Ahad, 28 Disember 2014

Itinerari (Sumatera Utara, Aceh & Riau, Indonesia - 20 hingga 25 Disember 2014).

Jika ingin membaca catatan: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1 Part 1 
  • Day 1 Part 2; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or  
  • Day 6.


Di hadapan Masjid Raya al-Mashun, Medan.

Di hadapan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh.


Panduan:
Rp = Rupiah Indonesia (IDR), matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp10 000 = RM3.00
Bil
Butir
RM
1
Tiket AirAsia dari klia2 ke Medan-Kualanamu (KNO) AK396 (RM79) + Skybus KL Sentral-klia2 (RM7.70) + makan (RM12.00).



98.70
2
International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) daripada eTiQa Takaful selama 10 hari (20 - 29 Disember 2014).


71.00
Jumlah
169.70
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Makan sebelum menaiki pesawat AK396 di KL & klia2.

30.00
2
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA atau dalam Bahasa Indonesia, Bandara Internasional) Kualanamu, Medan pada jam 8:30 pagi. Disambut oleh Azmi & Pak Darwis (bapa saudara ipar Azmi).


3
Tambang Bas DAMRI dari LTA Kualanamu, Medan, Indonesia ke kota Medan. (Rp20 000/orang/trip x 4).



Rp80 000
24.00
4
Makan di Rumah Makan Nasrul Sibolga, Medan. Rp128 000. (Saya berikan Rp50 000).



Rp50 000
15.00
5
Menziarahi Masjid Raya al-Mashun, Medan, Indonesia dan makan DiRaja Kesultanan Deli.


6
"Sumbangan" kepada Pak Razali, Tok Siak Masjid Raya al-Mashun (kerana berikan maklumat masjid).
Rp10 000
3.00
7
"Sumbangan" penjaga kasut di Masjid Raya al-Mashun, Medan.
Rp1000
0.30
8
Mengeluarkan wang menggunakan ATM CIMB Niaga di stesen minyak Pertamina di hadapan Masjid Raya al-Mashun sebanyak Rp1 juta. Kadar tukaran Rp1 juta = Rm281.00. Tiada caj daripada CIMB Niaga Indonesia & CIMB Islamic Malaysia.





9
Melawat Kolam Sultan.


10
Melawat Istana Maimun.


11
"Sumbangan" di Meriam Puntung, Istana Maimun, Medan.
Rp3000
0.90
12
Tiket masuk ke Istana Maimun, Medan. (Rp5000/orang x 4).



Rp20 000
6.00
13
Melawat rumah Tjong A Fie.


14
Lalu di Kesawan Square.


15
Singgah minum di Lapangan Merdeka, Medan.


16
Tiket Bas Ekspres Kurnia Medan - Banda Aceh (perjalanan 9:00 malam 21 Disember 2014).



Rp200 000
60.00
17
Menziarahi Masjid Azizi, Tanjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia. Juga makan DiRaja Kesultanan Langkat.


18
Berhenti sebentar di pekan Tanjung Pura.


19
Pelbagai.
Rp30 000
9.00
20
Kad SIM prabayar simPATI Telkomsel. (Harga kad SIM Rp10 000 + tambah nilai Rp50 000 + caj tambah nilai Rp1000).


Rp61 000
18.30
Jumlah
166.50
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tambang bas mini dari Pinang Baris, Medan ke Brastagi.
Rp10 000
3.00
2
Melawat pasar Brastagi. (tidak dapat melawat lebih banyak kawasan kerana hujan).


3
Makan tengahari di Brastagi.
Rp40 000
12.00
4
Tambang bas mini dari Brastagi ke Padang Bulan, Medan.
Rp10 000
3.00
5
Solat di Masjid Syuhada, Kelurahan Beringin, Kecamatan Selayang, Medan.


6
Tambang betor (beca motor) dari Selayang, Medan ke Jl Gajah Mada, Medan.
Rp20 000
6.00
7
Makan durian di Ucok Durian, Jl Sei Wampu, Medan. (3 biji Rp100 000 /2).
Rp50 000
15.00
8
Makan Sate Padang (2 set) di Ucok Durian. (Rp18 000/set).
Rp36 000
10.80
9
Solat di kaunter bas Kurnia di Jl Gajah Mada, Medan.


10
Transfer dari kaunter bas Jl Gajah Mada ke Terminal Bas Ekspres Kurnia, Medan.


11
Perjalanan Medan ke Banda Aceh dengan bas ekspres Kurnia pada pukul 9:00 malam.


12
Pelbagai.
Rp60 000
18.00
Jumlah
67.80
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tiba di depoh bas Kurnia, Banda Aceh, Indonesia pada pukul 9:00 pagi.


2
Tambang betor (beca motor) dari depoh bas Kurnia, Banda Aceh ke rumah Pak Anton Hilman. (Rp30 000/3).
Rp10 000
3.00
3
Melawat Taman Sari, Banda Aceh.


4
Menziarahi dan solat di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh, Indonesia.


5
Makan tengahari di Banda Aceh. (Jumlah Rp80 000 tapi saya sumbang Rp50 000).
Rp50 000
15.00
6
Melawat Muzium Tsunami Aceh (tapi tutup kerana hari Isnin).


7
Melawat Kherkhof (semadian tentera penjajah Belanda).


8
Melawat Kapal PLTD Apung 1.


9
Minum malam di Dapu Kupi.
Rp50 000
15.00
10
Beli kopi Aceh di Ule Kareng. (500 g)
Rp22 000
6.60
11
Pelbagai.
Rp30 000
10.00
Jumlah
49.60
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tiket Bas Ekspres Pusaka Banda Aceh - Medan (perjalanan 8:15 malam 23 Disember 2014).



Rp190 000
57.00
2
Masjid Baiturrahim, Ulee Lheue, Banda Aceh.


3
Pantai Ulee Lheue.


4
Perkuburan Massal (Beramai-ramai) Ulee Lheue.


5
Melawat rumah anak-anak yatim Tsunami di Pante Perak, Banda Aceh. Memberikan sumbangan ikhlas.


6
Tambang betor (beca motor) ke beberapa tempat di Banda Aceh. (Rp40 000/3) (Saya sumbang Rp15 000).
Rp15 000
4.50
7
Melawat Blang Padang.


8
Melawat Tugu Pesawat RI-001 Suelawah.


9
Melawat Tugu Tsunami Tsunami Aceh.


10
Melawat Tugu Aceh Thanks To The World.


11
Melawat Muzium Tsunami Aceh.





12
Melawat Taman  Putroe Phang & Gunongan.


13
Menziarahi Makam Sultan Iskandar Muda.


14
Melawat Muzium Aceh.


15
Solat di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh.


16
Melawat & membeli-belah di Pasar Aceh.


17
Nasi bungkus di Pasar Aceh.
Rp10 000
3.00
18
Beli cenderahati.
Rp150 000
45.00
19
Tambang betor (beca motor) dari Pasar Aceh ke rumah Pak Anton. (Rp20 000/3) (Saya sumbang Rp10 000).
Rp10 000
3.00
20
Teksi dari rumah Pak Anton ke Terminal Bas Banda Aceh. (Dibayar oleh Pak Anton).


21
Bertolak dari Banda Aceh ke Medan dengan bas ekspres Pusaka pada jam 8:15 malam.


22
Pelbagai.
Rp65 000
19.50
Jumlah
132.00
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tiba di Terminal bas Pusaka, Medan, Indonesia pada pukul 9:30 pagi.


2
Tambang angkot (angkotan kota (van)) dari terminal bas ekspres Pusaka, Medan ke terminal bas ekspres Mahligai, Medan.
Rp40 000
12.00
3
Sampai di Terminal Bas Makmur pada jam 12:45 tengahari.


4
Tiket Bas Ekspres Makmur Medan - Dumai (perjalanan 6:00 petang 24 Disember 2014).



Rp145 000
43.50
5
Menunggu di Terminal bas Makmur.


6
Bertolak dari Medan ke Dumai dengan bas ekspres Makmur pada jam 6:00 petang.


7
Pelbagai.
Rp70 000
21.00
Jumlah
76.50
Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Tiba di Terminal Bas Dumai, Riau, Indonesia pada pukul 6:30 pagi.


2
Tiba di kaunter tiket Indomal Express, Jl Sultan Syarif Kasim, Dumai dengan pengangkutan disediakan pihak bas Makmur.


3
Tiket feri Indomal Express Dumai - Melaka (berangkat 2:00 petang).



Rp300 000
90.00
4
Berjalan-jalan sekitar bandar Dumai.


5
Dihantar ke Pelabuhan Penumpang Dumai dengan pihak Indomal Express.


6
Bertolak dari Pelabuhan Dumai ke Melaka pada pukul 3:00 petang.


7
Pelbagai di Indonesia.
Rp70 000
21.00
8
Sampai di Kompleks ICQS Melaka pada jam 7:00 malam.


9
Dibawa ke Melaka Sentral oleh Pak Nasir.Tiba pukul 7:30 malam.


10
Tiket Bas Ekspres KKKL Melaka Sentral - KL (TBS) (perjalanan 8:30 malam 25 Disember 2014).




13.40
11
Bertolak dari Melaka Sentral ke TBS Kuala Lumpur pada pukul 8:30 malam.


12
Tiba di TBS pada jam 10:20 malam.


13
Diambil oleh isteri di TBS.


14
Tiba di rumah pada pukul 11:00 malam.


15
Pelbagai di Malaysia.

10.00
Jumlah
134.40
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM796.50



Di Kota Dumai, 
persimpangan Jalan (Jl.) Jendral Sudirman dan Jl. Sultan Syarif Kasim.

Di Kompleks ICQS (Imigresen, Kastam, Kurantin & Keselamatan) Melaka, 
sejurus selepas keluar dari pemeriksaan imigresen Malaysia setelah sampai dari Dumai.



KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika ingin membaca catatan: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1 Part 1 
  • Day 1 Part 2; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or  
  • Day 6.

Jumaat, 19 Disember 2014

Pra Kembara (Sumatera Utara, Aceh & Riau, Indonesia - 20 hingga 25 Disember 2014) - Merangka Jejak Pertama Ke Sumatera.

Jika ingin membaca catatan: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1 Part 1 
  • Day 1 Part 2; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or  
  • Day 6.




Pengenalan.

Kembara kali ini sebenar telah diutarakan oleh Pak Nasir (dari Melaka) dan Azmi (dari Pulau Kundur, Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia), iaitu rakan-rakan pengembara saya sudah lama. Memang kami merancang untuk melawat wilayah atau provinsi Aceh dan Sumatera Utara (dalam Bahasa Indonesia dipendekan menjadi Sumut) yang berada di utara pulau Sumatera (pulau terbesar di Indonesia, malah lebih besar dari Semenanjung Malaysia) pada bulan Disember 2014. Namun ada kala ia tidak pasti. Banyak kali juga saya menanyakan kepada mereka, jadi atau tidak.

Azmi mempunyai saudara mara dan sahabat taulan di kedua-dua wilayah ini. Jadi mungkin dari segi penginapan tiada masalah. Insya Allah, katanya.



Saya pun ada membuat penyelidikan tentang perkhidmatan feri dari Semenanjung ke Sumatera. Pelabuhan terdekat dengan Medan (ibu wilayah Sumatera Utara) yang mana akan menjadi destinasi pertama kami dan juga tempat berkumpul kami adalah di Belawan. Jika perkhidmatan feri atau kapal domestik Indonesia, di situlah pelabuhannya, namun dari Semenanjung tiada perkhidmatan ke sana. Paling dekat adalah dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran kabupaten (daerah jika di Malaysia) Asahan, Sumatera Utara. Kini ia mempunyai pentadbiran sendiri sebagai kota (bandar) yang berasingan dari pentadbiran kabupaten Asahan. Namun ia masih terkenal sebagai Tanjungbalai Asahan, juga bagi membezakan dengan Tanjungbalai di pulau Karimun, Kepulauan Riau di selatan Semenanjung.

Saya siap ke Pelabuhan Klang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harga tambang feri dari Pelabuhan Klang ke Tanjungbalai Asahan adalah RM135.00 sehala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang dan RM250.00 dua hala bagi seorang dewasa termasuk cukai pelabuhan Pelabuhan Klang, tetapi tidak termasuk cukai pelabuhan Tanjungbalai Asahan. Dikhabarkan cukai pelabuhan untuk feri antarabangsa di pelabuhan Tanjungbalai Asahan adalah Rp100 000 (+- RM30). Jadual keberangkatan feri dari Pelabuhan Klang adalah setiap pukul 11:00 pagi setiap hari kecuali Ahad. Penumpang yang ingin menaiki feri ini perlu ada di jeti 2 jam sebelum masa keberangkatan.




Juga saya memperolehi maklumat tentang feri dari Dumai, Riau, Indonesia, dengan perkhidmatan Feri MV Indomal Express dan MV Malaysia Express kelolaan Tunas Rupat Follow Me Express Sdn Bhd (boleh klik untuk laman webnya). Manalah tahu jika saya akan berlepas dari sana. Apa maklumat yang saya perolehi adalah dari Dumai, bukan sahaja akan ke Pelabuhan Klang, tetapi juga ke Port Dickson dan Melaka. Namun, maklumat feri-feri tersebut (kecuali dari Pelabuhan Klang) tidak dapat diperolehi di Pelabuhan Klang, namun ia boleh didapati di laman webnya. Tambang feri dari Pelabuhan Klang adalah seperti di bawah dengan tambahan RM20 untuk cukai pelabuhan contohnya tambang dewasa sehala RM110.00 + RM20.00 (cukai pelabuhan) = RM130.00 (jumlah tambang). Waktu keberangkatan juga ada dengan peringatan perlu ada di jeti dua jam sebelum waktu keberangkatan.




Pada bulan September 2014, melalui mesej Facebook, Pak Nasir dan Azmi memberitahu saya yang rancangan kembara ini jadi dan Azmi sedang mencari jalan untuk menempah tiket kapal dari Tanjungbalai Karimun ke Belawan. 

Asalnya saya dan Pak Nasir merancang untuk menaiki feri, namun pada satu hari (11 Oktober 2014), saya terlihat di laman web AirAsia, tambang dari klia2 ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan semurah RM79!!! Lebih murah dari menaiki feri. Sedang pada sebelumnya, harga sudah malah, lebih RM 180. Penerbangan ini juga mungkin trip baru rasanya, dan memang rezeki saya. Terus saya menghubungi Pak Nasir melalui telefon mengkhabarkan perkara ini. Beliau terus setuju dan akan memindahkan wang kepada saya bila ada masa. Saya menggunakan wang saya dahulu untuk menempah penerbangan ini. 

Saya membeli sekali tiket Skybus dari KL Sentral ke klia, kerana beli bersama tiket AirAsia adalah lebih murah dari beli di kaunter atau atas bas, baru RM7.70 sehala.


Beberapa hari kemudian, Azmi memberitahu saya bahawa dia juga akan menaiki pesawat Citylink (anak syarikat Garuda Indonesia) dari Batam ke Kualanamu, Medan kerana tiket kapal sudah habis kerana masa itu dekat-dekat Hari Natal (Krismas) yang mana ramai warga Indonesia akan bermudik (balik kampung). Harga pesawat pun agak mahal katanya. Tapi semangat hendak mengembara mengatasi segalanya.

Masa berjalan dengan pantas, akhirnya masa 14 hari sebelum penerbangan pun tiba, dimana pada 06 Disember 2014, saya mendaftar masuk kedua-dua kami melalui aplikasi AirAsia di telefon bimbit saya. Ada mendapat kod bar 2D di telefon bimbit namun ia perlu ke kiosk cetakan pas masuk juga untuk cetakan. Jadi, selepas itu, saya ke laman web AirAsia untuk mendapatkan pas masuk versi cetakan (pdf).


Selaku agen takaful am, saya tiada masalah untuk membuat takaful perjalanan antarabangsa ini, cuma RM71 untuk 6 hingga 10 hari perjalanan ke kawasan 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia). Kalau tolak komisen harganya adalah lebih murah, saya berikan harga biasa. Jika anda mahukan takaful perjalanan ini boleh hubungi saya melalui mesej Facebook saya atau kaedah-kaedah lain.



Tiba-tiba saya teringat, bagi keselamatan dan kebajikan kami sebagai rakyat Malaysia di perantauan, saya menghantar e-mel pada 14 Disember 2014 kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta, Konsulat Besar Malaysia di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru. Penting juga, manalah tahu, jika terjadi apa-apa, sekurang-kurangnya pihak kedutaan tahu kehadiran kami di sana.



Saya telah mempunyai Rp 450 ribu di dalam simpanan, baki dari perjalanan ke Indonesia yang lepas (kali terakhir ke Batam dan Bintan bulan Mei 2014 lepas, bersama Azmi). Jadi pada 17 Disember 2014, saya menukar lagi sebanyak Rp 600 ribu dengan RM171.00 di HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd di Masjid India. Jadi adalah dalam Rp 1.05 juta untuk bekalan. Jika perlu lebih, saya akan menggunakan mesin ATM CIMB Niaga Indonesia untuk pengeluaran menggunakan kad ATM CIMB Islamic Malaysia saya. Ia tanpa caj, jadi kadar lebih baik dari tukaran wang di pengurup wang.



Perlu diingatkan di Indonesia, soket elektrik adalah berbeza dengan Malaysia (kecuali di kawasan Kepulauan Riau, ada beberapa tempat boleh munggunakan soket jenis G yang digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei). Di Indonesia, soket elektrik yang digunakan adalah dari jenis F (soket sebelah kiri gambar di atas), jenis A dan C (soket sebelah kanan gambar di atas). Untuk mengetahui jenis-jenis soket elektrik ini, boleh layari laman web World Standard. Jadi perlulah membawa adapter soket, jika tidak, tidak boleh caj bateri telefon atau lain-lain. Malaysia juga ada memakai soket jenis C seperti radio dan beberapa jenis pengecas telefon, mungkin jika peralatan anda mengunakan soket jenis C, maka tidak perlu bawa adapter soket. Tapi tidak rugi jika membawanya.

19 Disember 2014 (Jumaat)


Saya sudah bersiap semua kelengkapan saya untuk kembara ini. Moga tidak ada yang tertinggal. Agak banyak juga, maklumlah, lebih seminggu dijangkakan kembara ini.



Di dalam WhatsApp, Pak Nasir memaklumkan bahawa dia akan sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada jam 9 malam. Maka, saya dan isteri ke sana untuk mengambil beliau. Pak Nasir sampai pada jam 9 malam tepat dengan mengatakan beliau berlepas dari Alor Gajah jam 7:30 malam.



Saya membawanya ke Husin Sup di belakang Masjid al-Ehsan, pekan Setapak kerana Pak Nasir hendak makan sup. Jadi saya bawalah tempat yang terbaik di Kuala Lumpur ini. Namun restoran tersebut telah tutup, mungkin kerana sudah malam. Oleh itu saya membawanya ke Idris Sup di Jalan Raja Bot, sebelah bangunan bekas Keramat Supermarket lama di kawasan Chow Kit.



Selepas itu, kami ke KL Sentral untuk mengambil Skybus ke klia2, kerana kami ingin merasa tidur di sana. Saya pun tidak pernah tidur di lapangan terbang di dalam Malaysia, kalau di luar negara, ada juga lah. Kalau di Malaysia ini, pernah rasa tidur di stesen bas atau keretapi sahaja. Kami tiba pada jam 11:05 malam, bermakna kami terlepas trip pukul 11:00 malam. Kira oklah, pasal perkhidmatan bas ke klia2 akan tamat pada jam 12:00 tengah malam iaitu trip terakhir dan hanya bersambung kembali 3 jam kemudian (3 pagi). Kalau lambat, habis terlepas. Kami naik bas trip 11:30 malam walaupun ada bas Aerobus pada jam 11:15 malam, tapi bayaran dengan AirAsia tidak laku, kerana ia hanya boleh digunakan untuk bas Skybus sahaja. Jadi menunggulah kami untuk trip 11:30 malam. Tepat jam 11:30 malam, bergeraklah kami dari KL Sentral menuju ke klia2. 


Akan bersambung ke Hari 1 Bahagian 1.


Jika ingin membaca catatan: 

If want to read in English: 
  • Pre Journey (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1 Part 1 
  • Day 1 Part 2; 
  • Day 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or  
  • Day 6.