Sabtu, 28 Mac 2015

Itinerari (Pekanbaru, Indonesia - 29 hingga 30 Mac 2015).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1 Part 1; 
  • Day 1 Part 2; or 
  • Day 2.


Panduan:
Rp = Rupiah Indonesia (IDR), matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp10 000 = RM3.00
Bil
Butir
RM
1
Firefly: Tiket dari Lapangan Terbang Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (LTSSAAS), Subang (Subang Skypark) (SZB) ke LTA Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Indonesia (PKU) FY3409 (29 Mac 2015) & dari PKU ke SZB FY3409 (30 Mac 2015).
198.00
2
Hotel.com : Gaja Hotel, Pekanbaru, Indonesia 29-30/03/2015. (RM91.30 / 2).
45.65
3
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia & Konsulat Malaysia di Pekanbaru pada 20 Mac 2015 untuk memaklumkan kehadiran di Pekanbaru, Indonesia.

4
eTiQa Takaful: International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (29 Mac -02 April 2015).
52.50


Jumlah
296.15






Bil
Butir
Matawang Asing (Rp)
RM
1
Bertolak dari rumah dengan kereta (dihantar isteri) ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (Subang Skypark) (SZB) pada jam 7:45 pagi dan sampai pada jam 8:25 pagi.


2
Bertemu dengan Tuan Saidi dan terus daftar masuk penerbangan FY3409.


3
Sarapan pagi di Circle K Subang Skypark. Sosej keju & roti sosej ayam.

3.90
4
Ke balai berlepas pada jam 9:00 pagi untuk prosedur imigresen Malaysia dan menunggu di situ, seterusnya penerbangan berlepas pada jam 9:50 pagi.



5
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, Indonesia (PKU) pada jam 9:55 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB). Jalani prosedur imigresen Indonesia.


6
Berjalan kira-kira hampir 5 km ke Museum Daerah Riau Sang Nila Utama.


7
Wang sumbangan kepada Museum Daerah Riau Sang Nila Utama (ikut ikhlas).
5,000.00
1.50
8
Tiket BRT TransMetro Pekanbaru (Rp 4000 x 2). Dari Museum ke Pasar Sukaramai (Ramayana).
8,000.00
2.40
9
Berjalan ke Masjid Agung An-Nur. Bersolat di situ.


10
Berjalan menuju ke Gaja Hotel. Mendaftar masuk ke hotel penginapan.


11
Deposit Gaja Hotel (dikembalikan) Rp 150 000 (RM45).


12
Berehat di hotel sambil melihat perlumbaan F1 GP Malaysia.


13
Berjalan kaki ke Pasar Bawah. Kira-kira 3 km.


14
Membeli 3 helai T-Shirt di Pasar Wisata Pasar Bawah (sehelai Rp 35 000, 3 helai Rp 100 000).
100,000.00
30.00
15
Makan nasi lauk asam pedas tongkol, minum jus alpokat dan makanan Tuan Saidi di sebuah rumah makan dekat dengan Pasar Bawah. (Rp 70 000 (RM21.00) Tuan Saidi belanja).


16
Bersiar-siar ke tebing Sungai Siak, tidak jauh dari Pasar Bawah. Ambil gambar Jambatan Sungai Siak 3 dan permandangan sekitar.


17
Berjalan pulang ke hotel. Singgah ke Pasar Buah dan Mal Pekanbaru.


18
Pelbagai
30,000.00
9.00


Jumlah
42.90
Bil
Butir
Rp
RM
1
Sarapan pagi di Gaja Hotel.


2
Daftar keluar pada pukul 8:00 pagi. Minta hotel panggilkan teksi. Wang deposit Rp 150 000 dikembalikan.


3
Teksi Blue Bird dari Gaja Hotel ke PKU (Rp 52 000 (RM15.60) + caj parkir (lalupun kena juga) Rp 3000 (90 sen), saya bagi Rp 56 000 kerana tiada wang tepat. Kira infak.
56,000.00
16.80
4
Daftar masuk penerbangan FY3408.


5
Makan bakso & jus melon (tembikai susu/honey dew) di LTA Syarif Kasim II.
58,000.00
19.40
6
Ke balai berlepas pada jam 9:45 pagi untuk prosedur imigresen Indonesia dan menunggu di situ, seterusnya penerbangan berlepas pada jam 10:20 pagi.


7
Tiba di SZB pada 12:10 tengahari dan menjalani prosedur imigresen Malaysia.


8
Isteri tiba di di SZB pada pukul 12:25 tengahari.


9
Tol PLUS Subang - Jalan Duta.

2.60
10
Makan tengahari (masakan kampung) di Jalan Kuching, KL.

17.00
11
Tol DUKE.

2.00
12
Tiba di rumah pada jam 2:00 petang.




Jumlah
57.80
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
RM396.85





KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.


Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney; 
  • Itinerary (this part); 
  • Day 1 Part 1; 
  • Day 1 Part 2; or 
  • Day 2.

Jumaat, 27 Mac 2015

Pra Kembara (Pekanbaru, Indonesia - 29 hingga 30 Mac 2015) - Rancangan Ziarah Bumi Melayu Indonesia.

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary
  • Day 1 Part 1; 
  • Day 1 Part 2; or 
  • Day 2.

Pengenalan.

Sebenarnya, saya memang teringin berkunjung ke Pekanbaru di wilayah (provinsi) Riau di Indonesia. Dikhabarkan bahawa di situ budayanya dan bahasanya hampir serupa dengan Malaysia atau lebih tepat dengan Johor. Lagipun pada sejarahnya, sememangnya kawasan ini dahulunya sebahagian daripada Kerajaan Kesultanan Johor-Riau. Terdapat juga banyak tinggalan yang mungkin boleh saya ziarahi.




Saya juga teringin untuk menaiki penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTSSAAS), Subang yang juga dikenali sebagai Subang Skypark. Saya hanya pernah berlepas penerbangan domestik sahaja manakala kebanyakan ketibaan adalah juga ketibaan domestik kecuali sekali pada Mac 2014 yang saya tiba dari Batam.




Kebetulan pihak Firefly mengadakan promosi tiket RM99 sehala bagi penerbangan ke dan dari destinasi Indonesia. Lagipun hanya Pekanbaru sahaja destinasi yang belum saya sampai, manakala destinasi Firefly ke Indonesia yang lain pernah saya naiki sama dengan Firefly mahupun syarikat penerbangan lain. Tambahan pula, mulai 01 Mac 2015, cukai lapangan terbang Indonesia dimasukan sekali ke dalam tiket, tidak perlu lagi kena simpan siap-siap wang rupiah untuk pembayaran cukai ini semasa ingin berlepas. 

Oleh itu, pada 27 Februari 2015, saya menempah penerbangan pergi balik ke Pekanbaru bagi tarikh 29 Mac 2015 bagi perjalanan pergi dan keesokannya (30 Mac 2015) bagi penerbangan pulang ke Subang Skypark.


Selepas itu, pada hari yang sama, saya menempah hotel Gaja Hotel Pekanbaru melalui laman web Hotels.com. Agak berpatutan juga hotel ini, saya memilih untuk duduk di sekitar Masjid Agung an-Nur dan Pekanbaru Mall untuk memudahkan saya melawat ke kawasan sekitar tanpa perlu berjalan jauh. Perancangannyalah.




Saya kemudiannya pada 07 Mac 2015 menawarkan melalui beberapa group Facebook untuk sesiapa mengikuti saya bagi kembara ini, agar tidak mengembara keseorangan. Antara yang memberi maklum balas dan bersetuju mengikuti adalah tuan Ahmad Saidi Daud. Malah beliau siap ke bank untuk memasukan wang ke akaun saya kerana syarat saya untuk mengikuti saya perlu membeli tiket kapal terbang sendiri atau berikan wang kepada saya untuk menolong belikan. Alhamdulillah ada kawan juga saya bagi kembara ini. Terdapat juga yang berminat, tetapi oleh kerana tiada tindakan, makan saya anggap mereka tidak mengikuti saya.

Pada 20 Mac 2015, saya menghantar e-mel kepada pihak Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi memaklumkan kehadiran kami di Pekanbaru. Sekurang-kurangnya pihak kedutaan tahu kehadiran kami di sana, agar mereka dapat membuat sebarang tindakan di dalam tugas mereka.


Pada hari yang sama, saya juga mendapat emel daripada Firefly, yang menyatakan penerbangan kami FY3409 akan berlepas lebih awal 5 minit iaitu 9:55 pagi dan akan sampai di Pekanbaru lima minit lambat iaitu 10:05 pagi WIB. Juga, penerbangan pulang, FY3408, akan tiba lewat di Subang pada 12:35 tengahari waktu Malaysia. Saya telah maklumkan kepada tuan Ahmad Saidi Daud, agar beliau dapat mengetahui agar beliau tidak lewat untuk mendaftar masuk nanti.




Kebetulan, rancangan berita Buletin Utama di saluran TV3, memaparkan bingkisan laporan mengenai Pekanbaru ini pada siaran hari Ahadnya (22 Mac 2015). Seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke sana.

Pada hari Jumaat pula (27 Mac 2015), ketika saya pulang dari masjid selepas solat Jumaat, saya terlihat cerita lama Lanchang Kuning lakonan Nordin Ahmad, Latifah Omar dan Roseyatimah pula, yang tersiar di TV3. Adakah ini sekadar kebetulan sahaja? Wallahu a'lam... Semoga ia petanda positif hendaknya. Untuk pengetahuan, bila orang katakan mengenai Riau, akan mengaitkan dengan Lancang Kuning sehingga dipanggil Riau, Bumi Lancang Kuning.



Segala sudah siap dan sedia, jadi menantilah saya untuk hari pemergiannya pada 29 Mac 2015, beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahiran saya (mengikut kalender Masihi/Gregorian (Romawi)).


Bersambung ke Hari 1 Bahagian 1.



Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney (this part); 
  • Itinerary
  • Day 1 Part 1; 
  • Day 1 Part 2; or 
  • Day 2.

Ahad, 8 Mac 2015

Hari 2 (Ipoh, Perak, Malaysia - 28 Februari hingga 01 Mac 2015) - Redah Kasi Pecah Versi Ipoh.

Dari Hari 1.


Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney;
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2 (this part).

Hari 2 - 1 Mac 2015 (Ahad).

Pagi ini saya bangun agak awal juga, dalam pukul 5:30 pagi, menandakan saya hanya tidur 2 1/2 jam sahaja. Tidur saya pun tidak begitu nyenyak. Sementara menunggu subuh, saya melayan telefon bimbit saya untuk melihat Facebook dan WhatsApp. Sambil-sambil itu boleh memuat naik gambar dan mengemas kini status semasa. Azan pun kedengaran, saya solat, setelah usai, saya kejut yang lain untuk solat dan saya sambung tidur kerana kami hanya akan berkumpul jam 9:00 pagi.



Saya bangun kembali pukul 7:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengemas beg saya. Begitu juga rakan sebilik iaiu Nizar, Anwar dan Beerey. Mereka berdua (yang disebut kemudian) masuk bilik lewat sikit iaitu Anwar betul-betul sebelum lawatan ke lorong seni dan Beerey selepas sesi malam iaitu pada 3 pagi. Jam 8:30 pagi, kami mendaftar keluar dan bayaran RM95 diberikan. Saya memberikan RM23 kepada Nizar sebagai bahagian saya.


Sepatutnya kami berkumpul di Chokodok, namun menerusi group WhatsApp yang menjadi komunikasi utama kami, Kak Zam memberitahu, terdapat makanan sedap dan istimewa berdekatan, iaitu mee kari dan mee kicap. Saya yang menggemari makanan ala-ala Cina ini apa lagi, terus mencari Kedai Makan Mat Jasak. Ia terletak di Jalan Dato' Onn Jaafar, namun kedainya tutup. Kak Zam membawa kami ke kedai sebelah iaitu Restoran Haji Yahaya, yang mempunyai hidangan yang sama cuma mungkin tidak setanding Mat Jasak kot. Oleh kerana ramai sudah ke sini, maka Moji menukar tempat berkumpul ke restoran ini.



Sampai di sana, lepas duduk di meja, terus saya ke gerai kecil di dalam restoran ini untuk melihat apa yang menarik. Bagus, kerana mee karinya adalah versi Cina kerana saya tidak menggemari versi Melayu. Menariknya juga, isinya boleh dipilih seperti yong tau foo. Apa lagi saya letak semua yang ada seperti bebola ikan, foocuk, kek ikan dan sebagainya. Biar melimpah ruah. Saya kemudian menunggu ia disiapkan di meja. Rupanya gerak geri saya juga diikuti oleh ahli rombongan lain. Mereka juga memesan makanan di gerai ini. Selain mee kari, terdapat juga mee kicap dan mee sup. Jenis mee yang ada adalah mee kuning dan kuay teow. Harga bagi mee kari saya cuma RM6.00 dengan isi yang banyak. Murah dan puas hati.


Tidak berpuas hati dengan mee kari, melihat orang lain makan mee kicap, saya pun pesan mee kicap dengan isi (lauk pauk) yang lebih kurang sama. Ambil kau, alang-alang makan, biar rasa semua, bukan selalu ke sini. Kan di dalam page Facebook SantapanGD saya, foto covernya menyatakan bahawa bakat saya adalah makan, hehehe. Di sini juga saya duduk di sebelah pendatang baru rombongan, yang mana menjadi viral kerana dia tidak muncul-muncul. Rupanya ada sedikit salah komunikasi dengan Moji. Dia adalah Sara Bashah (gambar bawah, wanita di hadapan sekali). Jadi dia agak pelik sikit lah, kerana semua ahli rombongan pakai baju program warna kuning, dia seorang ja tidak pakai. Borak-boraklah sikit dengan dia.



Setelah selesai sarapan pagi, kami berjalan menuju ke Jalan Horley yang terkenal dengan pasar barangan lama, lebih dikenali sebagai Pasar Karat di dalam bahasa Melayu, Memory Lane dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Cina (Kantonis) Lok Hin atau Lokkin. Di sini memang banyak barang lama di jual, malah banyak yang menarik hati. Cuma saya kawal diri kerana kalau hendak beli, nanti payah hendak bawa balik. Mungkin saya akan kembali dengan cara lebih sesuai. Sekurang-kurangnya ini pendedahan kepada saya mengenai Lok Hin ini. Lama juga kami di sini, lebih kurang 2 1/2 jam juga.



Setelah puas meronda-ronda Lok Hin aka Pasar Karat, kami berjalan pula (mengikut kaki masing-masing) ke Padang Ipoh untuk berkumpul di restoran Cendol Padang Ipoh. Dalam perjalanan dapat tengok Sekolah St Micheal dan juga Masjid India Muslim. Ketika kami tiba di Padang Ipoh, terdapat pertandingan ragbi sedang berjalan.

Sampai di Cendol Padang Ipoh, kami pun memesan minuman. Harga di sini tidaklah murah, hendak kata sedap pun tidak lah sedap. Malah layanan pun seperti tidak profesional. Lain di minta lain yang sampai, meja lain yang pesan, meja lain yang dihantar, malah ada yang dipesan tidak sampai-sampai seperti air sirap bandung saya. Di sini saya minum cendol pulut kacang dan mengambil air botol 1.5 liter. Semua berharga RM5.70. Saya tidak kira air saya yang tidak sampai.


Tiba masa untuk bayar, kebetulan Eggie yang bayar pertama sekali, taukeh restoran itu tidak mahu menerima pembayaran seorang demi seorang tapi mahu bayaran sekali gus ikut pesanan. Menariknya, pesanan itu bukan secara berkomputer atau bersistematik, tapi bertulis sahaja. Jadi dikumpullah bayaran mengikut apa yang diminum. Jumlah yang dikumpul untuk kira-kira dekat 30 orang minum, jika tidak silap dalam lebih kurang sekitar RM130 tetapi apa yang dibilkan adalah RM160 setelah diskaun RM7.00 (bil asal RM167.00). Alasan tidak terima bayaran seorang demi seorang takut keliru dan tidak bagitahu awal-awal. Kasihan Eggie kena bagi duit tambahan yang tidak cukup. Saya memang mengesyaki perkara ini akan berlaku cuma tidak sangka ia teruk sekali. Jelas, minuman yang salah bagi dan tidak sampai pun dikira sekali. Jadi bagi saya, saya tidak akan ke restoran ini lagi, dan memohon sahabat-sahabat semua tidak ke restoran Cendol Padang Ipoh. Tidak berbaloi. 


Kami duduk di Padang Ipoh berdekatan dengan Rumah Kelab DiRaja Ipoh untuk menyambung sesi berkongsi pengalaman dan pendapat. Sambil-sambil berehat. Saya bertemu dengan Eggie, hendak berikan wang agar dapat tampung kerugian dia, Moji terlebih dahulu buat perkara sama. Tapi Eggie memang gentleman tidak terima. Akhirnya semasa kami buat keputusan agar mengutip wang secara beramai-ramai agar Eggie dapat terima.


Semasa kami berehat, azan Zohor berkumandang, kami ada pilihan untuk ke Masjid India Muslim atau ke Masjid Sultan Idris Shah Ke Dua yang juga merupakan Masjid Negeri Perak. Kami ke Masjid Negeri. 


Usai solat, kami kembali dengan aktiviti kami di Padang Ipoh. Di Padang Ipoh ini juga terdapat juga seni lorong yang terletak di tepi dinding kafe OldTown White Coffee.


Pada pukul 4:00 petang, kami bergerak ke Jalan Dato' Maharaja Lela untuk ke Restoran Rasheed untuk makan lewat tengahari, sebagai alas perut sebelum bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Sempat juga saya mengambil gambar matahari yang dilindungi awan petang.


Sampai di Restoran Rasheed, pekerja-pekerjanya seperti tidak bersedia untuk menerima kami. Lauk pauknya seperti sudah habis. Tapi mereka sanggup memasaknya. Tapi kami tidak boleh tunggu lagi, mana yang ada kami habiskan, malah siap ambil sendiri. Tambahan pula, perkhidmatan pekerja di restoran ini agak cepat dan pantas, dan tidak merungut dengan kerenah kami. Harga pun agak murah.


Selesai makan, lebih kurang sejam kami di Restoran Rasheed, kami beransur ke stesen keretapi. Sebenarnya, sejak dari di Padang Ipoh, sedikit demi sedikit ahli rombongan telah beransur, terutama yang dari sekitar Ipoh, yang datang dari utara Semenanjung Malaysia dan juga yang datang dengan mod pengangkutan lain seperti berkenderaan sendiri mahupun menaiki bas ekspres. Jadi mana yang tinggal, bergambar kenangan di kawasan Tugu Birch di Jalan Dato' Sagor. Di sini baru tahu ada lukisan yang dibuang kerana dikatakan menggambarkan imej Nabi Muhammad SAW.



Setelah bergambar, kami segera ke stesen keretapi. Dalam perjalanan, terperasan terdapat program dapur jalanan di mana terdapat sukarelawan akan memasak dan menjamu para gelandangan dan orang kurang bernasib baik di kawasan sebelah Masjid Negeri ini. Satu usaha yang amat baik.



Akhirnya kami sampai di hadapan stesen keretapi. Di situ masih sempat lagi bergambar buat kali terakhir bagi trip kali ini di Ipoh.


Malah dalam stesen pun sempat lagi, huhuhu. Orang memang amat ramai menunggu tren ETS ke KL Sentral. Pada pukul 5:50 petang, pintu ke platform pun dibuka dan kami terus ke koc masing-masing, melambai sahabat-sahabat yang masih bersama untuk menghantar kami. Tepat jam 6:00 petang tren ini pun bergerak meninggalkan Ipoh. Memang IPOH MALI TALAK SOMBONG...


Perjalanan pulang agak sunyi sikit berbanding semasa pergi, kerana hampir semua kami tertidur kepenatan. Saya sendiri tidak sedar bila masa saya tertidur, yang saya ingat sehingga stesen Kampar. Mungkin lepas itu saya tertidur agaknya. Saya terjaga ketika tren melalui (tidak berhenti) stesen Serendah. Terdapat beberapa sahabat-sahabat yang turun di stesen Rawang dan Kepong Sentral. Dalam perjalanan di antara Rawang dan KL Sentral, saya, Nizar, Moji dan Rini duduk lepak di kantin. Sambil-sambil itu menyapa juga petugas-petugas KTM di situ, dapat sikit maklumat, mana tau untuk aktiviti seterusnya.



Akhirnya, tepat jam 8:20 malam, sampailah kami di stesen KL Sentral. Sebelum pulang, sempat juga sahabat-sahabat berkumpul dan kami meminta Moji membuat persembahan permainana yoyo.

Akhirnya isteri saya sampai dan pulanglah saya ke rumah. Singgah sebentar di sebuah masjid untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Sebelum menaiki rumah, sempat saya membeli beberapa cucuk steamboat cucuk untuk makan malam ala kadar.

Sememang trip kali ini amat seronok dan saya dapat mengenali ramai kenalan baru. Harap maaflah jika banyak nama sahabat-sahabat ini saya tidak masukkan, tapi anda semua memang terbaik. Paling utama, terima kasih diucapkan kepada Moji dan group Malaysian Backpackers Club kerana dengan merekalah wujud program ini. Semoga diadakan lagi program yang lebih kurang sama dan juga hubungan ukhuwah ahli-ahli rombongan #MBC_Backpacking101_Ipoh akan terus berkekalan selamanya.



Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...

Jika mahu lihat: 

If want to read in English: 
  • PreJourney;
  • Itinerary; 
  • Day 1; or 
  • Day 2 (this part).