Click here if want to read in English version.
01 Oktober 2015 (Khamis)
Assalamualaikum kepada pembaca semua. Kali ini saya mengambil kesempatan dalam keadaan Kuala Lumpur (KL) yang pulih sedikit dari jerebu. Jerebu pada ketika ini umpama biskut Chipsmore, kejap ada, kejap pulih sikit, tidak lama kemudian jerebu balik. Oleh kerana RapidKL iaitu penyedia pengangkutuan awam utama di KL memperkenalkan semula bas dua tingkat (double decker) ke ibu kota Malaysia ini.
Sudah lama juga bandaraya KL ini tidak mempunyai perkhidmatan bas henti-henti dua tingkat. Boleh ketepikan bas ekspres dua tingkat kerana ia adalah bas ekspres dan bas Hop On Hop Off KL (yang saya naikinya sebelum ini), kerana ia lebih kepada untuk perlancongan.
Saya masih ingat kali terakhir KL mempunyai bas dua tingkat adalah pada tahun 1990 hingga 1991 dengan syarikat Pengangkutan Bas Sri Jaya Sdn Bhd dengan laluan nombor 2 dari Sentul Pasar ke Kota Raya. Saya sentiasa ingin menaikinya terutama balik dari sekolah agama di Sentul Pasar atau dari sekolah biasa di Sentul untuk balik ke rumah. Setiap kali menaikinya, pasti akan menyanyikan lagu iklan makanan ringan "Double Decker". Kemudian ia ditamatkan perkhidmatan selepas tahun 192, atas pelbagai alasan, antaranya rosak akibat terlanggar ranting/dahan pokok, vandalisme, tidak efektif secara kos dan sebagainya. Jadi kembalikah Kuala Lumpur dengan bas setingkatnya.
Sudah lama juga bandaraya KL ini tidak mempunyai perkhidmatan bas henti-henti dua tingkat. Boleh ketepikan bas ekspres dua tingkat kerana ia adalah bas ekspres dan bas Hop On Hop Off KL (yang saya naikinya sebelum ini), kerana ia lebih kepada untuk perlancongan.
Saya masih ingat kali terakhir KL mempunyai bas dua tingkat adalah pada tahun 1990 hingga 1991 dengan syarikat Pengangkutan Bas Sri Jaya Sdn Bhd dengan laluan nombor 2 dari Sentul Pasar ke Kota Raya. Saya sentiasa ingin menaikinya terutama balik dari sekolah agama di Sentul Pasar atau dari sekolah biasa di Sentul untuk balik ke rumah. Setiap kali menaikinya, pasti akan menyanyikan lagu iklan makanan ringan "Double Decker". Kemudian ia ditamatkan perkhidmatan selepas tahun 192, atas pelbagai alasan, antaranya rosak akibat terlanggar ranting/dahan pokok, vandalisme, tidak efektif secara kos dan sebagainya. Jadi kembalikah Kuala Lumpur dengan bas setingkatnya.
Kini, bas-bas di Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang (KV - Klang Valley) semakin moden, antara termoden di Asia. Pada akhir tahun 2014, RapidKL menyatakan bahawa mereka ingin membawa kembali perkhidmatan bas dua tingkat kembali semula ke KL dan KV, saya amat teruja. Akhirnya bas dua tingkat RapidKL memulakan perkhidmatan di laluan U80 dari Hub Pasar Seni ke Seksyen 2, Shah Alam pada bulan awal bulan September 2016.
Tidak lama kemudian, saya mendapat tahu laluan U30 dari Lebuh Ampang ke Sri Nilam, Ampang menggunakan bas dua tingkat juga walaupun tidak semua bas-bas laluan tersebut adalah dua tingkat. Jadi pada hari ini, saya mencuba bas laluan U30 ini untuk merasai dan merindui kenangan menaiki bas dua tingkat.
Saya menaiki bas ini dari Lebuh Ampang di mana saya menunggu kira-kira 20 minit, setelah tiga buah bas setingkat laluan U30 melepasi perhentian ini. Apabila bas dua tingkat ini sampai, saya menaikinya dan meminta untuk ke Ampang Park (kerana saya kebetulan ingin memeriksa kadar pertukaran wang asing kerana saya akan ke Macau, Hong Kong dan Wilayah Guangdong (yang terdapat bandaraya Shenzhen dan Guangzhou), China pada awal November 2015 nanti. Lagipun ia hanya berada dalam zon yang sama iaitu zon 1, jadi harga tiket cuma RM1.00 sahaja. Jika saya lajak ke Amp Walk yang ke hadapan sedikit, sudah masuk zon 2, jadi perlu bayar tambang 2 zon (RM1.50).
Bas ini menggunakan badan bas dan enjin dari pembuat bas dari United Kingdom (UK), Alexander Dennis atau biasa dipanggil jenama Dennis sahaja. Memang kebanyakan bas dua tingkat di bandaraya London merupakan dari jenama Dennis. Bas ini memang dibina di sana (CBU - complete built unit) dan dibawa terus ke Malaysia, tapi hanya beberapa unit awal, namun terdapat perjanjian untuk membina unit-unit seterusnya di Malaysia melalui kaedah CKD (complete knock down - komponen-komponen yang terpisah dipasang kemudiannya di kilang Malaysia).
Mungkin kerana bas baru, tapi bagi saya bas ini paling selesa berbanding bas-bas setingkat dari jenama lain (MAN, Scania, Mercedes Benz, Volvo dan beberapa jenama China bagi bas bersaiz midi) yang dikendalikan oleh RapidKL. Terdapat juga bas setingkat berjenama Dennis yang dikendalikan RapidKL cuma saya belum merasainya lagi. Suasana apabila masuk pun sudah agak selesa, malah lebih selesa berbanding menaiki bas HOHO KL tempohari.
Saya menaiki tingkat atas bas ini, dan keadaannya memang sesuai. Terdapat 55 buah tempat duduk di tingkat atas, dan tiada penumpang berdiri disediakan di tingkat atas kerana tiada palang disediakan. untuk penumpang yang berdiri berpegang. Ini kerana peraturan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), tidak membenarkan penumpang berdiri di tingkat atas. Namun jika berdiri, boleh menampung lagi 25 orang penumpang. Bagus juga berdiri. Jadi keseluruhannya sebanyak 108 penumpang boleh di bawa kerana di tingkat bawah boleh mengisi 23 tempat duduk dan 30 orang berdiri.
Hal-hal keselamatan di tingkat atas juga dititik beratkan di mana terdapat alat pemadam api disediakan dan di tempat duduk paling hadapan terdapat tali pinggang kaledar.
Terdapat juga di beberapa tempat di kedua-dua tingkat terutama di tingkat atas, skrin paparan yang memberi makluman kepada penumpang. Buat masa ini, paparannya lebih kepada "Selamat Datang" dan bilangan tempat duduk yang masih ada di tingkat atas. Mungkin pihak RapidKL ada rancangannya untuk mengoptimakan penggunaan skrin-skrin ini.
Dapat dilihat, kedudukan bas yang lebih tinggi, membuat pandangan penumpang lebih tinggi, satu pengalaman yang sudah lama tiada (kecuali yang menaiki bas HOHO KL, namun boleh dibilang warga kota / warganegara Malaysia yang menaiki bas tersebut). Bagi saya, RapidKL boleh menggunakan jaringan perkhidmatan bas yang meliputi hampir 70% kawasan Lembah Klang (jika di kira KL, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Serdang, ia sudah hampir 90%), ia boleh dijadikan produk menarik pelancong terutama adanya bas dua tingkat ini. Mungkin boleh perkenalkan pas khas untuk pelancong terutama pada waktu luar puncak. Lagipun bas-bas RapidKL amat selesa.
Akhirnya saya sampai juga ke Ampang Park setelah 10 minit menaiki bas ini. Jadi sempat saya ambil gambar bas ini dari tepi. Memang lawa.
Setelah beberapa ketika di Ampang Park dan sempat membeli beberapa keping wang Dollar Hong Kong (HK$) dan Renmenbi (Yuan) China (RMB), malangnya stok Pataca Macau (MOP) tiada (mereka memang tidak jual MOP kot), saya pun pulang semula ke Lebuh Ampang di mana saya meletak motorsikal saya.
Kali ini saya duduk di tingkat bawah pula. Mungkin kerana ketika saya menaiki ini merupakan luar waktu puncak, jadi tidak ramai orang, dan amat selesa. Tempat duduknya juga amat selesa, kerana bukan kerusi plastik keras semata-mata tetapi terdapat span yang dibaluti fabrik telap air atau kulit (saya pun tidak pasti). Terdapat juga beberapa tempat duduk yang menghala ke belakang bas (seperti gambar bawah). Di tempat duduk- tempat duduk ini disediakan tali pinggang kaledar untuk keselamatan.
Bas-bas jenama Dennis ini agak selesa, namun saya yang tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang bas ini, agak risau, kerana kemungkinan kos penyelenggaraan bas jenama yang tidak berapa biasa di Malaysia ini akan menjadi lebih mahal terutama alat ganti yang sukar didapati dipasaran selain perlu diimport terus dari pengeluar di UK. Sejarah pun pernah menyatakan pada masala lepas Intrakota dan Naiela pernah menggunakan bas jenama Dennis ini dan mengalami bebas kos tinggi dan kesannya syarikat-syarikat ini rugi dan muflis sehingga terpaksa diselamatkan oleh kerajaan Malaysia (dalam kes Intrakota oleh Prasarana). Lagipun penyedia-penyedia pengangkutan awam di negara berdekatan yang menggunakan bas dua tingkat seperti Singapura dan Hong Kong (dibina di Malaysia oleh Masdef, hairan juga Prasarana boleh beli bas CBU terus dari UK) menggunakan bas dua tingkat jenama Volvo! Manakala bas HOHO KL dan Pulau Pinang serta bas-bas ekspres di Semanjung Malaysia mengunakan bas jenama Scania dan MAN. Tapi mungkin pihak RapidKL atau Prasarana mempunyai kaedah yang sesuai untuk perkara ini (maaf topik serius pula).
Akhirnya sampai juga bas ini ke Lebuh Ampang pada masa sepuluh minit juga. Bas - bas dua tingkat RapidKL ini juga agak kurang berayun seperti mana yang dirasai ketika menaiki bas HOHO KL. Mungkin badan bas Dennis ini agak stabil.
Secara kesimpulannya, saya berharap perkhidmatan bas dua tingkat RapidKL ini dapat diperluaskan. Banyak pembaikan telah dibuat malah bagi saya bas dua tingkat jenama Dennis ini lebih selesa berbanding bas setingkat yang dipunyai RapidKL/Prasarana yang lain. Malah tidak segan saya katakan, ia lebih baik dari bas dua tingkat di Singapura. Jika dibuat pas atau plan khas untuk pelancong, saya pasti ia akan lebih menarik pelancong ke KL dan Lembah Klang, di mana lebih banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. Ini kerana kerana saya anak dan warga kota KL merasakan KL jika sebulan pun tidak cukup untuk melawat semua tempat menarik.
I <3 KL.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...