Hari 2 (01 Julai 2016 - Sabtu).
Bersambung ke Hari 3.
Jika mahu lihat catatan:
Saya sebenarnya tidur-tidur ayam sahaja semasa menaiki bas Partas ke Vigan ini. Bukan apa, tempat duduknya agak sempit berbanding bas-bas ekspres di Malaysia. Kena pula yang duduk di sebelah saya adalah lelaki, jadi ruang digunakan agak besar juga. Lagipun bas ini ada berhenti menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan. Vigan juga bukan destinasi terakhir kerana bas ini akan teruskan perjalanan ke Laoag, lebih utara lagi berbanding Vigan. Jadi kena bersedia.
Pada pukul 4:40 pagi, tat kala saya baru rasa terlelap kerana bersahur dengan epal dan air pada pukul 4:00 pagi (Subuh pada sekitar 4:20 pagi), tiba-tiba terasa bas berhenti, lampu dibuka dan kedengaran bunyi "Vigan! Vigan!". Rupanya sudah sampai Vigan. Saya pun turun dan termanggu-manggu di stesen bas Partas di Vigan ini.
Pertama sekali saya mencari tempat yang sesuai untuk bersolat subuh. Agak payah juga di Filipina ini berbanding dengan Thailand, walaupun kedua-dua negara merupakan negara bukan Islam, namun Thailand lebih mudah mencari kemudahan untuk ibadah Islam. Di Filipina ini baik dari tempat ibadah mahupun makan lebih sukar. Jadi saya pergi sahaja di mana tempat yang sesuai, di tepi kedai yang belum dibuka di pasar seberang sahaja stesen bas ini.
Pada pukul 4:40 pagi, tat kala saya baru rasa terlelap kerana bersahur dengan epal dan air pada pukul 4:00 pagi (Subuh pada sekitar 4:20 pagi), tiba-tiba terasa bas berhenti, lampu dibuka dan kedengaran bunyi "Vigan! Vigan!". Rupanya sudah sampai Vigan. Saya pun turun dan termanggu-manggu di stesen bas Partas di Vigan ini.
Pertama sekali saya mencari tempat yang sesuai untuk bersolat subuh. Agak payah juga di Filipina ini berbanding dengan Thailand, walaupun kedua-dua negara merupakan negara bukan Islam, namun Thailand lebih mudah mencari kemudahan untuk ibadah Islam. Di Filipina ini baik dari tempat ibadah mahupun makan lebih sukar. Jadi saya pergi sahaja di mana tempat yang sesuai, di tepi kedai yang belum dibuka di pasar seberang sahaja stesen bas ini.
Seterusnya, saya duduk rehat di tempat menunggu di stesen bas ini. Di situ, saya melihat orang-orang yang mundar-mandir di situ dan bas-bas yang silih ganti berhenti menurunkan dan mengambil penumpang. Sempat juga saya dan beberapa orang di situ melihat rancangan di televisyen yang ada di situ.
Pada pukul 5:30 pagi, saya pun berjalan dari stesen bas menuju ke kawasan tarikan utama di Vigan iaitu Crisologo Street, yang merupakan antara lorong yang masih kekal tinggalan penjajah Sepanyol. Saya melalui Pasar Awam Vigan yang mula sibuk dengan kegiatan hariannya. Di Vigan ini, terasa tenang sedikit berbanding di Manila, agak tenang sahaja di waktu pagi ini. Saya tidak sedar bahawa saya berada lebih 400 kilometer dari Metro Manila. Di sini walaupun di bumi asing, namun terasa selamat sebenarnya.
Pasar awam Vigan.
Peta: Perjalanan dari Stesen Bas Partas, Vigan ke pusat bandar Vigan.
Setelah berjalan mengikut aplikasi Google Maps untuk ke Crisologo Street, maka saya pun sampai ke persimpangan lorong tersebut dengan Liberation Boulevard. Pada peringkat awal, lorong ini tidak begitu ramai orang. Bangunan-bangunan yang ada mempunya rekabentuk gaya Eropah pada abad ke-16. Malah jalannya juga merupakan daripada batu-bata. Dipasangkan pula dengan sinaran lampu, memang nampak agak cantik juga apabila gambar diambil.
Premis-premis perniagaan yang ada masih belum dibuka, maklumlah masih awal lagi. Jadi suasana agak tenang. Dengan ketenangan itu, saya pun bergerak menelusuri lorong ini dengan penuh minat sekali. Rasanya seperti berada di Melaka pun ada, cuma Melaka terasa sudah dikomersilkan sangat, tetapi Vigan ini masih lagi kurang tumpuan.
Keadaan pagi di Crisologo Street di Vigan.
Keadaan pagi di Crisologo Street di Vigan.
Orang ramai di waktu pagi di Crisologo Street di Vigan.
Antara premis perniagaan di Vigan.
Antara tugu patung di sekitar kawasan Plaza Burgos, Vigan.
Cawangan Maybank di Plaza Burgos, Vigan.
Peta bandar Vigan.
Kereta kuda menanti penumpang di Plaza Burgos.
Plaza Burgos, Vigan.
Menara Jam Vigan.
Plaza Salcedo.
Tugu perkataan wilayah Ilocos Sur.
Bangunan Dewan Bandaraya Vigan.
Saya di depan tugu New 7Wonders di Vigan.
Tugu New 7Wonders di Vigan.
Tugu bandar Vigan.
Tugu Tapak Warisan UNESCO Vigan.
Tugu Burgos.
Critologo Street dengan kereta kuda.
Stesen minyak Shell di tengah-tengah bandar Vigan.
Bahagian baru bandar Vigan.
Salah satu gereja di kawasan perkuburan utama di Vigan.
Meter bacaan elektrik di Fulipina.
Muzium Crisologo.
Permulaan Crisologo Streen, Vigan.
Antara kedai yang dibuka di Crisologo Street.
AKemeja-T I love Vigan.
Resit pengeluaran ATM Maybank Vigan.
Keadaan di dalam pasar awam Vigan.
Namun ketenangan itu hanya sampai dipertengahan. Rupa-rupanya di pertengahan lorong Crisologo ini, pengunjung agak ramai juga. Rupanya ramai yang berfikiran seperti saya, kerana ingin melihat suasana pagi di lorong tinggalan penjajah Sepanyol ini. Kebanyakan mereka ini rupanya datang dengan van pelancong, datang sejauh dari Manila. Di kawasan ini, bangunan-bangunannya lebih teratur. Tetapi kedai-kedai juga sama, belum dibuka.
Kalaulah kedai-kedai dibuka ketika ini, rasanya banyak juga jualan boleh diperolehi. Pengunjung yang datang ini kebanyakannya orang Filipina sendiri, namun ada juga yang datang dari luar negara. Mereka pun sibuk mengambil gambar keunikan lorong warisan bandar Vigan ini. Vigan sebagaimana juga di Manila, mempunyai banyak patung yang menjadi tugu peringatan individu-individu yang diabadikan tersebut.
Semasa saya berjalan, terjumpa sebuah cawangan bank Maybank Filipina di tengah-tengah kawasan tumpuan. Ia terletak di hujung Crisologo Street dan Plaza Burgos. Saya pun cuba mengambil kesempatan untuk mengeluarkan wang ATM, cuma urusan ATMnya masih belum boleh membuat transaksi kad ATM luar Filipina.
Selanjutnya saya terus ke Plaza Burgos yang merupakan dataran utama di bandar Vigan ini. Van-van pelancong banyak diparkir di sini. Orang agak ramai juga pada pagi ini. Di dataran ini juga terdapat kereta-kereta kuda yang diwarisi dari zaman penjajahan, menanti pengunjung untuk menaikinya. Ia amat menarik hati saya, cuma saya tidak pula ingin mencuba menaikinya, mungkin risau dengan caj yang akan dikenakan. Cuma apa yang saya lihat, terdapat kantung khas di kawasan punggung kuda, yang menampung najis kuda. Tidak hairanlah, tidak kedapatan najis kuda di jalanan bandar Vigan ini. Satu kaedah yang perlu dibuat oleh pengusaha kereta lembu di Melaka.
Saya teruskan perjalanan saya di Viga ini dan terjumpa dengan salah satu lagi ikon bandar Viga iaitu gereja Vigan Cathedral. Pada pagi ini, akan ada perhimpunan (mass) jadi ada ramai orang masuk ke dalam gereja ini. Gereja ini juga tempat di mana perisytiharan Vigan sebagai salah satu dari Bandar New 7Wonders telah di adakan.
Di antara gereja ini dan dataran Plaza Burgos, terdapat satu lagi mercu tanda iaitu Menara Jam Vigan. Sebaris dengan menara jam, terdapat sebarisan bangunan berekabentuk Sepanyol lama, saling tidak ubah kalai kita lihat cerita Zorro atau cerita koboi yang ada unsur Mexico. Bangunan-bangunan ini kini menempatkan restoran-restoran makanan segera seperti McDonald's, Jolly Bee's (rangkaian makan segera jenama tempatan yang popular di Filipina) dan Chow King (juga satu lagi rangkaian tempatan yang popular).
Di antara gereja ini dan dataran Plaza Burgos, terdapat satu lagi mercu tanda iaitu Menara Jam Vigan. Sebaris dengan menara jam, terdapat sebarisan bangunan berekabentuk Sepanyol lama, saling tidak ubah kalai kita lihat cerita Zorro atau cerita koboi yang ada unsur Mexico. Bangunan-bangunan ini kini menempatkan restoran-restoran makanan segera seperti McDonald's, Jolly Bee's (rangkaian makan segera jenama tempatan yang popular di Filipina) dan Chow King (juga satu lagi rangkaian tempatan yang popular).
Vigan Cathedral.
Sebarisan restoran-restoran makanan segera di Plaza Burgos, Vigan.
Di hadapan gereja Vigan Cathederal adalah satu lagi dataran iaitu Plaza Salcedo. Lupa di maklumkan bahawa Burgos dan Salcedo ini merupakan dua anak tempatan (anak watan rantau Ilocos) yang berjasa kepada Ilocos dan juga Filipina keseluruhannya. Jika di Plaza Byrgis merupakan dataran padang rumput, di Plaza Burgos ini pula terdapat kolam air. Juga beberapa tugu termasuk tugu Bapa Kemerdekaan Filipina, Jose Rizal yang mengadap Vigan Cathederal. Di sebelah dataran ini terdapat juga sebuah blok kedai lama yang mengekalkan senibina Sepanyol. Sukar dapat di tempat lain terutama di Asia ini, seni reka yang sama.
Plaza Salcedo.
Peta negara Filipina di Plaza Salcedo.
Kolam air di Plaza Salcedo.
Blok kedai lama di sebelah Plaza Salcedo.
Saya teruskan perjalanan menuju ke arah bahagian utara Plaza Salcedo. Di sini terdapat tugu perkataan wilayah di mana Vigan terletak iaitu wilayah Ilocos Sur (Sur adalah Selatan di dalam bahasa Sepanyol). Ini memang ada kaitan keraja di belakangnya iaitu di seberang jalan merupakan Capitol atau seperti Parlimen Wilayah atau Dewan Undangan Wilayah bagi Ilocos Sur. Di kawasan itu juga terdapat tarikan-tarikan di Vigan dalam bentuk mini. Di sebelah Capitol Ilocos Sur adalah bangunan Mahkamah Ilocos Sur.
Tarikan di Vigan bentuk mini.
Illocos Sur Capitol (Dewan Undangan Wilayah).
Mahkamah Vigan.
Selanjutnya, saya ke sebelah barat Plaza Salcedo. Di sinilah terletaknya bangunan Dewan Bandaraya Vigan. Di sini adalah tempat yang sebenarnya tujuan utama saya iaitu terdapatnya tugu New 7Wonders di sini. Vigan telah dipilih pada 07 Julai 2014 bersama enam bandaraya lain sebagai 7 Bandaraya-bandaraya New 7Wonders (New 7Wonders Cities) yang juga termasuk Kuala Lumpur (bandaraya yang saya duduki). Dengan ini maka saya telah ke lima dari 22 New 7Wonders yang ada (ini termasuk Piramid yang tiada dalam 7Wonders tetapi menjadi mercutanda kehormat kerana ia adalah 7 Keajaiban Dunia asal yang masih utuh).
Di sini juga saya ditegur oleh orang tempatan, yang bercakap Filipinos/Tagalog atau Ilocos dengan saya, saya pun tidak boleh beza. Saya mengatakan saya tidak boleh bercakap bahasa berkenaan dalam bahasa Inggeris, malah saya berkata saya orang Malaysia. Terkejut juga mereka, kerana inilah pertama kali mereka berjumpa pengunjung dari Malaysia. Memang agaknya tempat ini tidak popular di kalangan orang Malaysia agaknya.
Di sini juga terdapat tugu yang menceritakan sejarah bandar Vigan ini dari zaman Sepanyol. Terdapat plak asal yang diberikan oleh pemerintah Sepanyol yang memberikan status bandaraya pada abad ke-17 kepada Vigan ini. Dikatakan, dahulu Vigan ini lebih besar dari Manila dan menjadi pusat pentadbiran bagi Sepanyol satu ketika dahulu. Berdekatan dengan bangunan Dewan Bandaraya ini juga, terdapat Tugu Tapak Warisan UNESCO Vigan yang memperakui bahawa Vigan ini juga adalah salah satu dari Tapak Warisan UNESCO.
Plak Tugu New 7Wonders di Vigan.
Matahari pun mula memberikan sinar dan bahangnya, lalu saya kembali ke Plaza Burgos dan kemudiannya kembali ke Crisologo Street. Alhamdulillah saya mendapat gambar yang agak menarik ketika ini.
Saya kemudian berjalan-jalan ke seluruh bandar Vigan ini. Bandar ini tidaklah sebesar mana, namun sebahagian dari bandar ini masih terjaga dari segi rekabentuk penjajah Sepanyol. Namun terdapat juga kawasan yang mempunyai rekabentuk moden. Malah terdapat juga stesen minyak, bank dan pelbagai kemudahan di kawasan bahagian baru bandar ini. Dalam perjalanan, terdapat banyak juga anjing-anjing berkeliaran. Cuma anjing di sini tidak seperti di Malaysia, anjing-anjing ini agak takut kepada manusia. Malah terdapat jenis anjing yang tidak disangka-sangka berkeliaran secara bebas di sini. Saya terjumpa anjing jenis Chihuahua berkeliaran.
Anjing kecil Chihuahua bebas berkeliaran.
Setelah lebih tiga jam berjalan, saya kembali semula ke stesen bas Partas. Saya pun membeli tiket bas kembali ke Pasay, Metro Manila pada sebelah petang iaitu pukul 5:00 petang. Ia dijual pada harga ₱641 (+- RM58.00). Bas ini merupakan bas pertama ke Pasay pada hari itu selain waktu pagi (pukul 7:00 pagi). Selepas itu, saya pun duduk sebentar menghilangkan penat, lagipun saya sedang berpuasa. Masa pun masih awal, masih pukul 9:00 pagi, ada lagi 9 jam untuk berbuka puasa, tenaga perlu dikawal penggunaannya.
Menunggu bas di dalam stesen bas Partas, Vigan.
Tiket bas Vigan ke Pasay, Metro Manila.
Selepas 20 minit saya berehat, saya pun kembali ke Crisologo Street untuk membeli cenderahati, kerana saya percaya pada masa ini beberapa kedai cenderahati telah dibuka. Dalam perjalanan, terdapat beberapa perkara yang menarik hati saya, antaranya, meter elektrik di Filipina ada berbentuk bulat.
Dalam perjalanan, saya terjumpa Muzium Crisologo, walaupun ia percuma, namun saya tidak memasukinya, kerana pada masa itu terdapat satu bas pelancong sedang mengunjunginya. Jadi saya terus ke Crisologo Street. Sampai di sana, saya pergi ke kedai pertama yang saya sampai dan bertanya harga barang-barang yang saya ingin beli. Harga asal agak tinggi sedikit, contohnya kemeja T sebarang saiz, berharga ₱150 (+- RM13.50) sehelai dan magnet peti ais pada harga ₱50 (+- RM4.50) sebuah. Namun saya dapat tawar harga sehingga ₱500 (+- RM45.00) bagi empat helai kemeja T dan tiga buah magnet peti ais.
Setelah itu, saya ke cawangan Maybank tadi untuk mengeluarkan sedikit wang peso Filipina sebagai persediaan. Kadar yang diberikan lebih baik daripada pengurup wang di Malaysia (kalau di Filipina lebih mahal dari di Malaysia). Jika pengurup wang boleh tawar ₱8.6 = RM1.00, dengan pengeluaran ATM Maybank Filipina, selain tiada sebarang caj, kadar diberikan adalah ₱8.75 = RM1.00. Memang lebih baik.
Setelah itu, saya kembali ke stesen bas untuk menunggu bas walaupun masih 6 setengah jam lagi untuk menunggu. Jadinya saya menjadi penunggu setia di stesen bas ini. Walaupun cuaca agak panas, tetapi di stesen bas ini terdapat kipas angin dan juga televsyen sebagai penghibur, walaupun kurang memahami. Saya solat di kawasan lapang di stesen ini. Dalam masa menunggu, saya dapat lihat banyak bas datang dan pergi,mengambil dan menurunkan penumpang, dari dan ke pelbagai destinasi. Antaranya Laoag, Cubao dan sebagainya.
(Selepas sampai di Manila, baru saya tahu bahawa Cubao merupakan salah satu stesen bas di Manila. Bas-bas di Filipina tidak menyatakan destinasi Manila tetapi sebaliknya nama bandar di dalam Metro Manila seperti Cubao dan Pasay. Jika tahu lebih awal, saya naik sahaja bas ke Cubao, kerana ia mempunyai perjalanan lebih kerap).
Semasa sejam sebelum bas saya sampai, saya pun ke pasar awam Vigan untuk membeli buah-buahan untuk bekalan berbuka dan sahur nanti. Itu sahaja saya berani beli. Sambil itu saya berjalan-jalan di pasar ini untuk melihat keadaan di pasar ini. Masa operasinya sampai ke petang. Saya juga ke kedai 7-Eleven terdekat untuk membeli beberapa botol air minuman sebagai bekalan.
Bas ke Pasay sampai 10 minit sebelum pukul 5:00 petang dan tepat pukul 5:00 petang, setelah semua penumpang menaikinya, ia pun bergerak meninggalkan Vigan. Dari atas bas, saya dapat melihat lebih jelas suasana pinggir bandar Vigan. Oleh kerana masa ini masih siang, maka saya dapat juga melihat keadaan jalan di sini. Jalan raya di Filipina dibina dengan menggunakan simen dan konkrit, tidak seperti di Malaysia yang menggunakan batu bintumen atau tar.
Saya pun dapat melihat jambatan Vigan dan juga keadaan pesisir pantai semasa perjalanan. Ketika bas ini sampai di pekan Santa Cruz, telefon bimbit saya yang telah saya tetapkan waktu Vigan, menunjukan waktu Maghrib dan berbuka. Jadi saya berbuka dengan buah dan air mineral yang ada. Selepas itu saya cuba melelapkan mata setelah langit menjadi gelap. Bas ini berhenti di kawasan San Fernando pada pukul 10:00 malam untuk berhenti makan (saya hanya membuang air sahaja). Lepas setengah jam bas ini bergerak meluncur menuju ke Manila sambil saya tidur dengan tidur-tidur ayam.
Bersambung ke Hari 3.
Jika mahu lihat catatan:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 (this part);
- Day 3;
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.