Rabu, 16 Disember 2015

Hari 2 Bahagian 2 (Macau, Hong Kong, Shenzhen & Guangzhou, Guangdong, China - 09 hingga 15 November 2015) - The Peak, Saksi Kepesatan Pembangunan Hong Kong.

Bersambung dari Hari 2 Bahagian 1.

Jika mahu lihat catatan: 
If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2 (this part); 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7. 



Saya dan isteri saya di The Peak, Hong Kong.

Kiranya ini sudah kali ketiga kami menaiki tram. Maklumlah pengangkutan termurah. Jika menaiki bas, harganya lebih sikit dari dua kali ganda daripada tambang tram. Sambil itu terlihat juga stesen minyak di Hong Kong masih lagi boleh berada di dalam bangunan sebagai mana yang terdapat di Kuala Lumpur satu ketika dahulu. Kini di Malaysia sudah tidak boleh lagi dibina seperti itu.


Sebuah stesen minyak di Hong Kong.


Bekas Bangunan Majlis Perundangan Hong Kong
 (Former Legislative Council Building, Hong Kong).

Selain itu, dapat  dapat ambil gambar lebih lagi, kerana ia melalui jalan yang kami lalui pagi tadi. Sebelum sampai, kami ambil gambar bekas Bangunan Majlis Perundangan Hong Kong. Kami turun di perhentian Lebuh Pedder (Pedder Street) iaitu di tengah-tengah kawasan Central dan juga perhentian terdekat dengan stesen MTR Central dan juga stesen bas Central di Exchange Square.



Peta: Perjalanan Tram Hong Kong dari Jalan Tonnochy ke Lebuh Pedder.


Maskot sebuah syarikat semasa ke stesen bas Central (Exchange Square).

Kami berjalan dari perhentian tram Persiaran Pedder ke stesen bas Central di Exchange Square melalui sistem jejantas di sana kira-kira hampir satu kilometer juga. Memang banyak perniagaan membuat promosi dan iklan di sepanjang jalan, termasuk salah satunya membuat maskot untuk mengedarkan risalah. Sama juga seperti di Macau, apabila ingin mengambil gambar, maskot ini berpaling ke tempat lain, malu agaknya.

Stesen bas Central (Exchange Square).

Apabila sampai di Exchange Square, kami mengikut tanda arah yang menunjukan stesen bas. Kami perlu menuruni eskalator di bangunan 3 IFC (International Financual Centre) dan apabila di aras bawah, sudah tiba di stesen bas ini. Kami ke platform ketiga yang mempunyai papan tanda bas nombor 15 (First Bus), dan beratur menunggunya. Kami antara yang pertama menunggu di situ. Kami menunggu kira-kira hampir sepuluh minit, kemudian sampailah bas ini di platform ini. Kami menaiki bas ini dan menyentuh kad Octopus di mesin pengimbas. Di Hong Kong, kad Octopus hanya diimbas ketika masuk sahaja, kita perlu memaklumkan destinasi kita jika bukan lingkungan tambang maksima, kerana jika kita senyap, tambang akan dicaj pada tambang maksima dari perhentian berkenaan. Kad ini tidak akan diimbas pada waktu keluar, kerana tiada mesin pengimbas pada pintu keluar. Tambang ke The Peak dari stesen bas Central adalah HK$9.80 (+- RM5.90) sehala.

Platform bas nombor 15 (First Bus) di stesen bas Central (Exchange Square).


Permandangan kawasan Happy Valley dari dalam bas.

Bas yang kami naik ini merupakan bas dua tingkat. Memang kebanyakan bas-bas di Hong Kong ini dua tingkat. Amat jarang sekali kita jumpa bas setingkat. Jadi kami pun dibawa menuju ke The Peak. Mula-mula jalan yang dilalui ok sahaja, maklumlah jalan dalam bandar. Lepas itu apabila sampai di kawasan Happy Valley, sudah mula berselekoh. Kena pula saya dan isteri duduk di tingkat atas. Abang Zainudin dan isteri duduk di tingkat bawah. Jadi mula-mula tu agak seriau juga, terutama tatkala semasa mengambil selekoh, rasa macam kena buang pun ada. Namun ia adalah pengalaman.

Permandangan kawasan Happy Valley dari dalam bas.


Permandangan kawasan Aberdeen dari dalam bas.


Dapat dilihat, bangunan-bangunan yang dibina di kaki bukit di kawasan Happy Valley ini begitu tinggi. Ada tingkat atas bangunan umpama sama aras dengan puncak bukit, rasanya. Sampai dipertengahan jalan hingga ke puncak The Peak, terdapat banyak rumah-rumah dibina. Terasa seperti hendak tinggal di sini sahaja, cuma harganya agak menyukarkanlah sikit, kerana harga hartanah di Hong Kong terutama di tempah mewah ini adalah yang tertinggi di dunia.



Peta: Perjalanan bas nombor 15 (First Bus) Hong Kong.

Saya di hadapan tram bukit The Peak yang lama.


Bangunan The Peak Tower.

Akhirnya selepas 45 minit dari Exchange Square, maka sampailah kami di The Peak. Terasa suasana di sini lebih sejuk.

Saya dan isteri saya di hadapan bangunan The Peak Galleria.


Pintu masuk The Peak Galleria.

Terdapat beberapa bangunan di The Peak ini. The Peak atau Puncak Victoria (Victoria Peak) merupakan puncak tertinggi di Hong Kong. Kami ke The Peak Galleria terlebih dahulu. Di sini merupakan pusat membeli-belah, juga terdapat Muzium Seni 3D dan Muzium Lilin Madame Tussaud di dalamnya. Cuma kami tidak memasukinya. Kami ke tingkat atas sekali untuk melihat permandangan dan mengambil beberapa keping gambar. 

Permandangan kawasan Aberdeen dari The Peak.


Permandangan Pelabuhan Victoria dari The Peak.


Papan kenyataan permandangan di The Peak.


Permandangan Pelabuhan Victoria dari The Peak pada tahun 1880an.


Permandangan Pelabuhan Victoria dari The Peak pada tahun 1920an.


Permandangan Pelabuhan Victoria dari The Peak pada tahun 1930an.


Saya dan permandangan Pelabuhan Victoria dari The Peak.


Peta jika berjalan kaki dari Central ke The Peak.

Kemudian kami turun kembali ke bawah dan bersiar-siar di sekitar. Di sini lebih banyak orang dan juga penjual-penjual barangan cenderahati yang lebih murah, di mana ada juga lebih murah dari di Temple Street semalam. Terdapat juga risalah tentang denai-denai untuk berjalan kaki di sekitar The Peak ini. Juga di sini juga kami dapat risalah tentang jalan-jalan yang mungkin jika kami ingin berjalan kaki dari Central menuju The Peak ini.

Saya dan isteri saya di The Peak, Hong Kong.


Peta topografi The Peak.

Pintu masuk The Peak Tower.

Seterusnya, kami memasuki bangunan The Peak Tower pula. Di dalam The Peak Tower ini terdapat platform melihat permandangan yang bernama Sky Terrace 428 yang lebih tinggi daripada tingkat atas The Peak Gellery tadi. Malah platform ini adalah tertinggi di The Peak ini. Namun untuk melihat di Sky Terrace 428 yang terletak di aras 428 dari aras laut ini, perlu membayar tiket HK$48.00 (+- RM30.00) untuk memasukinya. Kami memilih untuk tidak memasukinya. Jika kita membeli pakej Tram Sky Pass berharga HK$83 (+- RM50.00) pergi balik atau HK$71 (+- RM43.00) perjalanan sehala, ia akan termasuk sekali tiket untuk memasuki Sky Terrace 428.

Harga tiket Sky Terrace 428. 


Kaunter tiket Sky Terrace 428. 


Panorama Pelabuhan Victoria dari The Peak.


Stesen tram bukit di The Peak.

Sambil-sambil tu, sengaja kami melihat stesen tram bukit The Peak Tram, yang terletak di dalam bangunan The Peak Tower. Bukan hendak beli tiket untuk turun kembali ke Central, cuma hendak tahu mengenainya. Kami sebenarnya menaiki bas kerana tambangnya agak murah iaitu hanya HK$9.80 (+- RM5.90) sehala (HK$19.60 (+- RM11.80) pergi balik) berbanding jika menaiki tram bukit yang tambangnya HK$28.00 (+- RM17.00) sehala atau HK$40.00 (+- RM24.00) bagi pergi balik. Lagipun biasanya tram bukit ini agak ramai menaikinya dan perlu ditempah awal. Cuma pada masa kami pergi, seperti tidak berapa ramai dan boleh dibeli di kaunter pada ketika itu.

Harga tiket tram bukit The Peak.

Perhentian bas di The Peak.

Setelah lebih sejam setengah berada di puncak The Peak ini, kami pun menuruni semula ke Central dengan menaiki bas. Kali ini kami dapat duduk di hadapan sekali di tingkat atas. Boleh melihat pengalamannya melalui video di bawah. Ada beberapa kali juga bas terlanggar ranting pokok.


Video: Menuruni bukit dari The Peak (Hong Kong). 


Saya di stesen MTR Admiralty, Hong Kong.


Kami berhenti di perhentian bas berhampiran stesen MTR Admiralty untuk menaiki tren MTR ke stesen Tsim Sha Tsui yang hanya satu stesen sahaja untuk pulang ke penginapan. Walaupun hanya satu stesen, namun tren kami ini merentasi di bawah selat Pelabuhan Victoria menerusi sebuah terowong. Namun walaupun hanya satu stesen, harga tambangnya adalah HK$9.00 (+- RM5.40) dengan menggunakan kad Octopus. Jika tidak guna, harganya lebih lagi, jadi rasanya selepas ini, jika kami hendak ke bahagian pulau, kami menaiki feri Star Ferry sahaja, jika tidak mengejar masa.



Peta: Perjalanan menaiki MTR Hong Kong dari stesen Admiralty ke stesen Tsim Sha Tsui.


Pintu masuk ke Kowloon Masjid.

Sampai di stesen MTR Tsim Sha Tsui, kami keluar menerusi pintu A1 untuk ke Masjid Kowloon yang betul-betul berada sejurus selepas pintu tersebut, untuk bersolat.

Tempat mengambil wuduk lelaki di Kowloon Masjid.


Ruang solat utama di Kowloon Masjid.


Lubang udara di Kowloon Masjid.


Model Kowloon Masjid.


Tempat solat aras bawah Kowloon Masjid.


Kenyataan waktu solat di Kowloon Masjid.


Bilik air di Kowloon Masjid.

Usai solat, setiap pasangan menuju ke destinasi masing-masing, dan berjanji untuk bersama kembali pada waktu malam. Saya dan isteri saya menuju ke pasar sementara Jalan Haiphong (Haiphong Road) yang tidak jauh dari masjid. Di sini terdapat bekalan bahan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah terdapat daging halal dijual di sini, hakikatnya semua kedai daging dan ayam adalah halal. Harga diperhatikan lebih murah dari harga di pasaraya. Kami beli beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan untuk bekalan makanan hari-hari seterusnya. Seterusnya kami pun pulang ke penginapan untuk berehat.

Kedai menjual daging halal di pasar sementara Jalan Haiphong.


Pada pukul 8:30 malam, kami semua berjumpa semula dan menaiki tren MTR untuk ke Ladies Market melalui stesen Mongkong.

Saya di stesen MTR Tsim Sha Tsui.


Isteri saya di stesen MTR Tsim Sha Tsui.


Peta laluan sekitar kawasan MTR Mongkok.



Peta: Perjalanan dari Chungkin Mansion ke Ladies Market.


Keluar dari stesen Mongkok, kami mengambil pintu B3 untuk ke pasar malam Ladies Market. Perlu menaiki sistem jejantas di atas Jalan Mongkok. Cuma kami tersilap sebenarnya, sepatutnya kami perlu keluar di pintu D2 yang lebih dekat. Pasar malam Ladies Market terletak dari Lebuh Tung Choi (Tung Choi Streetbermula dari Jalan Argyle (Argyle Road) ke Persiaran Dundas (Dundas Street). 


Pintu masuk Ladies Market dari pintu B3 stesen MTR Mongkok.


Kami di sini berpisah mengikut pasangan masing-masing. Kami hanya melihat sahaja, kerana bagi kami harga di sini agak mahal sikit dari pasar malam Temple Street dan agak sukar untuk menawar. Peniaga di sini yang banyak wanita dan rasanya dari tanah besar China pula banyak yang kurang ajar, siap salah seorang itu mengajuk apabila saya dan isteri bercakap bahasa Melayu. Jadi kami lalu sahaja dan cuba tengok barangan kami hendak beli dan harganya, mungkin kami akan beli sahaja di Guangzhou nanti.


Suasana di dalam pasar malam Ladies Market.


Kami terus berjalan sehingga ke akhir pasar malam ini. Kami kemudian ke stesen MTR Yau Ma Tei untuk ke stesen MTR Tsim Sha Tsui bagi ke Terminal Feri Star Ferry Kowloon untuk menyeberangi ke pulau (Central).


Terminal Feri Star Ferry Kowloon pada waktu malam.


Suasana bahagian pulau Hong Kong dari perairan Pelabuhan Victoria pada waktu malam.


Suasana bahagian kawasan Central Hong Kong dari perairan Pelabuhan Victoria pada waktu malam.


Tujuannya kami ke Central malam-malam ini adalah untuk melihat suasana Central pada waktu malam secara dekat.


Roda Tinjauan Hong Kong (The Hong Kong Observation Wheel) pada waktu malam.


Isteri saya yang kepenatan berlatar belakangkan Central, Hong Kong.


Bangunan lama  (hadapan) dan bangunan baru (belakang), Bank of China (Hong Kong).


Pintu masuk bangunan lama Bank of China (Hong Kong).


Pintu masuk bangunan HSBC (Hong Kong).


Permandangan Central, Hong Kong dari Dataran Tugu (Statue Square).


Kami berjalan (sampai isteri saya tidak larat untuk berjalan lagi) sampai ke Dataran Tugu (Statue Square) di hadapan Bangunan HSBC. Saya ke sini kerana saya tidak puas hati, jika semalamnya hanya melihat dari jauh (ketika pertunjukan Symphony of Light) atau permandangan waktu siang pada siang tadi. Akhirnya sampai juga. Begitu indah lampu neon di waktu malam di kawasan Central Hong Kong ini. Kami di sini dekat sejam setengah juga. 


Bangunan HSBC (Hong Kong).


Bangunan Terminal Feri Star Ferry Central, Hong Kong pada waktu malam.

Kami pun pulang semula ke penginapan menggunakan feri Star Ferry ketika jam hampir menunjukan pukul 11:00 malam. Bukan apa, nanti bila tamat masa operasi feri dan juga MTR nanti bagaimana kami nak pulang ke penginapan kan? Sampai sahaja di penginapan, kami membeli nasi di sebuah restoran India Muslim di tingkat bawah Chungking Mansion yang belum tutup lagi dangan harga HK$10.00 (+- RM6.00) sebungkus (Ini paling murah, kerana restoran lain kebanyakannya menjual pada harga HK$15.00 (+- RM9.00) sebungkus). Selepas itu, kami naik ke penguinapan, makan malam (nasi tadi dengan daging masak lemak Brahim's). Setelah usai makan, kami pun merehatkan diri.


Bersambung ke Hari 3.


Jika mahu lihat catatan: 
If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2 (this part); 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7.