Sabtu, 7 Jun 2014

Hari 1 (Batam & Bintan, Indonesia - 23 hingga 25 Mei 2014) - Pertama Kali Di klia2 & Lapangan Terbang Changi.

Jika mahu lihat: 



If want to read in English: 

  • Day 1 (this part); 
  • Day 2 Part  1; 
  • Day 2 Part  2; or 
  • Day 3.



Pengenalan.

Azmi (id Facebook: Muhamad Azmi), pada 05 April 2014 melalui Facebook Messenger, telah mengajak saya untuk berjalan-jalan di Batam pada akhir bulan Mei 2014. Ajakan ini menjadi lebih serius, melalui Facebook Messenger pada 12 April 2014, selepas beliau membaca catatan saya ke Batam di dalam blog ini, kerana di dalam catatan itu, saya merasa tidak puas berkembara semasa di sana. Saya amat berminat dan saya menanyakan, adakah ia benar-benar ajakannya. Azmi memang serius, jesteru itu saya pun memulakan persiapan untuk ke sana, walaupun ia masih ada sebulan setengah lagi.

Pada 18 April 2014, saya menempah tiket kapal terbang Tiger Air untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura (kod IATA: SIN), selepas beberapa hari meninjau harga tambang beberapa syarikat penerbangan seperti MASFireFlyAirAsiaSIASilk Air dan JetStar Asia. Ini kerana Tiger Air memberikan harga tiket paling murah. Lagipun dapatlah rasa menggunakan klia2 yang baru sahaja dibuka. Saya tidak pernah merasai menaiki penerbangan syarikat ini, jadi inilah pengalaman saya menaiki Tiger AirSaya sengaja mengambil penerbangan lewat malam, agar saya dapat ke terminal feri HarbourFront lebih awal. Kalau tidur di lapangan terbang pun tidak mengapa.


Pada 19 April 2014 pula, saya menempah tiket feri dari HarbourFront ke Batam Centre, melalui penyedia perkhidmatan feri Batam Fast melalui webnya. Dengan harga promotion SG$18.00 (+- RM 46.80) berbanding harga biasa SG$ 25.00 (+- RM 65.00). Penyedia lain yang ke Batam Centre (ingat, Batam mempunyai 6 terminal feri penumpang seperti yang saya nyatakan di dalam blog bagi perjalanan saya ke Batam yang lepas) seperti Sindo Ferry & Wave Master pula tiket sehalanya lebih mahal iaitu SG$30.00 (+- RM78.00). Untuk tiket kembali ke HarbourFront nanti, saya akan beli di Batam sahaja (untuk mengetahui harga tiket di sana, difahamkan ia lebih murah jika dibayar dengan Rupiah).


Namun saya difahamkan di Batam Centre juga menggunakan Dollar Singapura untuk membeli tiket feri dan harga lebih kurang sahaja, maka saya beli sahaja melalui online di laman web Batam Fast. Lebih mudah, tiada perlu bayar caj perkhidmatan penumpang (cukai pelabuhan) asing-asing.



Pada 22 Mei 2014 hari Khamis, saya membuat pendaftaran masuk web untuk penerbangan pulang saya, TR2648 dari Terminal 2, Changi ke klia2. Alhamdulillah, yang penting pastikan daftar masuk dulu, baru lega hati ini. Namun pendaftaran masuk Tiger Air ini setakat ini, hanya untuk penerbangan dari Changi, Singapura sahaja, lain-lain lapangan terbang masih belum dilaksanakan lagi.



Walaupun saya mempunyai lebih kurang Rp900 ribu di dalam tangan, namun saya ke Masjid India, KL untuk menukar RM100.00. Setelah melihat kadar pertukaran di penggurup wang yang ada, kadar di Berkath adalah yang terbaik iaitu Rp10 ribu dijual RM2.85. Jadi dapatlah saya Rp350 ribu tambahan.


23/05/2014 (Jumaat)

Saya bergerak dari rumah pada pukul 1830 (6:30 petang) dari rumah dengan menggunakan skuter. Saya melalui Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE) E33 dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) E1 melalui plaza tol Jalan Duta. Sepanjang perjalanan, jalan ada kurang kereta berbanding biasa kerana hari itu merupakan hari Jumaat, biasanya agak sesak. Sesakpun berlaku dari 1 km selepas persimpangan Kota Damansara sehingga 1 km selepas persimpangan Damansara, biasanya ia akan sesak dari tol Jalan Duta lagi. Alhamdulilllah. Kemudian saya menyusuri ke Lebuhraya Hubungan Tengah (ELITE) E6, yang terus ke KLIA. pada jam 1940 (7:40) saya sampai ke susur baru ke klia2. Teruja saya kerana ini kali pertama sebagai penumpang saya menggunakannya.

Seterusnya saya mengikut tanda arah untuk kawasan parkir motorsikal. Ia bersama dengan tanda arah teksi. Ia menuju ke aras 1 iaitu bawah sekali. Selepas melewati kawasan teksi mengambil penumpang, maka sampailah ke kawasan parkir motorsikal.



Kawasan ia begitu kemas dan yang penting dalam kawasan tertutup. Ia terletak di aras CP1 Blok B kompleks parkir klia2 ini. Berbezalah dengan kawasan parkir di LCCT dulu. Sempat saya lihat kadar bayaran parkirnya. RM1.00 untuk setiap hari setiap kemasukan. Kira oklah dan agak murah. Namun pada pendapat saya, bilangan parkir ini agak sedikit, dan wajar ditambah kerana pada masa ini iaitu ketika awal perasmian klia2, parkir motorsikal sudah hampir penuh. Sewajarnya pihak Malaysia Airport Berhad perlu menambah bilangan parkir untuk motorsikal.


Seterusnya saya ke lif, yang tidak jauh dari kawasan parkir dan perlu ke CP4 untuk ke bangunan terminal. Sampai CP4 perlu berjalan sedikit untuk ke pintu masuk ke kompleks membeli belah gateway@klia2 ini. Saya perlu menaiki travelalor menuju ke tingkat 3 untuk ke balai pelepasan kerana tingkat parkir CP4 adalah tingkat 2 gateway@klia2 yang bersambung dengan balai ketibaan klia2.


Sampai di balai ketibaan, saya terus ke barisan kaunter Z untuk mendaftar masuk di kaunter daftar masuk TigerAir. Terpaksa mendaftar masuk di kaunter kerana buat masa ini TigerAir hanya menawarkan daftar masuk web untuk pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sahaja. Daftar masuk secara telefon pintar belum dilaksanakan lagi. Nasib baik tidak berapa ramai sebagaimana kaunter AirAsia. Akhirnya selepas 10 minit beratur dan 2 minit proses pendaftaran masuk, saya mendapat pas berlepas seperti di bawah.


Selepas itu saya ke surau di balai berlepas ini untuk bersolat jamak Maghrib dan Isyak. Setelah selesai, saya ke MarryBrown untuk makan, lupa mahu makan dahulu di rumah kerana isteri saya baru tiba mengambil anak dari sekolah untuk aktiviti bola sepak. Untuk set dua ketul ayam, kentang putar, salad sayuran dan air berkabolat bersaiz biasa, harganya dekat RM18.00!!! Ambil kau, biasa harganya cuma RM10.00 atau RM11.00. Hendak buat macam mana sudah di lapangan terbang, memang mahal lah.


Setelah selesai makan, yang mana kerana tahu di dalam kapal terbang tiada makanan, kerana saya menaiki penerbangan tambang murah, TigerAir, yang makanannya agak mahal, kira-kira RM40.00 jika beli lebih awal di web, kalau di pesawat tidak tahulah berapa.


Agak besar juga klia2 ni, kena pula pintu pelepasan saya di pelantar Q iaitu di bangunan satelit. Merasa juga saya menggunakan jambatan udara di klia2 ini. Menang agak jauh juga berjalan kaki. Kebanyakan kedai terutama kedai bebas cukai masih belum siap. Namun di ruang legar utama bangunan satelit, kedai-kedai majoriti sudah buka. Pada mulanya saya ingat tiada pemeriksaan keselamatan, rupanya semasa hendak masuk ke ruangan pelepasan ada pemeriksaan. Jadi jika mahu kembali ke ruang legar rasanya susah kot, tidak seperti di bangunan satelit A KLIA. Satu lagi, saya tidak berselesih dengan penumpang yang baru tiba ke klia2 ini. Oh rupanya, mereka ke terminal utama menggunakan laluan berbeza di tingkat yang berbeza. Memang kita tidak akan berselisih dengan penumpang yang berlepas dan yang tiba. Juga tidak akan selisih dengan penumpang domestik dengan antarabangsa. Tidak hairan kenapa klia2 ini bernilai RM4 billion!!! Infrastrukturnya melebihi lapangan terbang biasa. Namun saya masih rasa KLIA lebih baik dari klia2.


Saya telah berada di pintu pelepasan Q11 sejak dari pukul 2130 (9:30 malam) lagi. Pada pukul 2200 (10:00 malam), diumumkan bahawa penerbangan saya ini mengalami penangguhan dan waktu kemasukan dianjakan dari pukul 2205 (10:05 malam) ke 2225 (10:25 malam). Bermakna penerbangan saya hanya akan berlepas pada pukul 2300 (11:00 malam), waktu yang sepatutnya sudah tiba di Changi!!!


Akhirnya pada jam 2220 (10:20 malam), pintu pelepasan dibuka (kerana pesawat dari Singapura hanya sampai jam 2215 (10:15 malam) dan jam 2255, pesawat berlepas dari landasan utama 3 KLIA.



Pukul 2345, barulah penerbangan TigerAir TR2469 padal 23 Mei 2014 ini mendarat di Changi dan selepas 15 minit baru sampai di pintu ketibaan F33. Sementara menunggu pintu kapal terbang ini dibuka, saya menukarkan kad SIM DiGi Malaysia saya kepada kad kad SIM SingTel Prabayar Hi! yang memang sedia ada pada saya.


Akan bersambung ke Hari 2 Bahagian 1.

Atau ingin melihat:


If want to read in English: 

  • Day 1 (this part);
  • Day 2 Part  1;
  • Day 2 Part  2; or 
  • Day 3.

Tiada ulasan: