If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
Gambar Taipei, Taiwan
(sumber: http://www.lonelyplanet.com/).
Pengenalan.
Peta: Taipei, Taiwan.
Seterusnya, pada 23 Januari 2016, saya menempah penginapan melalui Hotels.com di Ximen WOW Hostel, Taipei, Taiwan. Penginapan berkos RM590.80 bagi 3 buah katil untuk 3 malam. Penginapan ini adalah berbentuk hostel. Jadi jika dipecahkan, setiap orang membayar RM195.95 untuk 3 malam atau RM65.65 untuk semalam.
Jadi jadi mengambil juga untuk rakan-rakan sepengembara yang di mana kami mendapat masing-masing sekeping kad EasyCard, iaitu kad yang digunakan untuk tambang pengangkutan awam di Taipei, fungsinya sama seperti Touch n Go atau RapidPass di Kuala Lumpur atau Malaysia atau juga seperti kad. T-Money di Seoul atau seperti kad Octopus di Hong Kong.Selain itu, kami juga mendapat voucer-voucer diskaun ke taman-taman tema, tidak tahulah, sama ada kami akan guna ini.
Taiwan adalah sebuah pulau yang terletak di timur Lautan Pasifik yang berjiran dengan Jepun di utara, Filipina di selatan, tanah besar China di sebelah timur dan Lautan Pasifik di sebelah baratnya. Nama rasminya adalah Republik China, jadi jangan keliru dengan negara di tanah besar China, yang nama rasminya Republik Rakyat China. Ini sebenarnya dua pihak yang bermusuhan sejak sekian lama, di mana asalnya Republik China yang dipimpin puak Nasionalis yang mendiami Taiwan memerintah seluruh China, oleh kerana semakin kalah dengan pihak Komunis yang kini memerintah Republik Rakyat China, maka pihak Nasionalis berundur ke Taiwan yang mana kini mereka bertahan.
Bilangan penduduk di Taiwan ini, yang mana bolehlah kita anggap sebagai sebuah negara walaupun kebanyakan negara tidak mengiktiraf kerana dasar kedua-dua pihak Nasionalis dan Komunis yang hanya ada sebuah negara China, tambahan pula pihak Taiwan mempunyai kuasa imigresen sendiri, adalah seramai lebih kurang 24 juta orang, kebanyakannya tinggal di pulau utama Taiwan selain pulau-pulau kecil seperti Penghu, Kinmen dan Matsu. dengan keluasan seluas 36 193 km2, maka ia menjadi antara negara terpadat di dunia. Negara ini merupakan negara berkonsep China terakhir yang belum saya jejaki, di mana saya telah menjejaki China (Republik Rakyat), Macau dan Hong Kong (semua dikira negara walaupun masing-masing bernaung dalam Republik Rakyat China, kerana masing-masing mempunyai regim imigresen tersendiri) sebelum ini. Jadi dengan berjaya menjejaki Taiwan, maka saya telah kesemua keempat-empat "negara" China.
Peta: Kedudukan Taipei di Taiwan.
Taipei memang sekian lama menjadi ibu negara Taiwan. Sesuai dengan namanya, Taipei bermaksud Taiwan Utara, ia terletak di utara pulau Taiwan. Sebenarnya sekarang Taipei ini terdiri dari dua bandaraya iaitu bandaraya Taipei itu sendiri dan bandaraya Taipei Baru (atau dalam Bahasa Cina Mandarin dipanggil Xinbei), yang terletak di sekeliling bandaraya Taipei dahulunya daerah luar bandar Taipei, kini membangun menjadi bandaraya terbesar Taiwan. Kedua-dua bandaraya ini mempunyai penduduk lebih 7 juta orang dimana 3 juta orang tinggal di Taipei dan lagi 4 juta menjadikan Taipei Baru sebagai rumah mereka.
Ramai yang mengatakan Taiwan ini begitu unik akibat gabungan pelbagai budaya dan kesan sejarahnya. Jadi saya memang teringin menjadikan Taiwan salah satu detinasi kembara saya dalam masa terdekat ini.
Peta: Taipei, Taiwan.
Pihak AirAsia telah membuat kejutan pada 21 November 2015, kerana membuat promosi tempat duduk percuma agak awal. Kali terakhir promosi ini adalah pada awal bulan September 2015. Kebiasaannya promosi akan dibuat setiap tiga bulan, namun kali ini belum sampai tiga bulan ia telah dibuat lebih awal. Untuk kali ini, promosi ini bermula pada 23 November 2015.
Iklan AirAsia Tempat Duduk Percuma pada 21 November 2015.
Seperti biasa, ahli kad kesetiaan AirAsia BIG akan mendapat akses awal sehari iaitu pada 22 November 2015. Jadi saya war-warkan perkara ini di dalam kumpulan WhatsApp Geng KembaraGD iaitu individu-individu yang pernah mengembara dengan saya serta beberapa orang yang berminat. Saya mencadangkan untuk ke Taipei, Taiwan pada 06 hingga 09 Mei 2016, ramai yang setuju namun hanya dua orang yang komitmen dengan memindahkan wang kepada saya untuk membeli tiket penerbangan iaitu saudara Daud Naim dan Hafiz Jusril. Harga agak murah walaupun Taipei tidak termasuk dalam destinasi tempat duduk percuma iaitu pada harga RM481.08 (sebelum caj pentadbiran pembayaran). Oleh kerana agak lambat memberi keputusan, tiket paling murah penerbangan balik pada 09 Mei 2016 telah habis, maka ambil hari seterusnya (10 Mei 2016) yang masih dapat harga tersebut. Jadi setiap orang membayar RM505.08 untuk semuanya (tambahan RM24 kerana caj pentadbiran pembayaran kad kredit.
Seterusnya, pada 23 Januari 2016, saya menempah penginapan melalui Hotels.com di Ximen WOW Hostel, Taipei, Taiwan. Penginapan berkos RM590.80 bagi 3 buah katil untuk 3 malam. Penginapan ini adalah berbentuk hostel. Jadi jika dipecahkan, setiap orang membayar RM195.95 untuk 3 malam atau RM65.65 untuk semalam.
Ximen WOW Hostel, Taipei.
Masih ingat lagi persediaan saya untuk perjalanan ke Macau, Hong Kong dan wilayah Guangdong, China pada akhir tahun 2016. Saya ada membeli kad SIM i-Sim yang boleh digunakan ke tiga negara . Selain Hong Kong dan Macau, kad SIM ini boleh diginakan di Taiwan. Oleh kerana pada simpanan saya terdapat berbaki satu kad SIM sahaja, maka saya memesan lagi kad ini terus dari Hong Kong. Jadi saya dapat mempuratakan harga kad ini menjadi hanya RM30.00 sahaja.
Jika di Hong Kong dan Macau, dengan kad SIM ini membolehkan kita mendapat data, suara dan SMS dengan tanpa had untuk sepuluh hari, mengikut kaedah yang disarankan, di Taiwan ia juga mendapat perkara yang sama kecuali untuk suara terhad kepada 15 minit sahaja. Saya amat sarankan kad SIM ini jika ke ketiga-tiga negara ini kerana harga kad SIM biasa berdata adalah lebih mahal, jadi kad SIM ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda. Jika berminat untuk mendapatkan kad ini, boleh berhubung dengan saya di laman Facebook saya atau page Facebook Kembara GD. Atau emel ke GDalHaj@gmail.com.
Saya menukar wang Dollar Taiwan Baru (New Taiwan Dollar) (TWD atau NT$ juga orang Taiwan memanggil Yuan) untuk tujuan tersebut juga untuk kegunaan di sana. Secara purata, saya menukar pada kadar NT$10.00 = +- RM13.00. Jadi untuk memudahkan pengiraan, selepas ini saya menggunakan kadar NT$10.00 = +- RM12.50, di mana ia adalah kadar terkini yang saya perolehi.
Kad SIM i-Sim (HK-TW-MO)

NT$1000 = +- RM130.00
Pada 05 April 2016, saya ke pejabat Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur yang terlatak di tingkat 25, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Peta: Kedudukan pejabat Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur
Kad Perniagaan Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.
Peta Taiwan di dinding pejabat Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.
Kaunter pejabat Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur
Saya ke sini pun setelah melawat laman web Biro Perlancongan Taiwan pejabat Kuala Lumpur ini di dalam internet. Di dalam laman web berkenaan, mengatakan pihak biro ada memberikan sedikit cenderahati atau hadiah bagi pelancong yang akan ke Taiwan dengan perancangan sendiri, bukan melalui agensi perlancongan. Lebih kurang macam yang dibuat oleh Pertubuhan Perlancongan Korea Selatan (KTO) juga.
Hadiah-hadiah yang diperolehi daripada Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.
Jadi jadi mengambil juga untuk rakan-rakan sepengembara yang di mana kami mendapat masing-masing sekeping kad EasyCard, iaitu kad yang digunakan untuk tambang pengangkutan awam di Taipei, fungsinya sama seperti Touch n Go atau RapidPass di Kuala Lumpur atau Malaysia atau juga seperti kad. T-Money di Seoul atau seperti kad Octopus di Hong Kong.Selain itu, kami juga mendapat voucer-voucer diskaun ke taman-taman tema, tidak tahulah, sama ada kami akan guna ini.
Risalah mengenai perlancongan Islam daripada
Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur.
Pihak biro juga memberikan beberapa risalah mengenai perlancongan Islam di Taiwan. Dengan ada risalah ini, harapannya ia dapat membantu perancangan pengembaraan kami sepanjang kami di sana. Di samping itu saya mengambil juga risalah-risalah, peta-peta dan pelbagai penerbitan untuk saya baca dan jadikan rujukan.
Risalah-risalah yang boleh didapati di pejabat
Biro Perlancongan Taiwan, pejabat Kuala Lumpur
Pada 22 April 2016, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi individu untuk perjalanan 6 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Taiwan) berharga RM71.00 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Emas yang berharga RM50.50 dan plan Perak berharga RM33.00, tetapi saya memilih plan Platinum pada kali ini kerana inginkan perlindungan yang komprehensif.
Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen". Sekurang-kurangnya kos perubatan (difahamkan kos perubatan Taiwan dua tiga kali ganda lebih mahal berbanding kos perubatan swasta di Malaysia) dan kos pengurusan jenazah (minta jauh tapi kan maut itu pasti) telah termasuk dalam perlindungan, jadi tidak perlu mengemis dengan orang lain kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini dan diluar jangka. Risau juga selepas berlaku beberapa tragedi menimpa orang Malaysia di luar negara baru-baru ini (seperti kes mati lemas di Lombok, Indonesia dan mati kena tikam di Saigon juga dikenali Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam).

Pada 22 April 2016 juga, saya telah mendaftar masuk melalui aplikasi AirAsia di dalam iPhone untuk penerbangan pergi ke Taipei dan mendaftar masuk untuk penerbangan pulang pada 26 April 2016, melalui cara yang sama. Jadi, pas pelepasannya saya cetak segera agar memudahkan urusan di lapangan terbang.
Pas pelepasan Air Asia.
Pada 23 April 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Taiwan kepada pihak Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei. Di Taiwan ini, misi perwakilan Malaysia tidak dinamakan kedutaan atau suruhanjaya besar, kerana Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai hubungan secara rasmi akibat dasar satu China, di mana Malaysia memilih Republik Rakyat China di Beijing sebagai wakil kerajaan China. Namun Malaysia tetap mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan dengan wujud pusat ini, yang bertindak seperti kedutaan di negara lain. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama.
Bagi persediaan untuk mengembara ke Taipei ini, saya telah memuat turun beberapa aplikasi-aplikasi khusus yang akan digunakan nanti. Paling penting adalah aplikasi penterjemahan bahasa Cina Mandarin kepada bahasa Inggeris. Juga, aplikasi berkenaan dengan perkhidmatan Metro Taipei, kerana dijangkakan, kembara kami banyak menggunakan pengangkutan ini. Selain itu, aplikasi-aplikasi lain adalah berkaitan dengan pelancongan di Taiwan amnya dan Taipei khususnya.
Antara aplikasi-aplikasi untuk kembara di Taiwan.
Saya ada memakluman kepada semua ahli-ahli pengembaraan kali ini melalui mesej berkumpulan aplikasi WhatsApp, bahawa kami akan tidur di lapangan terbang pada malam kami tiba di TPE. Lantas Abang Daud memberitahu saya bahawa dia akan membelanja kami semua penginapan malam itu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Malangnya penginapan di WOW Hostel tidak lagi dibuka untuk malam tersebut, maka kami mencari alternatif lain. Jadi pada malam 04 Mei 2016, setelah mencari, kami memilih untuk penginap di Angels' Hostel kerana dekat dengan Taipei Station, juga dengan WOW Hostel. Harga untuk 3 buah katil asrama adalah sebanyak RM173.96 bermakna sebuah katil berharga RM57.98. Terima kasih kepada Abang Daud Naim.
Rasanya, persiapan untuk ke Taipei ini hampir lengkap. Jadi cuma menunggu sahaja masa untuk pergi. Semoga perjalanan ini dapat beri pengalaman, manfaat dan diberi rahmat dariNya. Harapannya, kami semua yang ke sana dalam pengembaraan kali ini ada bergembira dan menikmati permandangan yang hebat ciptaan Illahi, insya Allah.
If want to read in English:
- Pre Journey (this part);
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4; or
- Day 5 & 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan