Khamis, 27 September 2018

Itinerari (Singapura - 25 September 2018).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey.
Saya di Taman Bunga Matahari, Terminal 2,
Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

25 September 2018 - Singapura.
Panduan:
$ = Dollar/Ringgit Singapura (SGD @ SG$ @ S$), matawang Singapura. Secara amnya, kadar tukaran: S$1.00 = RM3.10 atau RM1.00 = S$0.32.
Juga, di Singapura, wang BN$ = Dollar Brunei (BND @ B$), matawang Brunei juga boleh digunakan sama ada kertas mahupun syiling, dengan nilai B$1 = S$1.
Waktu tempatan Singapura adalah sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Persediaan Pra Perjalanan
Bil
Butir
RM
1
Scoot: (05 Ogos 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA Changi, Singapura (SIN) TR453 (25 September 2018) & dari SIN ke klia2 TR566 (25 September 2018).
219.66
2
Hantar emel kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 12 September 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Singapura. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.

3
SkyBus: (17 September 2018) Menempah bas shuttle KL Sentral-klia2-KL Sentral secara online.
20.00
4
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan TR466 melalui web pada 22 September 2018. Penerbangan TR453 bagaimanapun, perlu mendaftar masuk di kaunter daftar masuk Scoot di klia2 sebelum penerbangan. Mencetak pas pelepasan penerbangan TR466 di kedai fotostat di kawasan rumah.
1.00


Jumlah
RM240.66
Hari 1  - 25 September 2018 (Selasa)
Bil
Butir
Matawang Asing (S$)
RM
1
Oleh kerana penerbangan kali ini hampir kepada waktu tengahari, maka bangun seperti biasa waktu sebelum subuh, membersihkan diri, solat dan melakukan rutin biasa. Menghantar anak ke sekolah pada pukul 07:00 pagi dan terus ke KL Sentral. Tiba di Brickfields pada pukul 07:30 pagi, segera ke kaunter Skybus di KL Sentral untuk menukarkan penempahan bas shuttle ke tiket sebenar, menaiki bas dan bas meninggalkan KL Sentral pada jam 07:43 pagi. Tiba di klia2 pada jam 08:30 pagi, dan terus ke kaunter Z1 hingga Z3 di balai berlepas untuk daftar masuk penerbangan Scoot, tetapi ia tidak dibuka. Hanya dibuka pada pukul 09:00 pagi. Setelah saya mendapat pas pelepasan di kaunter Z1 (setelah beratur) ke bangunan satelit untuk ke lounge Plaza Premium Lounge sayap L (depan pintu pelepasan penerbangan TR453 pun, pintu L3), untuk sarapan, dengan menggunakan kad kredit Platinum Public Islamic Bank. Pada pukul 11:00 pagi saya ke pintu L3 dan pelepasan dibuka pada 11:10 pagi. Pesawat 9V-TAN ini meninggalkan klia2 pada pukul 11:41 pagi dan berlepas dari landasan terbang pada pukul 11:53 pagi.


2
Penerbangan TR453 selamat tiba di landasan LTA Changi pada pukul 12:33   tengahari. Tiba di pintu ketibaan F37 Terminal 2 pada pukul 12:50 tengahari. Terus ke balai imigresen, beratur dalam 10 minit untuk 6 orang barisan di depan. Selesai urusan imigresen dan kastam, terus ke stesen MRT Changi Airport (laluan Timur Barat (East West Line - EWL) kendalian SMRT Corp) untuk ke stesen MRT Tanah Merah (2 stesen), bayar tambang menggunakan kad Autopass kereta saya yang ada ciri NETS FlashPay (fungsi seperti Touch n Go Malaysia, jika menggunakan wang tunai, tambang lebih mahal dan tidak mendapat diskaun bagi pengangkutan selanjutnya).
1.16
3.60
3
Menaiki bas SBS Transit no. 14 dari perhentian bas no. 85091 Tanah Merah Stn Exit B ke 85029 aft Bedok Meth Ch (3 perhentian), untuk ke Masjid al-Taqua, Bedok (menggunakan NETS FlashPay).
0.07
0.22
4
Setelah selesai urusan di Masid al-Taqua, kembali semula ke LTA Changi dengan menaiki bas SBS Transit No. 14 dari perhentian bas no. 85021 Country Park ke perhentian bas no. 85099 Tanah Merah Stn Exit A (3 perhentian) (menggunakan NETS FlashPay).
0.77
2.39
5
Menaiki pula MRT dari stesen Tanah Merah ke stesen Changi Airport (menggunakan NETS FlashPay).
0.46
1.43
6
Berjalan-jalan dari Terminal 3, Terminal 2 dan kemudian menaiki bas shuttle percuma (landside) ke Terminal 4 (perlu menaikinya di aras 2 (ketibaan) Terminal 2. Di Terminal 4, berjalan di landside sahaja dan dapat melihat seni"Petalcloud". Saya membeli Heaven and Earth Jasmine Green Tea 500 ml di kedai serbaneka Cheers  (menggunakan NETS FlashPay).
2.60
8.06
7
Kembali semula ke Terminal 2 ("A Million Times", Taman Bunga Matahari & Taman Bunga Orkid), meneruskan jalan-jalan  ke Terminal 3 (Taman Rama-rama), Terminal 1 (Taman Kaktus) dan Terminal 2 dengan kombinasi jalan kaki, travellator dan SkyTrain. Singgah di medan selera Terminal 2 untuk makan set roti bakar + telur separuh masak + kopi (bayar tunai).
4.80
14.88
8
Kemudian di medan tersebut, terdapat sebuah restoran McDonald's, memesan set Big Mac + Kentang Goreng (besar) + minuman ringan (sederhana) untuk dibungkus (makan di depan pintu pelepasan F35, sementara menantikan masuk ke dalam pesawat) (menggunakan NETS FlashPay).
6.15
19.07
9
Menunggu di depan pintu pelepasan F35 sambil mengecaj telefon bimbit dan power bank. Pemeriksaan keselamatan pra pelepasan dibuka pada 6:15 petang (saya hanya berada di depan pintu pada 6:35 petang), kemudian pintu pelepasan bagi penerbangan TR466 dibuka pada 6:50 petang. Pesawat 9V-TRE meninggalkan bangunan terminal (pushback) pada 7:31 malam, dan hanya berlepas meninggalkan Singapura pada 7:46 malam. Di dala pesawat, membeli model A320 Scoot skala 1:200.
20.00
62.00
10
Pesawat selamat mendarat di klia2 pada pukul 8:22 malam. Tiba di pintu L5 pada pukul 8:26 malam dan pintu dibuka pada pukul 8:30 malam. Terus ke urusan imigresen dan kastam. Kemudian ke surau stesen bas klia2 untuk solat. Usai solat, menaiki bas ke KL Sentral yang bergerak pada pukul 9:20 malam. Tiba di KL Sentral pada pukul 10:20 malam. Terus ke parkir motorsikal dan pulang ke rumah. (Anggaran penggunaan minyak petrol bagi motorsikal perjalanan pergi balik rumah ke KL Sentral dan pulang).

3.00
11
Singgah makan malam di medan selera berhampiran dengan rumah pada jam 10:42 malam. Selesai terus pulang ke rumah.

7.00

Jumlah
$ 36.01
RM121.63
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
$ 36.01
RM362.29



Saya di Masjid al-Taqua, Bedok, Singapura.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat catatan: 


If want to read in English: 

  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Journey.

Selasa, 25 September 2018

Pra Kembara (Singapura - 25 September 2018) - Lawatan Singkat Ke Kota Singa.

Jika mahu lihat catatan: 



If want to read in English: 

  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary;
  • Journey.



Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Pengenalan.

Singapura sebenarnya bukan asing bagi saya. Ia sudah seperti kampung saya pula di mana boleh kata setiap kali Raya Aidilfitri kedua atau ketiga, saya bersama keluarga akan ke sana menemui sanak saudara yang ada di sana. Tetapi ke sana dengan cara membawa kereta sendiri ke sana sama ada melalui sempadan darat Johor Bahru - Woodlands atau Gelang Patah - Tuas. Boleh kata tidak pernahlah bersama keluarga ke Singapura menggunakan cara lain. Apatah lagi menaiki kapal terbang. Saya pun hanya sekali menggunakan Lapangan Terbang Changi (SIN), itu pun untuk transit ke Batam pada Mei 2014.

Saya juga dalam pasport semasa saya yang akan tamat tempoh tahun 2019 mendatang, rupanya tiada cop pasport masuk atau keluar Singapura menerusi udara (memanglah), yang mana boleh dikenal pasti dengan huruf A (cop pasport Singapura tidak mempunyai pengenalan tempat bagi pintu masuk/keluar udara atau laut, bagi darat huruf W mewakili Woodlands dan T mewakili Tuas. Bagi semua pintu masuk/keluar melalui udara, akan diwakili dengan huruf A dan pintu masuk/keluar melalui laut akan diwakili dengan huruf S). 

Jadi saya memang rajin meninjau laman web syarikat penerbangan tambang murah Singapura seperti Scoot dan JetStar Asia, disamping syarikat penerbangan Malaysia (AirAsia, Malindo Air dan Firefly). Kalau syarikat penerbangan biasa seperti MAS, Singapore Airlines atau Silk Air, mohon maaflah, memang mahal. Sengaja beralih arah sekali sekala dengan syarikat penerbangan Singapura, kerana ada kalanya harganya lebih murah dari AirAsia sendiri. Tapi biasalah penerbangan dari Lapangan Terbang Changi memang mahal, kerana caj berkaitan lapangan terbangnya agak mahal sehingga lebih RM135.00 jika ditukar kepada nilai Ringgit terkini (10 Ogos 2018).

Biasanya JetStar mempunyai harga lebih murah tetapi pada 05 Ogos 2018, saya dikhabarkan melalui laman Facebook Scoot, yang menawarkan tambang dari RM50.00 ke Singapura. Ini bermakna, setelah ditolak caj berkaitan lapangan terbang klia2, tambang asasnya cuma RM14 sahaja! Jika dapatlah harga asas tersebut untuk sektor SIN-KUL pula, bermakna sekitar RM155 juga, jadi boleh dapat harga termasuk caj penempahan (RM8.00/orang/perjalanan, maka pergi balik seorang dicaj RM16.00, nasib baik tempah guna Ringgit Malaysia, kalau tempah matawang lain lebih mahal termasuk Dollar Singapura, dicaj SG$10.00!), cuma RM220 sahaja. Jadi saya cuba cari tarikh sesuai, dan woilla! 25 September 2018 adalah tarikhnya.

Jadi sebenarnya trip ini sekadar hendak dapat cop, dan berjalan-jalan sekitar Lapangan Terbang Changi yang telah mendapat 6 kali berturut-turut lapangan terbang terbaik di dunia oleh Skytrak. Kalau keluar dari kawasan lapangan terbang pun, pasal hendak cari tempat makan yang saya jangka akan ke Beduk atau tempat biasa saya makan di Bugis. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang destinasi kita kali ini.

Singapura, adalah sebuah negara kecil yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia Malah pernah sekejap menjadi sebahagian daripada Malaysia sebenarnya. Walaupun kecil namun ia antara kuasa besar ekonomi bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di Asia dan dunia. Dengan keluasan 721.5 kilometer persegi (dan ada kata makin bertambah) dan jumlah penduduk seramai 5.6 juta orang (data 2017), ia juga boleh dikatakan padat. Namun sebenarnya tidaklah nampak dapat sangat kerana ia diurus dengan baik. Ini termasuk juga antara penyumbang ekonominya iaitu Lapangan Terbang Changi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, seperti dikatakan tadi telah memenangi 6 kali berturut-turut anugerah lapangan terbaik. Memang bagus pun lapangan terbang ini. Dengan 4 terminal yang ada, ia mengendalikan kira-kira 62 juta orang penumpang pada tahun 2017 dengan hampir 374 000 pergerakan pesawat dicatatkan pada tahun yang sama, memang sibuk. Suasana dalam lapangan terbang ini memang hebat, dengan pelbagai kemudahan boleh didapati terutama jika sudah masuk ke airside.

(Sumber dari Wikipedia). 




Peta: Singapura,


Sebenarnya sudah hampir seminggu Scoot mengadakan promosi Wandermust ini yang mana harga-harga tiketnya amat murah berbanding penerbangan Singapura lain. JetStar yang biasanya lebih murah pun kalah. Jadi pada hari akhir promosi (05 Ogos 2018), saya menempah penerbangan sektor Kuala Lumpur - Singapura - Kuala Lumpur yang kebetulan saya dapat harga paling murah mungkin iaitu RM203.66 (RM50.00 bagi KUL-SIN dan RM153.66 bagi SIN-KUL). Paling awal adalah 25 September 2018. Saya pun terus memilih dan membayar keseluruhan harga tiket ditambah RM16.00 untuk caj penempahan menggunakan kad kredit. 

Oh baru saya tahu yang Scoot ini sebenarnya adalah Tiger Air yang pernah saya naiki sebelum ini pada Mei 2014. Scoot dan Tiger Air telah bergabung menggunakan 1 jenama sahaja.


Promosi Scoot pada 05 Ogos 2018.

Penempahan penerbangan Scoot.

Pada 12 September 2018 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran saya di Singapura kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran saya di Singapura. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran saya ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Malaysia.

Emel makluman saya di Singapura yang dihantar ke 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Bagi memudahkan perjalanan saya ke klia2 nanti, saya juga menempah tiket bas SkyBus sektor KL Sentral-klia2 pada 17 September 2018, yang dibeli di laman web Skybus pada harga RM20.00 pergi balik atau RM11 sehala. Ia lebih murah berbanding kita beli di kaunter yang mana berharga RM24.00 pergi balik atau RM12.00 sehala. Jadi saya membeli tiket pergi balik.

Tempahan bas Skybus dari KL Sentral ke klia2
(perjalanan pulang lebih kurang sama).

Saya tidak menukar wang Ringgit Malaysia kepada Dolar Singapura (SGD atau SG$ atau S$) untuk bekalan perjalanan nanti di Singapura kerana saya mempunyai bekalan wang SG$ yang banyak saya simpan. Ini kerana saya memang kerap ke Singapura terutama pada Hari Raya Aidilfitri, kerana kami sekeluarga akan melawat sanak saudara kami di sana. 

Tambahan pula, saya akan mengeluarkan wang SG$ di mesin ATM Maybank Singapura iaitu bank di bawah kumpulan yang sama dengan Maybank Malaysia dengan menggunakan kad ATM Maybank Malaysia. Cara ini lebih murah kerana tiada caj pengeluaran luar negara dikenakan (umpama mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank di Malaysia) dengan syarat kita mengaktifkan kemudahan ini di perbankan internet Maybank2u terlebih dahulu sebelum menggunakannya. 

Singapura juga menerima guna penggunaan matawang Brunei, Dollar/Ringgit Brunei (BND atau BN$ atau B$) di dalam negara mereka, atas Perjanjian Pemboleh Tukaran Antara Matawang 1967 di antara Singapura dan Brunei. Asalnya Malaysia pun termasuk dalam perjanjian, namun keluar daripada perjanjian tersebut pada 1973. Jadi di Singapura, kebanyakan tempat boleh menerima B$ dengan kadar S$1.00 = B$1.00, begitu juga sebaliknya. Jadi saya bawa juga wang Brunei saya yang ada ke Singapura.

20 cents (Siri Kedua)

20 cents (Siri Ketiga)

50 cents (Siri Ketiga)

S$1 (Siri Ketiga)

B$1.00 (Siri 1996)

B$1.00 (Siri 2011)

S$2 (Siri Keempat - Polimer)

S$5 (Siri Keempat - Polimer)

S$10 (Siri Keempat - Polimer)

S$50 (Siri Keempat - Kertas)

Pada 23 September 2018, saya mendaftar masuk secara dalam web bagi penerbangan TR453 iaitu penerbang pulang dari Singapura (SIN) ke klia2 (KUL), kerana saya ingin mendapatkan pas pelepasan untuk masuk ke landside LTA Changi lebih awal. Scoot hanya membuka untuk pendaftaran masuk secara web 72 jam hingga 3 jam sebelum penerbangan sahaja. Bagi penerbangan pergi (KUL-SIN) menerusi TR466, hanya boleh mendaftar masuk di kaunter pendaftaran masuk di klia2 sahaja. Saya mencetak pas pelepasan penerbangan TR453 di kedai fotostat di kawasan rumah saya pada harga RM1.00 (biasanya 50 sen sahaja) pada esoknya (24 September 2018).

Rasanya sudah hampir lengkap persiapan saya untuk perjalanan pada kali ini. Cuma tinggal menunggu hari pemergian sahaja. Doakan perjalanan saya pada kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan, insya Allah, amin.

Bersambung ke Kembara.

Jika mahu lihat catatan: 
If want to read in English: 

  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary;
  • Journey.