Click here if want to read in English version.
Pada 01 Februari 2016 lepas, saya mengambil kesempatan untuk mencuba perkhidmatan bas percuma Bas SMART Selangor Kajang yang baru beroperasi pada 01 Januari 2016. Majlis Perasmisan Bas SMART Selangor Kajang boleh dilihat dengan mengklik link tersebut. Sebelumnya pada hari yang sama, saya mencuba perkhidmatan yang sama di Ampang Jaya.
Perkhidmatan ini adala inistiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk memudahkan perhubungan penduduk di dalam kawasan PBT berkenaan. Pihak MPKj telah memilih kawasan Bangi, Sungai Chua dan bandar Kajang untuk laluan pertama perkhidmatan tersebut.
Perkhidmatan bas di Kajang ini adalah yang kelima bagi perkhidmatan bas percuma yang ditanggung bajetnya oleh kerajaan negeri dari lima perkhidmatan yang ada. Sebelum ini, di bawah jenama Bas Selangorku, perkhidmatannya diliputi masing- masing satu laluan di Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Bagi jenama Bas SMART Selangor, selain satu laluan di Kajang ini, satu lagi laluan terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu di kawasan Ulu Klang.
Terdapat juga dua laluan bas percuma di Petaling Jaya di bawah jenama PJ City Bus tetapi ia ditanggung bajetnya oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Saya ke Hentian Bas Kajang untuk mencuba perkhidmatan ini yang mana ia bermula dari sini. Kepada yang belum tahu, Hentian Bas Kajang yeng terletak hampir 4 kilometer dari bandar Kajang di Jalan Reko dalam kawasan Taman Tenaga (Seksyen 5 Bandar Baru Bangi), merupakan terminal bas untuk bas ekspres di Kajang. Namun banyak bas henti-henti juga ke sini untuk menurun dan mengembil penumpang.
Terdapat juga tiang perhentian bas dan carta laluan didirikan di hadapan platform bagi menandakan ia merupakan hentian bagi perkhidmatan ini. Terdapat nama hentian di sebelah atas carta laluannya. Di perhentian-perhentian lain juga terdapat tiang perhentian bas ini bagi menandakan perhentian Bas SMART Selangor ini.
Peta di bawah ini (dalam format Google Maps) dapat memberikan gambaran lebih jelas laluan perkhidmatan ini.
Ketika sampai, tiada bas yang ada di platform. Saya perlu menunggu 20 minit, barulah bas ini sampai, namun ia tidak jalan terus, sebaliknya pemandu bas ini memberhentikan enjin bas, dengan alasan masa perjalanan belum tiba. Sedangkan piagam pelanggan mengatakan bas ini akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 ke 20 minit. Jadi sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar bas dalam masa menunggu itu.
Alhamdulillah, selepas sepuluh minit kemudian, pemandu pun menghidupkan enjin bas, dan bas pun berjalan semula. Sebagaimana perkhidmatan bas-bas percuma di Selangor lain, Bas SMART Selangor Kajang ini juga mempunyai khidmat WiFi berinternet secara percuma. Cuma semasa saya menggunakannya ketika di dalam bas ini, kelajuannya agak kurang laju, dengan masa untuk memuat turun laman web agak lama. Mungkin kadar liputan internet di sini agak kurang stabil.
Bas yang digunakan adalah bas henti-henti bandar 12 meter daripada RapidKL yang dipunyai Prasarana Malaysia Berhad, daripada pada jenama MAN. Ia mempunyai penghawa dingin dan mempunyai satu layar paparan di sebelah hadapan. Namun ia agak kecil, jika duduk di belakang agak kurang nampak.
Perjalanan yang diambil ke bandar Kajang, melalui Seksyen 7 dan 8 Bandar Baru Bangi serta Sungai Chua mengambil masa hampir 1 jam, kerana kebanyakan jalan yang digunakan mengalami kesesakan. Kebetulan semasa saya menaiki bas ini, merupakan masa pelajar-pelajar sekolah menengah pulang dari sekolah, maka ia seperti menjadi bas sekolah pula.
Semasa melalui bandar Kajang, ia juga mengambil masa juga, kerana ia sesak. Rasanya, bagi mengurangkan kesesakan ini, mungkin perkhidmatan Bas SMART Selangor Kajang ini perlu ditambah atau diperbanyakan laluan agar ramai tidak lagi menggunakan kenderaan persendirian di bandar Kajang ini.
Perjalanan pulang ke Hentian Bas Kajang juga melalui jalan yang sama dan ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Sesungguhnya, inisiatif kerajaan negeri Selangor ini amat membantu banyak warga Kajang khususnya dan semua orang dalam menghubungkan tempat-tempat utama di bandar Kajang. Ia juga dapat membantu pengguna-pengguna bas ekspres untuk ke bandar Kajang yang mempunyai mod pengangkutan lebih banyak seperti bas henti-henti, keretapi KTM Komuter, keretapi KTM ETS, keretapi KTM Antarabandar dan akan datang MRT dengan kadar percuma.
Cuma yang perlu diperbaiki adalah dengan membina perhentian-perhentian bas yang berbumbung kerana ketika ini, kebanyakan perhentian bas Bas SMART Selangor Kajang ini tiada berbumbung. Satu lagi laluan yang digunakan sememangnya jalan yang selalu sesak. Diharapkan pihak berwajib perlu menaik taraf jalan atau memperbaiki lalu lintas di laluan bas ini.
Mungkin akan datang, dengan adanya perkhidmatan bas percuma Bas SMART Selangor Kajang ini, orang ramai dan pelancong-pelancong akan lebih datang ke Kajang yang memang terkenal dengan hidangan satenya dengan pengangkutan awam sahaja. Semoga perkhidmatan ini dapat diteruskan demi kebaikan semua.

Hentian Bas Kajang.

Platform 1 Hentian Bas Kajang.
Bas SMART Selangor Kajang ini menggunakan platform 1 di Hentian Bas Kajang ini sebagai terminal operasinya. Ia bersebelahan dengan kaunter atu bit stesen bagi RapidKL di hentian ini. Selain itu, terdapat bunting mengenai perkhidmatan ini di platform ini untuk hebahan umum.
Untuk perhatian, waktu operasi Bas SMART Selangor Kajang adalah dari pukul 6:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am. Laluan pertama Bas SMART Selangor Kajang ini menggunakan nombor KJ01. Bas-bas ini dijangkakan berkekerapan setiap lima belas ke dua puluh (15 ke 20) minit.
Bunting Laluan Bas SMART Selangor Kajang.
Terdapat juga tiang perhentian bas dan carta laluan didirikan di hadapan platform bagi menandakan ia merupakan hentian bagi perkhidmatan ini. Terdapat nama hentian di sebelah atas carta laluannya. Di perhentian-perhentian lain juga terdapat tiang perhentian bas ini bagi menandakan perhentian Bas SMART Selangor ini.
Tiang perhentian bas dan carta laluan Bas SMART Selangor Kajang.
Peta di bawah ini (dalam format Google Maps) dapat memberikan gambaran lebih jelas laluan perkhidmatan ini.
Peta: Laluan Bas SMART Selangor Kajang.
Pandangan sisi kiri Bas SMART Selangor Kajang.
Ketika sampai, tiada bas yang ada di platform. Saya perlu menunggu 20 minit, barulah bas ini sampai, namun ia tidak jalan terus, sebaliknya pemandu bas ini memberhentikan enjin bas, dengan alasan masa perjalanan belum tiba. Sedangkan piagam pelanggan mengatakan bas ini akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 ke 20 minit. Jadi sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar bas dalam masa menunggu itu.
Pandangan sisi kanan Bas SMART Selangor Kajang.
Pandangan belakang Bas SMART Selangor Kajang.
Alhamdulillah, selepas sepuluh minit kemudian, pemandu pun menghidupkan enjin bas, dan bas pun berjalan semula. Sebagaimana perkhidmatan bas-bas percuma di Selangor lain, Bas SMART Selangor Kajang ini juga mempunyai khidmat WiFi berinternet secara percuma. Cuma semasa saya menggunakannya ketika di dalam bas ini, kelajuannya agak kurang laju, dengan masa untuk memuat turun laman web agak lama. Mungkin kadar liputan internet di sini agak kurang stabil.
WiFi percuma Bas SMART Selangor Kajang.
Bas yang digunakan adalah bas henti-henti bandar 12 meter daripada RapidKL yang dipunyai Prasarana Malaysia Berhad, daripada pada jenama MAN. Ia mempunyai penghawa dingin dan mempunyai satu layar paparan di sebelah hadapan. Namun ia agak kecil, jika duduk di belakang agak kurang nampak.
Keadaan dalaman Bas SMART Selangor Kajang.
Video: Suasana di dalam bas.
Perjalanan yang diambil ke bandar Kajang, melalui Seksyen 7 dan 8 Bandar Baru Bangi serta Sungai Chua mengambil masa hampir 1 jam, kerana kebanyakan jalan yang digunakan mengalami kesesakan. Kebetulan semasa saya menaiki bas ini, merupakan masa pelajar-pelajar sekolah menengah pulang dari sekolah, maka ia seperti menjadi bas sekolah pula.
Salah satu perhentian bas.
Semasa melalui bandar Kajang, ia juga mengambil masa juga, kerana ia sesak. Rasanya, bagi mengurangkan kesesakan ini, mungkin perkhidmatan Bas SMART Selangor Kajang ini perlu ditambah atau diperbanyakan laluan agar ramai tidak lagi menggunakan kenderaan persendirian di bandar Kajang ini.
Perjalanan pulang ke Hentian Bas Kajang juga melalui jalan yang sama dan ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Sesungguhnya, inisiatif kerajaan negeri Selangor ini amat membantu banyak warga Kajang khususnya dan semua orang dalam menghubungkan tempat-tempat utama di bandar Kajang. Ia juga dapat membantu pengguna-pengguna bas ekspres untuk ke bandar Kajang yang mempunyai mod pengangkutan lebih banyak seperti bas henti-henti, keretapi KTM Komuter, keretapi KTM ETS, keretapi KTM Antarabandar dan akan datang MRT dengan kadar percuma.
Cuma yang perlu diperbaiki adalah dengan membina perhentian-perhentian bas yang berbumbung kerana ketika ini, kebanyakan perhentian bas Bas SMART Selangor Kajang ini tiada berbumbung. Satu lagi laluan yang digunakan sememangnya jalan yang selalu sesak. Diharapkan pihak berwajib perlu menaik taraf jalan atau memperbaiki lalu lintas di laluan bas ini.
Mungkin akan datang, dengan adanya perkhidmatan bas percuma Bas SMART Selangor Kajang ini, orang ramai dan pelancong-pelancong akan lebih datang ke Kajang yang memang terkenal dengan hidangan satenya dengan pengangkutan awam sahaja. Semoga perkhidmatan ini dapat diteruskan demi kebaikan semua.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...