Khamis, 1 Mei 2014

Hari 1 (Manila, Filipina - 25 hingga 27 April 2014) - Lambaian Filipina.

Jika mahu lihat: 



If want to read in English: 

  • Day 1 (this part), 
  • Day 2 or 
  • Day 3.



Pra Kembara.

21/04/2014 (Isnin).




Saya gatal-gatal tangan melihat laman web AirAsia, kemudian saya terlihat iklan AirAsiaGo, sebuah agensi perlancongan yang juga merupakan anak syarikat AirAsia. Iklan ini amat menarik minat saya, iaitu tempah hotel dan dapat tiket penerbangan percuma. Saya mencari untuk ke Manila, Filipina kerana negara itu perlukan saya menaiki kapal terbang, tidak seperti negara ASEAN lain yang boleh dihubungi melalui jalan darat atau laut yang tidak begitu lama (menaiki feri ke Filipina dari Sabah memerlukan masa dekat sehari!!!). Saya sebenarnya dalam sasaran untuk menjejaki kaki ke semua negara ASEAN.


Terkejut saya, apabila saya cuma meninjau tarikh 25 ke 27 April 2014 iaitu hujung minggunya, terdapat tawaran tiket kapal terbang percuma. Saya tidak segera menempahnya, sebaliknya membuat istikharah dan berfikir terlebih dahulu.


22/04/2014 (Selasa).

Awal pagi saya, di tempat kerja, saya meninjau lagi laman AirAsia, namun tawaran semalam sudah tiada tiket percuma untuk balik ke KL pada 27 April 2014. Kecewa juga. Tidak dapat hendak merasai mengembara ke Manila. Selang lima minit, saya saya tengok lagi. Alamak, ada balik tawaran tiket penerbangan pergi balik percuma!!! Apa lagi saya pun tempah, saya memilih hotel Casa Bocobo kerana ia terletak berdekatan dengan Intramuros, Rizal Park dan juga dengan stesen United Nations di sistem LRT-1 Manila. Asalnya saya mahu tempah sebuah hostel (saya lupa namanya) di Ayala, tapi pasal ia hostel dan jauh sikit dari Intramuros serta jaraknya hampir sama jauh dengan Casa Bocobo jika dari lapangan terbang, saya memilih Casa Bocobo kerana ia mahal sikit tapi agak berbaloi.


Akhirnya, setelah pembayaran dibuat, dapatlah saya ke Manila dengan hanya RM341.75 siap tiket penerbangan dan hotel serta mendapat pula BIG Point sebanyak 79 mata. Mana nak dapat.. Walau saya agak kurang selesa dengan AirAsia kebelakangan ini, tapi kalau ada rezeki harga murah, kita ambil la... Jadi insya Allah saya menaiki AirAsia Zest buat pertama kali,serta pertama kali ke luar negara dengan AirAsia (sebelum ini saya ke Shanghai dengan AirAsiaX bukan dengan AirAsia).


23/04/2014 (Rabu).


Setelah saya pulang dari kerja, saya singgah di kawasan Jalan Masjid India (boleh rujuk artikel Pengurup Wang di Jalan Masjid India, untuk maklumat lanjut) untuk meninjau kadar tukaran Ringgit Malaysia ke Peso Filipina (PHP atau ₱). Salah satu kedai iaitu H. M. Ghazali Ahmad Sdn Bhd. (kedainya terdapat papan tanda Mina Enterprises (M) Sdn Bhd di Malayan Mansion), memberikan kadar terbaik berbanding kedai lain dan tempat-tempat lain yang pernah saya tinjau. Tukarannya ₱100 boleh ditukar dengan RM7.60. Antara contoh resit pertukarannya (ada beberapa kali tukar sebenarnya).


Dapatlah saya nota-nota seperti di bawah ini  Saya memudahkan pengiraan dengan setiap ₱10 bernilai lebih kurang RM0.75.


₱50 (logo Banco Sentral ng Pilipinas (BSP) lama) = +- RM 3.75
  

₱100 (logo BSP baru) = +- RM 7.50


₱500 (lama) = +- RM 37.50


₱500 (baru) = +- RM 37.50


₱1000 (lama) = +- RM 65.00


25/04/2014 (Jumaat).

Hari yang dinanti telah tiba. Setelah pulang dari kerja, selepas usai solat Asar, maka saya pun mengemas keperluan dan beg untuk ke Manila. Bertolak dari rumah 20:45 (8:45 malam), selepas Isyak. Saya terus menaiki skuter saya melalui Lebuhraya NKVE dan ELITE. Sepanjang perjalanan, keadaan lalu lintas begitu lancar, dengan tiada kesesakan lalu lintas berlaku. Agaknya jika saya mengambil laluan MRR2 ke Lebuhraya Utara Selatan ke Selatan atau melalui Putrajaya mahupun mengikut Lebuhraya MEX, agaknya perlu melalui kesesakan terlebih dahulu (merujuk kepada aplikasi Waze dan Google Maps). Sampai LCCT sejam kemudian, dan terus menuju ke kawasan memarkir motorsikal di LCCT. Agak banyak motorsikal yang memarkir di sini namun masih ada juga ruang kosong untuk skuterku parkir untuk lebih kurang dua hari (3 malam 2 hari), huhuhu.



Terus ke terminal LCCT, mencari kaunter daftar masuk kendiri (self check-in), kerana biasanya waktu malam, kaunter daftar masuk manual AirAsia agak sesak, lagipun tidak mahu dicaj RM10.00. Lagipun semudah ABC sahaja.


Tetapi yang kurang sedapnya, kena sahkan pula dokumen. Sebelum ini tidak perlu. Tapi yang penting dah ada nombor tempat duduk. Saya pun pergi ke kaunter pengesahan tiket. Bertugas cuma dua kaunter sahaja, walaupun yang berbaris agak panjang. Sudahlah tu, urusan seorang penumpang mengambil masa lama. Tiba giliran saya (setelah menunggu lebih kurang 7 orang di depan saya, dan kemudian ada dekat 20 orang di belakang saya) kira-kira 35 minit kemudian, kes saya tidak dapat diselesaikan dan petugas terbabit menyatakan agar saya boleh terus ke balai pelepasan.


Saya tidak terus ke pintu masuk ke balai imigresen untuk pelepasan, saya pusing-pusing LCCT ini dahulu kerana masih ada kira-kira 40 minit sebelum masa untuk pelepasan ke kapal terbang. Ini kerana inilah mungkin kali terakhir saya menggunakan LCCT ini, kerana pada 02 Mei 2014, klia2 akan memulakan operasi dengan semua syarikat kecuali yang ada kaitan dengan AirAsia yang akan mula beroperasi pada 09 Mei 2014.

Setelah kira-kira 15 minit, barulah saya ke pintu pelepasan, namun saya ditahan oleh petugas AirAsia kerana berkata saya perlu mengesahkan dokumen dahulu. Saya katakan saya sudah beratur dekat 40 minit dan mereka di kaunter pengesahan telah kata saya boleh teruskan. Dengan muka yang kurang mesra, beliau seperti ingin berkeras tapi kemudiab melepaskan saya pula. Memang ini saya agak kurang minat dengan tingkah laku staf-staf AirAsia terutama pengurusan daratan yang agak kurang mesra dan biasa berkasar dengan penumpang, malah pengalaman saya, atendan penerbangan AirAsia (dalam kes saya AirAsiaX dari Shanghai ke KL) pun tidak mesra penumpang.


Urusan keselamatan dengan pihak polis bantuan lapangan terbang (sebelum dan selepas urusan imigresen) dan urusan imigresen dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Memang pihak AirAsia lebih sudu dari kuah, mungkin doktrinisasi oleh pihak pengurusannya juga yang agak kasar walaupun dengan pihak kerajaan.

Saya menunggu di hadapan pintu berlepas untuk menunggu penerbangan saya. Pada jam 23:40 (11:40 malam) untuk memasuki pesawat. Saya menaiki pesawat Zest Air yang lama (syarikat ini baru diambil alih oleh AirAsia). Rupanya pesawat ini belum bersedia sebenarnya untuk berlepas. Keadaan kabin pesawat ini agak serupa dengan pesawat AirAsia yang lain cuma, warna pembalut kulit kerusi lebih kepada warna kelabu kecoklatan berbanding AirAsia yang biasa berwarna hitam. Kerusi pesawat Zest Air ini juga kurang selesa berbanding kerusi pesawat AirAsia biasa, begitu juga keseluruhan kabin. Nasiblah, tidak mengapa, pengalaman buat saya. Walaupun untuk 3 jam lebih.


Akhirnya, pesawat ini berlepas dari landasan 1, KLIA menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), Manila, Filipina pada jam 01:10 pagi pada Sabtu 26/04/2014, setelah lebih sejam berada di dalam perut kapal terbang.

Akan bersambung ke Hari 2.

Atau ingin melihat  Hari 3.

If want to read in English: 

  • Day 1 (this part), 
  • Day 2 or 
  • Day 3.

Rabu, 23 April 2014

Tips : Money Changers at Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Klik sini jika mahu membaca di dalam Bahasa Melayu.

To the people, who want to go abroad, you will want to find where do you want to exchange Ringgit Malaysia to the currency/ies which been used in the country/ies. 

Somebody will change money at the banks, but banks' rate are quite high, which will not give advantage to us. Normally, range of buying rate and selling rate or spread is between 5% to 10%. Banks' rate only will give us advantage if we use credit card atoversea (usually price stated in credit card statement is cheaper than if we buy in cash), which use market rate without spread.

Another people just change their money at the country they visited. This matter will have pro and con. The pro, if we change at border area of the country eg at border towns at southern Thailand, the Baht Thailand that we get are more, sometime, spread rate at less than 1%!!! The con is, this only applicable for that border currencies not other country currencies. Basic formula is further distance from border, higher the spread.

For in Kuala Lumpur, usual place to change currency is at Jalan Masjid India. Not only locals, who want to travel to abroad, change their money, but also foreigners. Main area is just beside Masjid India anda Wisma Yakin, not far from Mydin supermarket, which at  Malayan Mansion and Selangor Mansion.



At Malayan Mansion, there are 3 money changers:

1. Berkath Money Changers Sdn Bhd; (business closed - updated as 15 October 2015)




2. ARS Sdn Bhd;


Updated on 21st January 2015:
ARS Sdn Bhd at Masjid India was renovated to be Skyxchange Sdn Bhd money changer with bigger space (has taken jeweller shop and previous space has taken by a cloth shop).



3. HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd.



There is also a money changer not far from those three, just across the street, at Selangor Mansion, the name of the money changer is:

Warisan Ringgit Sdn Bhd.


Updated on 21st January 2015:
Warisan Ringgit Sdn Bhd at Masjid India was renovated to be Skyxchange Sdn Bhd money changer. Even though been replaced by Skyxchange, but exchange rate are differ. Example on 21st January 2015, selling rate for every Rp1 million (Indonesian Rupiah) are RM286 (at Warisan Ringgit) and RM288 (at ARS).



Four of these money changers very near from eachother. The exchange rate display are very easy to look at, ease us to make comparison from one to another.There a need to make comparison, because each money changer have some currency better rate than others.

As example, at 23th April 2014, I wanted to buy The Filipinos' Peso (PHP or ₱) and American Dolar (USD or US$) and want to check Thailand Baht  (THB atau ฿). ₱ for my journey to Manila. US$ & ฿ for journey to Ranong, Thailand & Kawthoung, Myanmar. Rate for ₱ & US$,   HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd gave the best rate for selling rate (if we want to buy, we need to look at selling rate), which ₱100 = RM 7.60 & US$1.00 = RM3.26. For ฿, Berkath Money Changer Sdn Bhd gave the best rate for selling rate ฿100 = RM10.22.


I changed at many other places, but Jalan Masjid India area has given the best rate ever. Some people said rate at KL Sentral and Chow Kit are better, but for me, at KL Sentral, money changers displayed higher rate, and need to ask or negotiate the price and Chow Kit best for Rupiah (Rp) only.

Please do not forget to get the receipt for every exchange. Every money changer in Malaysia must give receipt to the customer for every transaction has made, as to comply with Money Services Business Act 2011 (Act 731).

Perhaps this sharing will give benefit to all readers.

Thank you.

(updated at 29 Ogos 2014)

Now, it have two more money changer at Jalan Masjid India. One of them situated at ex Mydin building (after Maybank junction). It is a direct branch of UAE Exchange (M) Sdn Bhd.


Another one actually not so new. Situated inside of Semua House shopping complex. The location is when you reach at main entrance, turn on your right, then you can find three small booth, in the middle is the money changer. The company name is Saruwan Sdn Bhd. Business closed - updated as 15 October 2015)


But both of these money changer, the exchange rate is not competitive from other which at Malayan/Selangor Mansion area.

Also, if at that time, you are at Sogo or ex Globe Silk Store (Jalan Tuanku Abdul Rahman) area and to lazy to go Masjid India area, there are also have money changers. 



At ex Globe Silk Store (main road of Jalan Tuanku Abdul Rahman), beside main enterence (now is Sara Hughes store) is Access Smartstreet Sdn Bhd. 

Next, at Sogo KL shopping complex, on LG floor, opposite of Sogo's supermarket, not far from customer service counters and in between of Dunking Doughtnut & Pure Pharmacy is S.B.B Interchange Sdn Bhd.



Thank you.


Kembara GD - Exploring World, Knowing Life...

Klik sini jika mahu membaca di dalam Bahasa Melayu.

Petua : Pengurup Wang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Click here if want to read in English version.

Kepada yang ingin ke luar negara, anda selalu mencari di mana anda mahu menukar wang Ringgit Malaysia anda ke mata wang yang akan digunakan di negara tersebutkan. 

Ada yang menukar wang tersebut di bank, tetapi kadar tukaran di bank agak tinggi dan tidak menguntungkan kita. Biasanya julat antara kadar belian dan kadar jualan (spread) adalah antara 5 % ke 10%. Kadar tukaran ini hanya menguntungkan kita jika kita menggunakan kad kredit di luar negara sahaja (biasanya harganya lebih murah di dalam penyata kad kredit berbanding kita menggunakan tunai di negara tersebut), yang biasanya mengambil harga pasaran terus tanpa spread.

Ada juga yang menukarkan sahaja di negara terbabit sahaja. Ini ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya jika kita tukar di kawasan sempadan negara terbabit, contohnya bandar-bandar Selatan Thailand, kadarnya amat menguntungkan, malah ada ketika spread kurang dari 1%!!! Kekurangannya, biasanya harga yang menarik ini hanya kepada matawang berjiran sahaja, bukan dengan matawang negara lain. Biasanya semakin jauh dari sempadan semakin jauh julat spreadnya.

Bagi di Kuala Lumpur, tempat biasa matawang ditukar adalah di Jalan Masjid India. Memang agak sinonim kawasan dengan pengembara dan pelancong Malaysia ingin ke luar negara, malah orang asing juga banyak menukar di sini. Kawasan utama adalah betul-betul di sebelah Masjid India & Wisma Yakin, juga tidak berapa jauh dengan pasaraya Mydin, iaitu di bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion.


Di Malayan Mansion, terdapat 3 buah pengurup wang iaitu:

1. Berkath Money Changers Sdn Bhd; (sudah ditutup-kemas kini 15 Oktober 2015)




2. ARS Sdn Bhd;


Dikemaskini pada 21 Januari 2015:
ARS Sdn Bhd di Masjid India telah diubahsuai menjadi pengurup wang Skyxchange Sdn Bhd dengan kedai yang lebih besar (mengambil kedai emas di sebelah, manakala ruangnya dulu menjadi kedai pakaian).



3. HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd.



Terdapat satu lagi pengurup wang, tidak jauh dari ketiga-tiga di atas, iaitu di seberang jalan, iaitu di Selangor Mansion, nama pengurup wang itu adalah:

Warisan Ringgit Sdn Bhd.


Dikemaskini pada 21 Januari 2015:
Warisan Ringgit Sdn Bhd di Masjid India telah diubahsuai menjadi pengurup wang Skyxchange Sdn Bhd. Walaupun masing-masing digantikan dengan Skyxchange, tetapi kadar pertukaran tetap berbeza. Contohnya pada 21 Januari 2015, kadar jualan bagi Rupiah Indonesia setiap Rp1juta adalah RM286 (di Warisan Ringgit) dan RM288 (ARS).



Keempat-empat tempat ini memang berdekatan antara satu sama lain. Paparan papan kenyataan kadar pertukaran juga amat mudah dilihat dan membolehkan anda melihatnya dan membuat perbandingan antara satu sama lain. 

Perlu juga dibuat perbandingan, kerana setiap kedai ada mata wang yang nilainya lebih baik dari kedai lain, namun bila dilihat mata wang lain pula, kedai lain lebih baik.

Sebagai contoh, pada 23 April 2014, saya ingin menukar matawang Peso Filipina (PHP atau ₱) dan Dollar Amerika  Syarikat (USD atau US$) serta menyemak kadar Baht Thailand (THB atau ฿). ₱ untuk kembara saya ke Manila. Manakala US$ dan ฿ untuk kembara ke Ranong, Thailand & Kawthoung, Myanmar. Untuk ₱ & US$, pengurup wang  HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd antara yang termurah bagi kadar jualan (kalau kita nak beli,kena tengok lajur jualan) iaitu ₱100 = RM 7.60 & US$1.00 = RM3.26. Bagi ฿ pula, Berkath Money Changer Sdn Bhd pula paling murah untuk harga jualan iaitu ฿100 = RM10.22.

  

Saya pernah menukar di beberapa tempat lain, tapi kadar di kawasan Jalan Masjid India ini juga yang terbaik. Ada juga yang mengatakan di KL Sentral juga ok mahupun di kawasan Chow Kit, namun bagi saya Chow Kit sesuai untuk tukaran Rupiah Indonesia (Rp) dan KL Sentral, paparan di papan kenyataannya agak mahal, namun perlu tanya untuk dapat kadar lebih murah.

Jangan lupa untuk mendapatkan resit untuk nilai tukaran. Setiap pengurup wang di Malaysia perlu mengeluarkan resit kepada setiap pelanggan bagi mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731).

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian.

Terima kasih.

(kemaskini pada 29 Ogos 2014)

Kini terdapat lagi dua pengurup wang di Jalan Masjid India. Satu terletak di bangunan Mydin lama (selepas simpang Maybank). Merupakan cawangan terus syarikat UAE Exchange (M) Sdn Bhd.


Satu lagi sebenarnya dah lama. Ia terletak di dalam kompleks Semua House. Lokasinya apabila di pintu masuk utama, belok kanan dan akan jumpa tiga gerai kecil, di tengah-tengahnya adalah pengurup wang ini. Nama syarikatnya adalah Saruwan Sdn Bhd. (sudah ditutup-kemas kini 15 Oktober 2015)


Namun kedua-dua pengurup ini kadar tukarannya tidak berapa baik berbanding di kawasan Malayan/Selangor Mansion.

Juga jika anda pada masa itu berada di kawasan Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman (area bekas Globe Silk Store) dan malas nak ke kawasan yang disebutkan di atas, maka di kawasan tersebut juga terdapat pengurup wang. 



Di kawasan bekas gedung Globe Silk Store (di jalan utama Jalan Tuanku Abdul Rahman), betul-betul di sebelah pintu utama (kini gedung tersebut menjadi Sara Hughes) adalah pengurup wang Access Smartstreet Sdn Bhd.

Seterusnya di dalam gedung Sogo KL, di tingkat LG, berlawanan dengan pasaraya Sogo, tidak jauh dari kaunter khidmat pelanggan dan di sebelah Dunking Doughtnut & Pure Pharmacy, adalah pengurup wang S.B.B Interchange Sdn Bhd. Kadar di sini agak baik juga cuma kadar terbaik masih di kawasan Masjid India.



Harap maklum, terima kasih


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Click here if want to read in English version.