Petunjuk: Waktu di Vietnam adalah UTC +7 iaitu sejam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8). Contohnya jika di Malaysia pukul 12:00 tengahari, di Hanoi pula pukul 11:00 pagi.
Hari 1 (23 Februari 2017 - Khamis).
Saya bangun pagi ini pada pukul 3:00 pagi, agak lewat dari dijangkakan. Ini kerana saya perlu ada di KL Sentral pada pukul 3:30 pagi sebagai mana saya berjanji dengan abang Zul. Setelah siap membersihkan diri, pukul 3:30 pagi barulah saya dan isteri saya bertolak dari rumah. Nasib baik beg galas saya sudah siap pada malam tadinya (tapi masih tertinggal beberapa perkara kecil seperti kayu swafoto (selfie stick aka monopod) dan earphone). Pukul 3:45, barulah sampai di KL Sentral, dan isteri saya pun pulang semula ke rumah dengan membawa kenderaan kami sekali. Abang Zul sudah menunggu di stesen bas.
Saya terus ke kaunter bas dan memberikan kertas tempahan AirAsia yang ada tambahan tempahan bas shuttle ke klia2. Lebih baik beli tambahan bas shuttle ini di atas penempahan kita di laman web AirAsia dari membeli tiket di kaunter, di mana kita boleh berjimat sehingga RM6.20! Rasanya sudah banyak kali saya kongsikan perkara ini. Satu lagi, di KL Sentral ini, bas ke klia2 beroperasi 24 jam berbanding bas ke KLIA hanya beroperasi 5:30 pagi ke 12:00 tengah malam sahaja.
Saya kemudian diberikan dua set tiket dan saya terus memberikan salah satu kepada abang Zul. Kami pun segera menaiki bas yang kemudiannya bertolak tepat pada pukul 4:00 pagi. Jika ikutkan sudah agak lewat sebenarnya. Perjalanan dari KL Sentral ke mengambil masa kira-kira 45 minit. Kami terus ke Balai Berlepas klia2 untuk menunggu abang Din yang sedang dalam perjalanan ke situ. Abang Zul terasa hendak minum pagi pula, walaupun rasanya kami sudah lambat. Nasib baik kami sudah tidak perlu daftar masuk lagi, kerana saya sudah mendaftar masuk kami semua melalui aplikasi AirAsia di dalam telefon saya dan kemudiannya mencetak pas pelepasan (kerana saya dan abang Din dalam satu tempahan yang sama, jadi tidak memungkin untuk aplikasi tersebut memberikan pas pelepasan secara elektronik sebagaimana abang Zul yang hanya dia sahaja di dalam tempahannya). Jadi kami tunggu abang Din di Bibik Herritage.
Sambil menunggu kopi cap 434 (kopi popular tempat asal usul saya), saya ke tandas dan kemudian ke mesin ATM CIMB untuk mengeluarkan wang tunai dalam Ringgit Malaysia sebagai persediaan. Setelah itu, saya pun pulang semula ke Bibik Herritage dan kopi pun dah siap. Abang Din belum sampai lagi, sambil-sambil itu, sempat juga saya menjeling ke tempat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam disembur dan diserkup kepalanya yang berlaku kira-kira 10 hari sebelum itu. Bila ingatkan kembali, seriau pula rasanya. Abang Din pun sampai pada masa itu, dan terus saya menghirup dengan banyak baki kopi yang ada. Juga menolong menghabiskan roti bakar abang Zul.
Jam menunjukan pukul 5:20 pagi, huh, kami masih di Balai Berlepas, pintu pelepasan kami pula di sayap Q, huh kena berlari ini, jadi kami pun segera masuk ke dalam kawasan airside dengan segera. Ada kelainan ketika di pintu masuk ke pemeriksaan imigresen. Terdapat mesin penimbang diletakan sebelum pemeriksaan polis bantuan. Tapi nasib baik tiada petugas, rasanya AirAsia mengetatkan polisi membawa beg ke kabin pesawat. Apa-apa pun memang rezeki kami agaknya. Kami terus masuk dan terus ke pemeriksaan imigresen. Ini pertama, barisan pintu automatik menunggu lebih lama daripada barisan di kaunter biasa. Selepas agak lama menunggu di pintu automatik, saya berpindah ke kaunter biasa setelah melihat pemeriksaan agak lama di pintu automatik.
Selepas itu, pemeriksaan kastam pula, macam biasa sahaja, selesai sahaja, kami berjalan laju menuju ke sayap Q. Nasib baik pemeriksaan keselamatan di sini tidak panjang. Semua barang berlogam di badan termasuk tali pinggang dan kasut but saya dibuka, dan terus melalui pemeriksaan tanpa sebarang bunyi. Dengan hanya berstokin, saya berjalan ke pintu Q3 yang tidak berapa jauh dari pos pemeriksaan keselamatan tadi dan memakai semula semua kelengkapan di sana. Pada masa itu, pintu pelepasan sudah dibuka, tetapi barisan masih panjang lagi, jadi kami mengambil keputusan untuk ke tandas dan saya memenuhkan botol air saya dengan air. Usai sahaja, kami terus memasuki barisan yang tinggal beberapa orang sahaja dan akhirnya kami pun selamat memasuki pesawat 9M-AQE yang menjadi pesawat bagi penerbangan AK 516 dari klia2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN).

Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2.
Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2.
(Dari kiri) Saya, abang Zul dan abang Din sebelum memasuki airside
di Balai Berlepas klia2.
Jambatan udara yang diambil dari jambatan pelepasan Q3 klia2, sebelum menaiki pesawat.
Tepat pukul 6:05 pagi, bergeraklah pesawat kami meninggalkan pintu Q3 menuju ke landasan berlepas. Mungkin masa ini agak banyak pesawat beratur untuk berlepas, jadi pesawat kami hanya berlepas pada pukul 6:20 pagi, pada masa sama, saya bersolat Subuh di atas tempat duduk secara duduk (saya memang sudah mengambil wuduk sebelum itu).
Selepas itu, saya terlihat di depan saya terdapat logo WiFi roKKi, bermakna di pesawat 9M-AQE ini, terdapat perkhidmatan tersebut. Satu lagi cara adalah ketika hendak masuk pesawat, kita akan nampak juga logo WiFi di tepi kanan pintu masuk pesawat, ini bermakna pesawat yang kita naiki itu mempunyai perkhidmatan WiFi roKKi. Sebenarnya kita pun boleh memeriksa pesawat yang bakal dinaiki mempunyai perkhidmatan WiFi ini melalui laman web roKKi, cuma sejak kebelakangan, keputusannya tidak memberikan jawapan sebenar.
Perkhidmatan WiFi roKKi ini tidaklah percuma, di mana ia perlu dibayar. Boleh layari laman web roKKi untuk maklumat lanjut. Ia boleh dibayar tunai dengan pembantu penerbangan atau dengan kad kredit. Malah jika kita mengetahui lebih awal, bayaran pra tempahan adalah lebih murah daripada bayaran di dalam pesawat.
Perkhidmatan WiFi ini bukan hanya untuk internet sahaja, malah terdapat juga perkhidmatan hiburan di dalam pesawat juga. Paling mengembirakan, perkhidmatan in adalah PERCUMA. Cuma kita perlu klik ruangan "WATCH" dan terdapat beberapa kandungan yang boleh menemani kita sepanjang penerbangan. Sebaiknya perlulah menggunakan earphone untuk mendengar agar tidak mengganggu penumpang lain. Alhamdulillah, abang Din sudi meminjamkan seutas earphone untuk saya gunakan, di mana dia membawa dua utas. Jadi dapatlah saya melihat The Harith Iskander Show dan ada masa saya terlepas tergelak (ada penumpang melihat saya, agaknya ingatkan saya ini gila, gelak seorang-seorang). Kita juga boleh membaca dengan mengelik ruangan "READ" atau ingin membeli-belah dengan barangan bebas cukai yang disediakan, klik sahaja "SHOP".
Setelah dekat sejam penerbangan, saya sebenarnya tidak sabar untuk menunggu kehadiran kereta sorong yang akan mengagihkan makanan yang telah ditempah awal, kerana saya hanya sempat makan sedikit sahaja tadi, jadi agak lapar juga. Akhirnya dua hidangan yang saya tempah iaitu Nasi Baryani Bukhara Ayam dan Nasi dengan Gulai Udang sampai juga. Kali ini, pembungkusan pek makanan juga telah ditukar dengan bekas plastik yang nampak lebih cantik dan kemas, berbanding bekas foil aluminum yang digunakan selama ini. Selain itu, sejak awal tahun 2017, AirAsia telah membuka pilihan bagi minuman, jadi saya menukar minuman kepada kopi dan juga minuman ringan yang berupa cola (jenama Est Cola), kerana saya sudah memang membawa air. Apa lagi, habis semuanya saya habiskan sebelum penerbangan ini sampai ke Hanoi hahaha.

Pesawat 9M-AQE yang mempunyai perkhidmatan WiFi roKKi.
Laman web perkhidmatan WiFi roKKi di atas penerbangan,
untuk melihat hiburan, ia adalah percuma.
Antara hidangan yang saya pra tempah.
Setelah hampir empat jam terbang di udara, akhirnya selamat juga pesawat ini mendarat di HAN. Setelah keluar, kami terus berjalan ke kaunter imigresen untuk urusan masuk ke Vietnam dan kemudian melalui kawasan pengambilan bagasi dan kaunter kastam, akhirnya sampai di Balai Ketibaan, Terminal Antarabangsa HAN.
DI balai ketibaan ini, agak besar sikit berbanding LTA Tan Soo Nhat, Bandaraya Ho Chi Minh/Saigon (SGN), begitu juga lapangan terbangnya keseluruhannya. Tapi orangnya tidak seramai di SGN. Kami terus mengambil ke kiri balai ketibaan ini, pada masa sama, perayu teksi bertanyakan kami untuk perkhidmatan mereka, dan walaupun saya telah berkata tidak mahu, mereka masih berusaha. Kami buat tidak tahu sahaja. Sambil itu, sempat juga kami melihat kadar pakej pelancongan dan juga jualan kad SIM. Agak mahal dengan paling murah pun kad SIM dijual pada harga 300 000₫ (+- RM60)! Itu pun untuk 1GB sahaja. Memanglah, kerana sama seperti di SGN, di HAN juga tiada kaunter/gerai syarikat telekomnukasi rasmi, yang menjual kad SIM prabayar ini adalah agen juga. Jadi kami pun tidak mengambil dengan mereka dan mengambil keputusan untuk membelinya apabila sampai di Hanoi nanti.
Cop pasport masuk imigresen Vietnam.
Kami keluar dari bangunan terminal dan terus terasa sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus ke badan kami. Tapi tidaklah sesejuk semasa kembara saya ke Tehran, Iran, lebih kepada sejuk semasa kembara saya ke Sydney, Australia sahaja. Kami berjalan kaki kira-kira dalam satu kilometer untuk ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN. Dalam perjalanan ke stesen bas tersebut, saya ternampak perkhidmatan bas shuttle antara Terminal Domestik dan Terminal Antarabangsa, cuma kami tidak menaikinya kerana ia hanya diambil di aras berlepas dan kedudukan stesen bas lebih dekat, malah jika berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami ambil, itu belum dikira masa lagi yang lebih lama. Tapi kalau hendak guna tiada masalah. Lagipun jarak antara kedua-dua terminal ini agak jauh juga.
Setelah berjalan kaki kira-kira hampir 15 minit, maka sampailah kami di stesen bas. Stesen bas ini terletak hujung di kawasan parkir kereta betul-betul sebelah pondok bayaran parkir. Terdapat beberapa perkidmatan dari sini, namun fokus kami adalah untuk mengambil bas bernombor 17 yang akan terus ke Stesen Bas Long Bien yang terletak di sebelah kawasan Old Quarter Hanoi, malah agak dekat dengan hotel kami nanti. Sebenarnya terdapat juga bas lain malah bas tersebut beroperasi melalui Terminal Antarabangsa, cuma ia perlu bertukar bas lain apabila sampai di dalam bandaraya Hanoi seperti bas bernombor 7 yang akan ke Stesen Bas Thang Long dan kemudian bertukar kepada bas-bas yang akan ke Old Quarter. Bagi saya, lebih baik ambil bas 17 sahaja, malah tambang pun lebih murah, iaitu cuma 9000₫ (+- RM1.80)/orang sahaja seperjalanan.
Apabila sampai, kami terus menaiki bas yang akan bergerak selepas itu di mana dalam masa 3 minit kemudian, bas ini pun memulakan perjalanannya. Bas ini memang tidak melalui Terminal Antarabangsa, di mana ia terus membuat pusingan U sejurus keluar dari pondok parkir iaitu setentang dengan jalan masuk ke terminal tersebut. Seterusnya kami menghayati perjalanan ke Long Bien yang melalui kawasan luar bandar, kerana bas ini memang tidak melalui lebuhraya untuk ke Hanoi. Memang nampak sawah padi dan kebun sayur di sepanjang perjalanan. Jalan pun tidaklah sesak sangat.
Namun apabila melepasi sebuah jambatan yang juga berkongsi dengan landasan keretapi, bas ini mula memasuki memasuki kawasan perbandaran dan jalan agak sibuk sikit. Di sini mula nampak keVietnaman, kerana mula nampak banyak motorsikal dan sistem aliran trafik yang bagi orang Malaysia agak kelam kabut. Ironinya, tidak pula nampak kecelakaan berlaku. Oh lupa, di Vietnam, kenderaan dipandu di sebelah kiri dan menggunakan lorong di sebelah kanan, terbalik daripada sistem di Malaysia.
Keadaan lebih sibuk dan makin sesak apabila tiba di kawasan Gia Lam dan seterusnya apabila melintasi Sungai Merah dengan menggunakan jambatan besi (Jambatan Cau Chuong Duong). Luas sungguh sungai ini. Kenderaan seperti tidak putus-putus di atas jambatan ini. Tidak lama selepas melepasi jambatan ini, setelah berjalan kira-kira sejam suku, maka sampailah kami di Stesen Bas Long Bien pada pukul 10:30 pagi.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Terminal Antarabangsa HAN
ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN.
Suasana di dalam bas nombor 17.
ke Stesen Bas Terminal Domestik HAN.
Terminal Antarabangsa,
Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN).
Kami berjalan kaki menuju Stesen Bas Terminal Domestik HAN.
Perkhidmatan bas shuttle antara Terminal Domestik dan Terminal Antarabangsa HAN.
Bas henti-henti bandaraya Hanoi nombor 17 di Stesen Bas Terminal Domestik HAN.
Suasana di dalam bas nombor 17.
Tiket bas bandar Hanoi nombor 17
(dari Terminal Domestik Lapangan Terbang Noi Bai ke Stesen Bas Long Bien).
Suasana permandangan dari dalam bas ketika perjalanan ke Hanoi.
Suasana permandangan sawah padi dari dalam bas ketika perjalanan ke Hanoi.
Permandangan Jambatan Cau Long Bien merentasi Sungai Merah dari Jambatan Cau Chuong Duong.
Stesen Bas Long Bien.
Peta: Perjalanan bas dari Stesen Bas Terminal Domestik HAN ke Stesen Bas Long Bien.
Streetview: Stesen Bas Long Bien.
Sampai di situ, saya pun menggunakan aplikasi Google Maps yang saya simpan awal-awal peta Hanoi secara luar talian. Jadi kami pun berjalan kaki di kaki lima di jalanan Hanoi ini. Terdapat banyak motorsikal yang diparkir di atas kaki limanya, menyebabkan agak sukar sikit kami berjalan. Ditambah pula terdapat gerai jalanan terutama gerai makanan yang membuka bangku kecil yang disusun di kaki lima ini. Memang kerja kami mengelak halangan-halangan ini. Malah di atas kepala kami, hanya dalam beberapa jengkal (ada masa hanya sejengkal sahaja), kabel elektrik yang mempunyai arus hidup tergantung di sepanjang kaki lima. Memang melihat kabel elektrik ini agak berselirat dan berserabut.
Dalam perjalanan, kami ternampak juga Pintu Gerbang O Quan Chuong, antara pintu gerbang kota lama Hanoi yang masih kekal di Old Quarter ini. Ini memandakan destinasi kami akan sampai tidak lama lagi. Betullah, selepas sepuluh minit berjalan, akhirnya kami pun sampai di Atrium Hotel Hanoi, penginapan kami untuk hari dan malam ini, sebelum keesokan harinya yang kami akan ke Ha Long pula.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Stesen Bas Long Bien ke Atrium Hotel Hanoi.
Oleh kerana kami sampai di hotel masih awal, maka kami tidak boleh memasuki bilik lagi. Kami menitipkan beg kami dan saya tetap mendaftar masuk agak kami mendapat pengesahan bilik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti tiada bilik (satu alasan yang tidak munasabah tapi pernah berlaku tapi bukan dengan Hotels.com), atau jenis bilik yang diminta tiada atau paling tidak diingini, beg hilang. Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah daftar masuk, beg kita menjadi tanggungjawab hotel. Sempat juga saya membuat live Facebook di situ.
Setelah itu, kami semua berjalan di sekitar kawasan Old Quarter di bandaraya Hanoi ini. Jalan-jalannya agak sempit, walaupun hanya boleh dimasuki sebuah kereta sahaja, tetapi jalannya itu merupakan jalan dua hala. Menariknya, ada jalan yang lebih lebar tetapi hanya sehala sahaja arahnya. Kita perlu berhati-hati ketika berjalan kerana motorsikal memang bersimpang-siur. Berjalanlah melawan arus iaitu sentiasa berada di kiri jalan, demi keselamatan. Tetapi inikan Vietnam, motorsikal terutamanya akan menggunakan arah jalan yang salah, sekurang-kurangnya kita sudah melakukan perkara yang mengurangkan risiko kecelakaan. Kami berjalan berpandukan aplikasi Google Maps dan juga peta yang juga menjadi rujukan alamat bagi hotel Atrium Hotel, yang disediakan mereka.
Berjalan-jalan akhirnya sampai juga ke kawasan tepi Tasik Hoan Kiem, iaitu umpama jantung bagi kawasan Old Quarter Hanoi ini. Kami sebenarnya bila dah sampai di kawasan ini, mempunyai tujuan iaitu ingin ke Pejabat Pos Hanoi, untuk membeli kad SIM prabayar Vinaphone. Kami memilih Vinaphone, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini dan juga cadangan daripada staf Atrium Hotel yang lebih mencadangkan Vinaphone berbanding syarikat telekomunikasi mudah alih lain seperti Viettel, Mobifone atau Vietnamobile. Lagipun Vinaphone ini milik VNPT (Vietnam Post & Telecomunication), syarikat telekomunikasi utama Vietnam. Jadi hendak mencari cawangannya, memang mudah iaitu ia akan berada di pejabat pos.
Dalam perjalanan memang banyak tugu-tugu dan tempat-tempat menarik seperti Tokong Ngoc Son. Antara tugu utama adalah Tugu Ly Thai To (maaf gambarnya tidak saya ambil), yang mana Ly Thai To ini merupakan raja bagi Annam (kawasan Vietnam Utara yang merangkumi Hanoi) dan pemula bagi Dinasti Ly. Beliaulah yang membuka bandar Hanoi pada tahun 1010 dan menjadikan ia pusat pentadbirannya. Boleh baca Wikipedia untuk maklumat lanjut.
Peta kawasan Old Quarter Hanoi daripada Atrium Hotel Hanoi.
Suasana lorong sempit di Old Quarter, Hanoi.
Antara tugu di sekitar Tasik Hoan Kiem, Hanoi.
Tokong Ngoc Son di Tasik Hoan Kiem.
Di sebelah Tugu Ly Thai To adalah tempat tujuan kami, Pejabat Pos Hanoi. Sampai di pintu masuk, terdapat seorang lelaki datang pada kami dan bertanyakan kami mahu beli setem atau kad SIM, walaupun sebenarnya saya hendak ke pejabat VNPT yang ada di tepi itu sahaja. Saya sahaja ikut lelaki itu, oh rupanya ada juga tout atau perayu persendirian yang beroperasi di pejabat pos ini. Bila saya tanyakan pakej kad SIM prabayar, terus dia tuliskan dalam resit dengan harganya yang melambung lebih 200 000₫ (+- RM40) dengan harga kad SIM lain la, harga internet lain lah. Jadi saya kata tidak mengapalah, pasal saya cuma tanya bukan nak beli, terus saya berjalan laju masuk ke dalam pejabat VNPT. Lagipun pengalaman saya, pernah saya beli harga dalam 150 000₫ (+- RM30) sahaja semasa di Bandaraya Ho Chi Minh.
Di dalam pejabat VNPT, abang Din dah bersedia berurusan di kaunter. Dia mendapat pakej data termurah sebanyak 150 000₫ yang mana akan mendapat data sebanyak 5GB dalam masa 30 hari! Wow, ini lebih baik dari pakej yang pernah saya dapat sebelum ini. Cuma tiada kredit untuk panggilan suara dan sms sahajalah. Bagi saya tidak mengapa buat kali ini kerana masing-masing memang perlukan lebih data. Jika ingin panggilan suara, banyak aplikasi media sosial seperti Whatsapp, LINE dan sebagainya yang membolehkan kita bukan sahaja menghantar mesej tetapi juga membuat panggilan suara malah panggilan video sekali! Jadi kami masing-masing pun mengambil pakej tersebut, yang mana yang paling murah ditawarkan.
Pejabat Pos Hanoi.
Kaunter VNPT, tempat kami membeli kad SIM.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Atrium Hotel ke Pejabat Pos Hanoi.
Streetview: Pejabat Pos Hanoi.
Kad SIM Vinaphone.
Selepas mendapat kad SIM berdata, yang mana ia terus diaktifkan pada masa itu, maka kami pun terasa lebih hidup. Walaupun kami ini pengembara, namun jika ada perkara seperti kad SIM berdata ini, lebih memudahkan kami. Jadi tidak perlu mengusung peta dan bukan Lonely Planet, cukup sekadar telefon bimbit berdata, semua maklumat yang diperlukan dengan hanya di hujung jari.
Kami terus bersiar-siar di Taman Tasik Hoan Kiem ini. Sempat juga saya membuat live Facebook di kawasan ini. Jadi kami pergi semula tempat yang hanya kami lalu tadi terutamanya Tokong Ngoc Son. Namun untuk masuk ke tokong ini dengan menggunakan jambatan kayu berwarna merah untuk menyeberangi tasik ini, perlu membayar 30 000₫ (+- RM6). Boleh sahaja untuk ke sana, tapi saya rasa macam tidak ada apa yang menarik jadi kami tidaklah masuk ke tokong ini.
Di kawasan taman di tasik ini, banyak juga penjaja menjual makanan jalanan dan buah-buahan. Jadi saya membeli buah campur (terutama saya lebihkan mangga masam, kerana mengurangkan rasa loya di tekak pada ketika itu) dengan harga 26 000₫ (+- RM5.20), yang mana rupanya ia ditimbang, rasanya 90 000₫ (+- RM18)/kilogram. Agak mahal juga, mungkin pasal harga pelancong (harga di pasar Dong Xuan, Old Quarter lebih murah, malah boleh beli dengan harga minima 10 000₫ (+- RM2) sahaja).
Kami meneruskan perjalanan dan saya perasan dari hotel tadi, terdapat banyak kereta buggy elektrik di kawasan Old Quarter ini. Rupanya ia adalah salah satu pengangkutan di kawasan Old Quarter ini. Setiap kereta buggy mempunyai laluannya sendiri dan hanya bergerak apabila ada permintaan, bukan macam bas biasa. Saya lupa hendak bertanya berapa harga jika kita menaiki kereta buggy ini.
Seterusnya, abang Din berminat untuk menonton wayang boneka air yang panggungnya berada tidak jauh dari Tokong Ngoc Son tadi. Harga untuk menonton wayang ini adalah 100 000₫ (+- RM20) bagi dewasa dan 60 000₫ (+- RM12) bagi kanak-kanak yang ketinggiannya kurang 1.2 meter. Saya pun berminat juga, namun apabila di kaunter, kami dimaklumkan tiket untuk kesemua persembahan untuk hari tersebut telah habis. Tiket untuk persembahan pada hari-hari seterusnya juga agak terhad juga.
Setiap persembahan adalah selama 1 jam dan setiap hari terdapat sekurang-kurangnya lima buah persembahan dan boleh ditambah kepada tujuh buah persembahan (seperti pada minggu kami pergi, terdapat persembahan tambahan pada Selasa malam dan tengahari Jumaat). Diingatkan bahawa jika membawa kamera biasa (kompak, SLR, DSLR dan semua jenis kamera) akan dikenakan bayaran 20 000₫ (+- RM4) dan kamera video pula sebanyak 60 000₫ (+- RM12)! Saya tidak pasti kalau telefon bimbit berkamera dikira juga.
Di sekitar kawasan ini, juga terdapat banyak penjaja makanan jalanan, yang membuka gerai di kaki lima jalan. Mereka ini akan menyusun bangku-bangku dan meja kecil dan pelanggan akan duduk makan di bangku-bangku dan meja kecil ini. Umpama seperti makan bercangkung cuma lebih sopan sikitlah.
Tasik Hoan Kiem.
Bunga yang berkembang segar di Taman Tasik Hoan Kiem.
Papan kenyataan Tokong Ngoc Son.
Jambatan kayu yang menghubungkan tanah besar dengan pulau Tokong Ngoc Son.
Lagi permandangan Tasik Hoan Kiem.
Kereta buggy yang menjadi pengangkutan (bas mini) di sekitar Old Quarter.
Panggung wayang boneka air Hanoi.
Kaunter tiket panggung wayang boneka air Hanoi.
Tiket untuk hari ini sudah habis.
Jika membawa kamera, terdapat bayaran tambahan di panggung wayang boneka air Hanoi.
Tempat makan jalanan di Hanoi.
Oleh kerana melihat ramai orang makan, maka kami pun mulai lapar, maka misi seterusnya mencari tempat makan tengahari. Di dalam aplikasi Google Maps dan juga berdasarkan bacaan saya sebelum ini, terdapat sebuah restoran yang menyajikan makanan halal terutama makanan Vietnam iaitu Nisa Restaurant yang juga memang tempat makanan halal terdekat. Kami pun berjalan kaki ke situ.
Akan tetapi bila kami sampai di situ, restorannya sudah tiada lagi. Sudah tutup terus. Sedih betul. Jadi saya kembali merujuk kepada Google Maps, dan tidak jauh dari situ, iaitu hanya dibelakang jalan sahaja, terdapat sebuah restoran makanan India halal, iaitu Tandoor Restaurant. Alhamdulillah, syukur. Jadi kami pun ke situ dengan kadar cepat dan cergas sekali!
Apabila sampai di depan restoran tersebut, nampak macam biasa sahaja. Tiada yang luar biasa, ingat seperti keadaan premis perniagaan di Hanoi yang lain. Kami pun melihat menu yang ada di luar restoran. Agak mahal juga, namun apakan daya, itu sahaja pilihan yang kami ada. Lagipun kami masih di awal kembara, masih "kaya" (cash rich), hahaha. Namun apabila kami melangkah masuk, huh, nampak macam premis yang mewah juga. Kami mengambil tempat di tingkat atas.
Memang selesa juga apabila duduk di tempat duduk yang betul-betul di tepi tingkap. Malah sebenarnya, terdapat beranda di tingkap tersebut dan beranda itu kita boleh berada di situ untuk melihat suasana persekitaran dari tingkat atas. Dari tempat duduk kami pun sebenarnya boleh nampak suasana di bawah itu.
Pelayan memberikan menu untuk kami pilih dan terus beredar untuk melayan pelanggan lain. Tidak lama kemudian dia kembali dan mengambil pesanan kami. Saya memesan nasi baryani kambing dan minum air teh bunga teratai, kiranya gabungan antara citarasa India dan Vietnam.
Tempoh menunggu dari masa pesanan ke masa menerima hidangan yang dipesan agak lama juga, adalah dalam setengah jam juga. Nasib baik ada WiFi percuma, walaupun kami sudah ada plan data yang agak banyak, tapi adat bila jumpa WiFi percuma, pasti hendak menggunakannya, huhuhu. Dapat juga layan YouTube dan lagu-lagu. Setelah lama menunggu, akhir sampai juga hidangan kami. Apa lagi, upacara membaham pun bermulalah. Bahagian hidangan pun agak besar, jadi rasanya boleh lepas sehari juga tidak perlu makan lagi. Memang dasar sang bedal dan sang batik juga aku ini hihihi.
Setelah selesai makan tengahari, maka saya terus membayar keseluruhan hidangan kami bertiga dengan menggunakan kad kredit saya, di mana selepas ini, saya akan menuntut kepada kedua-dua abang saya itu. Keseluruhannya berjumlah 485 100₫ (+- RM97.02) (yang mana harga hidangan kami cuma 433 000₫ (+- RM86.60) sahaja, yang lebihnya 44 100₫ (+- RM8.82) tu adalah 10% VAT (Value Added Tax - Cukai Nilai Tambah) versi nama Vietnam bagi GST (Goods and Services Tax - Cukai Barangan dan Perkhidmatan) Malaysia, tapi macam lebih 10% sahaja). Bahagian saya, 190 000₫ (+- RM38.00) (172 000₫ (+- RM34.40) + 18 000₫ (+- RM3.60) 10% VAT).

Peta: Perjalanan dari Pejabat Pos Hanoi ke Restoran Tandoor.
Resit Restoran Tandoor Hanoi.
Selepas membayar makan tengahari kami, kami pun keluar dari restoran dan saya membuka aplikasi Uber dan Grab yang mempunyai perkhidmatan di bandaraya Hanoi ini, untuk melihat yang mana memberikan perkhidmatan yang lebih murah, bagi perjalanan dari hadapan Restoran Tandoor ke destinasi seterusnya, Makam Ho Chi Minh (Ho Chi Minh Mausoleum). Akhirnya, Uber yang memberikan tambang lebih murah, iaitu sebanyak 26 000₫ (+- RM5.20). Dalam masa kurang lima minit, kereta yang kami pesan pun tiba. Cuma pemandunya tidak dapat berbahasa Inggeris sahaja.
Jadi perjalanan kami ke Makam Ho Chi Minh, asalnya dikatakan cuma mengambil masa 17 minit, menjadi 25 minit kerana jalan yang dilalui agak sesak. Nasib baik harganya telah ditetapkan awal, dan tidak ditambah kerana masa kesesakan tersebut.
Apabila sampai, terdapat salah faham oleh pemandu Uber. Saya pun terlupa yang saya telah membuat tetapan pada aplikasi Uber di dalam telefon bimbit saya, bayaran secara kad kredit. Jadi walaupun pada telefon bimbit pemandu tersebut tercatat 0₫, tetapi saya membayar juga secara tunai, 30 000₫ (+- RM6.00). Pemandu tersebut juga tidak mengembalikan baki 4000₫ (+- RM0.80), saya ingat memang budaya di Hanoi agaknya.
(Setelah diperiksa akaun kad kredit saya beberapa hari selepas itu, ternyata saya telah dicaj, bermakna saya telah dicaj dua kali. Nasib baik apabila saya meneliti kembali sejarah tempahan saya di dalam akaun saya, saya memohon pengembalian wang kepada pihak Uber, dan mereka mengembalikan caj tersebut kepada akaun kad kredit saya beberapa hari selepas saya membuat aduan. Saya juga membuat aduan baki 4000₫ yang tidak dapat dan pihak Uber memberikan Uber Credit yang hanya boleh digunakan di Vietnam sahaja, sebanyak itu juga untuk digunakan selepas ini).
Akhirnya sampai juga ke mercu tanda utama bandaraya Hanoi ini. Makam Ho Chi Minh ini merupakan makam kepada Presiden dan juga Perdana Menteri pertama Vietnam selepas kemerdekaan daripada penjajah Perancis selepas Perang Dunia Kedua. Beliaulah ikon kemerdekaan Vietnam yang mana beliaulah peminpin perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Perancis. Juga semasa Perang Vietnam antara Vietnam Utara yang dipimpin beliau yang berfahaman sosialis dan komunis dengan Vietnam Selatan yang berfahaman demokrasi yang disokong Amerika Syarikat, beliau jugalah ikon yang menentang musuhnya, sehingga Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat dikalahkan dan Vietnam kembali bersatu. Akhirnya bandaraya tersebar di Vietnam yang terletak di selatan iaitu Saigon, ditukar namanya dengan mengabadikan nama beliau. Beliau telah meninggal dunia pada 1969, tatkala Perang Vietnam masih giat berlaku dan makam ini didirikan untuk mengabadikan mayatnya yang sebenarnya bertentangan dengan wasiatnya yang ingin dikebumikan dengan cara sederhana. Boleh merujuk lanjut Wikipedia untuk artikel tentang Ho Chi Minh dan juga makamnya juga.
Dataran di depan makam ini merupakan tempat utama bagi menjalankan majlis utama negara seperti perarakan Hari Kebangsaan Vietnam dan sebagainya. Bertentangan dengan makam ini juga terdapat Dewan Perwakilan Rakyat iaitu seperti Parlimen bagi Vietnam. Di sekeliling dataran ini, terdapat pejabat-pejabat kerajaan, malah Istana Presiden lama yang kini menjadi galeri Ho Chi Minh dan juga Istana Presiden baru yang bertentangan dengan yang lama juga berada berdekatan dengan dataran ini.
Tatkala kami di situ, Makam Ho Chi Minh ini telah ditutup, bermakna kami tidak sempat untuk melihat tubuh terbujur Ho Chi Minh yang diawetkan, yang mana hanya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Jumaat dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 pagi sahaja. Makam ini dikawal oleh pengawal daripada pihak tentera yang beruniform serba putih.
Kami berada di dataran ini lebih kurang 20 minit dengan mengambil gambar dan juga berswafoto. Saya juga membuat live Facebook. Ketika itu juga, kami terlihat, terdapat petugas yang membuat kerja-kerja selenggaraan rumput di dataran itu. Memang teliti juga kerja mereka, asal ternampak lalang atau rumput yang bukan jenisnya, akan ditarik sehingga ke akar untuk dibuang.

Peta: Perjalanan kereta Uber dari Restoran Tandoor ke Dataran Ho Chi Minh, Hanoi.
Ringkasan perjalanan Uber kami.
Streetview: Dataran Ho Chi Minh, Hanoi.
Pekerja sedang menyelenggara rumput di Dataran Makam Ho Chi Minh.
Video: Bendera Vietnam sedang berkibar di Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam.
Tugu John McCain.
Soket elektrik yang digunakan di Vietnam, jenis A, jenis C dan jenis D.
If want to read in English:
Dataran Makam Ho Chi Minh, mercu tanda Hanoi, Vietnam.
Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen) Vietnam.
Gambar Panorama Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi.
Pekerja sedang menyelenggara rumput di Dataran Makam Ho Chi Minh.
Pekerja sedang menyelenggara rumput di Dataran Makam Ho Chi Minh.
Selepas puas mengambil gambar di Makam Ho Chi Minh, kami pun segera bergerak ke destinasi seterusnya. Mula-mula kami ke Istana Presiden lama yang dulu merupakan kediaman rasmi Presiden Vietnam. Asalnya bangunan ini merupakan kediaman rasmi bagi Gabenor penjajah Perancis bagi Indochina (Vietnam, Laos dan Kemboja), yang mana Hanoi merupakan ibu negeri bagi keseluruhan Indochina, bukan sekadar Vietnam sahaja. Kini ia menjadi galeri bagi sejarah hidup Ho Chi Minh. Kami tidak masuk kerana dikenakan bayaran masuk sebanyak 40 000₫ (+- RM8.00) sahaja, lagipun akan mengambil masa juga jika kami masuk.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan, dan alhamdulillah walaupun kami tidak dapat masuk, namun kami dapat juga mengambil gambar Istana Presiden lama ini. Sebenarnya pagar Istana Presiden ini telah ditutup agar orang tidak dapat mengambil gambar dari luar, namun di bekas pintu masuk utama, terdapat ruangan yang boleh kami ambil gambar yang jelas sekali. Jadilahkan.
Di situ juga, di seberang jalan, merupakan Istana Presiden yang baru, jadi kami ambil gambar depannya sahaja. Selepas itu, kami terus berjalan kaki untuk ke destinasi kami sebenarnya, Tugu John McCain. Perjalanan kira-kira hampir 2 kilometer dari Makam Ho Chi Minh ini, kami melalui juga Tokong Quan Thanh, tetapi kerana ia dikenakan bayaran masuk 30 000₫ (+- RM6.00) kami tidak masuk, bukan keinginan kami sebenarnya.
Kami berjalanan melalui tambak yang menjadi Jalan Thanh Nien yang merentasi Tasik Ho Tay yang merupakan tasik terbesar di Hanoi. Bandaraya Hanoi ini sememangnya mempunyai banyak tasik. Semasa kami berjalan itu, memang nampak permandangan cantik Tasik Ho Tay berlatar belakangkan bandaraya Hanoi. Terdapat juga orang yang membuat banyak aktiviti di sekitar tasik ini. Diperhatikan juga, sampai pulau di tengah-tengah tasik juga terdapat orang membuat kerja penyelengaraan dan juga terapat orang menangkap ikan. Malahan, terdapat beberapa orang menjual popia yang dieja bo bia oleh orang Vietnam. Setelah kira-kira setengah jam berjalan dari Makam Ho Chi Minh, sampailah kami di Tugu John McCain yang terletak di tengah-tengah tambak ini.
Tugu ini sebenarnya didirikan oleh kerajaan Vietnam bagi menandakan tempat di mana John McCain ditahan selepas pesawatnya ditembak jatuh ketika pada tahun 1967 ketika Perang Vietnam, dan beliau menyelamatkan diri dengan terjun dengan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas tidak jauh dari situ. John McCain pada ketika itu merupakan juruterbang bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, dan dengan penangkapan itu, beliau telah menjadi tahanan perang selama hampir enam tahun. Setelah pulang ke Amerika Syarikat, beliau aktif di dalam bidang politik dan menjadi Senator di Dewan Senat Amerika Syarikat mewakili negeri Arizona dari tahun 1987 hingga kini. Malah beliau menjadi calon parti Republikan di dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, melawan calon Demokrat yang menang dalam pilihanraya tersebut iaitu Barack Obama. Cerita lanjut tentang Senator John McCain boleh dibaca di Wikipedia.
Papan maklumat Istana Presiden lama, Hanoi.
Pintu pagar utama Istana Presiden lama, Hanoi.
Istana Presiden lama, Hanoi.
Istana Presiden baru, Hanoi.
Tokong Quan Thanh.
Permandangan Tasik Ho Tay.
Pekerja-pekerja sedang menyelenggara sebuah pulau di Tasik Ho Tay.
APeniaga menjual popia di Tambak Thanh Nien (merentangi Tasik Ho Tay).
Seorang nelayan sedang menangkap ikan di Tasik Ho Tay.
Peta: Perjalanan kaki dari Dataran Ho Chi Minh ke Tugu John McCain.
Streetview: Tugu John McCain.
Selepas seketika di Tugu John McCain ini, kami ke Pagoda Tran Quoc pula yang berada tidak jauh dari tugu ini. Pagoda ini masuk percuma. Senibinanya agak unik juga. Terdapat sami-sami Buddha yang membaca mentera ketika kami hadir di situ.
Di pagoda ini juga kami dapat melihat lebih jelas Tasik Ho Tay ini. Kami berada di pagoda ini cuma beberapa ketika sahaja, dan kami terus keluar dan menggunakan aplikasi Uber untuk mencari pengangkutan pulang ke hotel untuk mendaftar masuk. Tidak lama juga, terdapat pemandu yang sudi mengambil kami. Tambang dikenakan adalah sebanyak 25 000₫ (+- RM5.00). Kali ini jalan yang digunakan tidak berapa sesak. Dalam masa 10 minit, kami sudah sampai di hotel.
Kami pun mendaftar masuk dan diberikan bilik di tingkat 4. Nasib baik Atrium Hanoi Hotel ini mempunyai lif, tidak adalah termengah-mengah memanjat tangga. Cuma lifnya kecil sahaja. Sampai di bilik, kami diberikan sebuah katil bersaiz King dan sebuah katil bujang, sebagaimana yang dijanjikan dalam tempahan. Jadi kami bergilir-gilir membersihkan diri dan berehat untuk beberapa jam. Diperharikan juga, soket elektrik sudah pastinya berbeza dari di Malaysia. Ia lebih kurang seperti soket elektrik di Thailand iaitu yang boleh menerima plug elektrik dari jenis A, jenis C dan jenis D. Jadi memang perlu ada penyuai soket untuk menggunakan plug jenis G seperti digunakan di Malaysia.
Peta: Perjalanan kereta Uber dari Pagoda Tran Quoc ke Atrium Hotel.
Bilik kami penginap di Atrium Hanoi Hotel.
Soket elektrik yang digunakan di Vietnam, jenis A, jenis C dan jenis D.
Pada pukul 6:30 malam, iaitu selepas Maghrib yang masuk sekitar pukul 5:50 malam, setelah usai bersolat, kami pun berjalan-jalan ke sekitar kawasan Old Quarters ini. Bukan untuk membeli belah, hanya sekadar ingin melihat suasana malam. Memandangkan malam ini merupakan malam hari biasa, jadi tidak berapa meriah sangat. Memang banyak kedai-kedai masih dibuka cuma tidak serancang jika pasar malam dibuka pada malam minggu. Namun saya terbeli juga cenderahati tatkala berada di kawasan sekitar Tasik Hoan Kiem. Satu tindakan yang salah kerana harganya agak mahal seperti magnet peti ais dijual 30 000₫ (+- RM6.00) sekeping dan juga penutup muka juga dijual pasa harga yang sama. Agaknya pasal takut tidak jumpa, saya beli juga. Betul-betul selepas itu, ada satu kedai yang menjual penutup muka pada harga 10 000₫ (+- RM2.00) sahaja! Hah, menyesal. (Magnet peti ais dan rantai kunci lebih baik beli di pasar malam pada malam minggu atau di Pasar Dong Xuan yang tidak jauh dari Atrium Hanoi Hotel, boleh lihat di peta atau di aplikasi Google Maps).
Selepas kira-kira 3 jam berjalan, kami pun pulang ke hotel. Dalam perjalanan, kami melalui kawasan yang banyak bar, memang hidup juga. Malah kami melalui sebuah restoran yang pernah dikunjungi bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, semasa kunjungan beliau ke Hanoi, di mana beliau makan bersama chef selebriti terkenal, Anthony Bourdain. Kini, restoran tersebut menggunakan nama beliau sebagai nama restorannya.
Sebelum sampai di hotel, saya membeli dua buku roti di kedai bakeri yang terletak di hadapan hotel, sebagai bekalan untuk keesokan harinya. Selepas itu kami menaiki ke bilik kami dan menyelesaikan hal perbelanjaan kami pada siang hari tadi. Selepas selesai, abang Din dan abang Zul turun ke bawah untuk bersiar-siar lagi agaknya dan saya pun merehatkan diri, terus tertidur.
Bersambung ke Hari 2.
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1 (this part);
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4;
- Travel Guide - Hanoi; or
- Travel Guide - Ha Long.