Ahad, 8 November 2015

Itinerari (Macau, Hong Kong, Shenzhen & Guangzhou, Guangdong, China - 09 hingga 15 November 2015).

Jika mahu lihat catatan: 
If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7. 




Panduan:
MOP$ = Pataca Macau (MOP), matawang Macau. Secara amnya, kadar tukaran: MOP 1 = RM0.60.
HK$ = Dollar Hong Kong (HKD), matawang Hong Kong. Secara amnya, kadar tukaran: HK$ 1 = RM0.60.
¥ atau RMB (Renminbi) atau 圆 atau 元 = Yuan China (CNY), matawang China. Secara amnya, kadar tukaran: RMB 1 = RM0.70.
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: (22 Mac 2015) tiket dari klia2 ke LTA Macau (MFM) AK182 (09 November 2015) x 2  & dari MFM ke klia2 AK187 (14 November 2015) x 2, (RM95/orang). Tebus AirAsiaBIG 4800 point untuk makanan.
190.00
2
Hotels.com: (15 September 2015) penginapan di New China Guest House, Kowloon, Hong Kong SAR, China pada 09 hingga 12 November 2015 (RM121 x 3 malam).
363.00
3
Hotels.com: (15 September 2015) penginapan di Guangzhou Taisheng Hotel, Guangzhou, China pada 12 hingga 1 November 2015, bayar RMB130 di hotel nanti. (RM90.00 x 2 malam = RM180.00).
180.00
4
TurboJet: (27 September 2015) feri dari Terminal Feri Pelabuhan Luar (Outer Harbour) Macau ke Terminal Feri Hong Kong - China, Kowloon, Hongkong. (HK$153/orang/hala (+- RM90.00). (RM80.00 x 2).
180.00
5
Cetak semula gambar pasport untuk visa China (07 Oktober 2015) 50 mm X 35 mm (diperlukan cuma 2 keping tapi di kedai gambar perlu cetak 4 keping) (RM6.00 x 2).
12.00
6
eTiQa Takaful: (07 Oktober 2015) International World Traveller Care Takaful - Platinum Pasangan Zon 2 (Negara Asia) selama 10 hari (09 - 18 November 2015).
116.50
7
Membuat pertukaran dari RM105 kepada MOP190, RM500 kepada HK$880 & RM850 kepada RMB1225 (termasuk RM180 yang En. Zainudin Selamat berikan untuk bayaran hotel di Guangzhou.





8
Visa China 30 hari/masuk, kemasukan satu kali, sah 3 bulan (RM88.30 x 2) pada 08 Oktober 2015 dan mengambil semula pasport berserta visa pada 13 Oktober 2015. Buat di Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Kuala Lumpur.
176.60
9
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di BeijingKonsulat General Malaysia di Guangzhou dan Konsulat General Malaysia di Hong Kong pada 09 Oktober 2015 untuk memaklumkan kehadiran di Macau, Hong Kong & China. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.

10
Mendaftar keahlian i-SIM untuk setahun bagi mendapatkan 6 kad SIM i-SIM (HK-TW-MO - tiga negara) dengan penghantaran percuma 3 kad SIM pertama (tawaran istimewa) berharga HK$98 pada 13 Oktober 2015. Dihantar ke Malaysia dengan percuma. Terimanya pada 19 Oktober 2015.
54.00
11
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK182 melalui web pada 26 Oktober 2015.

12
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK187 melalui web pada 31 Oktober 2015.



Jumlah
1,272.10


Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Perjalanan dari rumah ke klia2 menaiki skuter pada pukul 4:00 pagi. Mengisi petrol.

11.00
2
Singgah sarapan awal di R&R Dengkil arah selatan.

6.00
3
Menyambung perjalanan, namun belting skuter putus. Besan duduk di Salak Tinggi uruskan skuter & pihak PLUS Ronda menghantar kami ke klia2.


4
Alhamdulillah sempat juga solat Subuh & mengejar pesawat yang hampir-hampir meninggalkan kami pada jam 6:15 pagi. Bertemu dengan Pak Din dan isteri dalam pesawat.


5
Pesawat berlepas pada pukul 6:25 pagi dari klia2 dan tiba di MFM pada pukul 10:00 pagi (waktu Macau (UTC+8)).


6
Melakukan prosedur imigresen dan kastam Macau. Keluar terus ke kawasan parkir bas shuttle di pintu utara (keluar dari balai kastam, terus ambil arah kanan dan terus keluar). Mengambil bas shuttle percuma hotel & kasino Wynn.


7
Sampai di Wynn, berjalan kaki terus ke Largo de Senado (Senado Square) (kira-kira lebih sikit 2 km).


8
Berjalan kaki ke Ruinas de Sao Paulo (The Ruins of St. Paul) kurang 1 km.


9
Membeli cenderahati.
MOP$130
78.00
10
Ke Muzium Macau di sebelah kanan Ruinas de Sao Paulo tetapi tutup pada hari Isnin.


11
Kembali ke Largo de Senado, melawat beberapa bangunan seperti pejabat Perlancongan Macau, Pejabat Pos (terlupa hendak beli setem & poskad) & bekas Bangunan Perbandaran Macau.


12
Pelbagai.
MOP$20
12.00
13
Menaiki bas henti-henti New Era no. 3 ke Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Luar (Outer Harbour Ferry Terminal). Tambang MOP$3.20/orang, jadi 4 orang MOP$12.80 tetapi kena guna MOP$ sahaja, jadi kami tiada wang kecil, dan tidak dapat wang kembali.
MOP$20
12.00
14
Tiba di Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Luar, mendapatkan tiket sebenar dengan memberikan surat pengesahan pembelian, menunjukan pasport & kad kredit yang digunakan untuk pembayaran tempohari.


15
Asalnya tiket kami ke Hong Kong adalah pukul 5:30 petang namun kami mengambil keputusan untuk mengambil feri lebih awal (4:10 petang), namun perlu menunggu sebagai penumpang menunggu (stand by).


16
Melaksanakan prosedur imigresen Macau.


17
Menunggu sebagai penumpang menunggu di pintu 13. Alhamdulillah, dapat juga menjadi penumpang feri tersebut.


18
Feri bertolak dari Terminal Feri Penumpang Pelabuhan Luar Macau pada pukul 4:15 petang ke Terminal Feri Hong Kong China, Kowloon, Hong Kong. Tiba di Kowloon pada pukul 5:30 petang (waktu HK (UTC +8)). Melaksanakan prosedur imigresen Hong Kong.


19
Kami berjalan dari Kompleks Hong Kong China ke penginapan kami (New China Guesthouse) di Chungking Mansion, Jalan Nathan, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK (kira-kira 2 km).


20
Mendaftar masuk ke penginapan.


21
Makan malam di Restoran Syed Bistro (cawangan rangkaian restoran mamak Malaysia) di Chungkin Mansion. Saya dan isteri Cuma makan roti canai 2 keping sahaja (minum air sendiri).
HK$20
12.00
22
Keluar semula pada pukul 7:45 malam untuk ke Salisbury Garden dan Kowlooon Public Pier di Tsim Sha Tsui untuk melihat pertunjukan Sympony of Lights. Namun di sebelahnya iaitu Avenue of Star ditutup sementara sehingga tahun 2018 untuk proses pengubahsuaian.


23
Di stesen Tsim Sha Tsui, kami membeli kad Octopus berharga HK$150 setiap satu di mana terdapat nilai HK$100 dan deposit HK$50. (HK$150 x 2).
HK$300
180.00
24
Setelah pertunjukan selesai pada pukul 8:20 malam. Kami bergerak ke stesen MTR Tsim Sha Tsui untuk ke Pasar Malam Temple Street melalui stesen MTR Jordan. (Tambang dengan menggunakan kad Octopus adalah HK$4.40/orang).


25
Tiba di pasar malam Temple Street. Membeli cenderahati seperti kemeja-T dan magnet peti ais.
HK$125
75.00
26
Pulang ke penginapan dengan menaiki bas dua tingkat KMB no. 270. Tambang HK$5.50/orang & bayar menggunakan kad Octopus.


27
Rehat dan tidur di penginapan.




Jumlah
386.00
Bil
Butir
HK$
RM
1
Berjalan kaki dari penginapan ke Jeti Penumpang Star Ferry Tsim Sha Tsui untuk menaiki feri Star Ferry ke Jeti Wan Chai pada pukul 7:00 pagi. Membayar dengan kad Octopus sebanyak HK$2.50/orang.


2
Berjalan kaki dari jeti Wan Chai ke Golden Bauhinia Square di Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC) untuk melihat upacara menaikan bendera Hong Kong & China oleh pasukan Polis Hong Kong yang diadakan pada pukul 7:50 pagi.


3
Berjalan kaki ke perhentian Tramway Hong Kong 56W O'Brien Street melalui jejantas antara bangunan.


4
Menaiki Tramway (tram dua tingkat) untuk ke terminal Tramway 104W Kennedy Town Terminus (Davis Street), Hong Kong. Tambang HK$2.30/orang dibayar dengan kad Octopus.


5
Bersiar-siar sebentar di sekitar Kennedy Town.


6
Menaiki Tramway untuk ke perhentian Tramway 47E Tonnochy Road. Tambang HK$2.30/orang dibayar dengan kad Octopus.


7
Berjalan kaki dari perhentian Tramway Tonnochy Road ke Masjid Ammar & Osman Ramju Saddick Islamic Centre (dalam 1 km).


8
Makan di Islamic Centre Canteen. Kemudian bersolat dhuha.


69.00
41.40
9
Berjalan kaki ke perhentian Tramway 50W Canal Road West untuk ke perhentian 70W Pedder Street bagi ke terminal bas Exchange Square (berjalan kaki dalam kurang 1 km). Tambang HK$2.30/orang dibayar dengan kad Octopus.


10
Menaiki bas New World First Bus (NWFB) no. 15 untuk ke The Peak. Tambang HK$9.80/orang dibayar dengan kad Octopus.


11
Sampai di The Peak pada pukul 2:00 petang setelah 40 minit perjalanan. Bersiar-siar di sekeliling Victoria Peak ini dalam tempoh sejam setengah.


12
Turun semula dari The Peak ke perhentian bas berhampiran stesen MTR Admiralty. Tambang HK$9.80/orang dibayar dengan kad Octopus.


13
Menaiki MTR dari stesen Admiralty ke stesen Tsim Sha Tsui untuk pulang ke penginapan. Tambang HK$9.40/orang dibayar dengan kad Octopus.


14
Bersolat jamak Zohor dan Asar di Kowloon Masjid.


15
Singgah pasar sementara Haiphong Road, Tsim Sha Tsui dan membeli beberapa sayur-sayuran dan pelbagai.
25.00
15.00
16
Kembali ke penginapan pada pukul 5:00 petang.


17
Keluar semula ke pasar Ladies Market dengan menaiki MTR dari stesen Tsim Sha Tsui ke stesen Mong Kok. Tambang HK$5.60/orang dibayar dengan kad Octopus.


18
Berjalan-jalan sepanjang Ladies Market.


19
Menaiki MTR dari stesen Yau Ma Tei ke stesen Tsim Sha Tsui. Tambang HK$4.40/orang dibayar dengan kad Octopus.


20
Berjalan dari stesen MTR Tsim Sha Tsui  ke jeti Star Ferry Tsim Sha Tsui. Menaiki feri Star Ferry ke Jeti Star Ferry Central. Membayar tambang dek tingkat bawah dengan kad Octopus sebanyak HK$2.00/orang.


21
Bersiar-siar sekitar kawasan Central (terutama kawasan Bank Street & Statue Square).


22
Pulang ke penginapan dari Jeti Star Ferry Central ke Star Ferry Tsim Sha Tsui. Membayar tambang kad Octopus sebanyak HK$2.50/orang.





Jumlah
56.40
Bil
Butir
HK$
RM
1
Bangun pagi untuk bersolat Subuh berjemaah di Kowloon Masjid. Selesai solat kembali ke penginapan.


2
Pada pukul 9:00 pagi, kami ke jeti Star Ferry Tsim Sha Tsui untuk menaiki feri Star Ferry ke Jeti Star Ferry Central. Membayar tambang dek tingkat bawah dengan kad Octopus sebanyak HK$2.00/orang.


3
Berjalan dari Jeti Star Ferry Central ke permulaan eskalator Mid-Levels berhampiran bangunan Hang Seng Bank di Central.


4
Menaiki eskalator terbabit sehingga habis ke eskalator terakhir. Kemudian menuruni semula dengan tangga biasa.


5
Singgah bersolat dhuha di Jamia Masjid, Shelley Street, Mid-Levels, Hong Kong.


6
Meneruskan perjalanan sehingga ke Muzium Dr. Sun Yat Sen, Castle Road, Mid-Level, Hong Kong. Bernasib baik kerana hari Rabu masuk adalah percuma. Biasanya tiket masuk HK$10/orang.


7
Menuruni ke Central melalui Aberdeen Street. Singgah sebentar di PMQ (Police Marine Quarters), sebuah bekas kuarters Polis Marin Hong Kong yang diubahsuai menjadi premis komersil.


8
Terus ke perhentian Tramway 25E Jubilee Street ke perhentian 49E Canal Road West. Membayar tambang HK$2.30/orang dengan kad Octopus.


9
Berjalan ke kawasan pasar Bowrington Road Market & Cooked Food Centre untuk makan tengahari di kedai Wai Kee (halal, pemilik merupakan generasi ke 24 Cina Muslim tempatan) di CF5 Tingkat 2. Istimewa di sini adalah itik/ayam panggang & kari kambing.
139.00
83.40
10
Beli pelbagai barang di pasar.
20.00
12.00
11
Dari perhentian Tramway Canal Road West 50W ke Pedder Street 70W. Membayar tambang HK$2.30/orang dengan kad Octopus.


12
Menaiki feri Star Ferry dari Jeti Central ke Jeti Tsim Sha Tsui. Tambang dek tingkat bawah HK$2.00/orang dibayar dengan kad Octopus.


13
Belian pelbagai barang menggunakan tunai.
30.00
18.00
14
Belian pelbagai barang menggunakan kad Octopus sebanyak HK$45.


15
Kembali ke penginapan.


16
Singgah di Hung Chinese Restaurant (Halal) di tingkat bawah Chungking Mansion untuk membeli bekalan sarapan.
59.00
35.40
17
Rehat di penginapan.




Jumlah
148.80







Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Bertolak dari penginapan pada jam 6:30 pagi (tiada daftar keluar, cukup tinggalkan kunci di dalam bilik) menuju ke stesen MTR Tsim Sha Shu East.


2
Menaiki MTR dari stesen Tsim Sha Tsui East ke stesen MTR Lo Wu dengan bertukar tren dari West Rail Lane ke East Rail Lane di stesen Hung Hom. Membayar tambang HK$39.30/orang dengan kad Octopus. Sepatutnya kad Octopus ini dipulangkan untuk dapat deposit, tapi kami simpan kerana mungkin boleh guna akan datang. Lagipun kami dah guna sampai tinggal -HK$35 bagi setiap kad, huhuhu!


3
Melaksanakan prosedur imigresen Hong Kong di pintu sempadan Lo Wu, Hong Kong yang berada selepas keluar stesen Lo Wu. Jangan lupa sertakan borang pelepasan dan slip imigresen boleh disimpan sebagai cenderahati.


4
Kemudian melaksanakan prosedur imigresen China di pintu sempadan Louhu Port. Jangan lupa perlu ada visa China yang masih laku dan mengisi borang imigresen terlebih dahulu. Jika tiada borang tersebut, ia terdapat sebelum kaunter imigresen. Setelah prosedur imigresen, akan ada pemeriksaan kastam. Jika tiada barang perlu diisytihar, jalan sahaja laluan hijau. Kira sampai ke bumi China pada pukul 9:00 pagi (waktu China UTC+8).



5
Selesai sahaja prosedur sempadan, kami terus mencari pejabat jualan tiket keretapi kelajuan tinggi CRH dari Shenzhen ke Guangzhou (stesen keretapi & bas Shenzhen adalah sejurus selepas pintu sempadan Louhu Port). Diingatkan, sebaiknya beli di kaunter dan jika sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Cina Mandarin/Kantonis, boleh rujuk catatan Pra Kembara. Harga tiket adalah RMB79.50/orang.
RMB159.00
111.30
6
Kemudian ke kaunter tiket keretapi jarak jauh pula (di sebelah kaunter keretapi Shenzhen - Guangzhou, tetapi lain balai) untuk membeli tiket keretapi laju Guangzhou - Zhuhai). Ia berharga RMB55.00/orang dan perlu tambah RMB5.00/tiket untuk caj belian luar stesen berlepas.
RMB120.00
84.00
7
Membeli kad SIM China Unicom. (satu keputusan yang silap kerana di China tidak boleh menggunakan semua perkhidmatan Facebook (kecuali WhatsApp) dan Google (kecuali browser Chrome)).
RMB80.00
56.00
8
Menaiki MTR Shenzhen dari stesen Louhu ke stesen Windows of the World. Tambang RMB2.00/orang.
RMB4.00
2.80
9
Bergambar di sekitar Windows of the World. Berada di situ dari pukul 11:00 pagi ke 11:30 pagi.


10
Pulang semula stesen MTR Louhu dengan MTR Shenzhen.
RMB4.00
2.80
11
Menaiki keretapi kelajuan tinggi CHR dari Shenzhen ke Guangzhou Dong (atau Timur/East) pada pukul 12:30 tengahari.


12
Sampai di stesen keretapi Guangzhou Dong pada pukul 2:00 petang.


13
Menaiki Metro Guangzhou dari stesen Guangzhou East Train Station ke stesen Haizhu Square dengan dua kali laluan iaitu dari Laluan 1 (Oren) ke Laluan 3 (Kuning) di stesen Tiyu West Road (2 stesen dari Guangzhou East Train Station) kemudian di stesen seterusnya iaitu stesen Dongshankou menukar ke Laluan 6 (Ungu) ke stesen Haizhu Square (4 stesen). Tambang adalah RMB5/orang.
RMB10.00
7.00
14
Sampai di stesen Haizhu Square dan berjalan menuju ke Taisheng Hotel. Membayar RMB130.


15
Rehat sebentar di hotel.


16
Keluar pada pukul 5:30 petang (atau lebih tepat malam kerana Maghrib adalah pada 5:15 malam) ke kawasan membeli-belah Beijing Road yang berdekatan dengan hotel.


17
Menaiki Metro Guangzhou dari stesen Beijing Road ke stesen Liede dengan dua kali laluan iaitu dari Laluan 6 (Ungu)  ke Laluan 1 (Oren) di stesen Dongshankou  (3 stesen dari Beijing Road) kemudian di stesen seterusnya iaitu stesen Yangli menukar ke Laluan 5 (Merah) ke Liede (3 stesen). Tambang adalah RMB4/orang.
RMB8.00
5.60
18
Berjalan kaki ke tebing Sungai Zhujiang berdekatan Liede untuk mengambil gambar Canton Tower dan Jambatan Liede.


19
Pulang ke stesen Metro Guangzhou Beijing Road.
RMB8.00
5.60
20
Makan malam di Mint Leaf Restaurant (Halal) di Beijing Road.

RMB86.00
60.20
21
Berjalan ke pasar basah berdekatan hotel.


22
Pulang ke hotel untuk tidur dan rehat.


23
Pelbagai.
RMB90.00
63.00


Jumlah
398.30

Bil
Butir
RMB
RM
1
Berjalan dari hotel ke One Link International Plaza (kira-kira 1 km) di Changti Road untuk membeli barangan cenderahati.


2
Berjalan ke stesen Metro Guangzhou Haizhu Square ke stesen Yuexiu Park (3 stesen di Laluan 2 (Biru)) untuk ke Masjid Abi Waggas (Saad bin Abi Waqas - sahabat Rasullah SAW) bagi solat Jumaat. Tambang RMB2/orang. (Di sini baru perasan wang RMB saya tinggal sedikit, ketika hendak membeli makanan di bazar Jumaat di kawasan masjid).
RMB4.00
2.80
3
Menaiki Metro Guangzhou dari Yuexiu Park ke stesen Guangzhou Railway Station (kononnya untuk menukar wang dari RM ke RMB tapi tidak berjaya). Tambang RMB2/orang.
RMB4.00
2.80
4
Pulang ke hotel dengan menaiki Metro Guangzhou dari stesen Guangzhou Raiway Station ke Haizhu Square. Tambang RMB3/orang.
RMB6.00
4.20
5
Berehat di hotel.


6
Pelbagai & cenderahati.
RMB150.00
105.00


Jumlah
114.80



Bil
Butir
Matawang Asing
RM
1
Pada pukul 6:30 pagi, saya seorang keluar dari hotel untuk ke melawat sekitar Yuexiu Park. Ke situ dengan menggunakan Metro Guangzhou dari stesen Haizhu Square.
RMB2.00
1.40
2
Melawat Tugu 5 Kambing Gurun & Tugu Dr. Sun Yat Sen di Yuexiu Park.


3
Balik ke hotel setelah 2 jam. Menggunakan Metro Guangzhou dari stesen Memorial Dr. Sun Yat Sen ke Haizhu Square (2 stesen di Laluan 2 (Biru)).
RMB2.00
1.40
4
Keluar kembali berjalan-jalan ke pasar berhampiran dengan hotel dan membeli beberapa barang untuk dibuat sarapan pagi.
RMB15.00
10.50
5
Balik ke hotel untuk bersarapan dan bersiap-siap untuk daftar keluar.


6
Kami daftar keluar pada pukul 10:00 pagi dan pergi ke Stesen Keretapi Guangzhou Nan (Selatan atau South) dengan menggunakan Metro Guangzhou di Laluan 2 (Biru), 10 stesen dari Stesen Haizhu Square. RMB5/orang.
RMB10.00
7.00
7
Sampai di stesen keretapi, menunggu keretapi pula pada pukul 12:20 tengahari.


8
Menaiki keretapi laju dari Guangzhou Nan ke Zhuhai, perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit.


9
Sampai di stesen keretapi Zhuhai, terus ke pintu sempadan Gongbei Port yang berada di sebelah stesen keretapi. Membuat prosedur imigresen keluar China. Orang amat ramai.


10
Membuat prosedur imigresen masuk ke Macau pula di Portas De Cerco di sebelah Macau.


11
Menaiki bas shuttle percuma hotel & kasino Wynn dari Portas De Cerco ke Wynn dan kemudian bertukar bas untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Macau pula.


12
Sampai di MFM, menunggu dan kemudian mendaftar masuk untuk penerbangan pulang ke Malaysia.


13
Menukar sisa HK$ dan RMB kepada MOP$ untuk dihabiskan dengan pelbagai barangan di Circle K, MFM.
MOP$50.00
30.00
14
Melaksanakan prosedur imigresen keluar Macau, dan menunggu untuk masuk penerbangan di ruangan menunggu.


15
Pesawat berlepas pada pukul 7:20 malam  dari MFM dan tiba di klia2 pada pukul 11:15 malam.


16
Kakak ipar & abang biras mengambil kami di klia2. Membawa mereka makan di pekan Salak, Sepang.

40.00
17
Tidur berehat di rumah mereka.


18
Esoknya kami pulang ke rumah dan alhamdulillah selamat sampai. Mengisi minyak skuter apabila hampir sampai ke rumah.

13.00


Jumlah
103.30
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM2,479.70






KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat catatan: 
If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7. 

Jumaat, 6 November 2015

Pra Kembara (Macau, Hong Kong, Shenzhen & Guangzhou, Guangdong, China - 09 hingga 15 November 2015) - Kembara Muara Sungai Mutiara (Pearl River/Zhujiang (珠江).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7.

Pengenalan.

Sejak 16 Mac 2015, AirAsia telah membuat pembayang untuk promosi akan datang bermula pada 23 Mac 2015 (Isnin). Setelah beberapa hari, akhirnya promosi tersebut adalah program setiap 3 bulan iaitu promosi tempat duduk percuma (namun perlu bayar cukai lapangan terbang dan beberapa caj lain). Cuma kali ini agak lambat sikit, kerana kali terakhir promosi ini berlangsung adalah pada pertengahan November 2014 lepas. 


Iklan promosi tempat duduk percuma AirAsia pada 22 Mac 2015.

Namun bagi ahli program kesetiaan AirAsiaBIG, seperti saya, seperti biasa juga sehari sebelum iaitu 22 Mac 2015 iaitu hari Ahad (lebih mudah saya membuat carian di rumah), akan diadakan promosi early bird sebelum promosi sebenar di AirAsia. Saya terlupa untuk berjaga pada pukul 12:00 tengah malam 22 Mac 2015 itu, kerana kepenatan kerana membuat kenduri doa selamat pada hari sebelumnya di rumah saya.

Bangun pagi pada 22 Mac 2015, selepas solat subuh, baru saya teringat promosi ini, lalu melayari laman web AirAsiaBIG. Saya ingin mencari tiket ke Hong Kong, tapi tiada promosi. Tetapi ke Macau terdapat promosi 0 mata. Apa lagi, ligatlah jari jemari ini mencari tarikh yang sesuai.



Itinerari Penerbangan AirAsia.

Akhirnya, saya berjaya menempah tiket perjalanan pergi balik dari klia2 ke Macau pada 09 hingga 14 November 2015 pada harga RM190 sahaja (bayaran cukai lapangan terbang sahaja) bagi 2 orang iaitu untuk saya dan isteri saya. Saya menggunakan mata ganjaran AirAsiaBIG yang ada sebanyak 4800 mata untuk menebus untuk makanan semasa penerbangan kami. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami ke Macau dan Hong Kong. Kami juga merancang untuk ke Shenzen dan Guangzhou, China jika ada masa.


Pada hari yang sama, saya memaklumkan "kejayaan" saya memperolehi tiket penerbangan tersebut di dalam beberapa group Facebook dan WhatsApp. Rupanya, salah seorang rakan maya saya, tuan Zainudin Selamat (FB atau Google+nya), yang mengikuti blog KembaraGD ini, (di mana saya mengenalinya setelah beliau memberikan komen di dalam posting petua membawa kenderaan ke Thailand), telah mengambil contoh itinerari penerbangan saya, dan cuba membelinya, namun beliau tidak dapat harga yang murah kerana sudah kehabisan kuota. Namun beliau sanggup membeli juga dengan tambahan wang. Jadilah kami rakan sepengambara.

(Beliau kemudian mengikut saya dan dua lagi sahabat kembara saya ke kembara pendek ke Yangon, Myanmar pada bulan Ogos 2015).




Di atas adalah peta Delta Sungai Mutiara (Pearl River di dalam Bahasa Inggeris atau Zhujiang (珠江) dalam Bahasa Cina loghat Mandarin  di mana terletaknya Macau, Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou yang akan kami lawati nanti. Macau dan Hong Kong merupakan dua Wilayah Pentadbiran Khas (Special Administration Region (SAR)) negara China yang mana walaupun kedua-duanya merupakan sebahagian daripada negara China, namun kedua-dua wilayah ini mempunyai kuasa autonomi yang agak besar, di mana kedua-duanya mentadbir semua urusan termasuk urusan imigresen tetapi kuasa pertahanan dan hal ehwal luar negara ditadbir oleh kerajaan pusat negara China di Beijing.


Shenzhen dan Guangzhou merupakan dua bandaraya di dalam wilayah Guangdong di mana Guangzhou merupakan ibu kotanya. Guangzhou merupakan bandaraya yang sudah agak lama, sehinggakan ia menjadi tempat persemadian sahabat Rasullah SAW, Saad bin Abi Waqas yang meninggal dunia di sini. Shenzhen pun bandar yang agak muda, di mana pada akhir dekat 1970an, ia masih sebuah kampung tetapi kini, ia menjadi pusat bandaraya yang menempatkan kira-kira lebih 10 juta orang!


Kesemua penduduk di tempat-tempat ini kecuali Shenzhen menggunakan bahasa Cina loghat Kantonis (keluarga loghat Yue) yang merupakan bahasa ibunda bagi wilayah selatan China seperti Guangdong dan Guangxi. Cuma Shenzhen, lingua francanya adalah bahasa Cina loghat Mandarin iaitu bahasa kebangsaan negara China, kerana kebanyakan penduduknya adalah pendatang dari serata pelusuk negara China.



Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di New China Guest House, Kowloon, Hong Kong.

Pada 14 September 2015, saya telah menempah penginapan di Hong Kong melalui laman web Hotels.com di New China Guest House yang terletak di Kowloon atau lebih tepat di kawasan Chungking Mansion, tempat yang strategik dan popular di kalangan backpackers di Hong Kong. Harga semalam adalah lebih kurang RM121, dan saya menempah tiga malam dan setiap malam dua bilik (untuk Pak Din dan isteri), menjadikan jumlah bayaran adalah RM726 (RM121 x 3 malam x 2 bilik).



Passport/Wallet iOS untuk Hotels.com bagi tempahan di Guangzhou Taisheng Hotel, Guangzhou, China.

Selepas itu, saya menempah pula penginapan di Guangzhou di laman web yang sama. Saya memilih hotel Guangzhou Taisheng Hotel, yang agak dekat dengan Jalan Beijing di Guangzhou. Harganya agak murah iaitu RMB* 130 atau RM89 bagi setiap bilik setiap malam, pada masa tersebut. Namun pembayaran adalah di kaunter, pihak Hotels.com tidak mengecaj pada masa tersebut. Jadi jika mengikut kadar pertukaran asing yang diberikan pada masa itu, jumlahnya adalah RM356 (RM89 x 2 malam x 2 bilik). Harap-harap nilai matawang ringgit terhadap RMB tidak jatuh lagilah.

*(RMB (Renminbi) atau Yuan China (CNY atau CN¥ atau ¥) adalah matawang China).



Kad Perniagaan pengurup wang  S&S Multimax Trade Sdn Bhd.

Kaunter pengurup wang pengurup wang  S&S Multimax Trade Sdn Bhd.

Pada 17 September 2015, sewaktu saya berjalan-jalan di Wangsa Walk Mall, saya ternampak sebuah pengurup wang di situ iaitu S&S Multimax Trade Sdn Bhd. Kadarnya lebih kurang, malah terdapat matawang lebih rendah jika dibeli di sini. Cuma tidak banyak saya tukar cuma HK$1100 dan MOP$2100 sahaja di situ.

1(HK$ = Dollar Hong Kong (HKD) adalah matawang Hong Kong).

2(MOP$ = Pataca Macau (MOP) adalah matawang Macau).

Selain itu, saya ada menukar di pengurup-pengurup wang biasa di Masjid India. Saya tidak ke Ampang Park kerana stok wang kecil HK$ (HK$100 ke bawah) tiada di situ pada masa itu. Cuma yang ada stok HK$200 ke atas. MOP$ memang tiada terus. Jadi saya tumpu penukaran di kawasan Masjid India. Di bawah antara dominasi-dominasi HK$, MOP$ dan RMB yang saya dapat semasa tukaran-tukaran wang tersebut.


Untuk pengetahuan, matawang kertas MOP$ ini dikeluarkan oleh dua buah bank perdagangan utama di Macau iaitu Bank of China (BoC) (sebuah bank dari China) dan Banco Nacional Ultramarino (BNU) (sebuah bank dari Portugal yang sudah lama bertapak di Macau), dengan kebenaran dan dilesenkan oleh kerajaan Macau SAR.


MOP$10 (BoC (2008-semasa)) = +- RM6.00


MOP$20 (BoC (2003-lama)) = +- RM12.00



MOP$20 (BoC (2008-semasa)) = +- RM12.00


MOP$20 (BNU (versi 2005 cetakan 2010-semasa)) = +- RM12.00

MOP$100 (BoC (2008-semasa)) = +- RM60.00


Namun saya terkejut melihat nilai MOP$ tidak sama di antara pengurup-pengurup wang. Ada yang menjual MOP$100 pada harga RM45.00, kira murah kalau nak banding harga semasa (secara nominal MOP$ lebih rendah 3% dari HK$, bermakna jika nilai jualan HK$100 oleh peniaga adalah RM56.00, bermakna nilai jualan MOP$ oleh peniaga dalam RM54.50). Namun ada juga yang menjual pada harga RM57.50! Saya dah tercakap nak beli, maka terbelilah saya. 

Saya kira pengurup wang tersebut mark up 6% atas matawang yang sukar diperolehi sebagai mana yang saya lihat pada Lira Turki (TRY atau TL) yang mana biasanya saya lihat kadar berlainan antara pengurup wang, sehingga beza RM1 bagi TL1! Jadi lepas ni saya tukar di Macau sahajalah bagi MOP$. Hendak beli yang jual RM45, stok dah habis pula. Kena beli di Macau sahajalah.

Bagi Hong Kong pula, kerajaan Hong Kong SAR telah menganugerahkan dan melesenkan tiga buah bank perdagangan utama Hong Kong untuk mencetak matawang bagi HK$20, HK$50, HK$100, HK$500 dan HK$1000, iaitu Bank of China (Hong Kong) (BoC (HK)) (anak syarikat BoC di Hong Kong), Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) (sebuah bank antarabangsa berpusat di London, United Kingdom) dan Standard Chartered Bank (SCB) (juga sebuah bank antarabangsa berpusat di London, United Kingdom). Bagi dominasi HK$10 pula, kerajaan Hong Kong SAR melalui Perbendaharaan (Treasury) sendiri mencetak dominasi tersebut.

 HK$ 10 (2007-semasa) = +- RM6.00

 HK$ 20 (HSBC (versi 2003 cetakan 2008-lama)) = +- RM12.00


HK$ 20 (HSBC (versi & cetakan 2010-semasa)) = +- RM12.00


HK$ 50 (HSBC (versi 2003 cetakan 2007-lama)) = +- RM30.00

HK$ 100 (HSBC (versi 2003 cetakan 2006-lama)) = +- RM60.00

HK$ 100 (HSBC versi 2010 cetakan 2014-semasa)) = +- RM60.00

HK$ 100 (BoC (HK)) (versi 2012 cetakan 2014-semasa)) = +- RM60.00



Yuan China (CNY) atau juga dikenali sebagai Renmenbi (RMB) dikeluarkan oleh kerajaan China oleh Bank Rakyat Negara China (People's Bank of China中国人民银行 (Zhongguo Renmin Yinhang (pinyin))) yang merupakan bank pusat negara China.

1 jiao (2008) = +- RM0.07

5 jiao (2013) = +- RM0.35

RMB1 (syiling-2006) = +- RM0.70

 RMB1 (kertas-1999) = +- RM0.70


RMB5 (2005) = +- RM3.50



RMB10 (1999) = +- RM7.00


RMB10 (2005) = +- RM7.00


RMB20 (2005) = +- RM14.00


RMB50 (2005) = +- RM35.00


RMB100 (2005) = +- RM70.00

Beberapa duit-duit syiling dan kertas RMB ini sebenarnya adalah koleksi saya setelah pulang dari Beijing (Mac 2003) dan Shanghai (November 2013 iaitu setelah pulang dari menunaikan haji di tanah suci Makkah dan Madinah) disamping dari pertukaran wang untuk kembara kali ini.

Untuk perjalanan feri dari Macau ke Hong Kong terdapat dua syarikat yang memberikan perkhidmatan iaitu TurboJet dan Cotai Water Jet. Di Macau terdapat dua buah pelabuhan yang boleh dipilih untuk berlepas iaitu Terminal Feri Pelabuhan Luar Macau (Outer Harbour Ferry Teminal) dan Terminal Feri Taipa. Manakala di Hong Kong, terdapat dua pelabuhan iaitu Terminal Feri Hong Kong - Macau di Sheung Wan di bahagian pulau Hong Kong dan Terminal Feri Hong Kong China di Kowloon (sebelah semenanjung tanah besar) selain pelabuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang juga terdapat perkhidmatan dari/ke Macau. Selain itu, saya membaca laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Macau untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan.




Pengesahan Tempahan Feri TurboJet.

Pada 27 September 2015, saya telah menempah tiket feri dari Terminal Feri Pelabuhan Luar Macau ke Terminal Feri Kowloon dengan TurboJet. Ini kerana kami tidak tahu keadaan di sana, risau tidak dapat tiket. Dengan harga HK$153/orang/hala (+- RM87.54 pada 27 September 2015), ia agak berpatutan. Lagipun Terminal Feri Pelabuhan Luar yang terletak di Semenanjung Macau lebih dekat dengan kawasan Senado Square dan Terminal Feri Kowloon lebih dekat dengan penginapan kami di Hong Kong.


Untuk perjalanan keretapi di negeri China pula, yang mana seperti kebiasaan, saya akan melayari laman web The Man In Seat Sixty One (Seat61.com) yang sentiasa menjadi rujukan saya bagi perjalanan keretapi seluruh dunia. Asalnya, saya ingin menempah secara online namun cajnya agak mahal dari US$5 ke US$15 (+- RM20.00 ke RM60.00) per orang per tiket per perjalanan. Agak mahal. Jadi saya bercadang beli di sana.


Saya merangka untuk menaiki keretapi biasa dari Shenzhen ke Guangzhou sebagai pilihan utama, namun jika tidak dapat keretapi tersebut, kami boleh sahaja menaiki laju yang mahal sikit. Walaupun mahal, namun perkhidmatan keretapi laju di China masih murah berbanding negara lain seperti Jepun, Korea atau negara-negara Eropah. Jadi jika teringin menaiki keretapi laju, boleh ke China. Untuk perjalanan dari Guangzhou ke Zhuhai iaitu bandar sempadan dengan Macau, sudah tertentu perkhidmatan keretapi laju China menjadi pilihan kerana Stesen Keretapi Zhuhai Gongbei hanya beberapa minit berjalan kaki ke pintu sempadan China-Macau di Gongbei (China) - Portas de Cerco (Macau). Jadual perjalanan keretapi di China boleh didapati di laman web ChinaTrainGuide.



Borang Pesanan Keretapi China bagi keretapi konvensional.


Borang Pesanan Keretapi China bagi keretapi laju.

Melalui laman Seat61.com, saya mendapat contoh satu borang bagi memesan tiket keretapi di China, kerana saya pernah menghadapi kesukaran untuk membeli tiket semasa percutian saya bersama keluarga ke Shanghai dan Suzhou pada November 2013 lepas, kerana saya hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa Mandarin yang asas sangat, tidak faham jika orang negara China bercakap laju (biasanya) dan berloghat yang pekat.



Sijil Perlindungan International World Traveller Care Takaful eTiQa Takaful.

Pada 07 Oktober 2015, saya telah membeli International World Traveller Care Takaful dari eTiQa Takaful, di mana saya mengambil plan Platinum bagi pasangan (suami isteri) untuk perjalanan 6 hingga 10 hari ke zon 2 iaitu negara-negara Asia yang terpilih (kebanyakan negara Asia termasuk Macau, Hong Kong dan China) berharga RM116.50 sahaja (sebelum saya tolak komisen saya kerana perniagaan saya, HidayahWEALTH, merupakan ejen korporat bagi eTiQa Takaful). Ada pilihan lebih murah iaitu plan Perak yang berharga RM68.50 dan plan Emas berharga RM80.50, tetapi saya memilih plan Platinum kerana perlindungannya lebih baik. Kalau berjalan dengan pasangan atau keluarga, lebih baik ambil pakej pasangan atau keluarga kerana ia lebih murah dengan perlindungan yang sama. Jika anda atau kawan-kawan anda ingin mendapatkan takaful tersebut atau lain-lain takaful, boleh mesej saya melalui Facebook saya atau kaedah-kaedah lain. Ini bagi persediaan jika berlaku apa-apa diluar jangka, sekurang-kurangnya ada "kusyen".


Macau dan Hong Kong tidak memerlukan kita memohon visa untuk memasuki negaranya. Jika melawat ke laman web Pasukan Polis Keselamatan Awam Macau, agensi yang bertanggungjawab terhadap terhadap urusan imigresen Macau, Malaysia antara di dalam senarai negara yang tidak perlu visa sehingga 30 hari bagi setiap kemasukan. Di dalam laman web Jabatan Imigresen Hong Kong SAR, pemegang pasport Malaysia tidak perlu visa sehingga 90 hari bagi setiap kemasukan. Jadi, tidak perlu risau pasal visa, jika ke dua-dua wilayah ini.

Contoh Visa China.

Tetapi untuk memasuki ke negara China, visa adalah diperlukan (maklumat menerusi laman web kerajaan pusat China). Jadi saya ke Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Kuala Lumpur di bangunan Tingkat 5, Hampshire Place, Jalan Mayang Sari off Jalan Ampang/Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 08 Oktober 2015 (Khamis) untuk memohon visa untuk masuk ke negara China untuk kami semua. Proses permohonan agak mudah. Setelah memohon, pulang, dan empat hari bekerja kemudian iaitu pada 13 Oktober 2015 (Selasa), pergi ambil nombor untuk pengambilan pasport di tingkat 6 pula, tunggu nombor dipanggil, buat bayaran dan pasport beserta visa sudah sedia. Untuk tahu lebih lanjut boleh rujuk artikel blog KembaraGD ini mengenai Petua - Permohonan Visa China di Kuala Lumpur.


E-mel saya ke Perwakilan Malaysia.

Saya menghantar e-mel kepada Kedutaan Malaysia di BeijingKonsulat General Malaysia di Guangzhou dan juga kepada Konsulat General Malaysia di Hong Kong untuk memaklumkan kehadiran kami di sana. Saya juga melengkapkan maklumat kami di dalam sistem eKonsular. Semua ini bagi memudahkan pentadbiran pihak kedutaan/konsular dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri Malaysia), jika ada sebarang perkara yang berkaitan, terutama jika berlaku perkara luar jangkaan. Ia juga akan memudahkan kita juga.


Saya ada Google, untuk mengetahui kad SIM prabayar di sana, kerana biasanya kad prabayar ini lebih murah dari penggunaan perayauan antarabangsa (international roaming) oleh syarikat telekomunikasi negara kita, mengikut pengalaman sayalah. Ini penting bukan kerana data sahaja, tetapi untuk mudah bagi kita menghubungi orang lain, terutama jika kita bukan pergi secara solo/berseorangan. Contohnya jika rakan kita sesat, bolehlah dia menghubungi kita. Jadi penggunaan nombor telefon tempatan amat menjimatkan, malah pernah dalam pengalaman saya dalam menggunakan khidmat perayauan antarabangsa, harga panggilan cuma dalam 10 saat (tidak kira memanggil atau menerima), dicaj RM5.00 lebih, membolehkan kita membeli kad SIM prabayar negara itu (kes ini di Thailand).


Jadi di Macau, terdapat 3 syarikat telekomunikasi selular iaitu: CTM, 3 Macau dan SmarTone Macau. Manakala Hong Kong pula terdapat 4 penyedia perkhidmatan iaitu: csl, 3 HK, SmarTone HK dan Chine Mobile (HK). Bagi negara China pula terdapat tiga iaitu China Telecom, China Mobile dan China Unicom. Setiapnya mempunyai syarikat penyedia perkhidmatannya tersendiri. Maklumlah Hong Kong dan Macau, kedua-duanya adalah Wilayah Pentadbiran Khas. Jadi boleh lantik sendiri untuk kegiatan di dalam wilayah masing-masing, walaupun di dalam China juga. Jenuh juga tu nak cari produk yang sesuai.



Laman web i-Sim dan promosi terkini.

Tetapi saya terjumpa link untuk syarikat i-Sim Hong Kong. i-Sim ini yang mana pakejnya lebih murah, sebenarnya percuma pun. Hanya dengan memuat turun aplikasinya di telefon pintar, kemudian di Hong Kong nanti cuma klik sahaja iklan di aplikasi, kita akan boleh mendapat kredit darinya yang boleh digunakan untuk penggunaan suara, sms atau data. Amat berbaloi. Tapi hanya pakai di Hong Kong sahaja untuk suara, sms dan data dan di China untuk suara. Kad SIM ini pun hanya sah 7 hari dari tarikh pengaktifan. Cuma perlu cari (boleh rujuk laman webnya) di tempat pengambilan kad SIM percuma ini.


Kemudian terdapat promosi dari i-Sim dimana dengan menjadi ahli dengan membayar cuma HK$98 (+- RM56) setahun, di mana akan dapat 6 kad SIM percuma dalam setahun dengan pakej data tanpa had di Hong Kong, Macau dan Taiwan, panggilan suara tempatan dan sms tempatan di Hong Kong dan Macau, semua dengan PERCUMA, serta dengan sedikit bayaran untuk Taiwan dan China. Dalam masa promosi juga, untuk 2000 kad pertama, akan dihantar ke rumah atau pejabat tidak kira di Hong Kong atau luar Hong Kong, dengan percuma. Saya pun melanggan perkhidmatan ini. Lagipun sesuai untuk guna ini bersama isteri dan rakan sepengembara. Sekurang-kurangnya sudah boleh dipakai awal-awal lagi di Macau.



Kad SIM i-Sim (HK-TW-MO)

Pada 19 Oktober 2015, saya menerima pos daripada Hong Kong. Bermakna saya telah menerima tiga pek kad SIM i-Sim (HK-TW-MO) daripada i-Sim. Alhamdulillah. Agak cepat juga penghantarannya. Sempat juga saya menerimanya sebelum kami berangkat. Ingatkan tidak sempat. Kad SIMnya pun terdapat dalam bentuk SIM biasa (Mini), SIM Mikro dan SIM Nano.


Pas pelepasan bagi penerbangan AK182 (web).


Pada 26 Oktober 2015, saya pun mendaftar masuk penerbangan secara web di laman web AirAsia untuk penerbangan ke Macau bagi semua kami. Tuan Zainudin pun sudah memberikan itinerari penerbangan kepada saya awal-awal lagi. Jadi daftarkan untuknya dan isterinya sekali.


Pas pelepasan bagi penerbangan AK187 (web).

Kemudian untuk penerbangan pulang ke klia2 pula, saya mendaftar masuk penerbangan secara web bagi semua kami, pada malam 31 Oktober 2015, setelah kepenatan, kerana hampir seharian di sekitar Kuala Lumpur, menjadi peserta kepada pertandingan mencari harta karun (Backpackers' Hunt) sempena program Backpackers' Day anjuran pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).



Sambil-sambil menunggu hari hendak pergi, saya pun membuat beberapa kajian di laman-laman web berkaitan, blog-blog dan memuat turun beberapa aplikasi iPhone di App Store Apple. Antara yang penting adalah aplikasi bahasa Kantonis, feri Macau - Hong Kong, sistem tren MTR Hong Kong dan lain-lain, agar dapat digunakan di sana nanti. 

Alhamdulillah, selesai juga persediaan untuk ke Macau - Hong Kong - Wilayah Guangdong, China ini. Harap-harap tiadalah yang terkurang. Harapannya juga agar perjalanan kami semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

Bersambung ke Hari 1.

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1; 
  • Day 2 Part 1; 
  • Day 2 Part 2; 
  • Day 3; 
  • Day 4; 
  • Day 5; or 
  • Day 6 & 7.