Jumaat, 11 April 2014

Hari 1 (Batam, Indonesia - 07 hingga 09 Mac 2014) - Perjalanan Keretapi KTMB Senandung Sutera.

Jika mahu lihat: 



If want to read in English: 




Pengenalan



Perancangan kembara saya kali ini bermula ketika saya gatal-gatal melayari laman web FireFly pada 11 Februari 2014. Sememangnya memang ada perancangan untuk ke Kepulauan Riau tapi tidak serius. Lepas melayari laman web FireFly terlihat FireFly sekarang sudah terbang ke Batam dan harga tiketnya, agak murah iaitu cuma RM69.00 termasuk caj pentadbiran dan surcaj bahan bakar. Murah (saya tidak tahu bahawa tiket ini tidak termasuk cukai lapangan terbang, selepas mendapat maklumat baru tahu, maklumlah ini kali pertama ke Indonesia secara solo, sebelum ini cukai penerbangan dibayar siap-siap oleh bekas majikan). Jadi apa lagi terus tempah untuk penerbangan pulang pada 09 Mac 2014. Untuk pergi ke Batam, saya merancang untuk menggunakan keretapi KTM ke Singapura, kemudian sambung dengan MRT untuk ke jeti feri HarbourFront dan dari situ ke Batam menaiki feri.



Bagi penginapan, seperti biasa saya menggunakan perkhidmatan Agoda kerana kebiasaannya harganya lebih baik dari penyedia perkhidmatan yang sama seperti Booking.com, Hotels.com dan lain-lain. Ada banyak hotel agak murah, cuma saya memilih Pagoda Hotel kerana di dalam Google Maps, saya lihat hotel ini agak dekat dengan beberapa pusat membeli-belah dan hampir dengan pusat bandar kota Batam.


Pada 22 Februari 2014 pula, saya ke KL Sentral untuk menempah tiket keretapi KTM InterCity ke Woodlands CIQ untuk 07 Mac 2014. Saya boleh sahaja untuk menempah di KTMB e-Ticket tapi saya tidak boleh dapat tambang diskaun (kerana saya pemegang Kad Diskaun KTM Tiger iCard, boleh rujuk posting saya mengenainya di sini), di mana diskaun hanya boleh dibeli di kaunter tiket KTM InterCity. Jika tanpa diskaun, saya perlu membayar RM34.00, namun dengan diskaun, saya hanya perlu bayar RM28.00 sahaja.


07 Mac 2014 (Jumaat)

Balik kerja, saya terus bersiap untuk kembara kali ini. Isteri saya ada hal keluarga dan sudah keluar rumah bersama-sama anak-anak kami ketika saya belum sampai di rumah, maka kena kemas sendiri. 

Jam di dinding rumah menunjukan pukul 21:30 (9:30 malam), maka saya pun bergerak untuk ke KL Sentral dengan menaiki skuter saya. Dalam 15 minit kemudian, saya pun sampai di KL Sentral. Kali ini saya memilih untuk memarkir skuter saya di parkir motorsikal di bawah Plaza Sentral yang tertutup. Ini kerana, saya merasakan saya akan memarkir skuter saya dalam tempoh lama sedikit daripada parkiran motor saya di dalam kembara berkeretapi ke Hat Yai tempohari. Lagipun saya mahu mencuba parkiran di sini.


Saya pun berjalan ke pintu pelepasan B sebagaimana yang tertulis di dalam tiket keretapi saya. Seperti biasa, agak ramai, dan saya tidak menunggu lama, selepas 10 minit, pintu pelepasan pun dibuka, dan saya terus ke bawah untuk duduk di tempat duduk saya di dalam Tren 25 Senandung Sutera.


Inilah koc yang diduduki saya selama lebih kurang 9 jam nanti. Kali ini, tepat jam 22:30 (10:30 malam), roda keretapi pun mula bergolek. Mungkin kerana kepenatan, ditambah dengan kepekatan malam dan laluan yang agak biasa (kerana laluan yang hampir sama dengan KTM Komuter ke Sungai Gadut), maka saya pun tertidur.

Akan bersambung ke Hari 2.

Atau ingin melihat Hari 3.

If want to read in English: 

Tiada ulasan: