Sabtu, 11 April 2015

Itinerari (Johor Bahru, Johor, Malaysia & Singapura - 11 April 2015).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); or 
  • Day 1.




Panduan:
SG$ = Dollar Singapura (SGD), matawang Singapura. Secara amnya, kadar tukaran: SG$1.00 = RM2.80 atau RM1.00 = SG$0.36.


Bil
Butir
RM
1
AirAsia: beli tiket pada 09 Februari 2015 dari klia2 ke LTA Senai, Johor Bahru, Malaysia (JHB) AK6046 (11 April 2015) & dari JHB ke klia2 AK6049 (11 April 2015).
62.00
2
Daftar masuk penerbangan AK6046 & AK6049 melalui aplikasi mobile iPhone AirAsia dan cetak semula pas kemasukan melalui web pada 28 Mac 2015.



3
 Causeway Link: Menempah melalui online pada 10 April 2015 perkhidmatan bas percuma dari JHB ke JB Sentral dan seterusnya ke Queen Street, Singapura dan perjalanan pulang.



Jumlah
62.00


Bil
Butir
Matawang Asing (SG$)
RM
1
Bertolak dari rumah dengan menunggang skuter pada jam 6:30 pagi. Sampai di klia2 pada jam 7:10 pagi.


2
Terus ke pintu pelepasan J1 untuk menunggu menaiki pesawat.


3
Menaiki pesawat AirAsia AK6046 pada jam 8:05 pagi,  jam 8:25 pagi pesawat berlepas dari klia2.


4
Tiba di LTA Senai, Johor Bahru, Johor pada jam 9:05 pagi.


5
Ke kaunter Causeway Link di LTA Senai untuk pengesahan tiket bas percuma ke Singapura.


6
Bersarapan pagi di Subway LTA Senai.

14.85
7
Menaiki bas Causeway Link bernombor CWA untuk ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dari LTA Senai pada jam 10:00 pagi.


8
Tiba di CIQ BSI 40 minit kemudian.


9
Melaksanakan prosedur imigresen dan kastam Malaysia di CIQ BSI.


10
Bertemu dengan Hafiz di bay 22 menghala ke Singapura. Menaiki bas CW2 ke Pintu Pemeriksaan Woodlands, Singapura.


11
Sampai di Woodlands dan melaksanakan prosedur imigresen dan kastam Singapura.


12
Menaiki semula bas CW2 menuju ke Queen Street, Singapura.


13
Sampai di Queen Street pada jam 12:15 tengahari.


14
Menuju ke pusat membeli belah Bugis Junction untuk membeli kad SIM Happy StarHub.
8.00
22.40
15
Hafiz menukar wang RM ke SG$. RM100 mendapat SG$36.70.


16
Menaiki MRT dari Bugis ke Raffles Place dengan MRT laluan Timur Barat (Hijau). Saya menggunakan Autopass, jadi dapat diskaun. Hafiz membeli tiket biasa SG$1.60.
0.95
2.70
17
Mengeluarkan wang di ATM CIMB Singapura, SG$10.00 dicaj RM27.19.


18
Sampai di One Fullerton, bergambar berlatarbelakangkan Merlion, The Sand, Esplanade dan sebagainya.



19
Berjalan-jalan di tebing Sungai Singapura melalui Jambatan Cavanagh dan singgah ke Muzium Tamadun Asia.


20
Menaiki MRT dari  Raffles Place ke Orchard dengan MRT laluan Utara Selatan (Merah). Saya menggunakan Autopass, jadi dapat diskaun. Hafiz membeli tiket biasa SG$1.50.
0.90
2.50
21
Membeli sushi di Isetan, Shaw House.
3.00
8.40
22
Berjalan-jalan di sekitar Orchard Road. Singgah di beberapa kompleks membeli belah seperti ION Orchard, Shaw House, Tangs, Paragon, Metro (The Centrepoint), Ngee An City, Plaza Singapura.


23
Pelbagai.
3.00
8.40
24
Menaiki MRT dari  Dhoby Ghaut ke Nicol Highway dengan MRT laluan Circle (Kuning). Saya menggunakan Autopass, jadi dapat diskaun. Hafiz membeli tiket biasa SG$1.40.
0.90
2.50
25
Ke Medan Selera Golden Mile Food Centre di Beach Road untuk ke kedai Deen Tiga Rasa untuk menikmati Tulang Merah dan Nasi Goreng Merah. Minuman (air tebu) dibelanja oleh Hafiz.
16.00
44.80
26
Ke Masjid Sultan untuk solat jamak Zohor & Asar.


27
Membeli cenderahati 3 buah  cawan mug di kawasan depan Masjid Sultan.
10.00
28.00
28
Menuju ke stesen bas Queen Street untuk menaiki bas CW2 kembali ke Woodlands. Berpisah dengan Hafiz yang menaiki bas Singapore Johor Express (SJE).


29
Tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk prosedur di sebelah Singapura.


30
Menaiki balik bas untuk ke CIQ BSI pula.


31
Tiba di CIQ BSI untuk prosedur di sebelah Malaysia pula.


32
Menaiki bas Causeway Link bernombor CWA untuk ke LTA Senai dari JB Sentral.


33
Sampai di LTA Senai setelah 40 minit.


34
Makan malam di KFC LTA Senai.

8.80
35
Pelbagai.

5.00
36
Mencetak semula pas pelepasan di kiosk daftar masuk.


37
Ke pintu pelepasan 3 pada 9:35 malam.


38
Pintu pelepasan dibuka pada jam 10:10 malam. Penerbangan AK 6049 berlepas pada 10:25 malam.


39
Tiba di klia2 pada jam 11:00 malam.


40
Gateway @ klia2: Bayaran parkir motorsikal.

1.00
41
Petron: Mengisi penuh petrol RON95 skuter ketika hampir sampai di rumah.

10.10
42
Tiba di rumah pada jam 11:50 malam.




Jumlah
159.45



Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM221.45




KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.


Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); or 
  • Day 1.

Jumaat, 10 April 2015

Pra Kembara (Johor Bahru, Johor, Malaysia & Singapura - 11 April 2015) - Apa Khabar Senai?.

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; or 
  • Day 1.

Pengenalan.

Sejak klia2 mula digunakan pada 02 Mei 2014, saya hanya menggunakan perkhidmatan AirAsia bagi penerbangan antarabangsa sahaja. Belum pernah lagi menggunakan perkhidmatan domestik AirAsia dari klia2. Jika ada menggunakan perkhidmatan domestik, saya menggunakan perkhidmatan Malindo Air iaitu pada kembara saya ke Pulau Pinang pada awal Februari 2015. 




Jadi pada 09 Februari 2015, saya menempah tiket penerbangan AirAsia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru (JHB) bagi tarikh 11 April 2015. Asalnya saya mahu menempah ke Alor Setar tetapi kekerapan penerbangan tidak sebanyak ke Johor Bahru. Lagipun sistem pengangkutan awam di Johor Bahru lebih baik dan dekat dengan Singapura, jika saya terasa hendak ke sana. Lagipun sudah lama saya tidak berkunjung ke JHB yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Ismail ini. Sudah 10 tahun rasanya. Bolehlah saya hendak melihat perubahannya setelah diuruskan oleh Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, salah sebuah syarikat di dalam kumpulan MMC Corporation Berhad.


Pada 08 Mac 2015, saya sengaja memberikan mesej WhatsApp kepada Hafiz John, sahabat Facebook yang tidak pernah bersekemuka, mengajaknya bersama dalam kembara ini. Dia duduk di Pasir Gudang, rupanya sepanjang duduk di Johor Bahru, belum pernah ke Singapura. Malah, Johor Bahru pun ada yang belum habis teroka lagi katanya. Memang rezeki saya, saya tidak keseorangan kali ini.





Pada 28 Mac 2015, saya mendaftar masuk penerbangan saya pergi dan balik melalui aplikasi iOS AirAsia melalui telefon bimbit saya. Kemudiannya, saya mencetaknya semula melalui laman web AirAsia.




Saya dapat maklumat bahawa penumpang-penumpang AirAsia boleh mendapat perkhidmatan bas percuma ke JB Sentral malah berlanjutan sampai ke stesen MRT Kranji atau Queen Street atau Newton Circus dengan menggunakan perkhidmatan bas Causeway Link. Jadi saya perlu menempah perkhidmatan ini melalui laman web e-Ticket nya dengan menggunakan nombor rujukan penerbangan AirAsia. Notifikasi dan e-tiketnya akan dihantar kepada emel dan kita perlu cetak e-tiketnya.




Semuanya sudah bersedia, jadi saya menunggulah kembara ini... Nasib baik beli awal, kalau tidak kena GST.

Bersambung ke 
Hari 1.


Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; or 
  • Day 1.