If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Journey;
- Travel Guide - Padang, Indonesia.
Panduan:
|
|||
Rp (IDR) = Rupiah, matawang
Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp 1000 = RM0.30 atau RM1.00 = Rp
3333.
|
|||
(Walaupun sebenarnya kadar
pertukaran adalah Rp 1000 = RM0.29 atau RM1.00 = Rp 3450, namun kadar tukaran
amnya di atas adalah bagi memudahkan anggaran).
|
|||
Waktu tempatan bagi Indonesia
Barat (termasuk pulau Sumatera) adalah UTC +7 iaitu 1 jam lewat dari waktu
Malaysia (UTC +8), contohnya jika Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang, Padang
adalah pada pukul 3:00 petang.
|
|||
Persediaan Pra Perjalanan
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
115.05
|
||
2
|
Menukar wang RM53.30
ke Rp185,000 di UA Exchange Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada kadar
jualan Rp100,000 = RM28.88 pada 13 Ogos 2018.
|
||
3
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan AK403 & AK404 melalui web pada 14 Ogos 2018.
|
||
4
|
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta, Konsulat General Malaysia di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru (tidak mengetahui Padang terletak di bawah
seliaan mana satu) pada 15 Ogos 2018 untuk memaklumkan kehadiran di Padang.
Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.
|
||
Jumlah
|
RM115.05
|
||
Hari 1 - 27 Ogos 2018 (Isnin)
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (Rp)
|
RM
|
1
|
Saya bangun pagi pada
04:30 pagi, membersihkan diri dan keluar dari rumah pada pukul 05:10 pagi
untuk ke KL Sentral. Selepas sampai pada pukul 05:20 pagi dan memarkir
motorsikal di Brickfields, saya segera ke kaunter tiket Skybus untuk
mengambil tiket bas. Alhamdulillah dapat menaiki bas pukul 05:40 pagi. Bas
bergerak tepat pada masa dan tiba di klia2 pada pukul 06:40 pagi. Saya segera
ke kiosk daftar masuk untuk mencetak semula pas masuk, tapi perlu untuk
pengesahan dokumen. Terus ke kaunter V2 untuk pengesahan dan diberikan pas
masuk baru. Selepas itu saya ke surau aras 2A (tingkat atas Balai Berlepas)
untuk solat subuh. Usai solat terus melakukan prosedur imigresen dan kastam
dan terus ke sayap L kerana pintu berlepas saya adalah di L1. Sampai sahaja
di sayap L, diperiksa keselamatan dan terus ke pintu berlepas L1 yang tidak
jauh dari situ. Dalam pukul 07:15 pagi, pintu pesawat dibuka. Alhamdulillah
pesawat 9M-AGE bergerak ke landasan terbang pada pukul 08:00 pagi dan selamat
berlepas hanya pada pukul 08:45 pagi dalam keadaan hujan renyai membasahi
bumi Sepang kerana trafik udara sesak pada ketika itu, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Padang (PDG).
|
||
2
|
Sampai di PDG pada
pukul 08:40 Waktu Indonesia Barat-WIB (selepas ini waktu adalah WIB sehingga
dimaklumkan). Pesawat sampai di terminal selepas 5 minit. Urusan imigresen
mengambil masa kira-kira 15 minit. Kini tidak perlu lagi mengisi borang
imigresen. Seperti biasa pegawai imigresen Indonesia di Sumatera ini akan
bertanyakan tiket pulang atau keluar dari Indonesia, jadi dari pengalaman
lepas, ia sudah disiap sediakan. Selepas selesai, terus ke meja mengisi
borang pengisytiharan kastam (borang sudah diberi dari atas pesawat cuma pen
bermasalah, tidak keluar dakwat), selesai sahaja terus ke lorong kastam dan
menyerahkan borang kastam kepada pegawai berkenaan.
|
||
3
|
Keluar dari balai
ketibaan (yang terletak di hujung kiri bangunan lapangan terbang), terus ke
hujung kanan bangunan untuk mengeluarkan wang Rupiah daripada mesin ATM.
Tiada mesin ATM Maybank, cuma ada 4 mesin termasuk salah satu CIMB Niaga,
mengeluarkan Rp200,000 (dengan kadar RM59.60).
|
||
4
|
Kembali ke hujung kiri
bangunan untuk melihat bas bandara DAMRI, namun tiada. Terus ke stesen
keretapi (Stasiun BIM - Bandara Internasional Minangkabau) untuk menaiki
keretapi ke Stasiun (Stesen) Padang, kerana jam sudah pukul 9:15 pagi, di
mana keretapi seterusnya adalah 9:45 pagi.
|
10,000.00
|
3.00
|
5
|
Semasa dalam
perjalanan keretapi, saya mengaktifkan perayauan antarabangsa U Mobile saya
melalui plan U Data Roam 10. Di Indonesia, kita perlu memilih secara manual
isyarat telco Indosat Ooredoo untuk plan ini. Jika pilih isyarat telco lain,
plan perayauan biasa yang lebih mahal akan dikenakan.
|
10.00
|
|
6
|
Tiba di Stasiun Padang
pada pukul 10:25 pagi. Berjalan ke pintu masuk, sambil memesan GrabBike untuk
ke Pantai Air Manis bagi melawat Batu Malin Kundang. Tiba di Pantai Air Manis
pada pukul 10:55 pagi.
|
17,000.00
|
5.10
|
7
|
Perlu bayar untuk
masuk ke Pantai Air Manis. Berada di Pantai Air Manis/Batu Malin Kundang
sekitar 50 minit.
|
5,000.00
|
1.50
|
8
|
Oleh kerana liputan
telco Indosat Ooredoo tidak begitu baik, maka sukar untuk memesan
perkhidmatan Grab di situ. Maka saya terpaksa menggunakan ojek (teksi
motorsikal) secara biasa dari pintu masuk Pantai Air Manis ke Taman Imam
Bonjol (Barat). Harga asal adalah Rp30,000 (RM9.00) tapi saya hanya ada wang
Rp50,000 (RM15.00) (wang lebih kecil tidak cukup Rp30,000) dan ojek hanya ada
baki Rp15,000 (RM4.50). Tiba di Taman Imam Bonjol pada pukul 11:25 pagi.
|
35,000.00
|
10.50
|
9
|
Menaiki GrabBike dari
Taman Imam Bonjol (Barat) ke Restoran Ikan Bakar Pondok Mugil Cabang Taman
Siswa (Tamsis), kononnya selepas makan hendak ke Masjid Raya Sumatera Barat
yang berdekatan. Bergerak dari Taman Imam Bonjol pada pukul 11:40 pagi dan
tiba di restoran pada pukul 11:55 pagi.
|
4,000.00
|
1.20
|
10
|
Makan tengahari di
Restoran Ikan Bakar Pondok Mungil Cabang Tamsis (nasi + ikan pari bakar
(terbaik punya) + kangkung polos + teh o ais.
|
85,000.00
|
25.50
|
11
|
Tidak sempat untuk ke
Masjid Raya Sumatera Barat kerana mengejar keretapi ke lapangan terbang.
Mengambil GrabBike dari restoran ke Stasiun Padang (Rp5000). Menaiki GrabBike
pada pukul 1:05 tengahari. Membayar sekali caj masuk stesen keretapi untuk
motorsikal (Rp2000). Tiba di Stasiun Padang pada 1:18 tengahari.
|
7,000.00
|
2.10
|
12
|
Membeli tiket keretapi
dari Stasiun Padang ke Stasiun BIM. Terus menaiki keretapi dan keretapi
berlepas pada jam 1:21 tengahari.
|
10,000.00
|
3.00
|
13
|
Tiba di Stasiun BIM
pada 2:00 petang dan terus ke bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa
Minangkabau. Membeli sebotol air Teh Botol Sostro di salah satu mesin runcit
automatik. Kemudian solat di surau.
|
5,000.00
|
1.50
|
14
|
Usai solat jamak qasar
Zohor Asar, terus ke Balai Berlepas (ada pemeriksaan keselamatan pertama)
untuk mendaftar masuk. Setelah selesai, terus menaiki Balai Pelepasan
(pemeriksaan keselamatan kedua). Singgah membeli teh ais Thai.
|
22,000.00
|
6.60
|
15
|
Setelah melepaskan
lelah dengan menghabiskan teh ais Thai itu. Baru masuk ke Balai Pelepasan
Antarabangsa (ada pemeriksaan keselamatan ketiga sebelum pemeriksaan
imigresen).
|
||
16
|
Menunggu penerbangan
AK404 dan pintu pelepasan dibuka pada pukul 4:05 petang. Pesawat 9M-AGJ
bergerak meninggalkan bangunan terminal pada pukul 4:30 petang dan berlepas
meninggalkan PDG pada pukul 4:40 petang (selepas ini waktu adalah waktu
Malaysia).
|
||
17
|
Penerbangan AK404
mendarat di klia2 pada pukul 6:35 petang dan tiba di pintu ketibaan L10 pada
pukul 6:45 petang. Bergegas untuk prosedur imigresen dan kastam. Singgah ke
Family Mart untuk membeli Onagiri Ebiko untuk alas perut.
|
5.10
|
|
18
|
Menaiki bas Skybus ke
KL Sentral dan berlepas meninggalkan klia2 pada pukul 7:05 malam. Tiba di KL
Sentral pada pukul 8:10 malam. Mengambil motorsikal dan singgah solat di
Madrasatul Gauthiyyah, Brickfields. Usai solat, singgah makan malam di Nasi
Lemak Royale Brickfields (nasi + ayam + telur ayam + kobis + papodum + air
kosong).
|
9.80
|
|
19
|
Selesai makan malam,
terus pulang ke rumah, tiba jam 9:30 malam. (Anggaran penggunaan minyak
petrol motorsikal).
|
2.00
|
|
Jumlah
|
Rp200,000.00
|
RM86.90
|
|
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
Rp200,000.00
|
RM201.95
|
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Journey;
- Travel Guide - Padang, Indonesia.