Click here if want to read in English version.
Kepada yang ingin ke luar negara, anda selalu mencari di mana anda mahu menukar wang Ringgit Malaysia anda ke mata wang yang akan digunakan di negara tersebutkan.
Ada yang menukar wang tersebut di bank, tetapi kadar tukaran di bank agak tinggi dan tidak menguntungkan kita. Biasanya julat antara kadar belian dan kadar jualan (spread) adalah antara 5 % ke 10%. Kadar tukaran ini hanya menguntungkan kita jika kita menggunakan kad kredit di luar negara sahaja (biasanya harganya lebih murah di dalam penyata kad kredit berbanding kita menggunakan tunai di negara tersebut), yang biasanya mengambil harga pasaran terus tanpa spread.
Ada juga yang menukarkan sahaja di negara terbabit sahaja. Ini ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya jika kita tukar di kawasan sempadan negara terbabit, contohnya bandar-bandar Selatan Thailand, kadarnya amat menguntungkan, malah ada ketika spread kurang dari 1%!!! Kekurangannya, biasanya harga yang menarik ini hanya kepada matawang berjiran sahaja, bukan dengan matawang negara lain. Biasanya semakin jauh dari sempadan semakin jauh julat spreadnya.
Bagi di Kuala Lumpur, tempat biasa matawang ditukar adalah di Jalan Masjid India. Memang agak sinonim kawasan dengan pengembara dan pelancong Malaysia ingin ke luar negara, malah orang asing juga banyak menukar di sini. Kawasan utama adalah betul-betul di sebelah Masjid India & Wisma Yakin, juga tidak berapa jauh dengan pasaraya Mydin, iaitu di bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion.
Di Malayan Mansion, terdapat 3 buah pengurup wang iaitu:
1. Berkath Money Changers Sdn Bhd; (sudah ditutup-kemas kini 15 Oktober 2015)
2. ARS Sdn Bhd;
Dikemaskini pada 21 Januari 2015:
ARS Sdn Bhd di Masjid India telah diubahsuai menjadi pengurup wang Skyxchange Sdn Bhd dengan kedai yang lebih besar (mengambil kedai emas di sebelah, manakala ruangnya dulu menjadi kedai pakaian).
3. HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd.
Terdapat satu lagi pengurup wang, tidak jauh dari ketiga-tiga di atas, iaitu di seberang jalan, iaitu di Selangor Mansion, nama pengurup wang itu adalah:
Warisan Ringgit Sdn Bhd.
Dikemaskini pada 21 Januari 2015:
Warisan Ringgit Sdn Bhd di Masjid India telah diubahsuai menjadi pengurup wang Skyxchange Sdn Bhd. Walaupun masing-masing digantikan dengan Skyxchange, tetapi kadar pertukaran tetap berbeza. Contohnya pada 21 Januari 2015, kadar jualan bagi Rupiah Indonesia setiap Rp1juta adalah RM286 (di Warisan Ringgit) dan RM288 (ARS).
Keempat-empat tempat ini memang berdekatan antara satu sama lain. Paparan papan kenyataan kadar pertukaran juga amat mudah dilihat dan membolehkan anda melihatnya dan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Perlu juga dibuat perbandingan, kerana setiap kedai ada mata wang yang nilainya lebih baik dari kedai lain, namun bila dilihat mata wang lain pula, kedai lain lebih baik.
Sebagai contoh, pada 23 April 2014, saya ingin menukar matawang Peso Filipina (PHP atau ₱) dan Dollar Amerika Syarikat (USD atau US$) serta menyemak kadar Baht Thailand (THB atau ฿). ₱ untuk kembara saya ke Manila. Manakala US$ dan ฿ untuk kembara ke Ranong, Thailand & Kawthoung, Myanmar. Untuk ₱ & US$, pengurup wang HM Ghazali Ahmad Sdn Bhd antara yang termurah bagi kadar jualan (kalau kita nak beli,kena tengok lajur jualan) iaitu ₱100 = RM 7.60 & US$1.00 = RM3.26. Bagi ฿ pula, Berkath Money Changer Sdn Bhd pula paling murah untuk harga jualan iaitu ฿100 = RM10.22.
Saya pernah menukar di beberapa tempat lain, tapi kadar di kawasan Jalan Masjid India ini juga yang terbaik. Ada juga yang mengatakan di KL Sentral juga ok mahupun di kawasan Chow Kit, namun bagi saya Chow Kit sesuai untuk tukaran Rupiah Indonesia (Rp) dan KL Sentral, paparan di papan kenyataannya agak mahal, namun perlu tanya untuk dapat kadar lebih murah.
Jangan lupa untuk mendapatkan resit untuk nilai tukaran. Setiap pengurup wang di Malaysia perlu mengeluarkan resit kepada setiap pelanggan bagi mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731).
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian.
Terima kasih.
(kemaskini pada 29 Ogos 2014)
Kini terdapat lagi dua pengurup wang di Jalan Masjid India. Satu terletak di bangunan Mydin lama (selepas simpang Maybank). Merupakan cawangan terus syarikat UAE Exchange (M) Sdn Bhd.
Satu lagi sebenarnya dah lama. Ia terletak di dalam kompleks Semua House. Lokasinya apabila di pintu masuk utama, belok kanan dan akan jumpa tiga gerai kecil, di tengah-tengahnya adalah pengurup wang ini. Nama syarikatnya adalah Saruwan Sdn Bhd. (sudah ditutup-kemas kini 15 Oktober 2015)
Namun kedua-dua pengurup ini kadar tukarannya tidak berapa baik berbanding di kawasan Malayan/Selangor Mansion.
Juga jika anda pada masa itu berada di kawasan Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman (area bekas Globe Silk Store) dan malas nak ke kawasan yang disebutkan di atas, maka di kawasan tersebut juga terdapat pengurup wang.
Di kawasan bekas gedung Globe Silk Store (di jalan utama Jalan Tuanku Abdul Rahman), betul-betul di sebelah pintu utama (kini gedung tersebut menjadi Sara Hughes) adalah pengurup wang Access Smartstreet Sdn Bhd.
Seterusnya di dalam gedung Sogo KL, di tingkat LG, berlawanan dengan pasaraya Sogo, tidak jauh dari kaunter khidmat pelanggan dan di sebelah Dunking Doughtnut & Pure Pharmacy, adalah pengurup wang S.B.B Interchange Sdn Bhd. Kadar di sini agak baik juga cuma kadar terbaik masih di kawasan Masjid India.
Harap maklum, terima kasih
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Juga jika anda pada masa itu berada di kawasan Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman (area bekas Globe Silk Store) dan malas nak ke kawasan yang disebutkan di atas, maka di kawasan tersebut juga terdapat pengurup wang.
Di kawasan bekas gedung Globe Silk Store (di jalan utama Jalan Tuanku Abdul Rahman), betul-betul di sebelah pintu utama (kini gedung tersebut menjadi Sara Hughes) adalah pengurup wang Access Smartstreet Sdn Bhd.
Seterusnya di dalam gedung Sogo KL, di tingkat LG, berlawanan dengan pasaraya Sogo, tidak jauh dari kaunter khidmat pelanggan dan di sebelah Dunking Doughtnut & Pure Pharmacy, adalah pengurup wang S.B.B Interchange Sdn Bhd. Kadar di sini agak baik juga cuma kadar terbaik masih di kawasan Masjid India.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Click here if want to read in English version.