Jumaat, 13 Januari 2017

Itinerari (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017).

Jika mahu lihat: 




If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Travel Guide Tehran; 
  • Travel Guide Isfahan; 
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2;
  • Day 3;
  • Day 4 Part 1; or
  • Day 4 Part 2 & Day 5.

Saya di Dataran Naqsh-e Jahan, Isfahan.

Panduan:
Rial Iran (IRR atau ), matawang Iran. Secara amnya, kadar tukaran: 8500 rial = RM1.00 atau RM1.20 =  10000rial. Orang tempatan lebih suka sebut toman (تومان) iaitu 1 tomann = 10 rial.
Waktu tempatan Iran semasa perjalanan adalah UTC +3:30 iaitu 4:30 jam lebih lewat dari waktu Malaysia (UTC +8).
# Jumlah harga bagi kebanyakan item adalah untuk 2 orang jika tidak     dinyatakan (sila baca butir).
Bil
Butir
RM
1
AirAsiaX (18 Mei 2016): tiket dari klia2 ke LTA Imam Khomeini, Tehran, Iran (IKA) D7 776 (05 Januari 2017) x 2 & dari IKA ke klia2 D7 777 (09 Januari 2017) x 2 (RM606.32/orang x 2 = RM1212.64), tambahan makanan (RM15.00 x 9 = RM135.00) dan bas Skybus ke/dari klia2 dari/ke KL Sentral x 2 (RM17.80 x 2 = RM35.60).
1,383.24
2
Chubb Insurance Malaysia (23 Disember 2016): Chubb Travel Insurance Pelan Premium (termurah dari 3 Pelan) pakej Pasangan Zon 3 Seluruh Dunia Kecuali Cuba dan Domestik selama 5 hari (05 hingga 09 Januari 2017) (harga asal RM115.00). Jika Individu RM51.25/orang (harga asal RM65.00/orang). #
88.75
3
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Tehran, pada 27 Disember 2016 untuk memaklumkan kehadiran di Iran. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.

4
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan D7 776 & D7 777 melalui web pada 04 Januari 2016.



Jumlah
RM1,471.99
Bil
Butir
RM
1
Bertolak dari rumah pada pukul 2:45 petang menuju ke KL Sentral dan seterusnya ke klia2 dengan menaiki bas (bas Len Seng (RM1.90/orang), bas GoKL (percuma) dan bas Skybus (yang telah dibayar dahulu melalui tempahan AirAsiaX, jika beli di kaunter RM12.00/orang). #
3.80
2
Sampai di klia2 pada pukul 5:30 petang dan menunggu rakan-rakan sampai. Tidak perlu daftar di kaunter kerana telah mendapat pas pelepasan melalui daftar masuk web. Masuk ke dalam airside untuk urusan imigresen, kastam dan keselamatan MAB untuk solat terlebih dahulu di surau sayap P klia2. Kemudian ke pintu P8 untuk terus masuk ke dalam pesawat.

3
Pesawat 9M-AXX yang membawa penerbangan AirAsiaX D7 776 ke IKA meninggalkan pintu pelepasan P8 pada pukul 7:05 malam dan berlepas pada pukul 7:15 malam.

4
Mendarat di IKA pada pukul 11:10 malam waktu Iran. Turun pesawat dan menaiki bas ke terminal dengan suhu 5oC. Memasuki terminal dan membuat urusan imigresen (sebelum itu bertanya untuk kepastian, pemegang pasport Malaysia perlu memohon visa on arrival (VoA), pegawai visa berkata tidak perlu, dan terus ke kaunter imigresen). Melepasi laluan kastam dan sampai di balai ketibaan pada sekitar pukul 12:15 tengah malam.



Jumlah
RM3.80
Bil
Butir
Rial
RM
1
Berehat di Aras Ketibaan (Aras G) IKA (Farsi: فرودگاه بین‌المللی امام خمینی) sementara menunggu siang. Isteri makan sarapan di BBQ Chicken. Saya bertemu dengan geng kembara CGTM (9 orang). Menukar duit Rial Iran (IRR) daripada Dollar Amerika (USD) dan Ringgit Malaysia (RM/MYR) di pengurup wang di balai berlepas (Aras 1).
280,000.00
32.94
2
Apabila sudah selepas subuh (solat di surau di Aras G) sekitar pukul 7:00 pagi, kami menaiki van teksi berkongsi 8 orang (termasuk seorang geng CGTM menumpang teksi kami). Harga teksi ke Tehran (Farsi: تهران) (kami ke Stesen Bas Terminal-e Junoob (Farsi: ترمینال جنوب ترمینال مسافربری)) adalah 800,000  rial (+- RM94.12), menjadi 100,000 rial (+- RM11.76)/orang. #
200,000.00
23.53
3
Sampai di stesen bas Terminal-e Junoob pada pukul 7:45 pagi, kami bertujuh membeli tiket bas Hamsafar (Farsi: همسفر) kelas VIP (3 tempat duduk sebaris) ke Isfahan (Farsi: اصفهان) berharga asalnya 330,000 rial (+- RM38.82)/orang/hala, tapi menawar mendapat 280,000 rial (+- RM38.82)/orang. Jadi perlu bayar 1,960,000 rial (+- RM239.59) kesemuanya. Tetapi kena bagi 100,000 kepada kerani (macam sumbangan "ikhlas") menjadi 2,060,000 rial (+- RM242.35). Jadi menjadi 295,000  rial  (+- RM34.71)/orang. #
590,000.00
69.41
4
Bas bergerak pada pukul 9:00 pagi meninggal Tehran menuju ke Isfahan. Singgah di sebuah hentian sebelah selepas melepasi bandaraya Qom (Farsi: قم) setelah dua jam perjalanan. Untuk menggunakan tandas, perlu bayar sumbangan.
5,000.00
0.59
5
Tiba di Stesen Bas Kaveh (Farsi: ترمینال مسافربری کاوه), Isfahan pada pukul 3:00 petang. Kebetulan terjumpa hotel penginapan, Hotel Kaveh di stesen bas ini. Kami bertujuh menyewa 3 buah bilik (2 buah bilik berdua dan 1 buah bilik bertiga) pada jumlah 3,325,000  rial (+- RM391.18) setelah tawar menawar (maaf saya lupa harga asal). Jadi seorang berharga 475,000  rial (+- RM55.88). Berehat kira-kira sejam untuk mandi dan solat. Suhu agak sejuk dalam 6oC. #
950,000.00
111.76
6
Menaiki bas bandar Isfahan   bernombor 91 pada pukul 4:15 petang dari depan stesen bas untuk ke Dataran Naqsh-e Jahan, berhenti di simpang berdepan dengan Majlis Perbandaran Isfahan (Isfahan Municipality (Farsi: شهرداری اصفهان)), tambang 10,000  rial (+- RM1.18)/orang. Berjalan menyusuri Jalan Sepah menuju ke dataran. #
20,000.00
2.35
7
Berada kira-kira sejam dari 4:45 pettang di Dataran Naqsh-e Jahan (Farsi: میدان نقش جهان) juga dikenali sebagai Meydan Imam (Farsi: میدان امام) atau Meydan Shah (Farsi: میدان شاه). Masuk adalah percuma. Di dalam dataran ini terdapat juga Istana Ali Kapu (Farsi: عالی‌ قاپو), Masjid Shah/Masjid Imam (Farsi: مسجد شاه/مسجد امام), Masjid Sheikh Lotfollah (Farsi: مسجد شیخ لطف الله) dan pintu Keisaria yang menuju ke Bazaar Besar (Grand Bazaar) Isfahan. Membeli cenderahati magnet peti ais sekeping.
50,000.00
5.88
8
Berjalan kaki dari Dataran Naqsh-e Jahan ke Jambatan Si O Seh Pol (Farsi: سی وسه پل) pada pukul 6:00 petang kira-kira 2 km. Singgah makan syish kebab & minum teh panas di sebuah restoran di dalam perjalanan. Jumlah bayaran adalah 1,130,000   rial (+- RM132.94), jadi harga untuk seorang 162,000 rial (+- RM19.06). #
324,000.00
38.12
9
Berada di Jambatan Si O Seh Pol kira-kira 20 minit. Suhu agak sejuk kira-kira -3oC dengan angin agak kuat.


10
Berjalan kaki ke perhentian bas di depan Sekolah Theologi Chahar Bagh (Farsi: مدرسه چهار باغ), kira-kira hampir 1 km dari Jambatan Si O Seh Pol, singgah bergambar di depan papan tanda Jalan Kualalumpur di dalam perjalanan.


11
Menaiki bas bandar bernombor 91 pada pukul 7:15 malam ke Stesen Bas Kaveh, tambang 10,000  rial (+- RM1.18)/orang. #
20,000.00
2.35
12
Pelbagai
100,000.00
11.76
13
Solat, berehat dan tidur.



Jumlah
 Rial 2,539,000.00
RM298.71
Bil
Butir
Rial
RM
1
Bangun pagi, bersihkan diri dan solat. Kemudian sarapan pagi pada pukul 7:30 pagi di hotel (sudah disekalikan dengan bayaran hotel).


2
Daftar keluar hotel pada pukul 9:30 pagi dan kemudian membeli tiket bas Levan Nour dari Isfahan ke Tehran (Terminal-e Junoob), harga asal 330,000 rial/orang/hala, tapi menawar mendapat 270,000 rial (+- RM31.76)/orang. Jadi perlu bayar 1,890,000 rial (+- RM222.35) kesemuanya. #
540,000.00
63.53
3
Bas bergerak pada pukul 11:00 pagi meninggal Isfahan menuju ke Tehran. Singgah di sebuah hentian sebelah selepas melepasi bandar Delijan (Farsi: دلیجان) setelah tiga jam perjalanan. Membeli makanan ringan & jagung cawan.
100,000.00
11.76
4
Tiba di Stesen Bas Terminal-e Junoob, dan berhenti betul-betul di depan tangga terowong menuju ke Stesen Metro Tehran Terminal-e Junoob (Farsi: ایستگاه مترو ترمینال جنوب). Menaiki metro menuju ke Stesen Pazneh-e Khordad (Farsi: پانزده خرداد ایستگاه مترو), harga tiket 7000 rial (+- RM0.82)/orang (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish (Farsi: تجریش  4stesen. (Peta Metro Tehran). # 
14,000.00
1.65
5
Mencari penginapan tetapi tidak jumpa, bertanya dan akhirnya seorang warga tempatan, En. Hasan, menolong kami mencari penginapan. Kami menaiki metro ke Stesen Imam Khomeini (Farsi: ایستگاه متروی امام خمینی) (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish, 1 stesen). Tambang sepatutnya cuma 7000  rial (+- RM0.82)/orang tapi disuruh bayar 10,000 rial (+- RM1.18)/orang. #
20,000.00
2.35
6
En. Hasan membawa kami ke Ferdowsi International Grand Hotel (Farsi: هتل فردوسی) yang mempunyai 4 bintang tetapi agak mahal sehingga US$50 (+- RM225.00)/orang! Jadi beliau berbincang dengan pemandu teksi di depan hotel untuk mencari lebih murah. Jadi kami berpisah dengan En. Hasan dan mengikut teksi untuk ke Hotel Shahriyar, Selatan (Farsi: خیابان جاده جنوبی) dengan bayaran 300,000  rial (+- RM35.29) yang tidak berapa jauh pun. Jadi setiap orang membayar 43,000 rial (+- RM5.06)/orang untuk teksi. #
86,000.00
10.12
7
Kami pun menginap di dua buah bilik (satu bilik berdua dan satu bilik berlima) di Hotel Shahriyar (Farsi: هتل شهریار), dengan bayaran 7,600,000 rial (+- RM894.12), iaitu dengan 1,080,000 rial (+- RM127.76)/orang. #
2,172,000.00
255.53
8
Setelah meletakkan beg, saya dan isteri keluar berjalan dalan kesejukan malam Tehran dan membeli dua biji buah delima di sebuah kedai runcit.
40,000.00
4.71
9
Kami kemudian bersama yang lain makan di Restoral Shahriyar di bawah hotel kami. Kami makan, syish kebab dengan nasi. Jumlah kami makan adalah 1,500,000 rial (+- RM176.47) yang mana setiap orang 208,000 rial (+- RM24.47). #
416,000.00
48.94
10
Pelbagai.
100,000.00
11.76
11
Solat, berehat dan tidur.



Jumlah
Rial 3,488,000.00
RM410.35
Bil
Butir
Rial
RM
1
Bangun pagi, bersihkan diri dan solat. Kemudian sarapan pagi pada pukul 7:30 pagi di hotel (sudah disekalikan dengan bayaran hotel). Kami memindahkan beg kami ke bilik berdua (kerana Haji Halig & Haji Kadir tinggal lagi 2 hari).


2
Kami berjalan kaki melalui kawasan Bazaar Besar (Grand Bazaar) Tehran (Farsi:  بازار بزرگ تهران) menuju ke Stesen Metro Tehran Panzdeh-e Khordad. Dari situ kami menaiki metro menuju ke Stesen Meydan Azadi (Farsi: اایستگاه مترو میدان آزادی) untuk ke Dataran Azadi (Farsi: میدان آزادی  - Meydan Azadi), harga tiket 7000   rial (+- RM0.82)/orang (Laluan 1 (Merah) arah Tajrish, 3 stesen, transit di Stesen Davazeh Dowlat (Farsi: ایستگاه مترو دروازه دولت) ke Laluan 4 (Kuning) arah Ekbatan/Eram-e Sabz (Farsi: اکباتان / ارم سبز  ) 8 stesen). #
14,000.00
1.65
3
Berada di Dataran Azadi yang mempunyai mercu tanda utama Tehran iaitu Menara Azadi (Farsi: برج آزادی - Burj Azadi) lebih kurang 45 minit.


4
Pulang semula ke Stesen Panzdeh-e Khordad menaiki metro. (Laluan 4 (Kuning) arah Shahid Kolahdooz (Farsi:  شهید کلاهدوز ) , lapan (8) stesen, transit di Stesen Davazeh Dowlat ke Laluan 3 (Merah) arah Kahrizak (Farsi:  کهریزک ), 3 stesen). #
14,000.00
1.65
5
Singgah di cawangan Bank Terjarat untuk menukar lagi wang ke Rial Iran. Saya ke hotel sebentar untuk urusan membayar baki bayaran hotel dan pulang ke hotel untuk mendaftar keluar untuk bilik berlima. Kemudian, kembali semula ke bank untuk bersama-sama rakan-rakan bagi berjalan-jalan di sekitar Bazaar Besar. Membeli pelbagai jenis barangan, makanan & minuman.
800,000.00
94.12
6
Pukul 1:00 tengahari, saya dan isteri pulang ke hotel untuk mengemas beg kami dan berehat. Selang dua jam selepas itu, semua kami telah pulang ke hotel.


7
Pukul 3:30 petang, semua kecuali Hj Halig & Hj Kadir memulakan perjalanan untuk ke IKA. Kami berjalan kaki untuk stesen metro Panzdeh-e Khordad untuk menaiki metro ke Stesen Haram-e Motahhar (Farsi: ایستگاه مترو حرم مطهر), (Laluan 1 (Merah) arah Kahrizak (Farsi:  کهریزک ), 11 stesen). #
14,000.00
1.65
8


9
Kami mengambil kereta sewa (prebet sapu) dari Stesen Metro Haram-e Motahhar ke IKA pada harga 500,000 rial (+- RM58.82), jadi seorang membayar 100,000 rial (+- RM11.76) sahaja. #
200,000.00
23.53
10
Sampai di IKA pada pukul 7:45 malam. Kami solat, menunggu dan berehat di aras 1 sehingga waktu mendaftar masuk pada pukul 9:30 malam. Kami menukar Rial Iran di pengurup wang di balai berlepas. Kami daftar masuk dan kemudian melakukan prosedur imigresen, kastam Iran dan keselamatan (2 kali, sebelum daftar masuk dan selepas imigresen). Seterusnya kami menunggu di pintu pelepasan 12.


12
Penerbangan kami lewat selama hampir sejam. Kami masuk ke pintu pelepasan untuk menaiki bas yang membawa kami ke pesawat pada pukul 12:20 tengah malam. Akhirnya kami berlepas dari IKA pada pukul 1:00 pagi waktu Iran.



Jumlah
Rial 1,042,000.00
RM122.59
Bil
Butir
RM
1
Tiba di klia2 pada pukul 1:20 petang waktu Malaysia. Selepas selesai urusan imigresen, solat dan kastam Malaysia, kami terus ke terminal bas klia2 untuk menaiki bas shuttle Skybus ke KL Sentral (tambah telah dibayar awal bersama tempahan AirAsiaX). Tiba di KL Sentral pada pukul 3:00 petang dan kami singgah makan di Burger King, KL Sentral.
15.00
2
Menaiki LRT Laluan Kelana Jaya pada pukul 4:00 petang untuk kembali ke stesen LRT berhampiran kawasan rumah kami. Tambang RM3.90/orang. #
7.80
3
Menaiki bas pengantara RapidKL untuk ke rumah kami. Sampai pada pukul 4:40 petang. Tambang bas RM1.00/orang. #
2.00

Jumlah
RM24.80
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
Rial 7,069,000.00
RM2,332.24*


*Kos adalah kos berdua (kerana pergi bersama isteri), kos bagi seorang adalah RM1,166.12.


Saya di depan Menara Azadi, Tehran.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...



Jika mahu lihat: 




If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part);
  • Travel Guide Tehran; 
  • Travel Guide Isfahan; 
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2;
  • Day 3;
  • Day 4 Part 1; or
  • Day 4 Part 2 & Day 5.

Khamis, 5 Januari 2017

Pra Kembara (Tehran & Isfahan, Iran - 05 hingga 09 Januari 2017) - Persiapan Perjalanan Ke Bumi Farsi.

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary;
  • Travel Guide Tehran; 
  • Travel Guide Isfahan; 
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2;
  • Day 3;
  • Day 4 Part 1; or
  • Day 4 Part 2 & Day 5.



Menara Azad di Tehran, Iran.

Pengenalan.


Pihak AirAsiaX telah membuat gambaran bahawa mereka akan ke Tehran, Iran pada akhir tahun 2014 lagi. Sebelum itu pada tahun 2011 kalau tidak silap saya, AirAsiaX pernah membuka laluan ke Tehran tetapi apabila hendak mula beroperasi, ia terpaksa dihentikan sebelum ia beroperasi secara sebenar. Namun setelah beberapa lama, tiada sebarang khabar berita dari pihak AirAsiaX.


Banner promosi pengenalan laluan Tehran 
di dalam page Facebook AirAsia pada 16 Mei 2016.


Iran, merupakan salah satu negara di Asia Barat, malah boleh juga dikategorikan negara Asia Tengah. Mempunyai keluasan seluas kira-kira 1 650 00 km2, Iran mempunyai seramai hampir 80 juta orang penduduk. Iran merupakan negara yang menjadikan aliran Syiah Islam sebagai aliran agama rasmi negara itu. Negara ini juga adalah kesinambungan dari empayar Parsi (yang juga nama negara itu sebelum ditukar kepada Iran) yang merupakan salah satu empayar agung dunia.

 
Peta: Iran


Tehran, pula merupakan ibu negara bagi Iran ini. Mempunyai penduduk kira-kira hampir 9 juta orang di dalam keluasan 730 km2 bandaraya ini dan 15 juta jika termasuk kawasan pinggir bandaraya. Terletak di sebelah utara, walaupun dekat dengan lautan Caspian, namun dipisahkan dengan Banjaran Alborz.



 
Peta: Bandaraya Tehran, Iran.

Isfahan, terletak kira-kira 350 kilometer ke selatan Tehran, boleh dikatakan ia terletak di tengah-tengah negara Iran. Dahulunya merupakan ibu kota bagi kerajaan Parsi lama. Terdapat banyak senibina yang menarik dan cantik terletak di bandar ini. Bandar ini juga merupakan bandar kembar bagi bandaraya Kuala Lumpur. Dengan keluasan seluas hampir 500 kilometer persegi, ia didiami seramai hampir 2 juta orang.

Peta: Bandaraya Isfahan, Iran.

Pada pertengahan bulan Mei 2016, di laman Facebook AirAsia, pihak mereka telah membuat bayangan bahawa akan ada penerbangan ke Tehran dalam masa terdekat. Saya sudah mula merasakan kegirangan, kerana memang terasa sangat untuk melihat tinggalan tamadun Parsi. Kemudian, pada 16 Mei 2016, pihak AirAsia melalui laman webnya telah menyatakan mereka akan ke Tehran mulai 21 Jun 2016 dan pada mulai hari itu juga (16 Mei 2016), mereka mula menjual tiket-tiket penerbangan ke Tehran, sudah tentu pada pemulaannya dengan harga promosi. Mereka membuka promosi ke Tehran dengan harga dari RM299 sehala. Setelah membuat penyelidikan, harga pergi balik adalah RM606.32 sahaja!



Itinerari penerbangan ke Tehran yang telah ditempah.


Jadi saya menyemak tarikh mana yang sesuai. Sudah pasti penerbangan pertama pada 21 Jun 2016 tidak akan saya ambil kerana pada masa tersebut adalah di dalam bulan Ramadhan, tambahan pula saya akan ke Filipina bagi perjalanan ke Vigan City dan Puerto Pricesa. Saya memilih untuk menempah perjalanan pada 05 hingga 09 Januari 2017, setelah berbincang dengan isteri saya, kerana kali ini saya ingin bersama isteri saya selain menjemput rakan-rakan untuk bersama saya. Jadi saya telah mendapat harga RM1212.64 dan menambah makanan untuk perjalanan pergi dan balik sebanyak RM60.00 lagi. 

Rakan-rakan yang lain yang akan mengikut kembali adalah Abang Zul dan Linda (yang pernah mengikuti saya pada kembara ke Sydney lepas), Haji Halig dan Haji Kadir (yang saya kenali semasa saya menjadi seorang pegawai latihan di sebuah agensi kerajaan dahulu) dan pertama kali mengikuti saya, Najib, yang merupakan pengikut setia blog ini. Kemudian beberapa hari sebelum pergi, Najib memberitahu bahawa rakan-rakannya yang kebetulan mempunyai tarikh pergi yang sama (mereka hanya pulang dua hari selepas kami pulang ke Malaysia) akan ikut sekali. Mereka adalah Masrida, Rosayu, Nor Farizan, Chiko (Faizureen), Rahmah, Linda (Tuti), Diyana, Rohaidah dan Aisyah. Jadi pada kembara ini, akan terdapat enam belas orang kesemuanya. (Kebanyakan mereka ini mendapat tiket lebih murah semasa promo Tambang Sifar pada bulan Ogos 2016, sekitar RM406.92 untuk pergi balik, cemburu saya).

Sebelum ini, saya ada memegang beberapa keping duit Rial Iran (IRR atau ), namun tidaklah banyak. Rasanya tidak sampai RM10.00 jika saya kumpulkan nilai semuanya. Saya pun tidak ingat bagaimana saya mendapat wang Iran ini. Rasanya ini memang wang kertas yang digunakan kini di Iran. Jadi saya bawa wang-wang itu ke Iran, mana tahu ia boleh digunakan nanti.

 2000 rial = +-RM0.25


10 000 rial = +-RM1.25

 50 000 rial = +-RM6.25


Memandangkan matawang Iran memang tidak boleh didapati di pengurup wang di Malaysia, jadi saya beransur-ansur menukar wang Dollar Amerika Syarikat (USD atau US$) agar wang ini boleh digunakan untuk ditukarkan lagi kepada Rial Iran. Namun saya dikhabarkan, wang USD ini agak laku di Iran, tanpa perlu tukar kepada Rial Iran. Tengoklah bagaimana nanti. Hairan juga, walaupun bermusuh, namun matawang musuh lebih berharga dan berguna daripada matawang Iran sendiri. Selain USD, dicadangkan juga untuk tukar kepada Euro. Saya menukar wang USD ini secara beransur-ansur apabila mendapat gaji. Purata saya mendapat kadar kira-kira US$1 = +- RM4.50. Apa-apa pun kena pastikan wang USD ni kena versi terkini kerana biasanya di luar Amerika Syarikat terutama negara-negara membangun, wang yang bukan versi terkini tidak diterima.


 US$1 = +- RM4.50


US$2 = +- RM9.00

US$5 = +- RM22.50

 US$10 = +- RM45.00


US$20 = +- RM90.00


US$50 = +- RM225.00


 US$100 = +- RM450.00


Oleh kerana takaful yang biasa saya ambil iaitu International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, perlindungannya tidak meliputi Iran, jadi saya terpaksa mencari produk perlindungan perjalanan daripada syarikat lain. Asalnya saya ingin mengambil produk takaful HSBC Travelsafe daripada HSBC Amanah Takaful, kerana saya adalah pemegang kad kredit HSBC Amanah namun pada ketika saya hendak membelinya ia digantung penjualannya. Tiada syarikat takaful lain yang memberi perlindungan untuk perjalanan ke Iran. Terpaksalah saya ambil yang konvesional kerana tiada syarikat takaful yang menawarkan perlindungan ke Iran.

Jadi saya memilih untuk mengambil plan Chubb Travel Insurance dari Chubb Insurance Malaysia yang memberikan perlindungan terbaik dengan harga terbaik juga. Asalnya harganya adalah RM115.00 bagi pasangan atau RM65.00 bagi individu untuk Pelan Premium perlindungan perjalanan pergi balik selama 1 hingga 5 hari bagi Zon 3 (seluruh dunia kecuali Cuba dan domestik (Malaysia)) (terdapat perlindungan lebih mahal tapi lebih luas iaitu Pelan Executive, RM138.00 (pasangan) dan RM78.00 (individu) atau First, RM217.00 (pasangan) atau RM119.00 (individu)). Namun pihak Chubb Insurance membuat promosi jika membeli secara dalam talian di laman webnya menjadi RM88.75 sahaja (RM51.25 bagi individu) untuk Pelan Premium. 

Sijil Perlindungan Chubb Travel Insurance.

Pada 26 Disember 2016 juga, saya telah menghantar e-mel makluman kehadiran kami di Iran kepada pihak Kedutaan Malaysia di Tehran. Pendaftaran melalui e-Konsular juga dilakukan pada masa yang sama. Ini penting, agar pihak kedutaan ambil maklum kehadiran kami di Iran. Ini bagi memudahkan mereka melakukan tugas mereka, disamping dapat memudahkan urusan kita jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Lagipun baru sahaja berlaku tragedi yang menimpa orang Malaysia di Gunung Damarvand, tidak jauh dari Tehran, beberapa minggu sebelum pemergian kami. Kita kena bersedia mengjangkakan perkara yang tidak terjangka. Dengan makluman kehadiran kami ke kedutaan, mereka sekurang-kurangnya akan membantu mana yang boleh. Barulah betul adat dan tatasusila orang Melayu.


Emel makluman kami di Iran yang dihantar ke Kedutaan Malaysia di Tehran.

Oleh kerana perjalanan kali ini melalui musim sejuk, maka persediaan pun perlu di buat mengikut musim berkenaan. Jadi saya keluarkan kembali long john UniQlo yang boleh menghangatkan sikit badan kita semasa musim ini berbanding tiada memakai long john. Sarung tangan yang boleh menyentuh skrin sesentuh telefon bimbit juga dikeluarkan kembali, begitu juga terdapat saki baki heat pack (pek pemanas) yang masih boleh digunakan. Cuma saya perlu ke Daiso untuk membeli stok isteri saya juga. Jadi persediaan asas lebih kurang sama macam persediaan saya ke Seoul pada bulan Mac 2016 lepas. Selain itu, baju panas juga paling utama, macam saya, akan memakai baju kulit yang saya beli di Bandung pada bulan Februari 2015 lepas. Lain-lain biasa sahaja. Kalau tidak cukup pakaian sejuk, rasa beli di sana sahaja.

Long Johns UniQlo.


Sepasang sarung tangan yang boleh sentuh skrin telefon dan satu set pek pemanas dibeli di Daiso.

Rasanya persediaan ke Iran ini sudah hampir selesai. Cuma penginapan sahaja yang perlu dibuat secara walk-in di sana nanti kerana agak kurang yang boleh ditempat secara online. Jika ada pun yang boleh ditempah melalui emel tetapi harganya agak mahal juga. Pengangkutan pun begitu juga. Memang kali ini perjalanan berkonsep redah sahaja. Jadi harapannya, semoga perjalanan kami dilindungi dan dirahmati olehNya, insya Allah, amin.

Bersambung ke Hari 1.



If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary;
  • Travel Guide Tehran; 
  • Travel Guide Isfahan; 
  • Day 1;
  • Day 2 Part 1;
  • Day 2 Part 2;
  • Day 3;
  • Day 4 Part 1; or
  • Day 4 Part 2 & Day 5.

Ahad, 25 Disember 2016

Kuala Lumpur, Malaysia - 22 Disember 2016 - Monorel KL.

Click here if want to read in English version.


Tren empat koc Monorel KL di Stesen Monorel Titiwangsa.

Setelah saya mencuba ketiga-tiga laluan LRT Lembah Klang RapidKL iaitu Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya pada 22 Disember 2016 lepas, sempena 20 tahun usia perkhidmatan LRT Laluan Ampang, maka saya mencuba sistem Monorel Kuala Lumpur untuk saya membuat review. Sebenarnya sudah banyak kali saya menaikinya terutama ketika saya tinggal di perumahan Flat Pekeliling satu ketika dahulu, baru kini saya hendak merasa untuk membuat review.

Setelah kedua-dua sistem LRT Lembah Klang dibuka untuk operasi, terdapat kawasan tumpuan utama yang tidak diliputi oleh kedua-dua sistem LRT tersebut, iaitu kawasan Bukit Bintang, yang merupakan kawasan membeli-belah utama di Kuala Lumpur. Akhirnya perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur (Monorel KL) diperkenalkan pada tarikh 31 Ogos 2003. Perkhidmatan Monorel KL ini bermula dari Stesen Titiwangsa hingga ke Stesen KL Sentral yang mempunyai sebanyak sebelas stesen. Paling utama, laluan Monorel KL ini melalui kawasan Chow Kit, Segitiga Emas Kuala Lumpur (Bukit Bintang) dan Brickfields. Ke semua ini merupakan kawasan membeli-belah utama dan juga kawasan tumpuan pelancong. Malah di kedua-dua hujungnya merupakan hub pengangkutan utama di Kuala Lumpur iaitu KL Sentral dan Stesen Bas Pekeliling (Titiwangsa).

Monorel KL ini dibina oleh sebuah syarikat swasta iaitu KL Infra Berhad. Sepanjang sejarahnya terdapat banyak peristiwa terutama pengambilalihan pengurusan daripada pihak swasta (KL Infra) kepada pihak kerajaan menerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad (kini Prasana Malaysia Berhad - Prasarana). Kini KL Monorel beserta beberapa sistem transit di Kuala Lumpur dioperasikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana sendiri di bawah jenama RapidKL, manakala segala aset dipunyai oleh Prasarana. Boleh rujuk sejarah lengkap yang diambil daripada Wikipedia.

Kini, sejak tahun 2014, kesemua perkhidmatan rel termasuk Monorel KL (diberikan  kod warna hijau muda dan kod nombor laluan 8 di dalam sistem transit bersepadu Lembah Klang) dan bas di bawah jenama RapidKL telah disepadukan dengan menggunakan kaedah sistem pembayaran pra bayar yang satu iaitu kad MyRapid. Juga, sistem tiket tunai di semua laluan rel juga menggunakan sistem token yang bersepadu, di mana pengguna boleh menukar laluan tanpa perlu membeli tiket lain jika bertukar di beberapa stesen pertukaran. Memang ia memudahkan, pengguna boleh bertukar laluan antara LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Sri Petaling, Laluan Ampang,  Monorel Kuala Lumpur dan BRT Sunway. Akan datang, MRT Laluan SBK juga akan menggunakan sistem pembayaran yang sama apabila sambungan fasa kedua akan beroperasi mulai bulan Julai 2017 nanti. Selain itu, kad Touch'nGo juga boleh digunakan. Bagi mengetahui tambang perkhidmatan ini, boleh layari laman tambang Rapid Rail bagi bayaran tunai atau tanpa tunai (pra bayar). Juga terdapat insentif atau promosi khas bagi pengguna kerap atau golongan tertentu.

Keadaan stesen Monorel KL (contoh di Stesen Monorel Hang Tuah).

Rajah laluan Monorel KL.

Token perjalanan sistem transit RapidKL di bawah Rapid Rail - belian tunai.

Kad MyRapid.

Kesemua stesen Monorel KL ini dibina secara bertingkat dan platformnya terletak di tingkat atas sekali dan aras concourse di bawahnya. Rekabentuknya agak ringkas, namun terdapat beberapa stesen mempunyai kemudahan tandas. Kesemua stesen kecuali dua terminalnya mempunyai platform tepi dua trek, manakala kedua-dua terminalnya mempunyai platform tepi dengan satu trek sahaja.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memang menggalakan untuk sistem-sistem pengangkutan terutama sistem rel ini bersepadu antara satu sama lain. Monorel KL ini mempunyai beberapa stesen yang bersepadu dengan sistem rel lain, yang mana stesen bersepadu ini mempunyai laluan yang membolehkan pengguna bertukar stesen menggunakan token atau kad sedia ada tanpa perlu membeli tiket baru. Stesen Titiwangsa dan Stesen Hang Tuan mempunyai laluan tanpa perlu keluar sistem untuk bertukar ke LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

Selain itu, terdapat juga beberapa stesen-stesen yang berhubung dengan sistem rel lain namun tidak bersepadu di mana pengguna perlu keluar daripada sistem masing-masing, bermakna perlu membeli token tambang berasing bagi setiap sistem. Dengan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, pengguna perlu keluar dari Stesen Bukit Nanas dan berjalan di ruang pejalan kaki berbumbung ke Stesen LRT Dang Wangi yang hanya 300 meter sahaja. 

Kes ini juga sama dengan Stesen KL Sentral yang mana ia berada di sebelah kompleks membeli belah Nu Sentral, dan perlu keluar dari sistem serta melalui Nu Sentral untuk ke Stesen LRT atau Stesen KTM Komuter atau stesen-stesen kedua-dua perkhidmatan ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) yang berada di dalam bangunan KL Sentral. Juga, apabila fasa kedua MRT Laluan SBK siap, laluan hubungan khas ke Stesen MRT Muzium Negara juga akan mengubungkan ke KL Sentral.

Apa yang menarik adalah koc yang dibina merupakan koc binaan tempatan yang dibina oleh syarikat Scomi Rail Sdn Bhd berasaskan model monorel Hitachi. Koc monorel ini diberi nama model Sutra. Pada peringkat awal, setiap koc mempunyai dua buah gerebak sahaja. Namun oleh kerana keperluan semasa yang menyaksikan pengguna monorel bertambah, maka koc empat gerabak diperkenalkan pada akhir tahun 2014.

Tren dua koc Monorel KL di Stesen Monorel Hang Tuah.

Keadaan di dalam tren dua koc Monorel KL.

Penunjuk stesen di atas pintu tren dua koc Monorel KL.

Tren empat koc Monorel KL di Stesen Monorel Titiwangsa.

Keadaan di dalam tren empat koc Monorel KL.

 Penunjuk stesen di atas pintu tren empat koc Monorel KL.

Koc monorel ini agak kecil dan padat jika digunakan pada masa puncak. Memang selalu terjadi pengguna tidak dapat masuk apabila koc yang sampai sudah penuh. Satu lagi, sistem pintu penghadang platform seolah-olah menjadi tukun tanpa digunakan.

Satu lagi, mungkin pihak Rapid Rail boleh menggunakan sepenuhnya koc 4 gerabak dan melupuskan kesemua koc 2 gerabak, kerana pengguna semakin ramai. Mungkin selepas ini pihak Rapid Rail dan Prasarana kena menaik taraf agar dapat menampung penumpang semakin ramai dengan menambahkan gerabak bagi setiap koc, seterusnya memanjankan lagi platform di stesen, atau menambahkan lagi kekerapan perkhidmatan atau kedua-duanya.

Selain itu, mungkin boleh digunakan model monorel ini di tempat lain yang memerlukan pengangkutan sistem yang sama. Juga, laluan sedia ada boleh dipanjangkan, dengar cerita akan dipanjangkan sehingga ke Bandar Sunway, harap ia terlaksana insya Allah.

Bagi saya pihak RapidKL dan Prasarana telah berusaha meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan Monorel KL ini sejak mengambil alih dari pihak sebelumnya. Hasilnya perkhidmatan bertambah baik dan ia semakin menjadi kaedah yang digemari bukan sahaja warga kota Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Teruskan berikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya. Teruskan usaha agar perkhidmatannya terus relevan.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Click here if want to read in English version.