- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 Part 1;
- Day 3 Part 2; or
- Day 4 (this part).
Petunjuk: Waktu di Brunei adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Hari 4 (01 Mei 2017 - Isnin (Cuti Hari Pekerja)).
Pagi ini saya perlu bangun awal untuk menghantar Deddy yang perlu bertugas kerana Raja Bahrain (sebuah negara Arab) telah tiba di Kuala Lumpur pada hari sebelumnya. Saya terbangun pada sekitar pukul 4:30 pagi tatkala terdengar bunyi azan Subuh dari telefon bimbit saya dan juga dari luar hotel. Saya kejutkan Deddy sebelum saya masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Keluar sahaja dari bilik air, masuk pula Pak Nasir, aik, siapa pula yang hendak balik awal ini? Deddy pula sedang menyiapkan begnya. Saya memakai baju segar dan terus bersolat. Selepas solat, saya menunggu Deddy selesai semuanya, dan bila dia bersedia, kami berdua pun keluar dari bilik. Pak Nasir pun hendak mengikut sekali rupanya. Maka tinggallah Abang Zul di bilik melayan bluesnya. Kami keluar dari hotel dalam pukul 4:55 pagi.
Jalan memang lenggang pagi-pagi buta di Miri ini, kena pula hari ini merupakan hari cuti sempena Hari Pekerja. Dalam masa hampir 10 minit sahaja, sudah sampai di Lapangan Terbang Miri. Kami turunkan Deddy dan bersalam-salaman. Setelah itu, kami pun terus balik ke bilik hotel untuk menyambung usaha kami yang belum selesai, iaitu tidur.
Dalam pukul 7:00 pagi, saya pun menerima panggilan daripada Nizam yang ingin menetapkan tempat kami ingin berjumpa. Nizam ini merupakan sahabat lama saya sejak pengajian di universiti dahulu. Kini tinggal di Miri yang merupakan kampung halamannya dan bertugas sebagai pegawai bomba. Dia sebenarnya menunggu kami ketika kami sampai di Miri, namun saya lupa untuk menelefonnya. Lagipun sudah lewat malamkan ketika kami sampai, tidak akan lah hendak mengganggu. Alah, itu alasan sahaja. Baru tahu yang dia menunggu apabila saya menerima panggilan telefon daripadanya semasa berada di dalam KB Central di Brunei. Saya tidak menjawab kerana pada masa itu ia berada dalam mod perayauan antarabangsa, kalau jawab mahu tinggi bayarannya. Nasib baik pada masa itu ada WiFi (ketika itu pejabat syarikat telekomunikasi Progresif belum lagi dibuka), dapat saya menelefon semula menggunakan aplikasi WhatsApp.
Nizam memaklumkan bahawa dia akan berjumpa dengan kami di Restoran Mee Sapi Kuching. Saya cakap saya akan cuba cari, kerana masih tidak mahir jalan-jalan di Miri ini kecuali ke lapangan terbang dan ke pintu sempadan sahaja. Nizam kata nanti dia akan berkongsi lokasi restoran tersebut. Saya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, dia pun berkongsi lokasi melalui aplikasi WhatsApp. Sementara menunggu masa tersebut, saya pun menonton televisyen dan yang lainnya bergilir-gilir membersihkan diri.
Apabila sampai pada pukul 7:50 pagi, kami pun keluar dan terus ke lokasi yang dikongsi lokasinya oleh Nizam tadi. Tempat itu berada di hadapan Kafe Awang Mahyan di Jalan Permaisuri, namun tidak nampak langsung papan tanda Mee Sapi Kuching. Puas mencari juga kami. Nizam pun menelefon, mungkin kerana kami tidak kunjung tiba. Rupanya lokasi yang dikongsi tidak tepat rupanya. Lokasi sebenar adalah di Jalan Parry, tidak jauh dari Imperial Hotel Miri, antara bangunan tertinggi di Miri. Jadi kami menunggu Nizam yang akan mengambil kami di situ.
Beberapa ketika kemudian, berjumpa kami dengan Nizam dengan keretanya. Kami pun mengikuti sampai ke lokasi sebenar. Turun sahaja dari kereta, saya terus bersalam dan memeluk Nizam, maklumlah sudah hampir berbelas tahun tidak jumpa. Hanya berjumpa di dalam alam maya sahaja.
Nizam membawa kami ke meja yang diduduknya, yang duduk bersama isteri dan anaknya yang ada enam orang! Huh, saya kata "Ini semua anak kau ke?". "Ya", jawab Nizam. Huh produktif sungguh. Rupanya dia bergurau sahaja, hanya tiga anak mereka, lagi tiga adalah anak saudara mereka. Buat terkejut sahaja. Sebenarnya tidak hairan, kerana Miri ini adalah tempat asal Nizam ini. Saya masih teringat, masa belajar dahulu, Nizam pernah menceritakan pengalaman dia menaiki bas dari Miri, lebih kurang 14 jam perjalanan!
Kami pun duduk dan berborak mengenai banyak perkara. Isteri Nizam pun agak peramah juga. Walaupun baru berjumpa, tapi kami berborak panjang juga. Sampai lupa untuk memesan makanan. Saya sebenarnya musykil juga juga apa dia Mee Sapi Kuching ini. Oh rupanya, setelah melihat menu dan juga dimaklumkan Nizam, rupanya Mee Sapi Kuching ini adalah Mee Kolok, maklumlah Mee Kolok kan adalah makanan asal dari Kuching. Kena ingat bahawa Miri dan Kuching jaraknya lebih kurang 820 kilometer, lebih kurang Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam juga, malah ia menggunakan jalan lama, bukan lebuhraya. Jadi ada bezanya antara Miri dan Kuching. Cuma Mee Sapi Kuching ini lebih istimewa, ada tambahan urat dan juga tulang serta supnya lebih banyak. Air minuman seperti biasa, Teh C Istimewa.
Memang seronok bila jumpa Nizam ini. Sudahlah badannya agak sado, maklumlah abang bomba la katakan. Sambil-sambil berbual, hidangan yang dipesan pun sampai. Memang "nyaman gilak" kata orang Sarawak, bermaksud, memang sedap sangat. Memang dicadangkan untuk makan di sini bila ke Miri pada masa akan datang.
Lama juga saya dengan Nizam, sampai jam menunjukan hampir pukul 10:00 pagi pun tidak sedar. Hampir dua jam juga berborak. Jadi kami berpisah di sini, namun Nizam kata dia akan berjumpa dengan kami lagi pada pukul 1:00 tengahari di Restoran Melanau Cafe & Catering di tempat komersil berhadapan dengan Lapangan Terbang Miri nanti. "Auk", kata saya. Jadi kami pun berpisah di situ.

Saya dan kawan saya, Nizam di Restoran Mee Sapi Kuching, Miri.
Kami seterusnya menuju ke kawasan Pasar Pusat Miri di mana di bulatan berhampiran pasar ini terdapat sebuah pengurup wang (Profit Achievers Sdn Bhd) yang mana Pak Nasir ingin menukar kembali wang Ringgit Brunei yang tidak luak tersebut kepada Ringgit Malaysia. Rasanya di Miri ini, hanya inilah tempat tukaran wang asing selain di bank. Rasanyalah. Dulu pun saya tukar di sini.
Kemudian kami berjalan sedikit untuk membeli-belah barangan cenderahati di Pusat Kraftangan Miri yang tidak jauh dari pengurup wang tadi, di Jalan High Street. Memang murah juga barang-barang cenderahati di sini. Bolehlah kita memperolehi kemeja T, rantai kunci, magnet peti ais, barangan kraftangan Sarawak, beras Bario, garam bukit Bario dan sebagainya. Juga, kalau yang hendak membeli gambir Sarawak pun ada. Saya membeli magnet peti ais pada harga 4 keping pada harga RM10.00. Tetapi kena carilah untuknya, kerana bukan semua kedai menawarkan harga seperti itu.
Tat kala sibuk membeli belah, terdengar bunyi bising. Rupa-rupanya terdengar orang sedang membuat demonstrasi di depan simpang jalan di antara Pusat Kraftangan Miri ini dengan Pejabat Residen Miri. Bila dengar, ada juga berunsur politik, dan yang tidak menariknya, terdapat bendera Sarawak semasa zaman pemerintahan Rajah Brooke. Hairan juga, tidak ada seorang pun anggota polis yang hadir sepanjang demonstrasi itu. Saya percaya ia adalah perhimpunan haram. Tetapi nasib baik ia berjalan dalam keadaan aman. Dalam masa setengah jam, iaitu masa kami habis membeli barangan di Pusat Kraftangan Miri, mereka pun selesai.
Pejabat Residen Miri.
Pengurup wang di Miri.
Pusat Kraftangan Miri.
Antara di jual di pusat kraf, gambir Sarawak.
Demonstrasi Haram di bandaraya Miri, Sarawak.
Kami pulang ke hotel pada pukul 11:30 pagi, kerana waktu maksima untuk kami daftar keluar adalah pada pukul 12:00 tengahari. Jadi kami ke bilik untuk mengambil barangan kami dan kemudian kami mendaftar keluar. Selesai mendaftar keluar, kami pun berjalan-jalan menuju ke Bukit Kanada.
Sebenarnya tidak jauh mana pun Bukit Kanada dari Raja Inn Hotel. Dekat sangat, cuma perlu menaiki bukit dan jalannya bengkang-bengkok dan sempit pula. Nasib baik masa naik tidak ada kenderaan yang turun. Akhirnya kami sampai di atas dan akan bertemu dengan satu simpang tiga. Kami mengambil simpang ke kanan, kerana ia menunjuk arah ke The Grand Old Lady. Apa dia The Grand Old Lady tu?
The Grand Old Lady ini adalah merupakan tapak pertama pertemuan minyak di Miri juga di Sarawak malah di Malaysia! Telaga minyak pertama adalah di puncak bukit ini. Kini, telaga minyak tersebut sudah tidak lagi aktif dan ia dijadikan tempat tarikan pelancong pula, di mana didirikan tugu peringatan sebagai pendidikan dan peringatan kepada pengunjung.
Juga didirikan sebuah muzium iaitu Muzium Petroleum yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Sarawak. Tetapi pada ketika kami hadir di situ, tutup pula. Jika diikutkan jadual waktu melawat yang ada, sepatutnya ia dibuka kerana hari cuti umum. Namun ia tidak dibuka. Tidak mengapalah, tidak ada rezeki kami.
Di puncak bukit ini juga kita dapat melihat permandangan panorama bandaraya Miri. Kena pula hari ini cuaca agak cerah can cantik. Malah permandangan sebalik bukit ini menghala ke arah daratan juga boleh dilihat jelas. Sempat juga saya membuat FB Live di Bukit Kanada ini.
Jalan menuju ke Bukit Kanada.
The Grand Old Lady.
Tugu The Grand Old Lady.
Replika telaga minyak lama di Bukit Kanada.
Muzium Petroleum Miri.
Waktu melawat Muzium Petroleum Miri.
Panorama bandaraya Miri dari Bukit Kanada.
Permandangan ke arah darat dari Bukit Canada.
Usai melawat Bukit Kanada, jam menunjukan pukul 12:30 tengahari. Masih awal lagi, lagipun Nizam memaklumkan bahawa dia lambat, dalam pukul 1:30 tengahari baru dia sampai di restoran yang dijanjikan. Jadi kami pun ke pasaraya E-Mart Riam pula. Sengaja untuk menghabiskan waktu. Sebelum tiba di pasaraya ini, sempat kami mengisi minyak kereta sebanyak RM10.00 untuk mencukupkan kembali takat minyak kereta kepada 2 takat minyak sebagai mana yang kami dapat tempohari.
Di pasaraya ini kami cuma berpusing-pusing melihat barangan yang ada sahaja. Cuma saya tersinggah di restoran Sugar Bun iaitu rangkaian restoran makanan segera yang berasal di Sarawak dan terkenal di sana. Saya pun tempohari tidak dapat makan di restoran Jolli Bee di Brunei, jadi saya gantinya dengan makan di Sugar Bun. Saya hendak rasa ayam goreng di situ. Sedap juga. Hidangan set ayam goreng dua ketul dengan air minuman adalah lebih kurang RM15.00.
Masa menunjukan pukul 1:15 pagi, maka kami pun bertolak dari E-Mart Riam ini menuju ke Restoran Melanau Cafe & Catering. Kami tunggu di dalam kereta sahaja, sementara menunggu Nizam. Dalam pukul 1:25 tengahari, sampai juga Nizam di situ. Saya memang teringin hendak makan umai, namun pada masa itu, kehabisan pula. Begitu juga dengan cencalok Bintulu, pun habis. Memang tidak ada rezeki. Jadi kami makan biasa-biasa sahaja. Kami sambung borak yang tidak habis. Tepat pukul 1:55 tengahari, kami pun berpisah.
Papan menu Sugar Bun di dalam pasaraya E-Mart Riam, Miri.
Lapangan Terbang Miri.
Peta: Perjalanan Hari 4 di sekitar bandaraya Miri.
Kami terus membawa kereta kami ke ruang parkir Lapangan Terbang Miri ini. Sambil itu, saya menghubungi Donz Car Rental bagi urusan pemulangan kereta. Sementara menunggu wakil daripada Donz sampai, kami pun mendaftar masuk untuk penerbangan kami. Semasa kami mendaftar masuk, maka Syafiq daripada Donz pun sampai. Jadi kami pun membuat proses pemulangan di situ selepas kami selesai proses daftar masuk penerbangan. Diberikan kunci dan Syafiq ke kereta untuk memeriksa kereta. Dia pulang semula setelah hampir lima minit dan dia kata semua ok. Diberikan semula RM100.00 secara tunai, iaitu duit cagaran kereta.
Setelah itu kami terus menaiki tingkat atas untuk proses imigresen keluar Sarawak, dan ia berjalan lancar. Alhamdulillah, dapatlah kami semua cop yang ke-22 kami. Kami pun menunggu di dewan menunggu. Masih ada masa, jadi kami bersolat Zuhur jamak dengan Asar. Penerbangan kami kemudiannya ditangguhkan selama hampir sejam dari jadual asal iaitu dari pukul 3:50 petang kepada 4:45 petang.. Jadi sementara menunggu pelepasan untuk masuk pesawat, saya pun sempat tidur.
Pada pukul 4:15 petang, maka panggilan untuk masuk ke dalam pesawat 9M-MSG milik Malaysia Airlines pun kedengaran dan kami mulai masuk ke dalam pesawat. Alhamdulillah, pada pukul 4:40 petang, penerbangan MH2593 berlepas dari Lapangan Terbang Miri menuju ke KLIA.
Pesawat 9M-8H6 yang parkir di apron Lapangan Terbang Miri.
Pesawat Malaysia Airlines ke Kuching dan menara kawalan Lapangan Terbang Miri.
Penerbangan MH2593 meninggalkan Lapangan Terbang Miri.
Dalam penerbangan, saya melihat di bawah, banyak permandangan yang menarik dan susah ditemui dapat saya lihat. Antaranya permandangan pelantar minyak dari ruang udara, bagi saya, ia sukar dilihat selama ini. Selain itu, saya dapat melihat permandangan Kepulauan Natuna dan Anambas, antara gugusan Kepulauan Riau yang terletak di antara Sarawak dan Semenajung Malaysia. Insya Allah, jika diberikan izin olehNya, saya akan ke sini satu hari nanti. Saya, Deddy dan Pak Nasir ada berborak untuk ke kawasan ini semasa perjalanan ke Brunei ini.
Akhirnya pada pukul 6:30 petang, mendaratlah pesawat kami di landasan terbang kedua KLIA. Semasa di laluan teksi dari landasan terbang ke ruang parkir pesawat, saya ternampak pesawat rasmi Raja Bahrain yang parkir di ruang apron berhampiran dengan Bangunan Terminal Utama KLIA. Akhirnya kami sampai terminal KLIA dan dapat keluar pesawat pada pukul 6:45 petang. Kami bergegas ke stesen bas KLIA dan tiba di situ pada pukul 7:10 malam.
Sebuah pelantar minyak kelihatan dari pesawat kami.
Kami di dalam penerbangan MH2593.
Permandangan Pulau Natuna, Kepulauan Riau, Indonesia dari pesawat kami.
Pesawat Raja Bahrain yang parkir di apron KLIA.
Peta: Penerbangan dari KLIA ke LT Miri.
Di stesen bas, saya dan Abang Zul menghantar Pak Nasir menaiki bas henti-henti Airport Liner untuk ke Nilai, di mana Pak Nasir akan menaiki keretapi KTM Komuter untuk ke Tampin/Pulau Sebang pula. Selepas Pak Nasir menaiki bas, kami ke kaunter tiket Airport Coach untuk menukar tiket untuk kembali ke KL Sentral. Kami mendapat tiket bas seterusnya iaitu pukul 7:30 malam. Kami terus menaiki bas tersebut, dan ia bergerak meninggalkan KLIA tepat pada masanya.
Kami sampai di KL Sentral pada pukul 8:30 malam, dan saya berpisah dengan Abang Zul. Saya ke surau KL Sentral untuk solat. Usai solat saya pun menaiki LRT untuk ke stesen LRT yang terdekat dengan rumah saya. Sampai di stesen LRT tersebut, isteri saya sudah sedia menunggu. Akhirnya jam 9:15 malam, saya selamat tiba di rumah, alhamdulillah.
Demikanlah catatan perjalanan saya dan rakan-rakan bagi perjalanan kami merentasi Sarawak ke Brunei, ke Sarawak semula, masuk ke Brunei semula sebelum masuk kembali ke Sarawak dan akhirnya ke Sabah serta perjalanan patah semula demi mendapat 22 buah cop pasport. Sebenarnya itu bukanlah matlamat utama, sebaliknya kami ingin tahun apa yang ada di kawasan yang memang jarang orang yang tiada kepentingan, lalu di situ seperti Limbang, Temburong, Lawas dan Sipitang.
Jadi berakhir sudah kembara keempat saya pada tahun 2017 ini. Insya Allah, akan ada lagi kembara yang akan saya teruskan, iaitu ke Osaka, Jepun pada pertengahan bulan Julai 2017 nanti. Semoga catatan saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama yang ingin membuat perjalanan seperti ini. Jumpa lagi di catatan pengembaraan saya pada masa mendatang.
Ingat pesanan Qi Khusairi dalam program kembaranya "The Street", "Jadilah pengembara, bukannya pelancong". Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan... (Exploring the World, Knowing the Life...).
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2;
- Day 3 Part 1;
- Day 3 Part 2; or
- Day 4 (this part.