk ke Taman Hidupan Liarnya. Alhamdulillah, parkir tidak penuh, rasa tidak berapa ramai di sana. Kami tiba di sini pada jam 11:15 pagi. Harga tiketnya adalah RM10.00 setiap dewasa dan RM5.00 bagi setiap kanak-kanak berusia 3 hingga 17 tahun. Sebanyak RM25.00 digunakan kami untuk memasuki taman ini. Malangnya, tiket masuk hilang ketika saya mencarinya setelah tiba di homestay kami pada petang itu. Kami muatkan risalah taman ini untuk rujukan.
Ketika kami sedang berjalan-jalan di dalam taman ini, kedengaran ada keriuhan. Rupanya ada persembahan haiwan rupanya di kawasan theateratte rupanya. Kami singgah sebentar untuk menonton persembahan ini. Antara haiwan yang terbabit dalam persembahan adalah burung-burung kaka tua, orang utan dan ular sawa.
Seterusnya, kami meneruskan lawatan kami mengelilingi taman hidupan liar ini. Haiwan-haiwan di sini agak mesra pengunjung. Tangan saya dijilat oleh anak seladang, kuda padi (seperti gambar di atas) dan rusa. Anak kedua saya juga agak berani untuk memegang haiwan-haiwan ini dan dijilat kuda padi. Isteri dan anak sulung saya agak takut, namun saya cakar mereka, dan gambar di bawah ini antara hasilnya. Huhuhu.
Anak sulung saya bergambar di kandang monyet belanda (ada yang kata orang belanda) . Katanya rupa moden-monyet ini rupanya seperti Squidward dalam Spongebob Squarepant.
Gambar dengan orang utan sedang tidur.
Setelah selesai melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, kami kembali ke KK dan singgah ke Masjid Negeri untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. Sambil tu sempat singgah ke pejabat Majlis Agama Islam Sabah untuk membayar zakat di Pusat Zakatnya.
Kami kembali ke pusat bandaraya KK dan destinasi seterusnya adalah Menara Jam Atkinson. Boleh layari wikipedia untuk maklumat mengenai menara ini.
Kemudian kami ke Kawasan Tinjau Bukit Bendera KK, di mana untuk ke sini, perlu teruskan perjalanan dari Menara Atkinson tadi ke atas bukit. Di sini dapat diperhatikan keseluruhan permandangan pusat bandaraya lama KK dan juga pusat bandaraya baru KK. Juga boleh diperhatikan Pulau Gaya, Teluk Likas dan Laut China Selatan yang terbentang luas. Di sini juga terdapat sebuah restoran, bolehlah menghilangkan penat di atas ini. Angin pun menghembus menyejukkan keadaan.
Kami melalui Teluk Likas selepas itu. Ingat nak berhenti untuk duduk di tepi laut, sambil anak-anak nak mandi laut, tetapi kami lupa hendak membawa baju basahan. Jadi saya teruskan perjalanan untuk mengambil gambar kenangan ke mercu tanda bandaraya KK, iaitu Menara Tun Datu Mustafa, yang merupakan ibu pejabat Yayasan Sabah.
Jenuh juga saya nak angkat bangunan ini, hehehe.
Selepas bergambar di Menara Tun Datu Mustafa, kami memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah pula, untuk ke Akuarium dan Muzium Maritim Sabah, yang terletak di dalam kampus ini tidak jauh dari Institut Penyelidikan Biomarin Borneo, namun ketika kami sampai pada pukul 16:05 (4:05 petang), saya terlihat masa operasinya adalah sehingga jam 16:30 (4:30 petang) sahaja. Nampak gaya, lawatan ini terpaksa dibatalkan.
Memandangkan kami belum makan lagi sejak makan di Pasar Besar KK tadi, maka saya membawa kereta kami menuju ke Tuaran kerana Ezanita kata di situ boleh makan lokan panggang yang sedap. Sebenarnya saya agak sesat ke sini, walaupun ada satu ketika memang sudah hendak sampai (di bulatan) namun saya patah balik. Ini kerana, petunjuk yang saya dapat adalah dekat dengan Politeknik Kota Kinabalu. Selepas itu, sempat juga saya mencari maklumat berkaitan di dalam internet, dan akhirnya jumpa juga.
Untuk pengetahuan, ia terletak di jalan menuju Tuaran. Jika dari Politeknik KK, teruskan perjalanan sehingga jumpa bulatan. Ambil jalan pada pukul 9 (iaitu sebelah kiri) bulatan, dan 200 meter selepas bulatan terdapat barisan gerai-gerai yang menjual lokan panggang semua nya. Kami makan di kedai Kak Tini.
Keistimewaan di sini adalah lokan panggang (atau lokan bakar), di makan bersama puding yang ada macam-macam jenis antaranya kepala, jagung dan dua lagi perisa yang saya lupa. Kami memilih puding kelapa. Untuk penghilang dahaga pula, air kelapa yang sejuk (disejukkan sekali dengan kelapanya dan kelapa bakar.
Harga lokan panggang di sini berdasarkan bilangan lokannya. Lokannya pun agak besar, namun semasa kami sampai, cuma ada lokan sederhana sahaja. Stok lokan besar telah "dirampas" oleh pengunjung sebelum kami di hadapan mata kami, huhuhu... Ada RM7.00 bagi pingan kecil, RM10.00 sederhana dan RM12.00.
Mula-mula ambillah pinggan kecil dahulu nak cuba. Hendak tunggu lokan ini masak juga ambil masa lama juga. Dekat 20 minit barulah lokan yang masak dihidangkan di hadapan kami. Memang sedap terutama perapannya. Sosnya pun sedap, cuma agak pedas sedikit. Sudah rasa sedap, kami pesan 2 pinggan besar. Anak kedua kami memang sama-sama menikmati, namun anak sulung kami memang kurang suka makan. Nasib lah.
Semasa menunggu pesanan lokan panggang pusingan kedua kami sampai, sempat lah kami meninjau bagaimana ia dipanggang. Ia dipanggang sebagaimana gambar di bawah ini.
Akhirnya selepas hampir 30 minit sampailah lokan kami. Kami bertiga makan seenak-enaknya, diperhatikan anak sulung kami. Puas juga kami suruh dia mencuba. Akhirnya ketika tinggal lagi 3 ekor, saya paksa dia mencuba, dia pun merasainya. Emm, sedap la, nak lagi. Maaf kataku, nak tunggu lagi, maknanya hari pun makin gelap lah. Biarkan dia rasa kempunan, sebagai pengajaran.
Kemudian kami kembali semula ke homestay kami untuk membersihkan diri dan bersolat jamak qasar Maghrib dan Isyak.
Jam 21:00 malam, kami kembali ke pusat bandaraya lama KK, kali ini ke Pasar Malam Sinsuran. Di sini ada jual banyak barang terutamanya cenderahati seperti magnet peti ais, pemegang kunci, mutiara pelbagai bentuk (loket, subang, cincin dan sebagainya), barangan bundle dan sebagainya. Harga pun lebih murah berbanding di Pasar Filipina. Sebagi contoh, di Pasar Filipina, pemeganng kunci boleh dapat 3 atau 4 buah dengan RM10.00, di pasar malam ini boleh dapat 8 buah dengan RM10.00. Sama juga dengan barangan lain.
Jesteru, kami borong magnet peti ais dan loket mutiara untuk kami dan cenderahati kami untuk kaum kerabat di KL.
Selepas itu, kami ke Pasar Filipina di hadapan pasar malam ini, kerana gerai makanan dibuka pada waktu malam. Kami ke salah sebuah gerai makanan kerana hendak cuba makan udang kara (lobster) kononnya. Kami ambil seekor udang kara sederhana besar seberat 600 g (RM17/g) untuk di masak 3 rasa. Selain itu, ambil juga udang harimau (RM10/g) untuk dibuat goreng mentega dan kailan ikan masin. Minuman, kami pilih jus alpokat (avokado) yang kami lihat buahnya agak besar semasa berjalan masuk. Saya juga memesan secara asing kepak ayam madu sebanyak 7 keping berharga RM10.00. Kepak ayam dan jus alpokat agak terbaik, cuma yang lain seolah tidak berbaloi. Terutama udang harimau, terasa busuk salah seekor (terdapat 4 ekor). Rasa tidak berbaloi untuk membayar RM170.00 untuk semua ini. Jadi, pada masa akan datang, tidak perlu makan di sini lagi.
Selepas makan, kami ke bahagian makanan kering Pasar Filipina untuk membeli ikan bilis, ikan masin, amplang (keropok ringan orang Sabah, memang sedap) dan lain-lain. Di sini saya dan isteri mengambil keputusan untuk tidak ke Pasar Besar KK lagi pada keesokan untuk membeli ikan, ketam dan lain-lain. Ini kerana, jika bawa pulang pun, sudah kurang segar, malah takut ketam nipah ini mati semasa dalam perjalanan, menyebabkan ia tidak sedap dimakan. Tidak mengapa, KK ini akan menjadi destinasi percutian kami pasa masa akan datang.
Kami pulang ke homestay, untuk mengemas asalnya, namun sampai di sana, terus tertidur...
...Akan bersambung ke Hari 5.
Atau ingin melihat
If want to read in English:
- Day 1 (this part),
- Day 2,
- Day 3,
- Day 4,
- Day 5 or
- itinerary.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan