Ahad, 30 Ogos 2015

Itinerari (Yangon, Myanmar - 08 hingga 09 Ogos 2015).

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; or 
  • Day 2. 






08 hingga 09 Ogos 2015 - Yangon & Naypyidaw, Myanmar.
Panduan:
K = Kyat Myanmar (MMK), matawang Myanmar. Secara amnya, kadar tukaran: K1000 = RM4.00 atau K250 = RM1.00.
Bil
Butir
RM
1
AirAsia: tiket dari klia2 ke LTA Yangon, Myanmar (RGN) AK504 (08 Ogos 2015)& dari RGN ke klia2 AK503 (09 Ogos 2015) (RM155) + Makanan (RM48).

203.00
2
Gambar saiz pasport untuk visa Myanmar (diperlukan cuma 2 keping tapi di kedai gambar perlu cetak 4 keping).
16.00
3
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Yangon pada 27 Julai 2015 untuk memaklumkan kehadiran di Myanmar.

4
Daftar masuk penerbangan AK504 melalui applikasi telefon pintar dan cetak semula pas kemasukan melalui web pada 29 Julai 2015.

5
Daftar masuk penerbangan AK503 melalui applikasi telefon pintar dan cetak semula pas kemasukan melalui web pada 29 Julai 2015.

6
Visa Myanmar 28 hari/masuk, kemasukan sekali, sah 3 bulan, (dimohon dan diterima pada 30 Julai 2015). Rujuk Petua - Permohonan Visa Myanmar di Kuala Lumpur.

141.80
7
Hotel.com : The Willow Inn, Yangon, Myanmar 08-09/08/2015. (RM42.29 x 4 = RM169.16), ditempah pada 30 Julai 2015.
42.29


Jumlah
403.09
Bil
Butir
Matawang Asing (K)
RM
1
Bertolak dari rumah ke klia2 pada pukul 04:15 pagi dengan menunggang skuter. Tiba di klia2 pada pukul 5:10 pagi.


2
Bertemu dengan Pak Din, Akmal & Hafiz di Balai Perlepasan. Terus membuat pengesahan dokumen pada pas perlepasan, membuat prosedur imigresen & kastam Malaysia & terus ke seksyen (pier) P. Selepas pemeriksaan keselamatan polis bantuan, bersolat subuh. Usai solat terus ke pintu P13. Berlepas dari klia2 pada jam 07:05 pagi dengan pesawat AK504.



3
Tiba di LTA Yangon pada jam 08:10 pagi waktu Myanmar (UTC +6:30, waktu Malaysia adalah 09:40 pagi). Melakukan prosedur imigresen & kastam Myanmar.



4
Menukar SG$50 kepada K 42 250 dan RM100 kepada K 30 000 di sebuah pengurup wang di LTA Yangon.



5
Kad SIM Ooreedoo Myanmar (pek permulaan K1500) + K4000 (data 500MB (& dapat 500MB bonus)) + kredit K1000.

6,500.00
26.00
6
Berjalan kaki dari LTA Yangon ke simpang di Jalan Pyar (dekat 2 km) untuk ke perhentian bas terdekat.


7
Tambang bas dari simpang LTA Yangon di Jalan Pya ke Sule (pusat bandaraya Yangon).
200.00
0.80
8
Tiba di Sule, singgah di Masjid Sunni Bangla, seterusnya ke Nilar Restaurant.


9
Makan tengahari di Nilar Restaurant.

3,700.00
14.80
10
Solat Zohor/Asar di Masjid Sunni Bangla.


11
Daftar masuk ke The Willow Inn & berehat.



12
Tiket masuk ke Sule Pagoda.

3,000.00
12.00
13
Berjalan-jalan sekitar kawasan Sule terutama di Taman Maha Bandoola.


14
Makan malam di Nilar Restaurant.
2,000.00
8.00
15
Pelbagai.
5,000.00
20.00


Jumlah
81.60






Bil
Butir
Matawang Asing (K)
RM
1
Bangun pagi, berjalan-jalan sekitar bandar Yangon termasuk ke bekan bangunan Secretariat, ke Jalan Strand (jalan tebingan sungai) dan kembali ke hostel.


2
Daftar keluar dari hostel namun meninggalkan beg semenatara di situ.


3
Sarapan pagi di Nilar Restaurant.
2,900.00
11.60
4
Teksi dari Sule ke Shwedagon Pagoda (K2000/4).
500.00
2.00
5
Tiket masuk ke Shwedagon Pagoda.



8,000.00
32.00
6
Teksi dari Shwedagon Pagoda ke Pasar Bogyoke (K2000/4).
500.00
2.00
7
Bersiar-siar di Pasar Bogyoke mencari cenderahati.


8
4 helai T-Shirt.
15,000.00
60.00
9
4 buah magnet peti ais (fridge magnet).
5,000.00
20.00
10
Solat Zohor/Asar di Masjid Cholia Muslim Dargah di seberang jalan dengan Pasar Bogyoke.


11
Pulang ke hostel, membersihkan diri dan keluar dari hotel menuju ke Nilar Restaurant (Akmal & Hafiz), dan gerai tepi jalan (saya & Pak DIn).


12
Makan tengahari capati tepi jalan & teh  susu.
1,500.00
6.00
13
Pelbagai
5,000.00
20.00
14
Teksi dari Sule ke LTA Yangon (6000/4).
1,500.00
6.00
15
Sampai di LTA Yangon, daftar masuk, urusan imigresen & kastam. bertolak dengan pesawat AK503 pada jam 7:45 malam (waktu Myanmar) dan tiba di klia2 pada jam 11:45 malam.



16
Bayaran parkir motorsikal 2 hari di Gateway@klia2.

2.00
17
Bertolak pulang ke rumah.


18
Petrol Motorsikal

11.55


Jumlah
173.15
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM657.84





KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1; or 
  • Day 2. 

Pra Kembara (Yangon, Myanmar - 08 hingga 09 Ogos 2015) - Kembara Ke Myanmar - Bumi Emas.

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2.

Pengenalan.



AirAsia telah membuat promosi harga tiket RM0 yang mana hanya bayar cukai lapangan terbang dan caj-caj wajib sahaja mulai 09 November 2014 selama seminggu bagi penerbangan tahun 2015. Saya sebenarnya ingin mencari penerbangan ke Hong Kong atau Macau, kerana saya memang merancang ke sana, namun tiada tambang murah ke sana mengikut tarikh yang saya merancang hendak pergi.


Namun saya merasakan saya perlu juga beli mana-mana tiket, jadi saya pun membeli tiket ke Yangon, Myanmar, bagi mencapai impian saya untuk pergi ke semua ibu negara ASEAN setelah impian ke semua negara ASEAN tercapai pada bulan Oktober 2014 yang lepas. D Jadi pada 12 November 2014, saya menempah penerbangan pergi balik ke Yangon dengan harga RM155.00 sahaja. Tapi kembara kali ini hanya dua hari sahaja, memang pendek.



Seterusnya saya mewar-warkan rancangan saya di Facebook dan WhatsApp, dan terus mendapat respon daripada Akmal yang merupakan rakan sepengembara pada kembara Kemboja dan Vietnam pada Oktober 2014. Terus dia menempah penerbangan yang sama dengan saya dan membuat pindahan wang bagi berkongsi penginapan. Alhamdulillah, ada juga teman ke sini.


Pada 13 Mac 2015, pihak AirAsia telah menghantar emel, menyatakan bahawa penerbangan kami dilewatkan pelepasannya dari pukul 16:45 (4:45 petang) kepada pukul 19:30 (7:30 malam). Setelah berbincang dengan Akmal, kami tetap dengan masa berkenaan.

Kemudian, pada 22 Mac 2015, Hafiz John sahabat yang bersama semasa kembara ke Johor Bahru & Singapura April lepas, juga mengatakan hendak pergi bersama. Maka dia segera membeli tiket penerbangan yang sama dan membuat pindahan dana ke akaun bank saya untuk tempahan hotel. Jadi bertigalah kami.

Tidak lama kemudian (saya tidak ingat secara tepatnya bila)
, seorang lagi pengikut blog ini, Zainudin Selamat atau lebih dikenali Pak Din, yang mana sebelum ini beliau telah memberikan komitmen untuk mengikut kembara saya bersama isteri saya ke Macau, Hong Kong dan wilayah Guangdong, China pada bulan November 2015 nanti, berminat untuk mengikut serta dan terus membeli tiket yang sama. Jadi akhirnya berempatlah kami mengembara ke Myanmar ini.

Sambil-sambil berpuasa & beraya, saya membuat penyelidikan mengenai destinasi kami ini, rupa-rupanya, saya terpaksa membatalkan untuk singgah di Naypyitaw, kerana perjalanan bas mengambil masa 8 jam, dan jadual bas adalah pada 8:00 pagi dan 12:00 tengahari. Kami pun nanti akan mendarat sekitar jam 8:15 pagi. Rasa tidak sempat hendak kejar bas awal. Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk mengembara di Yangon sahaja.

Pada 30 Ogos 2015, setelah mendapat semua pasport, borang permohonan, dokumen sokongan dan wang bayaran visa dari semua ahli rombangan, saya ke pejabat ejen tunggal visa Myanmar iaitu Ever Fine Services Sdn Bhd, berdekatan dengan stesen LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Cerita lanjut mengenai permohonan visa Myanmar ini boleh diikuti di artikel Petua - Permohonan Visa Myanmar di Kuala Lumpur. Permohonannya mudah dan mengambil masa tidak begitu lama. Saya menghantar permohonan sebelum pukul 11:00 pagi, bermakna saya boleh mengambil pasport bervisa Myanmar yang sudah siap pada petang itu juga.



Pada petang itu, sejurus selepas keluar pejabat setelah habis bertugas, saya terus ke pejabat Ever Fine Services Sdn Bhd untuk mengambil pasport. Waktu mengambil pasport yang bervisa Myanmar sudah siap adalah dari pukul 4:30 ke 5:30 petang. Alhamdulillah sudah siap visa kami, dan bolehlah kami untuk memasuki Myanmar tanpa risau.


Pada hari tersebut juga, saya menempah bilik di sebuah motel di Yangon. Hostel itu bernama The Willow Inn, baru sahaja dibuka. Saya menempah melalui laman web http://www.hotels.com/. Harga pun kira bolehlah, yang penting ia dekat dengan pusat bandaraya Yangon.




Akhirnya semua telah selesai diuruskan. Hanya menunggu hari sahaja untuk mengembara ke Myanmar. Ramai yang risau ke sana, namun kerana itu kami ke sana, untuk melihat kebenarannya...

Bersambung ke Hari 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2.