If want to read in English:
- PreJourney (this part);
- Itinerary;
- Day 1 Part 1;
- Day 1 Part 2; or
- Day 2.
Pengenalan.
Sebenarnya, saya memang teringin berkunjung ke Pekanbaru di wilayah (provinsi) Riau di Indonesia. Dikhabarkan bahawa di situ budayanya dan bahasanya hampir serupa dengan Malaysia atau lebih tepat dengan Johor. Lagipun pada sejarahnya, sememangnya kawasan ini dahulunya sebahagian daripada Kerajaan Kesultanan Johor-Riau. Terdapat juga banyak tinggalan yang mungkin boleh saya ziarahi.
Saya juga teringin untuk menaiki penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTSSAAS), Subang yang juga dikenali sebagai Subang Skypark. Saya hanya pernah berlepas penerbangan domestik sahaja manakala kebanyakan ketibaan adalah juga ketibaan domestik kecuali sekali pada Mac 2014 yang saya tiba dari Batam.
Kebetulan pihak Firefly mengadakan promosi tiket RM99 sehala bagi penerbangan ke dan dari destinasi Indonesia. Lagipun hanya Pekanbaru sahaja destinasi yang belum saya sampai, manakala destinasi Firefly ke Indonesia yang lain pernah saya naiki sama dengan Firefly mahupun syarikat penerbangan lain. Tambahan pula, mulai 01 Mac 2015, cukai lapangan terbang Indonesia dimasukan sekali ke dalam tiket, tidak perlu lagi kena simpan siap-siap wang rupiah untuk pembayaran cukai ini semasa ingin berlepas.
Oleh itu, pada 27 Februari 2015, saya menempah penerbangan pergi balik ke Pekanbaru bagi tarikh 29 Mac 2015 bagi perjalanan pergi dan keesokannya (30 Mac 2015) bagi penerbangan pulang ke Subang Skypark.
Selepas itu, pada hari yang sama, saya menempah hotel Gaja Hotel Pekanbaru melalui laman web Hotels.com. Agak berpatutan juga hotel ini, saya memilih untuk duduk di sekitar Masjid Agung an-Nur dan Pekanbaru Mall untuk memudahkan saya melawat ke kawasan sekitar tanpa perlu berjalan jauh. Perancangannyalah.
Saya kemudiannya pada 07 Mac 2015 menawarkan melalui beberapa group Facebook untuk sesiapa mengikuti saya bagi kembara ini, agar tidak mengembara keseorangan. Antara yang memberi maklum balas dan bersetuju mengikuti adalah tuan Ahmad Saidi Daud. Malah beliau siap ke bank untuk memasukan wang ke akaun saya kerana syarat saya untuk mengikuti saya perlu membeli tiket kapal terbang sendiri atau berikan wang kepada saya untuk menolong belikan. Alhamdulillah ada kawan juga saya bagi kembara ini. Terdapat juga yang berminat, tetapi oleh kerana tiada tindakan, makan saya anggap mereka tidak mengikuti saya.
Pada 20 Mac 2015, saya menghantar e-mel kepada pihak Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi memaklumkan kehadiran kami di Pekanbaru. Sekurang-kurangnya pihak kedutaan tahu kehadiran kami di sana, agar mereka dapat membuat sebarang tindakan di dalam tugas mereka.
Pada hari yang sama, saya juga mendapat emel daripada Firefly, yang menyatakan penerbangan kami FY3409 akan berlepas lebih awal 5 minit iaitu 9:55 pagi dan akan sampai di Pekanbaru lima minit lambat iaitu 10:05 pagi WIB. Juga, penerbangan pulang, FY3408, akan tiba lewat di Subang pada 12:35 tengahari waktu Malaysia. Saya telah maklumkan kepada tuan Ahmad Saidi Daud, agar beliau dapat mengetahui agar beliau tidak lewat untuk mendaftar masuk nanti.
Kebetulan, rancangan berita Buletin Utama di saluran TV3, memaparkan bingkisan laporan mengenai Pekanbaru ini pada siaran hari Ahadnya (22 Mac 2015). Seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke sana.
Sebenarnya, saya memang teringin berkunjung ke Pekanbaru di wilayah (provinsi) Riau di Indonesia. Dikhabarkan bahawa di situ budayanya dan bahasanya hampir serupa dengan Malaysia atau lebih tepat dengan Johor. Lagipun pada sejarahnya, sememangnya kawasan ini dahulunya sebahagian daripada Kerajaan Kesultanan Johor-Riau. Terdapat juga banyak tinggalan yang mungkin boleh saya ziarahi.
Saya juga teringin untuk menaiki penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTSSAAS), Subang yang juga dikenali sebagai Subang Skypark. Saya hanya pernah berlepas penerbangan domestik sahaja manakala kebanyakan ketibaan adalah juga ketibaan domestik kecuali sekali pada Mac 2014 yang saya tiba dari Batam.
Oleh itu, pada 27 Februari 2015, saya menempah penerbangan pergi balik ke Pekanbaru bagi tarikh 29 Mac 2015 bagi perjalanan pergi dan keesokannya (30 Mac 2015) bagi penerbangan pulang ke Subang Skypark.
Selepas itu, pada hari yang sama, saya menempah hotel Gaja Hotel Pekanbaru melalui laman web Hotels.com. Agak berpatutan juga hotel ini, saya memilih untuk duduk di sekitar Masjid Agung an-Nur dan Pekanbaru Mall untuk memudahkan saya melawat ke kawasan sekitar tanpa perlu berjalan jauh. Perancangannyalah.
Saya kemudiannya pada 07 Mac 2015 menawarkan melalui beberapa group Facebook untuk sesiapa mengikuti saya bagi kembara ini, agar tidak mengembara keseorangan. Antara yang memberi maklum balas dan bersetuju mengikuti adalah tuan Ahmad Saidi Daud. Malah beliau siap ke bank untuk memasukan wang ke akaun saya kerana syarat saya untuk mengikuti saya perlu membeli tiket kapal terbang sendiri atau berikan wang kepada saya untuk menolong belikan. Alhamdulillah ada kawan juga saya bagi kembara ini. Terdapat juga yang berminat, tetapi oleh kerana tiada tindakan, makan saya anggap mereka tidak mengikuti saya.
Pada 20 Mac 2015, saya menghantar e-mel kepada pihak Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi memaklumkan kehadiran kami di Pekanbaru. Sekurang-kurangnya pihak kedutaan tahu kehadiran kami di sana, agar mereka dapat membuat sebarang tindakan di dalam tugas mereka.
Pada hari yang sama, saya juga mendapat emel daripada Firefly, yang menyatakan penerbangan kami FY3409 akan berlepas lebih awal 5 minit iaitu 9:55 pagi dan akan sampai di Pekanbaru lima minit lambat iaitu 10:05 pagi WIB. Juga, penerbangan pulang, FY3408, akan tiba lewat di Subang pada 12:35 tengahari waktu Malaysia. Saya telah maklumkan kepada tuan Ahmad Saidi Daud, agar beliau dapat mengetahui agar beliau tidak lewat untuk mendaftar masuk nanti.
Kebetulan, rancangan berita Buletin Utama di saluran TV3, memaparkan bingkisan laporan mengenai Pekanbaru ini pada siaran hari Ahadnya (22 Mac 2015). Seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke sana.
Pada hari Jumaat pula (27 Mac 2015), ketika saya pulang dari masjid selepas solat Jumaat, saya terlihat cerita lama Lanchang Kuning lakonan Nordin Ahmad, Latifah Omar dan Roseyatimah pula, yang tersiar di TV3. Adakah ini sekadar kebetulan sahaja? Wallahu a'lam... Semoga ia petanda positif hendaknya. Untuk pengetahuan, bila orang katakan mengenai Riau, akan mengaitkan dengan Lancang Kuning sehingga dipanggil Riau, Bumi Lancang Kuning.
Segala sudah siap dan sedia, jadi menantilah saya untuk hari pemergiannya pada 29 Mac 2015, beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahiran saya (mengikut kalender Masihi/Gregorian (Romawi)).
Bersambung ke Hari 1 Bahagian 1.
Segala sudah siap dan sedia, jadi menantilah saya untuk hari pemergiannya pada 29 Mac 2015, beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahiran saya (mengikut kalender Masihi/Gregorian (Romawi)).
Bersambung ke Hari 1 Bahagian 1.
If want to read in English:
- PreJourney (this part);
- Itinerary;
- Day 1 Part 1;
- Day 1 Part 2; or
- Day 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan