If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Travel Guide Tehran;
- Travel Guide Isfahan;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3;
- Day 4 Part 1 (this part); or
- Day 4 Part 2 & Day 5.
Petunjuk: Waktu di Iran adalah UTC +3.5 iaitu empat setengah jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Tehran pula pukul 7:30 pagi.
Hari 4 (08 Januari 2017 - Ahad) Bahagian 1.
Sebagai mana malam sebelumnya, saya bangun dari tidur agak awal. Sekitar pukul 3:00 pagi. Oleh kerana cuba untuk melelapkan mata, namun masih tidak boleh untuk tidur, jadi saya melayari internet dengan telefon bimbit dan komputer riba yang saya bawa. Saya menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan oleh pihak hotel. Oleh kerana aplikasi VPN (Virtual Private Network - Rangkaian Peribadi Maya) di dalam telefon bimbit saya seperti tidak boleh digunakan, maka saya memuat turun aplikasi VPN yang baru. Setelah selesai memuat turut, saya mengaktifkan, kemudian, alhamdulillah, saya sudah boleh untuk melayari Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi barulah saya boleh mengemas kini status saya di dalamnya. Lega, alhamdulillah.
Namun memandangkan komputer riba saya merupakan milik majikan saya, yang mana terdapat sekatan untuk memuat turun perisian, maka saya tidak dapat melayari lebih lanjut internet di dalam komputer bimbit.
Kemudian azan Subuh berkumandang, jadi saya segera menggunakan bilik air sebelum perlu menunggu untuk menggunakannya, maklumlah, kami berlima, dan bilik air cuma satu, jadi akan berlaku kesesakan. Selepas itu, saya pun bersolat Subuh.
Pada pukul 7:30 pagi, kami semua turun ke restoran yang kami makan malam pada malam sebelumnya untuk bersarapan. Nampak gaya, sarapan di Iran ini lebih kurang sama sahaja, memang serupa sahaja dengan Hotel Kaveh di Isfahan yang kami menginap tempoh hari. Cuma ada lebih sedikit dengan roti nan mempunyai dua jenis, ditambah dengan sup kacang (macam kacang dal tetapi berwarna hitam) dan jem pula ada pelbagai jenis yang mana memang tidak dijumpai di Malaysia.
Najib membawa sup cendawan Campbell's bersama, jadi adalah sedikit makanan yang biasa. Oleh kerana hari agak sejuk, jadi saya makan banyak sikit agar boleh tahan untuk hari ini. Sambil-sambil itu, memandangkan saya sudah boleh menggunakan Facebook saya, maka saya pun membuat siaran langsung, ia diikuti di https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10211511484886554/. Cuma saya meminta maaf kerana siaran langsung ini tidak mempunyai suara, mungkin ada masalah liputan internet atau masalah VPN.
Usai bersarapan, kami pun naik semula ke bilik kami dan mengemas beg kami. Ini kerana kami akan mendaftar keluar bilk berlima ini. Bilik ini hanya untuk semalam sahaja. Lagipun lima dari kami akan pulang ke Malaysia pada sebelah malamnya, manakala Haji Halig dan Haji Kadir akan tinggal untuk dua hari nanti.
Setelah selesai mengemas beg masing-masing, kami memindahkan buat sementara ke bilik berdua. Sebenarnya kedua-dua bilik ini berada di tingkat berbeza, bilik berlima terletak di tingkat lima, manakala bilik berdua pula berada di tingkat tiga. Jadi agak remeh sedikit juga. Akhirnya selesai juga urusan remeh ini, dan cuba untuk mendaftar dengan cuba menukar Dolar Amerika Syarikat dengan Rial Iran di kaunter hotel, namun pada pagi ini, pihak hotel berkata, mereka tiada wang tukar. Pulak dah! Jadi tidak dapatlah untuk daftar keluar. Nampak gaya, perlu menukar wang di tempat lain dan kembali sebelum pukul 1:00 tengahari, iaitu waktu paling lambat untuk daftar keluar.
Seterusnya, pada pukul 9:00 pagi, kami pun berjalan bersama-sama menuju ke Stesen Metro Panzdeh-e Khordad melalui Bazaar Besar Tehran. Cuaca pagi ini agak baik namun agak sejuk juga. Memang indah permandangan sepanjang perjalanan. Banyak kedai masih belum buka dan orang pun agak kurang pada masa ini. Sampai di depan kawasan Bazaar Besar, kelihatan kami yang melawan arus orang ramai yang mungkin ke kedai masing-masing untuk membuka kedai mereka. Selepas lima belas minit berjalan, kami pun sampai di stesen metro.
Hotel penginapan kami di Tehran, Hotel Shahriyar.
Jalan Saadi, Tehran, di mana terdapat banyak hotel kos sederhana.
Bunga yang mekar di musim sejuk.
Sebuah dataran sekitar kawasan Bazaar Besar Tehran.
Salah sebuah pintu ke Istana Golestan (tutup).
Suasana pagi musim sejuk di Tehran.
Suasana pagi musim sejuk di Tehran.
Salah satu lorong Bazaar Besar Tehran.
Suasana pagi musim sejuk di Tehran.
Dataran utama Bazaar Besar Tehran.
Peta: Berjalan kaki dari Hotel Shahriyar ke Stesen Metro Panzdeh-e Khordad.
Kami jangkakan, orang yang menggunakan perkhidmatan Metro Tehran ini agak kurang, tapi meleset. Orang agak ramai dan tren agak padat. Ketika ini barulah kami perasan, bahawa terdapat koc khas untuk wanita di kedua-dua hujung tren. Jadi kami mengambil koc yang berdekatan agar masing-masing kami boleh masuk ke koc mengikut jantina, tetapi masuk pintu berdekatan, agar setiap kami boleh melihat masing-masing.
Memang sangat padat tren metro pada pagi ini, sampai saya hampir tidak masuk ke dalam tren. Susah juga bila ketua kembara terlepas, takut rakan-rakan pengembara hilang arah pula, huhuhu. Namun saya tetap bertegas, dapat juga saya menaiki tren metro.
Destinasi kami pada pagi ini adalah mercu tanda utama Tehran iaitu Dataran Azadi (Farsi: میدان آزادی - Meydan Azadi). Jadi untuk ke sana, kami akan menaiki tren Metro Tehran Laluan 1 (merah) menghala ke Tajrish dengan melalui 3 stesen untuk turun di Stesen Davazeh Dowlat. Kemudian di stesen ini, kami transit ke Laluan 4 (Kuning) arah Ekbatan/Eram-e Sabz (Farsi: اکباتان / ارم سبز ) dan kemudian melalui 8 stesen dan turun di Stesen Meydan Azadi. Tambang sehala cuma 7000 rial (+- RM 0.82) sahaja.
Semasa transit di Stesen Davazeh Dowlat ke Laluan 4, sekali lagi perlu merempuh kesesakan di dalam tren. Namun dapat juga memasukinya. Kemudian semakin hampir ke destinasi, kesesakan di dalam tren berkurangan.
Memang sangat padat tren metro pada pagi ini, sampai saya hampir tidak masuk ke dalam tren. Susah juga bila ketua kembara terlepas, takut rakan-rakan pengembara hilang arah pula, huhuhu. Namun saya tetap bertegas, dapat juga saya menaiki tren metro.
Destinasi kami pada pagi ini adalah mercu tanda utama Tehran iaitu Dataran Azadi (Farsi: میدان آزادی - Meydan Azadi). Jadi untuk ke sana, kami akan menaiki tren Metro Tehran Laluan 1 (merah) menghala ke Tajrish dengan melalui 3 stesen untuk turun di Stesen Davazeh Dowlat. Kemudian di stesen ini, kami transit ke Laluan 4 (Kuning) arah Ekbatan/Eram-e Sabz (Farsi: اکباتان / ارم سبز ) dan kemudian melalui 8 stesen dan turun di Stesen Meydan Azadi. Tambang sehala cuma 7000 rial (+- RM 0.82) sahaja.
Semasa transit di Stesen Davazeh Dowlat ke Laluan 4, sekali lagi perlu merempuh kesesakan di dalam tren. Namun dapat juga memasukinya. Kemudian semakin hampir ke destinasi, kesesakan di dalam tren berkurangan.
Najib di dalam sebuah stesen Metro Tehran.
Papan kenyataan laluan 1 Metro Tehran di stesen Panzdah-e Khordad.
Peta: Perjalanan Metro Tehran dari Stesen Panzdeh-e Khordad ke Stesen Meydan Azadi.
Sampai di Stesen Meydan Azadi, kami pun keluar dan agak hairan juga, pasal di stesen ini, kami tidak melalui pintu hadangan, kerana pintu hadangan hanya untuk memasuki kawasan berbayar sistem metro ini sahaja. Kemudian saya pun keliru untuk pergi ke mana, lalu membawa rakan-rakan mengambil tangga sebelah kiri. Tangga ini sebenarnya membawa kami ke Stesen Bas Terminal-e Gharb. Sepatutnya kami membelok ke kanan selepas keluar dari kawasan berbayar untuk ke tangganya yang agak dekat dengan Dataran Azadi.
Oleh kerana kami silap ambil tangga, maka, kami terpaksa melalui kawasan stesen bas dan kemudian terpaksa melintas jalan dengan mengharungi lalu lintas Tehran yang mana pemanduan kereta di situ agak ganas juga. Jadi saya set dalam minta, kalau di tempat yang lebih teruk lalu lintasnya seperti di Bandaraya Ho Chi Minh di Vietnam dan di Delhi, India pun saya boleh harungi, apalah sangat di Tehran, huhuhu. Akhirnya setelah melintas beberapa batang jalan, akhirnya sampai juga kami di Dataran Azadi ini.
Dataran Azadi ini sebenarnya sebuah bulatan jalan raya yang mana di tengah-tengahnya terdapat Menara Azadi (Farsi: برج آزادی - Burj Azadi). Sebelum Revolusi Iran pada tahun 1979, dataran ini dikenali sebagai Dataran Shahyad (Shah adalah gelaran bagi Raja Iran). Selepas revolusi, ia dikenali dengan nama sekarang yang bermaksud Dataran Kemerdekaan.
Menara Azadi pula telah dibina pada tahun 1971 dan ia direka oleh Hossein Amanat yang memenangi pertandingan rekacipta yang telah dianjurkan. Menara yang setinggi 50 meter ini dibina sempena ulang tahun 2500 Empayar Parsi. Marmar yang digunakan didatangkan dari Isfahan. Kedudukan menara ini seumpama mengucapkan selamat datang kepada pengunjung yang datang ke Tehran dari arah barat.
Di tingkat bawah tanah menara ini, terdapat sebuah muzium yang memaparkan sejarah menara ini dan juga kesenian serta kebudayaan. Harga tiket masuk ke dalam muzium ini adalah 150,000 rial (+- RM 17.65), namun kami tidak memasuki ke muzium ini.
Jadi kami sunggu gembira terutamanya saya kerana dengan hadirnya ke menara ini menandakan saya sudah tiba di Tehran. Jadi terkeluar kata-kata dari mulut abang Zul, "Malezi? So happy!" ("Orang Malaysia (Bahasa Farsi)? Gembira sangat (Bahasa Inggeris)!"). Ini terkeluar, kerana kerap kali semasa perjalanan kami ini, orang bertanyakan kami ini orang mana. Kebanyakannya, meneka kami orang China, ada juga yang meneka yang lain seperti Filipino, Thai dan sebagainya. Kami pun menjawab, kami orang Malaysia. Jadi dijawab mereka, "Ooh! Malezi". Agaknya pasal tidak ramai lagi orang Malaysia yang datang ke sini. (Hendak buat macam mana, pasal masih ramai orang Malaysia yang skeptikal dengan status Iran sebagai penganut Syiah, lagipun yang skeptikal itu tidak mempunyai banyak ilmu terutama bab agama (khususnya ilmu fiqh mahupun tauhid), jadi mereka ambil persepsi ikut ilmu dangkal mereka itu. Bagi saya, lebih baik mereka datang sendiri, kerana bagi saya bangsa Farsi ini walaupun mereka Syiah tapi kebanyakan mereka bukan ektremis agama. Eksemis syiah bagi saya adalah syiah Arab atau syiah Hindi (Pakistan). Agaknya jika mereka datang ke Iran, baru terbuka mata hati mereka itu.).
Jadi dari frasa "Malezi? So happy!" itu mengembang menjadi "Malezi? So lazy!", tatkala ada rakan-rakan yang malas atau "Malezi? So crazy!", tatkala kami membuat perkara yang agak gila macam di Dataran Azadi ini.
Sempat juga Najib membuat siatan langsung Facebook yang di Dataran Azadi ini. ia boleh diikuti di https://www.facebook.com/arejeeb.alhamra/videos/10211744289107815/ (kredit Najib (FB: Are'jeeb Al-Hamra).
Di dataran ini juga sempat kami melihat dengan lebih dekat motorsikal di Tehran ini, yang mana kami lihat terdapat perisai angin di depannya. Ia agak unik kerana di Malaysia memang tiada. Lagipun banyak motorsikal di Tehran ini adalah dari jenis jipang. Rupanya ia merupakan motosikal dari India berjenama Arshia yang mengambil teknologi Honda.
Susana di Dataran Azadi tidak berapa sempurna kerana ketika kami hadir ini, kerja-kerja baik pulih dan pengubahsuaian sedang giat dijalankan. Juga dapat diperhatikan, jalan raya di sekitar dataran ini agak sesak pada ketika kami di situ. Kami juga dapat melihat dan mendengar bunyi kapal terbang, ini kerana Lapangan Terbang Mehrabad begitu dekat sekali. Kami berada di dataran ini kira-kira 45 minit. Kemudian kami pun pulang semula ke Bazaar Besar Tehran dengan menaiki semula metro.
Video: Saya di Dataran Azadi di Tehran, Iran.
Tangga ke Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.
Pelan lantai Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.
Kaunter tiket Kompleks Kebudayaan dan Artistik Menara Azadi.
Sepasang motorsikal dengan perlindung.
Jenama motorsikal.
Menara Azadi dari bawah.
Saya dan isteri di hadapan Menara Azadi.
Foto seorang anak kecil Iran.
Jalan menuju ke Stesen Metro Meydan-e Azadi (logo Metro Tehran jelas kelihatan).
Papan tanda stesen Metro Meydan-e Azadi.
Tatkala kami hendak balik, Linda sempat pula mengambil gambar seorang anak kecil Iran yang agak comel.
Kali ini kami balik mengikut pintu stesen metro yang dekat dengan Dataran Azadi. Jadi kami membeli tiket (7000 rial/orang) untuk kembali semula ke Stesen Panzdeh-e Khordad untuk meneruskan perjalanan kami.
Bersambung ke Hari 4 Bahagian 2 & Hari 5.
Jika mahu lihat:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Panduan Kembara - Tehran;
- Panduan Kembara - Isfahan;
- Hari 1;
- Hari 2 Bahagian 1;
- Hari 2 Bahagian 2; atau
- Hari 3.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Travel Guide Tehran;
- Travel Guide Isfahan;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3;
- Day 4 Part 1 (this part); or
- Day 4 Part 2 & Day 5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan