Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.
Hari 3 (25 Februari 2017 - Sabtu).
Setelah bersolat Subuh, masing-masing mengemaskan beg masing-masing kerana kami akan daftar keluar hotel dahulu dan kemudian akan ke Jeti Tuan Chao untuk berlayar di perairan Teluk Ha Long. Memandangkan hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi, maka kami turun dahulu untuk bersarapan di kafe terdekat. Kami mengambil kafe yang betul-betul di hadapan hotel ini.
Kami memesan kopi Vietnam secawan setiap orang. Sambil-sambil itu, kami memerhatikan kedai kafe ini. Pemiliknya, iaitu orang yang mengambil pesanan tadi, seorang yang berusian lebih separuh abad, sendiri yang membancuh kopi tersebut. Saya dapat melihat pemilik ini menggantung gambar-gambar dirinya dan keluarganya di luar negara termasuk sebuah gambar dirinya dan isteri berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC. Juga gambar lama dirinya juga. Mungkin dirinya seorang yang suka menggamit memori lalu.
Kopi panas pun sampai. Gelasnya kecil sahaja, namun diletakan di dalam sebuah mangkuk kecil yang berisi air panas. Saya pun terfikir, kaedah baru ke atau kami pun kena minum air dalam mangkuk ini. Rupanya kaedah ini adalah untuk mengekalkan kehangatan kopi di dalam cuaca sejuk ini. Kopinya agak pekat dan susunya juga agak manis, jadi kami meminta air panas untuk mencairkan kopi kami. Memang pekat, rasanya setelah diletak air panas, baru kena dengan selera kami, kira-kira tiga kali ganda dari sukatan asal. Untuk makan, kami mencicah roti yang abang Din beli semalam. Nikmat betul minum kopi panas sambil cicah roti dalam cuaca sejuk.
Setelah lebih dua puluh minit menikmati kopi Vietnam di pagi sejuk itu, kami pun kembali ke hotel untuk membawa keluar beg-beg kami ke lobi hotel. Saya pun buat proses mendaftar keluar dan sempat juga saya bergambar dengan petugas hotel ini. Kami menunggu bas yang akan membawa kami yang dijangka akan mengambil kami pada pukul 7:15 pagi.
Pada pukul 7:15 pagi, terdapat seorang datang ke lobi hotel kami, mengatakan bahawa dia dari syarikat pengangkutan ke Teluk Ha Long. Lalu kami mengikutnya menuju ke hadapan agensi yang kami beli pakej semalam. Ramai juga yang menunggu di situ. Sambil-sambil itu, sempat juga saya mengambil gambar seekor kucing yang comel sambil-sambil menunggu bas.
Akhirnya bas pun sampai pada pukul 7:40 pagi dan semua orang di situ menaiki bas tersebut termasuk kami. Sebelum menaiki bas, saya tanyakan tentang pengangkutan pulang ke Hanoi, sambil menunjuk tempahan kami. Petugas tersebut berkata, perkara ini pihak hotel telah memaklumkan kepada mereka, jadi jangan risau, ia akan diuruskan, cuma maklumkan pada petugas di Jeti Tuan Chao nanti. Legalah juga mendengar jawapan begitu. Jadi kami pun dibawa ke Jeti Tuan Chao selepas itu.
Kami sedang minum kopi Vietnam di kafe berdekatan hotel di Ha Long.
Saya dan staf Starlight Hotel Ha Long sebelum meninggalkan hotel tersebut.
Seekor kucing di pejabat agensi perlancongan,
tempat kami menunggu bas ke Jeti Tuan Chao.
Pintu masuk ke Pulau Tuan Chao, Ha Long, Vietnam.
Peta: Perjalanan bas dari Starlight Hotel, Ha Long ke Terminal Feri Tuan Chao, Ha Long.
Bas kami tiba di perkarangan Jeti Tuan Chao pada pukul 8:00 pagi. Kelihatan ramai juga orang pada masa itu, mungkin disebabkan hari tersebut adalah hari Sabtu. Kami semua di bawa masuk ke dalam bangunan jeti ini dan melepasi kawasan ruang legar yang mana terdapat kaunter jualan tiket dan terus ke kawasan jeti. Masa di ruang legar, dapat saya perhatikan bahawa terdapat paparan skrin tentang jadual tentang harga tiket dan ternampak harga tiket untuk sesi 4 jam berlayar di perairan Teluk Ha Long adalah 190 000₫ (+- RM38.00). Terdapat harga pakej lain cuma tidak sempat. Juga terdapat harga-harga bagi perkhidmatan tambahan (add on), tapi tidak sempat juga hendak melihat mahupun mengambil gambar.
Kami pun tiba di kawasan jeti, di mana petugas-petugas ini mengira bilangan kami dan kemudian memberikan taklimat ringkas tentang perkara-perkara yang patut diketahui mula-mula di dalam Bahasa Vietnam dan kemudian di dalam Bahasa Inggeris pula. Setelah itu, kami diberikan dua tiket di mana tiket berharga 20 000₫ (+- RM4.00) adlaah untuk bayaran penumpang bagi Jeti Tuan Chao dan tiket 170 000₫ (+- RM34.00) untuk perkhidmatan bot dan juga sebagai tiket masuk ke tempat-tempat yang akan disinggahi nanti. Tiket ini perlu dijaga, kerana jika hilang, kita tidak dapat masuk ke tempat tersebut, malah jika hilang tiket 20 000₫, kita tidak boleh masuk ke dalam bot.
Pada ketika itu, terdapat persembahan boneka air di tengah-tengah kawasan Jeti Tuan Chao ini. Lama juga persembahan itu, jadi dapatlah mengubat hati kerana tidak dapat menonton persembahan yang sama di Hanoi tempoh hari.
Tiket Bayaran Penumpang Bot Ha Long Bay.
Tiket Masuk Tarikan Ha Long Bay.
Video : Di Jeti Tuan Chao, Ha Long, Vietnam sebelum berlayar ke perairan Teluk Ha Long.
Betul-betul selepas persembahan boneka air selesai, kami pun di bawa untuk masuk ke kawasan berbayar dengan tiket 20 000₫ diperiksa. Setelah semua penumpang diperiksa, kami dibawa kepada bot yang akan menjadi pengangkutan kami untuk tempoh hampir empat jam nanti. Pastikan kita ambil gambar bot atau mengingat nama bot tersebut, kerana kita perlu naik bot yang sama sepanjang perjalanan. Lagipun kita akan turun naik ke tempat persinggahan perlu sangat langkah ini. Jika tidak, kita akan ditinggal atau tersalah bot nanti.
Semasa sedang menaiki bot, saya menegur salah seorang penumpang bot satu-satunya berkulit putih di kalangan kami. Dia adalah Valentin Crowe atau nama keluarga sebenarnya Witte yang berasal dari Berlin, Jerman. Dia memang agak fasih berbahasa Inggeris, tidak kedengaran telo Jermannya. Jadi, sejak itu, kami memang duduk bersama-sama. Memang banyak benda yang dikongsikan dan saya memang asyik mempromosikan Malaysia terutamanya Kuala Lumpur.
Bot ini sebenarnya agak besar dan agak selamat, jadi memang tepat bagi kami untuk membawa beg kami sekali. Pada pukul 8:30 pagi, maka bot kami mula berlayar meninggalkan Jeti Tuan Chao menuju ke pulau-pulau di perairan Teluk Ha Long. Ada saya membuat satu siaran video live Facebook.
Bot ini sebenarnya agak besar dan agak selamat, jadi memang tepat bagi kami untuk membawa beg kami sekali. Pada pukul 8:30 pagi, maka bot kami mula berlayar meninggalkan Jeti Tuan Chao menuju ke pulau-pulau di perairan Teluk Ha Long. Ada saya membuat satu siaran video live Facebook.
Bot yang menjadi kenderaan kami berlayar di Teluk Ha Long.
Suasana di dalam bot.
Perairan Teluk Ha Long.
Angin agak kuat juga diperairan Teluk Ha Long ini. Apatah lagi dengan kesejukan pagi yang agak sejuknya, tetapi ia menyegarkan juga. Akhirnya sudah rasmi saya mencapai ke New 7Wonders bagi Alam Semulajadi kedua saya dan New 7Wonders keseluruhan yang keenam (dari 21 kesemuanya) saya. Gembira pula rasa hati.
Destinasi pertama adalah di Pulau Thien Cung di mana terdapat sebuah gua di situ. Kami semua turun di sini dan mendengar penerangan mengenainya. Bagi memasuki gua ini, pintu masuknya perlu memanjat tangga kira-kira 200 anak tangga. Agak tinggi juga. Ketika ini, masih berjalan, kerja-kerja menaik taraf kemudahan yang ada di sekitar kawasan ini termasuk tangga. Namun kemudahannya walaupun dalam pembinaan, ia agak baik juga.
Gua ini sebenarnya tidaklah mempunyai keistimewaan sangat, tetapi binaan staglamit dan staglatit nya agak berbeza dari gua-gua di Asia Tenggara yang pernah saya masuki. Kebanyakannya berupa seperti obor-obor, namun ada juga yang ada bentuk lain, mengikut imiginasi kita. Gua ini dipancarkan cahaya lampu yang pelbagai warna, jadi tidaklah gelap di dalamnya. Siar pejalan kakinya juga agak teratur, ini memudahkan pengunjung melawat di dalamnya. Kami di dalam gua ini sekitar 25 minit juga, dengan orang yang agak ramai di dalamnya.
Keluar dari pintu keluar gua, memang cantik permandangan, dengan boleh nampak bandar Ha Long dan juga jeti bot di bawahnya yang berbaris bot-bot menunggu para penumpangnya. Terdapat juga beberapa buah gerai menjual cenderahati di perjalanan turun balik ke jeti bot, cuma harganya agak mahal. Kami terus menuju dan menaiki bot dan selepas semua penumpang menaikinya, bot ini meneruskan perjalanan setelah lebih 45 minit di Pulau Thien Cung ini.
Papan maklumat tentang Gua Thien Cung.
Papan maklumat tentang perkara-perkara menarik di Teluk Ha Long.
Suasana di dalam Gua Thien Cung.
Antara suasana di dalam Gua Thien Cung.
Lagi suasana di dalam Gua Thien Cung.
Tambahan suasana di dalam Gua Thien Cung. (kredit abang Din).
Seterusnya, bot ini membawa bersiar-siar ke sekitaran perairan Teluk Ha Long ini lagi. Pada satu masa, kami dimaklumkan terdapat satu batuan berbentuk seperti seekor anjing sedang menyalak di sebelah kiri bot. Bot ini sebenarnya menuju ke Perkampungan Air Pha Hang. Memang cantik permandangan ini. Sebelum sampai di perkampungan air itu, kami dimaklumkan bahawa salah satu pulau yang dilihat merupakan imej yang terdapat pada matawang 200 000₫, iaitu Pulau Setanggi (Incence Sticks Burn Island).
Permandangan Teluk Ha Long (bandar Ha Long di hujung gambar)
dari pintu keluar Gua Thien Cung.
Batuan berbentuk seperti seekor anjing.
Antara permandangan Teluk Ha Long.
200 000₫ (polimer)= +- RM40.00
Bot kami pun singgah di jeti terapung di perkampungan terapung ini. Tadi semasa bot ini baru meninggalkan Jeti Tuan Chao, petugas bot ini bertanya kepada kami bertiga sama ada kami hendak menaiki kayak atau bot tradisi, di mana pakej kami tidak termasuk perkara tersebut. Padanlah harganya murah, pasal tidak masuk semuanya (not all in). Macam Valentin, dah memang masuk kerana pakejnya dibeli pada harga 500 000₫ (+- RM100.00)! Jika hendak menaiki kayak atau bot tradisi, kami perlu menambah 150 000₫ (+- RM30.00) dan dibayar kepada petugas tersebut. Abang Din sahaja yang membeli tiket dan memilih bot tradisi, saya dan abang Zul memilih untuk duduk di atas bot sahaja.
Jadi apabila sampai di perkampungan air, penumpang yang mempunyai pakej kayak atau bot tradisi diberikan tiket bot tersebut. Tiket tersebut berharga 30 000₫ (+- RM6.00) sahaja. Banyak betul harga di"mark up"! Jadi kami duduklah di atas bot melayan suasana di sekitar. Kami sebenarnya boleh sahaja untuk turun cuma tidak boleh menaiki perkhidmatan kayak dan bot tradisi sahaja. Kami di situ dalam dekat sejam juga lah. Jadi sebelum habis waktu itu, maka pulanglah penumpang yang menaiki bot tradisi (tiada siapa yang memilih kayak pada ketika itu).
Nasib baik ada abang Din yang pergi menaiki bot tradisi. Semasa dia menaiki kembali bot kami saya menanya pengalamannya. Dia mengatakan bahawa bot tradisi tersebut didayungi oleh orang tempatan, membawa mereka ke sekitar dan memasuki gua-gua kecil yang ada di situ. Perkara sama juga diberikan oleh Valentin kerana dia bersama abang Din atas bot yang sama.
Tiket untuk menaiki bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.
Kelihatan pengunjung menaiki bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.
Jeti bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.
Bot tradisi di Perkampungan Air Pha Hang.
(kredit abang Din).
Antara permandangan ketika menaiki bot tradisi (kredit abang Din).
Pengunjung yang menggunakan bot tradisi sedang bergambar (kredit abang Din).
Setelah selesai di Perkampungan Air Pha Hang ini, bot ini pun meneruskan perjalanan melihat pulau-pulau yang ada sebelum pulang kembali ke Jeti Tuan Chow. Antara pulau yang diziarahi (tidak turun) adalah Pulau Ayam Menyabung (Fighting Cocks Island) yang diabadikan di dalam logo pihak berkuasa bandar Ha Long. Selepas berlayar kira-kira 45 minit maka kami sampai semula ke Jeti Tuan Chau. Maka berakhirlah pelayaran kami di Teluk Ha Long ini.
Selepas usai pelayaran, kami turun dari bot dan kembali ke tempat bas parkir. Cuma kami diuruskan untuk ke tempat lain. Maka kami pun berpisah dengan Valentin di situ. Kami kemudian di bawa ke sebuah kedai untuk menunggu bas di situ. Bagi yang lain termasuk Valentin, mereka menaiki bas tadi untuk kembali ke Bai Chay.
Selepas menunggu kira-kira 30 minit, pada pukul 12:45 tengahari, maka sampailah bas yang membawa kami ke Hanoi. Bas ini akan terus ke Old Quarter kerana ia lebih kepada bas pelancong sebenarnya. Penumpang yang menaikinya kesemuanya pelancong luar Vietnam, majoritinya daripada Eropah atau Amerika Utara atau Australia.
Perjalanan kami ini mengikut jalan biasa tidak melalui lebuhraya. Pada pukul 2:45 petang, bas ini berhenti di sebuah restoran yang terletak selepas pekan Sao Do. Semasa masuk, kita tidak jumpa pun restoran di mana ia lebih seperti gedung membeli-belah atau kedai bebas cukai. Terdapat jualan coklat, rokok, arak dan cenderahati. Juga terdapat juga jualan pakaian dan ubat-ubatan tradisi seperti ginseng. Terdapat juga petugas-petugas premis ini yang sedang membuat tenunan kain yang membuat tenunan berdasarkan imej lukisan. Memang lawa hasil usaha kain tenunannya, jadi harganya memanglah mahal.
Di bahagian belakang barulah ternampak restoran dan di bahagian luar terdapat kedai menjual buah-buahan dan makanan ringan. Saya tidak membeli apa-apa pasal harganya agak mahal juga. Jadi selepas ke tandas, saya menunggu bas sahaja (ketika itu terlupa untuk solat jamak pula).
Setelah setengah jam berhenti di situ dan semua penumpang telah menaiki bas, maka bas ini pun bergerak menuju ke Hanoi. Kami sampai di kawasan Old Quarter Hanoi kira-kira pukul 5:20 petang dan diberhentikan berhampiran dengan hotel kami. Maka kami pun berkejaran untuk ke hotel untuk daftar masuk dan berharap agar dapat masuk lebih awal kerana waktu Asar makin luput. Hanya sempat buat solat hormat waktu sahaja di dalam bas kerana lupa mengambil air wuduk (saya lupa saya membawa spray wuduk bersama pada ketika itu).
Peta: Perjalanan bas dari Terminal Feri Tuan Chao, Ha Long ke Camel City Hotel, Hanoi.
Alhamdulillah, proses daftar masuk di Camel City Hotel Hanoi agak cepat juga. Cuma kami diberikan bilik di tingkat 4 dan tiada lif di hotel ini. Maka mendaki jugalah kami ke tingkat 4 itu. Setelah kami masuk, terus kami menyusun katil dan membuat ruang untuk solat. Alhamdulillah, sempat juga dalam waktu.
Kad perniagaan Camel City Hotel, Hanoi.
Setelah semua selesai bersolat, kami pun semua keluar menuju ke Masjid An-Noor yang terletak kira-kira 700 meter dari penginapan kami ini. Ini kerana hendak mengejar waktu solat Maghrib. Kami pun berjalan dan dalam perjalanan, nampak pula gerai-gerai pasar malam sedang didirikan. Insya Alla, kami akan pergi ke situ kemudian.
Setelah 10 minit berjalan, kami pun sampai di masjid tersebut, dan sempat juga kami solat Maghrib berjemaah bersama jemaah di masjid ini.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Camel City Hotel ke Masjid An-nour, Hanoi.
Streetview: Masjid An-nour, Hanoi.
Pintu masuk ke Masjid An-Noor, Hanoi.
Ruang solat di Masjid An-Noor.
Usai bersolat Maghrib, kami pun ke sebelah sahaja masjid ini, yang mana terdapat sebuah kedai makan halal iaitu Halal Food Hanoi. Kedai ini kecil sahaja dengan hanya terdapat tiga buah meja makan. Kebetulan memang rezeki kami, terdapat sebuah meja yang kosong. Memang sesuai denga perut kami yang kosong pada ketika itu.
Harga makanan di kedai makan ini amat murah jika dibandingkan harga tempat makanan lain di Hanoi ini. Harga dari serendah 70 000₫ (+- RM12.00) untuk makanan dan 10 000₫ (+- RM2.00) bagi minuman. Air kosong diberikan percuma, alhamdulillah. Ada pelbagai hidangan berasaskan nasi dan juga mee. Abang Din memilih nasi dengan kebab kambing (80 000₫ (+- RM16.00)) dan air kopi panas (20 000₫ (+- RM4.00)), abang Zul memilih nasi dengan ayam masak manis masam (70 000₫ (+- RM14.00) dengan air kosong dan saya memilih nasi dengan daging lembu masak dengan cendawan (70 000₫ (+- RM14.00)) dengan air kosong.
Dalam tengah-tengah menunggu makanan, abang Din dan saya sempat menegur sekeluarga yang sedang makan di bahagian belakang kedai, yang lelakinya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di Hanoi. Mereka dari Surabaya dan sudah 3 tahun duduk di Hanoi. Kami berborak sampai makanan tiba (dalam masa 10 minit) dan ketika itu juga mereka meminta diri.
Sambil-sambil makan, abang Din melihat menarik dengan makanan abang Zul dan memesan untuk membungkus sebungkus hidangan tersebut untuk dibawa pulang. Abang Zul pula melihat makanan saya lebih menarik. Jadi saya menawar untuk abang Zul mengambil sebahagian lauk saya dan saya mengambil sikit lauk abang Zul.
Kala itu juga kami menegur sekumpulan empat orang wanita muda di bahagian hadapan kedai. Oh rupanya orang Malaysia. Mereka ini rupanya satu penerbangan datang dengan kami dan juga baru pulang dari Ha Long, tetapi mereka menginap di atas bot. Pada masa itu, mereka sebenarnya hendak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon) bagi meneruskan perjalanan mereka. Sempat juga kami berkongsi tip-tip di sana. Mereka kemudian meminta diri dan nampaknya akan menggunakan Uber atau Grab untuk ke lapangan terbang.
Berbalik kepada Kedai Halal Food Hanoi, kedai ini menghidangkan makanan Vietnam dan juga Asia Tenggara dengan halal. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Memang kedai ini mendapat persijilan halal daripada pihak perkuasa dalam persijilan halal di Vietnam. Makanannya pun sedap sampai masih terimbau rasanya di bayangan saya.
Setelah hampir 45 minit di situ, kami pun selesai makan dan membayarnya masing-masing dengan sendiri.
Harga makanan di kedai makan ini amat murah jika dibandingkan harga tempat makanan lain di Hanoi ini. Harga dari serendah 70 000₫ (+- RM12.00) untuk makanan dan 10 000₫ (+- RM2.00) bagi minuman. Air kosong diberikan percuma, alhamdulillah. Ada pelbagai hidangan berasaskan nasi dan juga mee. Abang Din memilih nasi dengan kebab kambing (80 000₫ (+- RM16.00)) dan air kopi panas (20 000₫ (+- RM4.00)), abang Zul memilih nasi dengan ayam masak manis masam (70 000₫ (+- RM14.00) dengan air kosong dan saya memilih nasi dengan daging lembu masak dengan cendawan (70 000₫ (+- RM14.00)) dengan air kosong.
Dalam tengah-tengah menunggu makanan, abang Din dan saya sempat menegur sekeluarga yang sedang makan di bahagian belakang kedai, yang lelakinya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di Hanoi. Mereka dari Surabaya dan sudah 3 tahun duduk di Hanoi. Kami berborak sampai makanan tiba (dalam masa 10 minit) dan ketika itu juga mereka meminta diri.
Sambil-sambil makan, abang Din melihat menarik dengan makanan abang Zul dan memesan untuk membungkus sebungkus hidangan tersebut untuk dibawa pulang. Abang Zul pula melihat makanan saya lebih menarik. Jadi saya menawar untuk abang Zul mengambil sebahagian lauk saya dan saya mengambil sikit lauk abang Zul.
Kala itu juga kami menegur sekumpulan empat orang wanita muda di bahagian hadapan kedai. Oh rupanya orang Malaysia. Mereka ini rupanya satu penerbangan datang dengan kami dan juga baru pulang dari Ha Long, tetapi mereka menginap di atas bot. Pada masa itu, mereka sebenarnya hendak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Bandaraya Ho Chi Minh (Saigon) bagi meneruskan perjalanan mereka. Sempat juga kami berkongsi tip-tip di sana. Mereka kemudian meminta diri dan nampaknya akan menggunakan Uber atau Grab untuk ke lapangan terbang.
Berbalik kepada Kedai Halal Food Hanoi, kedai ini menghidangkan makanan Vietnam dan juga Asia Tenggara dengan halal. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Memang kedai ini mendapat persijilan halal daripada pihak perkuasa dalam persijilan halal di Vietnam. Makanannya pun sedap sampai masih terimbau rasanya di bayangan saya.
Setelah hampir 45 minit di situ, kami pun selesai makan dan membayarnya masing-masing dengan sendiri.
Papan tanda Kedai Halal Food Hanoi.
Restoran Halal Food Hanoi.
Menu Restoran Halal Food Hanoi.
Menu Restoran Halal Food Hanoi.
Nasi dan daging masak cendawan di Restoran Halal Food Hanoi.
Sijil pengesahan halal oleh pihak berkuasa Islam Vietnam.
Waktu operasi Restoran Halal Food Hanoi.
Selepas itu kami pun ke yang terletak di sepanjang Jalan Hang Ngang dari bawah landasan keretapi (simpang Jalan Pho Gam Cau) sehingga ke bulatan dekat Tasik Hoan Kiem. Di sini peniaga-peniaga yang kebanyakan yang meniaga di pasar Dong Xuan, yang meniaga sepanjang jalan Hang Ngang dan juga peniaga-peniaga lain meniaga di malam minggu (hari Sabtu malam Ahad). Barang-barang di sini agak murah juga terutama cenderahari. Jika kita berada di Hanoi pada malam minggu lebih baik membeli cenderahati di pasar malam ini.
Pasar malam ini agak jauh juga. Walaupun agak murah, saya cuma membeli air tebu (10 000₫ (+- RM2.00)) dan buah-buahan sahaja. Abang Din dan abang Zul ada juga membeli beberapa jenis barangan juga.
Apabila sampai di perkarangan Pasar Don Xuan, terdapat sebuah persembahan nyanyian lagu rakyat Vietnam. Kami singgah sebentar untuk menyaksikan persembahan tersebut. Selepas itu kami berjalan di pasar malam ini dari hujung ke hujung.
Setelah itu, kami pun berjalan-jalan sekitar kawasan utara Tasik Hoan Kiem. Kami sempat membeli air kopi ais Vietnam yang murah di kedai serbeneka Circle K yang hanya berharga 8000₫ (+- RM1.60) sahaja segelas. Selepas itu, abang Din dan abang Zul singgah di sebuah kedai untuk membeli baju sejuk. Saya pula ke kedai yang dua malam sebelum itu saya membeli penutup muka 10 000₫ (+- RM2.00) sepasang. Asalnya hendak membeli 3 pasang sahaja, penjual itu menyuruh saya mengambil lagi dua pasang untuk mencukupkan 50 000₫ (+- RM10.00).
Selepas selesai membeli belah, kami pulang melalui Jalan Ta Hien, kononnya ia jalan terdekat dengan hotel. Namun rupanya jalan itu terdapat banyak restoran dan ketika itu, restoran-restoran ini telah menyusun bangku-bangku dan meja kecil di tengah-tengah jalan sampai ruang pejalan kaki kecil sahaja, jadi jalan menjadi sesak. Kami berjalan beransur-ansur dan selepas 20 minit barulah sampai ke hotel.
Peta: Pasar Malam Dong Xuan (Old Quarter), Hanoi.
Resit Circle K (belian kopi ais Vietnam).
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Circle K Tasik Hoan Kiem ke Camel City Hotel.
Pengunjung beberapa buah restoran di Jalan Ta Hien, Old Quarter, Hanoi yang sedang duduk di jalanan menikmati makanan dan minuman masing-masing.
Sampai di bilik, saya mula mengemas beg saya agar saya dapat tidur lama sikit, kerana esok kami akan pulang ke Malaysia. Setelah selesai, saya pun tidur, rasanya pada pukul 11:00 malam.
Bersambung ke Hari 4.
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3 (this part);
- Day 4;
- Travel Guide - Hanoi; or
- Travel Guide - Ha Long.