Jika mahu lihat:
If want to read in English:
26/02/2014 (Rabu)
If want to read in English:
- Day 1 (this part),
- Day 2,
- Day 3 or
- Itinerary.
26/02/2014 (Rabu)
Hari ini, ketika sedang melihat News Feed Facebook saya, terbaca pula posting oleh Pak Nasir (id Facebook: Mdnasir Ahmad), salah seorang jurulatih sebuah agensi latihan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, di mana saya pernah berkhidmat satu ketika dahulu, mengatakan beliau akan berkembara lagi ke beberapa daerah di Sumatera mulai 01/03/2014.
Sebenarnya perkara ini sudah lama beliau utarakan mengenai kembara ini. Saya pun amat berminat untuk mengikutinya. Asalnya beliau merancang untuk melaksanakan pada bulan Mei atau Jun, namun diawalkan, kerana beliau merancang akan mengadakan kembara berbasikal 1Malaysia, mengelilingi Semenanjung Malaysia (yang kembara basikal ini saya tak dapat nak ikut, satu, kerana tiada basikal (bukan alasan sebenarnya), dua, kecederaan kaki akibat kemalangan motosikal 2 tahun lepas (eh, kelmarin (25 Februari) ulangtahun kedua la), masih terasa di bawah lutut, kalau melaksanakan tugas berat seperti mengayuh, akan terasa sakitnya. Jadi, sebab itu beliau mengawalkan kembaranya. Setelah mengetahui beliau hendak mengawalkan kembaranya dan cuti saya pula tak lah banyak (pasal masih awal tahun), maka saya dengan berat hati untuk tidak menyertai beliau.
Namun hari ini tergerak hati pula hendak mengikuti beliau, walaupun sekadar ke Pulau Karimun. Maklumlah, ni pertama kali ke provinsi (macam negeri la kalau di Malaysia) Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia. Sudah lama tak ke Indonesia, itu pun dah 12 tahun lepas semasa bertugas di anak syarikat sebuah syarikat oil & gas milik pemerintah (kerajaan) Indonesia (pasal kalau di belakang nama syarikat tu ada Persero, bermakna syarikat pemerintah lah tu). Herannya dulu semasa bertugas di Johor Bahru (JB), tidak pula saya ke Kepri, walau dah dekat. Bila kenang balik rugi la pula, huhuhu... Barang yang lepas janganlah dikenang...
Dahulu sebelum tahun 2004, Kepri ini merupakan sebahagian dari Provinsi Riau di Sumatera, tetapi pada tahun tersebut berpisah. Jadi jika mahu tahu lebih lanjut, boleh rujuk Wikipedia mengenai Provinsi Kepulauan Riau atau Google sahaja untuk maklumat lanjut. Di bawah ini adalah beberapa peta berkaitan dengan kembara ini untuk rujukan...
Memandangkan bila tengok jadual, hujung minggu ini macam saya tiada buat apa, terus saya bagi komen di dalam posting Pak Nasir yang saya nak ikut beliau tapi sampai Karimun sahaja. Dari Karimun, saya beritahu Pak Nasir bahawa saya akan pulang sendiri melalui Singapura dan Johor Bahru terus ke KL. Dia respon, dia setuju dan menyuruh saya tunggu di Kukup, Pontian, Johor di mana terdapatnya Jeti Antarabangsa untuk feri ke Pulau Karimun. Terus saya tempah tiket bas ke Pontian untuk perjalanan malam di laman web Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan (BTS) di TBS eTicketing. Huh, ada pula perkhidmatan jam 23:30 (11:30 malam), apa lagi ambil bas tu la. Pasal biasanya bas akan mengambil masa 6 jam, tapi kalau malam mahu lagi laju! (Pasal masa bertugas di JB dulu kalau naik bas ke KL waktu siang mahu 5 1/2 jam tapi bila naik waktu malam, 3 jam dah sampai!!!). Jadi rasa insya Allah sempat lah sampai. Terus tempah & cetak eTiket dulu, lepas tu nanti kena bawa untuk ditukar kepada tiket sebenar di TBS nanti. Senang sungguh sekarang ni.
Macam tak sabar pula nak tunggu malam Sabtu nanti untuk ke Pontian... PONTIAN!!! KAU TUNGGU AKU!!!
Hendak cerita pasal Pulau Karimun dengan Kepri (orang Indonesia suka pendekkan istilah macam Jawa Barat jadi Jabar, Narkotik dan Obatan Berbahaya dipanggil Narkoba (kita kata dadah sahaja), dan dalam kes ini adalah Kepulauan Riau), tak banyak yang tau pasal tak pernah pergi... Rasa rugi pula, pasal dulu kerja di Johor Bahru (JB), dah dekat dah, tapi tak pergi... Amat rugi... Apa yang tahu, orang Kepri ini cara cakap dia macam orang Malaysia (terutama orang Selangor, Melaka & Johor) cakap. Bagi yang memang asal Kepri la, bukan yang emigrasi (berpindah masuk) ke Kepri ni. Tak silap, arwah datuk sebelah ibu saya (orang Johor) kata saya ada saudara di belah-belah sini... Wallahu a'lam...

Sebelum ni dah tukar duit Indonesia (Rupiah atau singkatanya Rp) di pengurup wang member, Zul Khan di Akbar Money Changer Sdn Bhd di Jalan Melaka (depan Bank Muamalat)... Asalnya untuk kembara ke Batam minggu depannya. Tapi dah ada peluang nak ke Karimun ni, guna dulu lah duit ni. Tukar sebanyak RM300 dapat Rp 1 047 000... Jutawan gue!!! Ni antara gambarajah duit-duit Rupiah yang dapat.
Nota Rp 1000 = +- 30 sen Malaysia
Nota Rp 5000 = +- RM1.50
Nota Rp 10 000 (versi tahun 2012) = +- RM3.00
Nota Rp 50 000 (versi tahun 2005) = +- RM15.00
Nota Rp 100 000 (versi tahun 2004) = +- RM30.00
Nota Rp 100 000 (versi tahun 2013) = +- RM30.00
Sambil-sambil tu bawa juga duit SIngapura yang memang ada dalam simpanan (simpan dari duit yang dah tukar dulu tambah duit-duit raya anak-anak (sendiri jadi pengurup wang, ambil duit Singapura ganti duit Malaysia untuk masuk dalam akaun Tabung Haji anak-anak). Kerana perancangan saya, apabila pulang dari Karimun nanti, balik melalui Terminal Bas Larkin, JB melalui Singapura. Disebabkan kekerapan bas ke KL lebih banyak di sana berbanding di Pontian.
5 cent Singapura = +- 13 sen Malaysia
10 cent Singapura = +- 26 sen Malaysia
20 cent Singapura = +- 52 sen Malaysia
50 cent Singapura = +- RM 1.30
SG$ 1.00 = +- RM 2.60
SG$ 2.00 (lama (kertas) masih guna) = +- RM 5.20
SG$ 2.00 (baru (polimer)) = +- RM 5.20
SG$ 5.00 (lama (kertas) masih guna) = +- RM 13.00
SG$ 5.00 (baru (polimer)) = +- RM 13.00
SG$ 10.00 (lama (kertas) masih guna) = +- RM 26.00
SG$ 10.00 (baru (polimer)) = +- RM 26.00
SG$ 50.00 (kertas) = +- RM 130.00
Selepas buat temu janji dengan Pak Nasir dan disahkan, maka selama 2 malam saya rasa tak sabar untuk mengembara buat kali ini...
28/02/2014 (Jumaat)
Hari yang dinanti telah tiba... Selepas pulang kerja, sambil-sambil buat kerja lain, sambil-sambil kemas beg Dueler Futura 28 liter yang menjadi teman mengembara selama 2 tahun... Tahan beg ni... Ye lah pasal nak bergerak dari rumah ke TBS nanti pukul 22:30 (10:30 malam) pasal bas pukul 22:30 (11:30 malam).
Tepat jam 22:30 (10:30 malam), selepas saya bersolat Isyak, bersalaman & mohon maaf daripada mak & keluarga, maka bergeraklah motorsikal ke TBS. Walaupun dah nak masuk lewat malam, tetapi kereta di DUKE & MRR2 agak banyak juga. Mungkin kerana malam ini adalah malam Sabtu, ramai nak pulang ke rumah atau ke kampung masing-masing.
Sampai je di TBS, terus naik parking tingkat 4, alhamdulillah ada juga parking. Tak perlu naik ke tingkat 5. Alhamdulillah parking di sini berbumbung. Boleh la berlindung dari berpanas sekarang ni (masa ini dah beberapa hari KL tak hujan). Parking pun free... Alhamdulillah...

(Maklumat terkini - 11 Julai 2014)
Agak tidak adil jika saya tidak meletakkan kadar parkir kereta, manalah tahu jika ada sesiapa yang mahu memakir kereta di sini. Kadarnya adalah RM3.00 per kemasukan per hari. Bermaksud, setiap kemasukan adalah RM3.00, jika anda masuk satu hari 3 kali maka RM3.00 darab 3 sama dengan RM9.00 sahaja. Jika anda parkir kereta sekali masuk tetapi memarkir tiga hari contohnya, pengiraannya adalah RM3.00 darab 3 hari (walaupun hanya sekali masuk) sama dengan RM9.00 sahaja juga.
Kemudian terus ke tingkat 3 untuk tukar eTiket kepada tiket sebenar di kaunter khas. Tiket sebenar macam di bawah ni.
Memandangkan semasa sampai di TBS tadi baru pukul 23:00 (11:00 malam) maka berpusing dulu sekeliling, ambil gambar dan beli sedikit gula-gula Mentos pudina untuk elak mabuk (jika) atau rasa nak makan. TBS, memang hebat, terminal bas semacam lapangan terbang.
(Maklumat terkini pada 11 Julai 2014)
Kini anda boleh membuat penukaran matawang asing di TBS ini kerana sebuah pengurup wang francaisi Merchantrade iaitu Sumber Jalur Sdn Bhd telah dibuka di lot 17, tingkat 4 (setingkat dengan medan selera, tetapi berlawan dengannya, kiranya atas kaunter tiket TBS). Kadar tukaran (saya ambil kadar jualan iaitu jika kita hendak beli matawang itu) agak kompetitif, lebih kurang kadar di Masjid India atau Ampang Park, iaitu US$1.00 = RM3.21 dan ฿100 = RM10.20 (kadar pada 11 Julai 2014).
Juga anda boleh untuk ke klia2 melalui terminal TBS ini selain di KL Sentral. Dengan hanya RM10.00 sahaja, perkhidmatan bas Jetbus akan berangkat dari TBS setiap jam dari pukul 0300 (3:00 pagi) hingga 2300 (11:00 malam) setiap hari.
Ok untuk log perjalanan keesokan harinya, insya Allah akan bersambung ke Hari 2.
Atau ingin melihat:
If want to read in English:
- Day 1 (this part),
- Day 2,
- Day 3 or
- Itinerary.