Bersambung dari Hari 1.
Jika mahu lihat catatan:
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari -1;
- Hari 3;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day -1;
- Day 1;
- Day 2 (this part);
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.
Hari 2 (28 Oktober 2016 - Jumaat).
Saya terbangun awal pada pukul 2:00 pagi. Tiba-tiba sahaja, mungkin kerana tidur di katil asing di bumi orang. Bilik kami sebenarnya tiada penghawa dingin tetapi cuaca malam Sydney memang sejuk. Perut pun tiba-tiba lapar (masa ini teringang-ngiang parodi Doraemon pasal perut lapar). Jadi saya makan baki kepak ayam goreng yang dibeli malam tadi. Macam makan sahur la pula. Selepas itu saya buat qiamulalail sikit dan sambung tidur selepas itu.
Saya terbangun pada pukul 5:20 pagi, kira-kira dua jam selepas terlelap. Nasib baik terbangun, kalau tak, terlepas Subuh yang mula masuk pada pukul 4:30 pagi. Pergi membersihkan diri dan segera bersolat Subuh.
Kami sebenarnya menetapkan untuk bertolak dari penginapan untuk aktiviti kami hari ini pada pukul 7:00 pagi. Jadi, saya, abang Zul dan Jeluwi yang sudah siap pada pukul 6:30 pagi, mengambil masa sikit untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan penginapan. Agak tidak ada banyak kenderaan dan orang pada masa ini. Mungkin pada tahap orang Sydney, masa ini masih awal walaupun terangnya umpama sudah pukul 7:45 pagi di Kuala Lumpur. Mungkin juga kerana George Street ini ditutup sebahagian jalannya untuk dibina sistem tram agaknya.
Kami ke kedai serbaneka 7-Eleven yang terdekat, dan ternampak kiosk membuat kopi di situ. Jadi saya mencuba minuman caffe latte manakala Jeluwi memilih cappuccino. Abang Zul juga memilih cappuccino, cuma tersalah pilih cawan yang ada coklat, jadi bagi saya ia menjadi caffe mocha lah. Harga bagi minuman berasaskan kopi ini adalah AU$1.00 (+-RM3.30) bagi cawan kecil, AU$2.00 (+-RM6.60) bagi cawan sederhana dan AU$3.00 (+-RM9.90) bagi cawan besar, manakala yang mempunyai serbuk coklat hanya ada cawan kecil sahaja (bagi saya ia dah jadi sederhana sebenarnya) dengan tambahan AU$1.00 (+-RM3.30).
Memang sedap kopinya, berkualiti tinggi, agak serupa dengan rasa kedai-kedai fresco kopi seperti Starbucks. Harga pun agak murah bagi standard Australia (kalau cawan kecil, bagi saya, agak murah juga dengan standard Malaysia). Penting sekali dapat memanaskan badan di dalam cuaca Australia yang sejuk ini.
Saya terbangun pada pukul 5:20 pagi, kira-kira dua jam selepas terlelap. Nasib baik terbangun, kalau tak, terlepas Subuh yang mula masuk pada pukul 4:30 pagi. Pergi membersihkan diri dan segera bersolat Subuh.
Kami sebenarnya menetapkan untuk bertolak dari penginapan untuk aktiviti kami hari ini pada pukul 7:00 pagi. Jadi, saya, abang Zul dan Jeluwi yang sudah siap pada pukul 6:30 pagi, mengambil masa sikit untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan penginapan. Agak tidak ada banyak kenderaan dan orang pada masa ini. Mungkin pada tahap orang Sydney, masa ini masih awal walaupun terangnya umpama sudah pukul 7:45 pagi di Kuala Lumpur. Mungkin juga kerana George Street ini ditutup sebahagian jalannya untuk dibina sistem tram agaknya.
Kami ke kedai serbaneka 7-Eleven yang terdekat, dan ternampak kiosk membuat kopi di situ. Jadi saya mencuba minuman caffe latte manakala Jeluwi memilih cappuccino. Abang Zul juga memilih cappuccino, cuma tersalah pilih cawan yang ada coklat, jadi bagi saya ia menjadi caffe mocha lah. Harga bagi minuman berasaskan kopi ini adalah AU$1.00 (+-RM3.30) bagi cawan kecil, AU$2.00 (+-RM6.60) bagi cawan sederhana dan AU$3.00 (+-RM9.90) bagi cawan besar, manakala yang mempunyai serbuk coklat hanya ada cawan kecil sahaja (bagi saya ia dah jadi sederhana sebenarnya) dengan tambahan AU$1.00 (+-RM3.30).
Memang sedap kopinya, berkualiti tinggi, agak serupa dengan rasa kedai-kedai fresco kopi seperti Starbucks. Harga pun agak murah bagi standard Australia (kalau cawan kecil, bagi saya, agak murah juga dengan standard Malaysia). Penting sekali dapat memanaskan badan di dalam cuaca Australia yang sejuk ini.
Apabila sampai pukul 7:00 pagi, rupanya geng-geng wanita ni tidak siap lagi. Jadi kami pun sambung jalan-jalan di sekitar kawasan penginapan. Pada masa itu, ternampak, burung-burung liar di Sydney ini mencari makan. Ada yang paruh panjang dan ada yang paruh kecil tapi bising. Burung yang jenis kedua ini, rasanya burung camar, saya teringat, ada dipaparkan dalam cerita Finding Nemo, jika masih ingat, sekumpulan burung yang menyerang ayah Nemo dan kawan-kawannya itu. Memang serupa sahaja perangai burung ini seperti di dalam cerita wayang tersebut.
Burung-burung tersebut mancari makan dengan tinggalan sampah yang diletakan di tepi jalan. Habis juga sampah-sampah tersebut terburai akibat perbuatan burung-burung ini.
Saya di depan sebuah cawangan 7-Eleven di George Street dengan secawan kopi berharga AUD1.
Akhirnya pada pukul 7:30 pagi, barulah saya menerima panggilan yang geng-geng wanita ini siap. Jadi pukul 7:45 pagi barulah kami bergerak ke Stesen Keretapi Central. Kali ini kami berjalan kaki terus ke situ, kerana apabila kami sampai di Perhentian Tram Century Square, masa menunggu tram seterusnya ada sepuluh minit. Baik kami berjalan kaki sahaja, lagipun udara pagi di Sydney ini menyegarkan. Pada hari ini, aktiviti kami ada ke kawasan Blue Mountains atau lebih tepat, ke Katoomba.
Selepas berjalan kira-kira lima minit, sampailah kami di ruang legar Stesen Keretapi Central ini. Jika diikutkan maklumat daripada Google Maps, keretapi untuk ke Katoomba untuk masa terdekat adalah di platform 8. Namun saya mendapatkan maklumat di kaunter khidmat pelanggan untuk mengesahkan maklumat tersebut, dan ia disahkan benar.
Kami pun melalui pintu hadangan dan terus ke platform 8 yang betul-betul berada di belakang kaunter khidmat pelanggan tadi. Di platform terbabit, kami nampak keretapi yang parkir di situ tetapi dipintunya terdapat papan kenyataan yang pintu ini tidak boleh digunakan. Rupanya bukan keretapi itu yang sebenarnya tetapi terdapat keretapi yang satu lagi di belakang keretapi tersebut. Jadi kami ke belakang lagi dan sampai juga di sana.
Kebetulan pada masa sama, terdapat sekeluarga orang Melayu Malaysia (atau Singapura, jika berdasarkan loghat percakapan mereka) yang sama-sama menaiki keretapi tersebut. Saya menegur mereka dengan bertanya khabar, malangnya tiada jawapan dari mereka, seolah-olah saya ini tidak wujud di situ. Beginilah jika sebilangan orang kita berada di luar negara terutama di negara maju sikit dari Malaysia. Rasa kecewa pun ada. Akhirnya saya pun tidak meneruskan apa yang saya lakukan tadi, dan membiarkan mereka dengan dunia mereka.
Kali ini, kami mengambil keputusan untuk duduk di tingkat bawah pula kerana boleh banyak tempat duduk di tingkat atas telah dipenuhi. Saya pula kebetulan duduk di bahagian tingkat menghadap ke platform. Sempat juga saya bergurau "Huh, nampak "drumstick"!", bermakna nampak peha orang yang menunggu di platform. Memang rendah juga permandangan di bahagian bawah ini sebenarnya. Jadi ingatan saya, kepada yang pakai skrit pendek tu, kena duduk jauh sikit dari pinggir platform di Sydney ini.
Kira-kira 5 minit selepas kami masuk ke dalam keretapi ini mula bergerak meninggalkan platform 8 Stesen Central ini. Jadi bermulalah perjalanan lebih dari dua jam untuk ke Katoomba ini. Dalam jam pertama, kami dapat melihat permandangan pembangunan kawasan bandar dan pinggir bandar Sydney. Beberapa stesen berhenti dan kemudian berjalan. Kebetulan kami berkongsi koc dengan sekumpulan warga emas Korea Selatan. Itu pun berdasarkan pendengaran kami (saya dan Irda) yang mendengar mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Korea (maklumlah saya ni ada masa layan juga drama Korea). Jadi kami tegur juga beberapa orang, walaupun bahasa Inggeris mereka agak kurang fasih, kami masukan perkataan Korea yang kami tahu sikit.
Apabila melepasi stesen Emu Plain, bermulalah keretapi ini mendaki pergunungan Blue Mountains. Jadi suasana pun sudah mula lain. Keliling kami mula dipenuhi dengan pokok-pokok dan kawasan hutan, namun terdapat juga beberapa kawasan penempatan yang ada. Cuma malangnya, pada masa itu, tidak berapa nampak jika melihat jauh sedikit, kerana agak berkabus. Jadi saya sudah merasakan apa akan kami nampak di Katoomba nanti.
Di dalam kawasan pergunungan ini juga masih terdapat beberapa pekan kecil di sepanjang laluan keretapi ini. Sekali-sekala kami nampak juga lebuhraya yang ada ketika berjajar dengan laluan keretapi. Dalam perjalanan, baru saya tahu terdapat tandas di gerabak ini, kerana pada gerabak keretapi semalam (gerabak keretapi dalam bandar), tiada tandas. Jadi saya pun dan kemudian Jeluwi mengikut saya ke tandas. Alhamdulillah, lega juga setelah lama menahan untuk membuang air kecil.
Akhirnya setelah dua jam dan kira-kira lima belas minit, sampailah kami di Stesen Keretapi Katoomba, iaitu pekan utama di pergunungan Blue Mountain ini.
Ruang legar utama Stesen Central, Sydney, Australia.
Di platform 8 Stesen Central untuk menaiki keretapi ke Katoomba.
Peta: Perjalanan dari penginapan ke Katoomba.
Saya di Stesen Katoomba setelah sampai.
Dari Stesen Keretapi Katoomba, kami terus ke kawasan pekannya. Sempat singgah di beberapa kedai cenderahati untuk melihat harga cenderahati di situ. Kami kemudian berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan Katoomba ini. Dalam perjalanan, bunga-bunga berkembang mekar, kerana pada masa ini merupakan musim bunga bagi Hemisfera Selatan.
Kami juga dapat melihat perkhidmatan bas pelancong Blue Mountains Explore Bus, yang seumpama bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur. Memandang harga perkhidmatan bas ini agak mahal iaitu dari AU$44.00 (+- RM145.20) untuk bas sahaja ke AU$98.00 (+- RM323.40) yang termasuk beberapa tarikan di Katoomba ini, jadi kami tidak ambil. Selain itu terdapat juga perkhidmatan Blue Mountains Trolley yang lebih kurang sahaja dengan Explore Bus, yang lebih murah sikit, iaitu dari AU$15.00 (+- RM49.50) untuk bas sahaja hingga AU$64.00 (+- RM211.20) untuk pakej dengan beberapa tarikan Katoomba.
Lebih baik kami urus sendiri dengan pengangkutan awam iaitu bas Blue Mountains Bus Company (BMBC) yang ada, yang mana mereka juga menerima kad Opal. Huhuhu. Lagipun kami memang tidak akan masuk tarikan yang berbayar seperti Scenic World (ada beberapa perkhidmatan kereta kabel - tiket kira-kira AU$39.00 (+- RM128.70)) atau Waradah Aboriginal Centre (di sini rupanya ada persembahan tarian tradisional Aboriginal, tiket kira-kira AU$20.00 (+- RM66.00)).
Stesen keretapi Katoomba dari pekan Katoomba.
Bunga berkembang mekar di perhentian bas di hadapan Carrington Place.
Bas Hop On Hop Off Blue Mountains.
Kemudian kami berjalan menuju ke Pusat Kebudayaan Blue Mountains (Blue Mountains Cultural Centre). Apabila kami sampai di Pusat Kebudayaan Blue Mountains, kami ingatkan di situ terletaknya tempat di mana terdapat persembahan tarian tradisional puak Aboriginal (kaum asli Australia), rupanya pusat ini lebih merupakan perpustakaan bagi pekan Katoomba.
Dahulunya Pusat Kebudayaan Blue Mountains ini merupakan sebuah sekolah di pekan Katoomba ini. Namun pihak kerajaan negeri kemudian memindahkan sekolah ke kawasan lain dan membangunkan pusat kebudayaan bagi menarik pelancong ke Katoomba ini, yang merupakan pintu masuk utama ke beberapa tempat pelancongan utama di pergunungan Blue Mountains ini. Saya sempat juga mengambil gambar panorama pekan Katoomba dari atas pusat kebudayaan ini. Memang tidak nampak sangat kerana kabus menyelubungi kawasan Blue Mountains ini.
Di bawah pusat kebudayaan ini, terdapat kompleks membeli-belah yang kecil yang juga terdapat sebuah pasaraya Coles. Ada dari kami yang tidak bersarapan pagi rupanya, jadi kami membelilah sedikit makanan yang boleh dimakan, untuk alas perut sementara menunggu untuk makan tengahari.
Kami seterusnya kembali semula berjalan ke jalan yang kami guna untuk ke pusat kebudyaan ini dan menunggu bas bernombor 686 di hadapan Hotel Carrington Place. Bas ini akan membawa ke beberapa kawasan tumpuan pelancong di Katoomba seperti Scenic World dan destinasi kami, Echo Point.
Pusat Kebudayaan Blue Mountains.
Permandangan kawasan Blue Mountains sekitar Katoomba dari atas Pusat Kebudayaan.
(Cuaca berkabus, jadi tidak nampak apa-apa).
(Cuaca berkabus, jadi tidak nampak apa-apa).
Menunggu bas ke Echo Point di depan hotel Carrington Place.
Peta: Perjalanan dari pekan Katoomba ke Echo Point & Scenic World.
Kami menunggu bas tidak lama, kira-kira lima minit, sampailah bas tersebut di perhentian bas ini. Namun kami perlu menunggu penumpang yang agak ramai (kelihatan mereka juga seperti pelancong juga) turun daripada bas. Setelah itu baru kami menaikinya, dan seperti saya beritahu tadi, bas ini juga menerima malah perlu menggunakan kad Opal.
Jadi bas ini bergeraklah apabila semua penumpang sudah naik. Bas ini membawa mengelilingi pekan Katoomba dan terus ke kawasan pinggir pekan. Selepas lima minit, sampailah kami di Echo Point. Echo Point ini masuk adalah percuma. Itu yang kami suka.
Di Echo Point inilah sebenarnya daya tarikah utama di Katoomba malah Blue Mountains keseluruhannya. Ini kerana di sinilah terdapatnya batuan Three Sisters. Namun apabila kami sampai, yang nampak hanyalah kabus sahaja. Rasa sedih dan kecewa pun ada.
Sampai di Echo Point.
Kabus menyelebungi Echo Point.
Lompatan di Echo Point.
Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik.
Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik dari sudut lain.
Papan kenyataan menunjukan permandangan sebenar jika cuaca baik dari sudut satu lagi.
Salah satu batu peringatan di Echo Point.
FB Live: https://www.facebook.com/KembaraGD/videos/1221474251258827/.
Walaupun kami agak sedih dan kecewa tidak dapat melihat apa yang kami hendak lihat di Echo Point ini, namun kami dapat mengubat hati kami dengan mengambil video dan membuat siaran lansung Facebook sebagaimana jaringan yang saya kongsikan di sini. Apabila melihat balik, rasa kelakar pun ada. Sampai terkeluar perkataan berkaitan dengan Katoomba seperti daun ketumbar, ketumbit, ketombe (kelemumur dalam Bahasa Indonesia) dan frasa "Jangan Mengadu Domba di Katoomba". Hahaha.
FB Live: https://www.facebook.com/hadiasad/videos/10210759656811322/.
Video: Di Echo Point, Katoomba (Blue Mountains), New South Wales, Australia.
Setelah itu, kami singgah di pusat pelancong yang ada di sini. Terdapat banyak cenderahati dijual, jadi dari tidak nampak batuan Three Sisters dan permandangan indah pergunungan Blue Mountains, kami belilah cenderahati yang unit sebagai pengubat hati.
Sebenarnya Waradah Aboriginal Centre, berada berdekatan dengan Echo Point. Tapi memandangkan untuk memasukinya berbayar, walaupun cuma AU$20.00 (+- RM66.00) sahaja, namun ini hari kedua kami, takut nanti bajet perbelanjaan kami habis selepas ini (tidak sebenarnya, malah terdapat banyak baki, Sydney bukanlah bandaraya yang berkos tinggi sebagai mana diwar-warkan).
Seterusnya kami ternampak ada denai di sebelah pusat pelancong. Tadi tidak nampak kerana kabus yang agak tebal. Setelah berbincang, kami pun berjalan melalui denai ini, manalah tahu dapat pengalaman yang menarik nanti.
Rupanya, denai ini menuju ke batuan Three Sisters sebenarnya. Nasib baik ikut kata hati untuk ke sini. Cuma perlu menuruni tangga-tangga besi yang curam. Seriau juga kerana ketika itu tangga itu basah. Jadi kami (kecuali abang Zul yang kami nasihatkan agar tidak turun, takut mengganggu kesihatan nanti) pun menuruni tangga tersebut. Hendak turun pun terseksa juga. Kiranya kalau menggunakan tangga-tangga ini, ia akan menjadi laluan sehala, bagi keselamatan.
Akhirnya sampai juga kami di batuan Three Sister ini. Cuma dapat pergi sebuah sahaja, kerana bila tengok sambungan laluan, takut ada antara kami tidak mampu sahaja. Tidak dapat tangkap gambar ketiga-tiga batuan, dapat satu pun jadilah. Malah yang lebih bagus, dapat pegang lagi.
Setelah berada kira-kira hampir 20 minit, kami pun naik semula ke atas. Sampai di tempat abang Zul menunggu, rasa macam hendak minta nyawa sahaja. Kami berehat sebentar untuk mengambil nafas, dan seterusnya terus kembali ke perhentian bas Echo Point.
Kali ini, kami menunggu agak lama, kira-kira 20 minit tidak sampai juga bas 686. Bas-bas lain termasuk bas persiaran bersilih ganti. Akhirnya sampai juga bas ini. Apabila sudah sentuh kad Opal, baru tahu yang bas ini bukan menghala ke pekan Katoomba tetapi menghala ke Scenic World terlebih dahulu. Namun kami terus duduk kerana saya menyatakan, bas ini akan kembali semula ke Echo Point juga, dan seterusnya akan ke pekan Katoomba juga. Semasa lalu di Scenic World, seperti menarik juga tempat ini. Insya Allah akan ke sini pada masa lain.
Bas ini berpatah balik dan akhirnya kami sampai juga ke pekan Katoomba di perhentian di hadapan hotel Carrington Place.
"Three Sisters" jadian, hahaha.
Pintu masuk menuju ke denai ke batuan Three Sisters.
Denai ke batuan Three Sisters.
Antara corak batu yang menarik sepanjang denai Three Sisters.
Salah satu batuan Three Sisters.
Perlu menuruni tangga besi yang curam dan licin.
Husnul bergambar di batuan Three Sisters.
Keadaan jurang di batuan Three Sisters.
Permandangan denai dari gua Three Sisters.
Dari hadapan hotel Carrington Place, kami mengambil keputusan untuk ke Pusat Kebudayaan Blue Mountains untuk solat, kerana di situ terdapat banyak ruang kosong bagi memboleh kami bersolat. Setelah selesai, kami pun kembali ke kawasan utama pekan Katoomba.
Oleh kerana pada ketika itu jam menunjukan pukul 1:45 tengahari, maka kami mengambil keputusan untuk makan tengahari sahaja di Katoomba. Makanan yang betul-betul halal agak sukar sikit kami temui. Jadi saya mengatakan agar kami makan sahaja makanan berasaskan makanan laut. Jadi kami ke restoran Greco's yang berdekatan dengan perhentian bas depan hotel Carrington Place.
Di restoran ini, terdapat banyak pilihan makanan. Ada makanan laut, tetapi ada juga makanan berasaskan haiwan darat (masa ini kami tidak tahu yang daging lembu dan ayam di Australia kebanyakannya adalah halal). Malah ada makanan terdapat bacon (sudah pasti kalau bacon ini adalah dari babi). Jadi saya kata tidak mengapa kalau ambil makanan laut kerana kalau ikut cara memasak, bacan tidak digoreng banyak minyak tetapi digoreng tohor (kuali kering). Jadi kami makanlah makan lain di mana saya mengambil set Fish and Chips yang berharga AU$9.50 (+- RM31.35) sahaja.
Apabila dapat, huh, agak besar juga bahagiannya, dengan kentang gorengnya agak besar dan banyak. Ikannya pun agar segar juga, tidak hanyir. Kaum wanita berkongsi satu set Seafood Family Pack dimakan bersama-sama.
Restoran Greco's di pekan Katoomba.
Antara menu yang ada di restoran Greco's.
Lagi menu yang ada di restoran Greco's.
Fish & Chips di restoran Greco's.
Seafood Family Pack di restoran Greco's.
Selepas makan tengahari selesai, perut pun penuh dan hati gembira, kami membungkus makanan yang tidak habis untuk menjadi bekal. Kami pun kembali ke Stesen Keretapi Katoomba untuk kembali semula ke Sydney. Perjalanan lebih dua jam diharungi semula, cuma pada perjalanan pulang ini, lebih senyap, kerana masing-masing banyak tertidur semasa perjalanan pulang ke Stesen Central ini.
Kembali ke Stesen Keretapi Central, Sydney.
Peta: Perjalanan dari Katoomba ke Circular Quay.
Sampai di Stesen Keretapi Central, cuaca di situ agak cerah dan terang sekali. Berlawanan dengan keadaan pada paginya, atau semalam atau cuaca di Katoomba. Memang berbeza sekali. Jadi kami menukar perancangan asal, di mana, daripada kami ingin pulang ke penginapan, melayan duka lara, kepada mengambil kesempatan atas cuaca yang elok ini untuk ke Panggung Opera Sydney (Sydney Opera House).
Jadi kami segera melihat paparan maklumat untuk mencari keretapi yang tercepat untuk ke sana, terus ke plartform terbabit dan terus ke Circular Quay. Sampai di Circular Quay, ya Allah, masya Allah, cantiknya cuaca. Orang pun seperti berduyun-duyun menghala ke Panggung Opera Sydney. Apabila hendak sampai, memang kami ambil kesempatan untuk bergambar. Memang banyak rasanya gambar diambil sepanjang berada di situ.
Rupanya, terdapat satu majlis seperti malam gala yang diadakan di Panggung Opera Sydney. Ramai yang berpakaian makan malam, bergemerlapan, bak kata orang sekarang, bling-bling gitu. Kami pun berjalan terus menuju terus ke hujung tanjung di Panggung Opera Sydney ini. Burung camar berterbangan, malah ada ketika hanya beberapa sentimeter sahaja dari atas kepala orang-orang yang ada. Kebetulan ada kentang goreng baki makan di Katoomba tadi, saya balik ke udara, dan menariknya, burung camar tadi menyambarnya dengan baik. Saya buat dua kali sahaja, kerana takut kalau balik banyak kali, selepas tidak dibaling lagi, diserang saya macam dibuat dalam cerita Finding Nemo itu.
Permandangan di kawasan Circular Quay.
Saya berlatar belakangkan Sydney Opera House di kawasan Circular Quay.
Burung Camar di Circular Quay.
Apabila sampai di hujung tanjung, saya terlihat terdapat satu tempat yang mempunyai ramai orang yang seperti berkerumun di situ. Saya pun ke sana, huh, rupanya terdapat seekor singa laut sedang berehat di sebuah pelantar di situ. Singa laut ini bukan dibela tetapi yang liar juga. Ini adalah pengalaman pertama kali saya melihat singa laut liar. Sebelum ini cuma melihat singa laut yang duduk di dalam kurungan sahaja.
Seekor singa laut sedang berehat di Sydney Opera House.
Video: Seekor singa laut sedang berehat di Sydney Opera House.
Memang cantik permandangan di sini. Dengan cahaya yang mencukupi, setiap gambar yang diambil memang hampir sempurna sahaja. Jambatan Pelabuhan (Sydney Harbour Bridge) juga amat sempurna gambarnya diambil. Kami berada di situ hampir dua jam juga. Setelah itu, kami pulang ke penginapan dengan hati yang gembira.
Gambar saya menghadap ke Harbour Bridge dari Opera House.
Antara imej Opera House yang diambil saya.
Lagi imej Opera House yang diambil saya.
a
Peta: Perjalanan dari Circular Quay ke penginapan.
Sampai di bawah bangunan penginapan, kami membeli bekalan makanan untuk makan malam. Saya, Irda, Linda dan Jeluwi membeli makanan di Restaurant Oz Kebab, manakala, abang Zul dan Husnul membeli makanan di kedai Just Fry. Saya mengambil hidangan kebab camour (daging lembu & ayam) bersama nasi yang berharga AU$15.00 (+- RM49.50). Bila mendapat hidangan tersebut, rasa banyak pula. Tapi saya rasa ia boleh jadi sarapan pagi juga untuk esok hari.
Makan malam saya, kebab campur (daging lembu dan ayam)
dengan nasi (AUD15.00 = +- RM49.50)
dengan nasi (AUD15.00 = +- RM49.50)
Selepas selesai membeli, kami semua naik ke atas dan makan di bilik pantri/dapur penginapan kami di tingkat satu. Saya tidak dapat menghabiskan makanan kami. Dalam masa itu, kami berbincang untuk rancangan aktiviti kami keesokan harinya. Jadi kami bersetuju untuk mula keluar dari penginapan pada pukul 8:00 pagi.
Saya membawa baki makanan saya ke bilik agar dapat dimakan pada sebelah pagi esoknya. Setelah itu, saya membersihkan diri dan kemudian saya dan rakan sebilik berborak sehingga hampir pukul 10:00 malam, kami pun tidur.
Bersambung ke Hari 3.
Jika mahu lihat catatan:
- Pra Kembara;
- Itinerari;
- Hari -1;
- Hari 1;
- Hari 4 & 5; atau
- Panduan Kembara - Sydney.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary;
- Day -1;
- Day 1;
- Day 2 (this part);
- Day 3;
- Day 4 & 5; or
- Travel Guide - Sydney.