Hari 3 (02 Julai 2016 - Sabtu).
(Gambar-gambar diambil Akmal pada Hari 2 kerana ketika itu, telefon dan bank kuasa saya kehabisan bateri, jadi tiada gambar dari saya dapat diambil. Itulah sebabnya gambar di sini nampak suasana siang bukan suasana waktu subuh.)
(Gambar-gambar selepas ini diambil pada Hari 3 oleh Akmal.)
Bersambung ke Hari 4.
Saya bangun dari tidur yang nyenyak sikit dari tidur-tidur ayam, masa pada masa itu adalah pada pukul 12:30 tengah malam. Oh, rupanya kami sedang di pinggir Metro Manila dan memasukinya. Bas sedang berhenti di plaza tol untuk membayar tol bagi lebuhraya yang digunakan. Selepas itu, tidak lama kemudian, bas ini memasuki Lebuhraya EDSA yang mengililingi Metro Manila dengan bentuk C terbalik itu.
Lebuhraya EDSA ini atau nama penuhnya Epifanio de los Santos Avenue, boleh dikira seperti Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di Lembah Klang. Cuma keadaannya lebih padat dengan bangunan batu di kedua-dua tepi jalannya dan di tengah-tengah terdapat landasan MRT. Memang rasa sempit sahaja, tidak tahulah bagaimana hendak melebarkan lagi lebuhraya ini pada masa akan datang. Sudahlah kereta di sini sesuka hati letak atau berhenti di mana-mana. Bahaya juga.
Bas ini kemudian singgah berhenti untuk menurunkan bas Cubao. Pada masa ini saya sedar yang saya boleh ambil bas lebih awal dari Vigan. Jadi kalau hendak ke Manila, tidak sementinya ke Pasay, ke Cubao juga boleh. Lagipun ada perkhidmatan MRT dari Cubao ke Pasay dan serta tempat di Metro Manila ini, di mana terdapat stesen MRT Araneta Center - Cubao di sini. Cuma masa bas ini sampai sudah tengah malam, jadi saya tinggal sahaja di dalam bas ini untuk ke Pasay bersama beberapa orang yang ada.
Perjalanan dari Cubao ke Pasay tidak sejauh berpuluh kilometer, namun walaupun keadaan lalulintas pada awal pagi ini kurang berbanding waktu biasa, tetapi EDSA ini tetap berlaku kesesakan lalulintas. Hebat betul Lebuhraya EDSA ini, boleh sesak juga. Walaupun sesak disebabkan penyelenggaraan jalan, namun pengurusan lalulintas oleh petugas agak gagal juga. Sepatutnya dari Cubao ke Pasay, paling lama pun dalam setengah jam boleh jadi hampir sejam.
Akhirnya, pada pukul 2:15 pagi, sampailah bas ini di stesen bas Pasay. Akmal setia menunggu, kerana saya telah memaklumkan saya akan sampai menerusi telefon kepada beliau. Kami mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di stesen bas sementara meninggu waktu perkhidmatan LRT dan MRT dibuka pada pukul 5:00 pagi. Saya bertanya kepada Akmal apa yang telah dibuat, dan beliau menceritakan perjalanannya kepada saya. Seterusnya, Akmal mencadangkan agar kami duduk di Masjid Emas Manila untuk sehari semalam bagi menjimatkan bajet, seolah-oleh menjadi orang Tabligh. Saya tiada masalah.
Setelah bersolat di stesen bas dan mengemas kembali beg-beg saya (saya satukan kembali beg-beg saya menjadi satu sahaja), maka pada pukul 4:30 pagi, bergeraklah kami ke stesen LRT-1 EDSA untuk menaiki tren ke Carriedo bagi ke Masjid Emas. Kami sampai di stesen pada pukul 4:45 pagi dan stesen masih belum dibuka. Tetapi orang ramai dah menanti di pintu masuk stesen. Sepuluh minit kemudian, pintu dibuka dan seperti biasa perlu melalui proses pemeriksaan keselamatan baru boleh membeli tiket di kaunter.
Kami menaiki LRT ke stesen Carriedo (8 stesen). Suasana agak tenang dengan fajar mula menyingsing.
Peta: Perjalanan dari Stesen Bas Partas Pasay ke Masjid Emas Manila.
(Gambar-gambar diambil Akmal pada Hari 2 kerana ketika itu, telefon dan bank kuasa saya kehabisan bateri, jadi tiada gambar dari saya dapat diambil. Itulah sebabnya gambar di sini nampak suasana siang bukan suasana waktu subuh.)
Akhirnya kami sampai di stesen Carriedo. Gerai-gerai belum dibuka lagi. Terdapat ramai juga gelandangan-gelandangan yang baru bangun tidur di kaki lima jalanan di bangunan-bangunan sekitar stesen LRT Carriedo ini. Sampah pula kelihatan agak menimbun membukit tingginya. Tetapi pada masa itu, kelihatan juga petugas perbandaran di sudut lain sedang sibuk membersihkan sampah-sampah ini.
Dipertengahan perjalanan, terdapat sebuah pasar yang menjual segala jenis barang, dari pakaian, peralatan rumah, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan-ikan, daging-daging dan banyak lagi. Cuma pasar ini berada di jalan yang terbuka untuk laluan kenderaan juga. Agak kelam-kabut juga, namun orang tidak berapa ramai ketika ini.
Jalan menuju ke Masjid Emas.
Jalan menuju ke Masjid Emas.
Pasar di jalan menuju ke Masjid Emas.
Pintu gerbang perkampungan Islam di Manila.
Akhirnya kami sampai juga pintu gerbang yang menandakan kami telah tiba ke perkampungan Islam di Manila. Kami terus berjalan menuju ke Masjid Emas. Ketika kami tiba di pintu masjid, terdapat seorang yang seolah-olah rajin dan menunjukan "kad" yang dia adalah pemungut zakat dan sedekah sah. Agak fasih juga dia berbahasa Inggeris. Hendak sahaja saya cakap, kami inilah yang layak mendapat zakat kerana kami sebahagian dari asnaf musafir, tetapi tidak sanggup. Lalu saya tanya di mana tandas dan tempat mengambil wuduk kerana kami hendak menziarah masjid dan solat Dhuha. Nasib baik dia tunjukan dan kemudiannya terlepaslah kami dari di"paw".
Masjid Emas Manila.
Masjid Emas Manila.
Masjid Emas Manila.
(Gambar-gambar selepas ini diambil pada Hari 3 oleh Akmal.)
Setelah membersihkan diri dan berwuduk, kami pun masuk ke dalam masjid untuk bersolat Dhuha. Usai solat, kami mencari tempat untuk duduk bagi 30 jam berikutnya. Agak ramai juga yang berehat di masjid ini dan terdapat juga jemaah-jemaah Tabligh. Cuma ketika bukan waktu solat, bekalan elektrik di masjid ini dimatikan dan tandas/tempat berwuduk dikunci.
Masjid ini agak besar cuma kurang terjaga sahaja. Sekeliling masjid ini terdapat rumah-rumah setinggan didirikan. Jadi memandangkan kembara kali ini di dalam bulan Ramadhan dan kami berpuasa serta ingin mengurangkan perbelanjaan, maka disinilah kami beriktikaf untuk 30 jam (perancangan tetapi akhirnya cuma 27 jam sahaja). Jadi kami umpama jemaah tabligh juga.
Ketika bukan waktu solat, kami membuat pelbagai ibadah seperti solat sunat dan membaca al-quran. Ketika waktu solat kami pun sama bersolat jemaah. Cuma di masjid ini, setelah azan berkumandang, akan ada sesi ceramah tazkirah selama di antara 30 ke 45 minit dan kemudian barulah iqamah berkumandang seterusnya solat jemaah ditunaikan.

Di dalam Masjid Emas Manila.
Di dalam Masjid Emas Manila.
Di dalam Masjid Emas Manila.
Di dalam Masjid Emas Manila.
Di sebelah petangnya, terdapat satu majlis diadakan di perkarangan masjid, khabarnya ada pemimpin Islam tempatan mengadakannya untuk meraikan hari-hari akhir Ramadhan. Dalam majlis itu terdapat ceramah yang semuanya dalam bahasa Filipinos/Tagalog, malah 100 peratus komunikasi adalah dalam bahasa Filipinos, jadi saya tidak memahaminya. Kami duduk di dalam masjid sahaja. Terdapat juga sumbangan-sumbangan diberikan dan di akhir majlis terdapat makanan dan minum diagihkan. Tetapi tidak semua dapat termasuk kami.
Jadi saya keluar dari masjid dan pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Sebenarnya di luar masjid ini terdapat banyak kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual makanan, namun oleh kerana soal kebersihan agak kurang dan juga oleh kerana membantu Akmal dengan semangat "espirit de corp" yang memang kekurangan bajet. Saya juga ke salah sebuah pasaraya yang saya terjumpa betul-betul di sebelah kawasan pasar, untuk membeli air minuman (air mineral), kerana air minuman lebih murah di pasaraya (pengalaman biasa di kebanyakan negara).

Terdapat satu majlis di perkarangan Masjid Emas Manila.
Terdapat satu majlis di perkarangan Masjid Emas Manila.
Pada waktu berbuka, kami pun berbuka dengan apa yang saya beli tadi. Jadi saya berjaya berpuasa selama dua hari dengan hanya berbekalkan air minuman dan buah-buahan saya. Di masjid ini tidak seperti di negara kita, tiada jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak masjid. Memang ala kadar kehidupan umat Islam di Manila ini. Malah tiada pasar ramadhan atau istilah membeli-belah sempena Aidilfitri di sini.
Pada waktu malam, masjid ini agak meriah dari waktu Maghrib sehingga waktu Tarawikh. Masjid ini agak penuh sehingga rasanya terdapat berbelas-belas saf untuk solat Tarawikh. Oh lupa, pada solat waktu biasa waima Zohor atau Asar pun sekurang-kurangnya ada empat saf penuh jemaah yang bersolat jemaah. Walaupun ala kadar, tapi ia lebih baik dari keadaan di Malaysia.
Solat tarawikh di sini diimamkan oleh imam dari Arab Saudi. Malah bacaannya sungguh menarik hati, sehinggakan saya sendiri menangis mendengarnya, sama seperti saya menangis ketika beberapa imam terutama Allahyarham Imam Abdul Rahman as-Sudais membaca surah al-Quran. Solatnya agar cepat juga dengan tiga kali solat sunat Tarawikh dua rakaat, mengambil masa 15 minit sahaja dengan berjaya menghabiskan semua surah di dalam juzuk 30 al-Quran (Muqaddam). Cuma pada rakaat terakhir iaitu rakaat ke lapan, terdapat sujud sajaddah di mana doa sujud sajaddah agak lama kira-kira 20 minit juga. Dalam doa ini juga saya menangis kerana terdapat pelbagai doa yang minta kesejahteraan kehidupan dan meminta agak dapat merasai Ramadhan tahun hadapan (saya agak faham sedikit Bahasa Arab, jadi itu yang boleh sikit-sikit hadam apa yang didoakan). Selepas usai solat Tarawikh, lampu masjid ditutup dan kami serta beberapa orang berehat dan tidur.

Di dalam Masjid Emas Manila pada waktu malam.
Solat tarawikh di Masjid Emas Manila.
Kemudian, pada pukul 1:00 pagi, kami dikejutkan untuk melakukan qiamulalil pula. Jadi kami semua mengadakan solat Tahajjud berjemaah dan diimamkan juga oleh imam dari Arab Saudi. Boleh dikatakan skrip solat Tarawikh tadi berulang kembali. Akhirnya pada pukul 2:30 pagi, kami bersambung berehat dan tidur selepas lampu masjid dimalapkan sekali lagi.
Bersambung ke Hari 4.
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan