Ahad, 5 Mac 2017

Itinerari (Hanoi & Ha Long, Vietnam - 23 hingga 26 Februari 2017).

Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 

  • PreJourney;
  • Itinerary (this part);
  • Day 1;
  • Day 2;
  • Day 3;
  • Day 4;
  • Travel Guide - Hanoi; or
  • Travel Guide - Ha Long.

Gambar saya di Dataran Makam Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam.

Panduan:
₫ = Dong Vietnam (VND), matawang Vietnam. Secara amnya, kadar tukaran: VND10 000 = RM2.00 atau RM1.00 = VND 5000.
Waktu tempatan Vietnam adalah UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8).
Bil
Butir
RM
1
Air Asia: (22 Ogos 2016) menempah tiket dari klia 2 ke LTA Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN) AK 516 (23 Februari 2017), dari HAN ke klia2 AK 517 (26 Februari 2017), makanan (RM40.00) dan bas shuttle (RM17.80)  (RM581.84 keseluruhan menjadi RM290.92/orang).
348.72
2
Hotels.com: (19 September 2016): penginapan 3 buah katil di Camel City Hotel, Hanoi, Vietnam pada 25 hingga 26 Februari 2017 berharga RM136.04). (Menebus Hotels.com Rewards sebanyak RM117.79 menjadi baki RM18.25 (RM6.09/orang)).
6.09
3
Hotels.com: (20 September 2016): penginapan 3 buah katil di Atrium Hanoi Hotel, Hanoi, Vietnam pada 23 hingga 24 Februari 2017 berharga RM119.91). (Pecahan bayaran untuk seorang menjadi RM39.97).
39.97
4
eTiQa Takaful: (25 September 2017) membeli International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2 (Negara Asia) selama 5 hari (23 hingga 27 Februari 2017).
52.20
5
Hotels.com: (13 Oktober 2016): penginapan 2 buah katil double di Starlight Hotel, Ha Long, Vietnam pada 24 hingga 25 Februari 2017 berharga RM95.56). (Menebus Hotels.com Rewards sebanyak RM59.20 menjadi baki RM30.45 (RM10.15/orang)).
10.15
6
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Hanoi,  pada 13 Februari 2017 untuk memaklumkan kehadiran di Vietnam. Juga mengisi borang di sistem e-Konsular untuk tujuan yang sama.

7
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK 516 & AK 517 melalui web pada 18 Februari 2017.



Jumlah
RM457.13
Bil
Butir
Matawang Asing (₫)
RM
1
Bertolak dari rumah pada pukul 3:30 pagi dan sampai di KL Sentral pada pukul 3:50 pagi. Bertemu dengan abang Zul dan kami menaiki bas shuttle SkyBus ke klia2 pada pukul 4:00 pagi. Tiba di klia2 pada pukul 5:00 pagi. Menunggu abang Din dan apabila kami bertemu pada pukul 5:15 pagi, kami terus masuk ke airside, melakukan prosedur imigresen dan kastam dan terus ke pintu pelepasan Q3 untuk menaiki pesawat 9M-  bagi penerbangan AirAsia AK 516. Pesawat ini kemudian meninggalkan terminal pada pukul 6:05 pagi dan berlepas meninggalkan klia2 15 minit kemudian. Saya bersolat Subuh di atas tempat duduk pesawat.


2
Setelah tiga jam di dalam pesawat, akhirnya pesawat yang membawa kami ke Hanoi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, Vietnam (HAN) pada pukul 8:30 pagi waktu Vietnam (selepas ini dinyatakan adalah waktu Vietnam). Setelah itu, terus melaksanakan urusan imigresen masuk Vietnam dan terus ke balai ketibaan Terminal Antarabangsa HAN. Kami terus keluar dan berjalan kaki kira-kira 1 km ke stesen bas Terminal Domestik HAN.


3
Menaiki bas henti-henti bernombor 17 untuk ke Stesen Bas Long Bien. Tiba di Stesen Bas Long Bien dalam pukul 10:15 pagi.
9,000.00
1.80
4
Berjalan kaki dari Stesen Bas Long Bien ke Atrium Hotel Hanoi. Tidak dapat mendaftar masuk kerana ia hanya boleh mendaftar masuk pada pukul 2:00 petang. Kami tinggalkan beg di hotel.


5
Berjalan kaki di sekitar kawasan Old Quarter dan sampai di sekitar Tasik Hoan Kiem. Singgah di pejabat VNPT (Vietnam Post & Telecom) di dalam bangunan Pejabat Pos Hanoi untuk membeli kad SIM prabayar Vinaphone. Setiap kami membeli kad SIM data 5 GB sah 30 hari.
150,000.00
30.00
6
Kembali bersiar-siar di kawasan sekitar dan kemudian ke Restoran Nisa untuk makan tengahari namun ia telah ditutup terus. Kami ke Restoran Tandoor yang tidak jauh dari situ sebagai ganti. Saya makan nasi baryani kambing dan minum the bunga teratai.
190,000.00
38.00
7
Setelah makan, kami menaiki kereta Uber untuk ke Dataran Makam Ho Chi Minh dengan tambang 26 000₫ ((+- RM5.20) tambang kemudian dibahagi tiga). Tiba pada pukul 2:15 petang setelah 20 minit (lambat sikit kerana kesesakan lalu lintas).
9,000.00
1.80
8
Berada di Dataran Makam Ho Chi Minh kira-kira 20 minit. Makam Ho Chi Minh telah ditutup pamerannya, kami juga tidak masuk ke kawasan bekas rumah presiden di sebelahnya (tiket masuk 40 000₫ (+- RM8.00)). Kami berjalan kaki dalam 2 km menuju ke Tugu Peringatan John McCain. Dalam perjalanan, terdapat juga Tokong Quan Thanh (tiket masuk 30 000 ₫ (+- RM6.00)) tapi kami tidak masuk. Setelah beberapa minit Tugu Peringatan John McCain dan menikmati permandangan Tasik Ho Tay, kami ke Pagoda Tran Quoc yang tidak berapa jauh dari situ. Tidak lama di situ, kami pun mengambil kereta Uber dengan tambang 27 000₫ ((+- RM5.40) tambang kemudian dibahagi tiga) untuk kembali ke Atrium Hotel Hanoi untuk mendaftar masuk dan kemudian berehat dalam 3 jam setengah.
9,000.00
1.80
9
Pada pukul 6:30 malam (setelah selesai Maghrib yang masuk pada pukul 5:55 petang), kami pun berjalan-jalan malam di sekitar kawasan Old Quarter ini. Saya membeli beberapa cenderahati (2 keping magnet peti ais @ 30 000₫/keping (mahal, boleh dapat pada harga 20 000₫/keping untuk bentuk yang sama di pasar malam Don Xuan (Old Quarter) (setiap malam minggu), 2 helai penutup hidung @ 30 000₫/helai (juga mahal, kemudiannya saya terjumpa ada kedai menjual 10 000₫/helai yang saya belilagi di situ pada hari akhir nanti) dan 2 buku roti @ 10 000₫/buku.
140,000.00
28.00
10
Pulang ke hotel, berehat dan tidur.


11
Pelbagai.
50,000.00
10.00

Jumlah
557,000.00 ₫
RM111.40
Bil
Butir
RM
1
Bangun awal pada pukul 4:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengemas beg. Subuh masuk pada pukul 5:25 pagi dan kami pun daftar keluar dari hotel pada pukul 6:00 petang dan tidak bersarapan kerana ia hanya disediakan pada pukul 7:30 pagi. Kami berjalan kaki dan pergi ke perhentian bas lebih dekat untuk menaiki bas ke Stesen Bas Gia Lam. Terdapat banyak bas ke sana seperti nombor 3, 34 dan banyak lagi, jadi kami ambil yang mana sampai dahulu (boleh berpandu kepada aplikasi Google Maps untuk mengetahui nombor bas ke destinasi di Hanoi ini), iaitu nombor 34.
7,000.00
1.40
2
Dalam masa 15 minit, sampailah kami di Stesen Bas Gia Lam, saya terus ke kaunter untuk membeli tiket ke Ha Long. Perhatikan destinasi Ha Long atau Bai Chay untuk ke Teluk Ha Long (Ha Long Bay). Bas berjalan pada pukul 7:00 pagi namun memang mereka akan mencari penumpang di sepanjang jalan. Bas ini berhenti di restoran Nha Hang 559 di dalam bandar Hai Duong (di tepi lebuhraya ke Hai Phong sebenarnya) pada pukul 9:00 pagi.
180,000.00
36.00
3
Perjalanan diteruskan dan sampai ke simpang ke Bai Chay, Ha Long (di seberang Stesen Bas Ha Long) pada pukul 12:00 tengahari. Kami menaiki teksi dengan menggunakan meter ke Starlight Hotel Ha Long (kira-kira 6 km dengan tambang 72 000₫ dengan kemudian tambah dibahagi 3 (jika tidak menggunakan meter, harganya adalah 100 000₫ (+- RM20.00)).
24,000.00
4.80
4
Kami dapat daftar masuk awal di hotel. Pihak hotel juga menjual tiket bas (bas catar/bas pelancong) kembali ke Hanoi dan kami membelinya di situ.
150,000.00
30.00
5
Kami berjalan-jalan (mencari cara untuk ke Jeti Tuan Chao sebenarnya, namun menaiki teksi atau Uber agak mahal) sekitar bandar Bai Chay dan kemudian pergi ke setiap pejabat agensi pelancongan untuk melihat pakej melawat ke Teluk Ha Long. Malangnya kami agak lambat sikit kerana trip petang(12:30) baru sahaja meninggalkan kami (kami berada pada pukul 1:00 petang). Jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil pakej lawatan 4 jam pada keesokan paginya dan mereka juga akan menguruskan pengangkutan ke Tuan Chao dan juga Hanoi kerana syarikat yang sama. (Rupanya pakej ini bukan pergi semua, padanlah murah, akan saya kongsikan pada catatan Hari 3 di bawah).
330,000.00
66.00
6
Kami juga menyewa 2 buah motorsikal separuh hari ((dari pukul 2:00 petang ke 9:00 malam) sebanyak 90 000₫/buah. Jumlah keseluruhannya kami kongsi tiga), untuk berjalan-jalan di sekitar Ha Long. Kami dibawa ke kedai motorsikalnya untuk mengambil motorsikal terbabit.
60,000.00
12.00
7
Memandangkan minyak di dalam tangki motorsikal hampir kosong, maka saya mengisinya dalam 2 liter lebih (harga seliter petrol RON 92 adalah 18 090₫) di stesen minyal Petromex yang terdekat bagi membolehkan kami berjalan.
40,000.00
8.00
8
Kami pun bersiar-siar hampir 4 jam dari pukul 3.00 petang (kerana kami pulang dahulu ke hotel untuk beberapa perkara) termasuk ke Ho Gai (bahagian timur Ha Long).


9
Pulang ke Bai Chai kerana hari semakin gelap dan cuaca semakin sejuk berangin (14oC). Makan makanan laut (ikan dan kerang bakar) di sebuah restoran di Bai Chay, tidak jauh dari hotel. (Bil (620 000₫) dibahagi tiga).
210,000.00
42.00
10
Pulang ke hotel,dan saya berehat dan tertidur. Abang Din dan Abang Zul memulangkan motorsikal di tempat kami mengambil motorsikal setelah saya tertidur.



Jumlah
1,001,000.00 ₫
RM200.20
Bil
Butir
RM
1
Kami bangun awal dan memandangkan hotel ini tidak menghidangkan sarapan,setelah subuh, pada pukul 6:30 pagi, kami pun pergi ke kafe berdekatan untuk minum kopi Vietnam yang pekat dan manis di cecah dengan roti yang abang Din beli semalam. Saya belanja semua.
60,000.00
12.00
2
Kami daftar keluar hotel pada pukul 7:15 pagi dan menaiki bas ke Jeti Tuan Chao. Di situ kami diberikan tiket dan menaiki feri yang disediakan. Kami singgah di Gua Tien Cung, Perkampungan Air Pha Hang dan melihat permandangan Teluk Ha Long dan sebahagian daripada 1900 lebih buah pulaunya termasuk Pulau Anjing Menyalak, Pulau Setanggi dan Pulau Ayam Berlaga (lambang bandar Ha Long). Cuma di Perkampungan Air Pha Hang, saya dan abang Zul tidak turun kerana tidak mengambil pakej menaiki bot tradisi atau kayak yang mana diambil oleh abang Din yang menambah 120 000₫ (+- RM 24.00).


3
Setelah selesai pada pukul 12:00 tengahari, maka kami pun menunggu bas ke Hanoi dan menaiki bas ke Hanoi setengah jam kemudian. Kami berhenti rehat di sebuah restoran di pekan Sao Do pada pukul 2:30 petang. Kami kemudian meneruskan perjalanan dan sampai di Camel City Hotel Hanoi pada pukul 5:15 petang dan daftar masuk. Kami solat jamak qasar.


4
Pada pukul 5:50 petang, kami ke Masjid An-Nour (dalam 10 minit berjalan kaki) untuk solat jemaah. Kemudian kami makan di Halal Food Hanoi di sebelah sahaja (belah dalam) bangunan masjid. Saya makan nasi dan daging lembu masak dengan cendawan.
70,000.00
14.00
5
Berjalan-jalan di pasar malam Don Xuan (atau juga pasar malam Old Quarter) yang diadakan setiap malam minggu. Membeli air tebu (10 000₫), mangga (10 000₫) dan 5 helai penutup muka (5 x 10 000₫).
70,000.00
14.00
6
Singgah di Circle K, dekat Tasik Hoan Keam untuk membeli kopi ais.
8,000.00
1.60
7
Kembali ke hotel untuk rehat dan tidur.



Jumlah
208,000.00 ₫
RM41.60
Bil
Butir
RM
1
Bangun awal pada pukul 4:30 pagi untuk membersihkan diri dan mengemas beg. Subuh masuk pada pukul 5:25 pagi dan kami pun daftar keluar dari hotel pada pukul 6:20 petang dan tidak bersarapan kerana ia hanya disediakan pada pukul 7:30 pagi. Kami berjalan kaki dan pergi ke perhentian bas lebih dekat untuk menaiki bas ke LTA Noi Bai dengan menaiki bas bernombor 17.
9,000.00
1.80
2
Sampai di Stesen Bas Terminal Domestik LTA Noi Bai pada pukul 7:40 pagi. Berjalan laju menuju ke Terminal Antarabangsa dan terus ke balai berlepas untuk ke kaunter daftar masuk A. Alhamdulillah sempat juga. Setelah selesai mendapat pas pelepasan, kami masuk ke airside dan melakukan prosedur imigresen keluar Vietnam, kastam dan keselamatan. Seterusnya kami ke pintu pelepasan 32 untuk menunggu kapal terbang 9M-AQP yang sudah tiba ketika kami sampai di situ.


3
Akhirnya, pintu pelepasan bagi penerbangan AK 517 dibuka pada pukul 8:40 pagi dan kemudian pesawat ini meninggalkan terminal pada pukul 9:05 minit dan berlepas beberapa minit kemudian. Penerbangan ini kemudian mendarat di landasan 3 KLIA pada pukul 12:50 tengahari dan tiba di pintu Q7 klia2 pada pukul 1:00 tengahari.


4
Kebetulan rakan saya juga seorang pengembara, Zamzuri, tiba dari Luang Prabang, Laos. Jadi kami berjumpa di KFC gateway@klia2. Setelah berborak dekat sejam, kami pun solat di Stesen Bas klia2 dan kemudian membawa diri masing-masing. Saya dan abang Zul menaiki bas Aerobus ke KL Sentral pada pukul 2:30 petang.


5
Kami tiba di KL Sentral pada pukul 3:30 petang dan saya ke Nu Sentral untuk menukar baki wang Dong Vietnam yang ada. Abang Zul terus pulang ke rumah. Setelah itu saya menaiki LRT untuk ke stesen terdekat di rumah saya.

3.80
16
Isteri saya mengambil saya di stesen LRT dan akhirnya saya sampai ke rumah dan selesailah kembara pada kali ini.



Jumlah
9,000.00 ₫
RM5.60
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
1,775,000.00 ₫
RM815.93



Gambar saya di Hong Gai, Ha Long, Vietnam.


Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...


Jika mahu lihat catatan: 

If want to read in English: 
  • PreJourney;
  • Itinerary (this part);
  • Day 1;
  • Day 2;
  • Day 3;
  • Day 4;
  • Travel Guide - Hanoi; or
  • Travel Guide - Ha Long.