Click here if want to read in English version.
Jika di dalam ASEAN, hampir semua negara anggotanya tidak memerlukan visa untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk memasukinya bagi tempoh jangka masa pendek seperti antara 15 ke 30 hari (majoriti 30 hari). Namun terdapat negara anggota ASEAN yang memerlukan kita membuat visa terlebih dahulu (visa in advance), iaitu Myanmar. Jadi di sini saya ingin berkongsi cara-cara untuk memohon visa Myanmar (di sini saya lebih menumpukan visa pelancong, untuk visa lain, boleh hubungi pejabat Ever Fine Services Sdn Bhd untuk maklumat lanjut).
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan visa Myanmar. Selain memohon sendiri di Ever Fine Services Sdn Bhd bagi pihak Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, ia boleh dimohon melalui kemudahan eVisa (Visa Elektronik) melalui pelbagai laman web. Tapi bagi saya lebih baik ke laman web eVisa Myanmar, kerana ia merupakan laman web rasmi daripada kerajaan Myanmar. Namun ia berharga US$50 (+- RM210), agak mahal terutama semasa matawang US$ meningkat naik. Lagipun ia hanya boleh dibayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit dengan jenama Visa atau MasterCard sahaja. Tambahan pula, visa ini hanya boleh digunakan di tiga lapangan antarabangsa di Myanmar iaitu di Yangon, Naypyitaw dan Mandalay sahaja. Visa sah selama 3 bulan dari tarikh kelulusan dan boleh berada di Myanmar selama 28 hari sahaja (boleh dilanjutkan selama 14 hari) serta hanya untuk sekali masuk sahaja.

Peta Myanmar.

Satu lagi adalah kemudahan visa-on-arrival, iaitu memohon visa semasa di 3 lapangan terbang iaitu di Yangon, Naypyitaw dan Mandalay sahaja (sama dengan eVisa), bermakna di pintu masuk lain, kemudahan ini tidak diberikan. Maklumat mengenai kemudahan ini boleh didapatkan di laman web visa-on-arrival, Kementerian Imigresen dan Kependudukan, Republik Kesatuan Myanmar. Visa sah selama 3 bulan dari tarikh kelulusan dan boleh berada di Myanmar selama 28 hari sahaja (boleh dilanjutkan selama 14 hari) serta hanya untuk sekali masuk sahaja. Penting, sila sediakan dokumen diperlukan. Harga adalah sebanyak US$40.00 (+- RM164) untuk visa pelancong.
Namun bagi saya, terdapat satu lagi cara paling murah adalah memohon terus melalui kedutaan. Namun mulai Oktober 2013, permohonan visa Myanmar tidak lagi di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur (di Jalan Ampang Hilir). Pihak kedutaan telah menyumber-luarkan proses visa dan perkhidmatan konsular lain kepada sebuah syarikat swasta, Ever Fine Services Sdn Bhd. Pejabat Ever Fine Services Sdn Bhd teletak berhampiran dengan stesen LRT Masjid Jamek, menjadikan ia lebih mudah dihubungi terutama dengan pengangkutan awam berbanding ke Kedutaan Myanmar.
Sebelum memohon visa tersebut, perlu mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Borang tersebut tersedia di pejabat tersebut, atau boleh memuat naik borangnya di sini. Kita boleh memohon bagi pihak orang lain tanpa perlu membawa orang tersebut, kerana tiada pengambilan biometrik dibuat seperti permohonan visa India.
Bagi memohon visa secara biasa, boleh pergi ke alamat di bawah:
Alamat pejabat:
Ever Fine Services Sdn Bhd:
No.19-21, Mezzanine Floor,
Jalan Tun Perak,
50000 KUALA LUMPUR
Telefon: +603-2026 4075
Laman web : http://www.everfineservices.com.my/
Emel : info@everfineservices.com.my.
Waktu perniagaan: Isnin - Sabtu 8:00 pagi sehingga 5:30 petang.
Harga bayaran visa pelancong adalah sebanyak RM141.80 (termasuk caj perkhidmatan (RM30.00) dan GST (RM1.80)).
Jika sudah sampai di kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak, perlu mencari papan tanda Happy Holiday Hotel yang berada di sebelah cawangan 7-Eleven / Burger King atau setentang dengan cawangan McDonald's.
Setelah menjumpai Happy Holiday Hotel, masuk ke dalamnya dan menaiki ke satu aras di atas iaitu aras mazennine sama ada menggunakan lif (tekan tingkat 1) atau memanjat tangga sebanyak satu tingkat.
Akhirnya sampai juga di pejabat visa Myanmar ini. Pergi ke kaunter pertanyaan dahulu dan anda akan diperiksa dokumen sokongan bagi permohonan visa agar lengkap dan betul. Sambil itu, jika tiada borang, boleh memintanya di situ.
(Kemas kini 02 Februari 2017: Mulai 05 Disember 2016, kadar bayaran visa pelancong telah dinaikkan! Sila lihat gambar di bawah untuk kadarnya).
DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN VISA MYANMAR - PELANCONG
1. Pasport Antarabangsa Asal yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh luput. Pastikan ada 2 muka surat kosong.
2. Satu salinan muka surat maklumat diri pasport. (Jika tiada boleh menggunakan kemudahan fotostat di situ tetapi cajnya mahal sedikit).
3. 2 keping gambar diri bersaiz pasport (35 mm x 50 mm) berlatar belakang putih. (Jika tiada gambar, ada perkhidmatan mengambil gambar di pusat ini. Jika membawa gambar bukan berlatar belakang putih, perkhidmatan menyunting gambar kepada latar belakang putih juga ada dengan bayaran RM10.00).
4. Borang yang telah siap diisi. Jika tiada hotel atau penginapan, boleh mencari nama mana-nama hotel di Myanmar untuk diisi di borang berkenaan.
5. Bayaran RM141.80 bagi setiap visa pelancong Malaysia. Untuk kadar visa lain atau bagi warganegara lain, boleh rujuk gambar di atas.
Tidak perlu lagi untuk menyediakan salinan tiket penerbangan dan tempahan hotel untuk visa pelancong.
Setelah lengkap semuanya, barulah petugas pusat visa ini memberikan nombor giliran. Biasa kita tidak perlu menunggu lama untuk dilayan. Apabila dipanggil, segera ke kaunter berkenaan, berikan pasport dan dokumen sokongan untuk dimasukan dalam sistem. Jika permohonan lebih dari satu pasport, petugas akan menanyakan sama ada hendak dibuat satu resit bagi semua permohonan atau resit berasingan. Setelah itu, perlu menunggu nombor dipanggil untuk pembayaran. Resit pembayaran akan diberikan selepas pembayaran dibuat. Setelah itu selesai. Pastikan resit itu disimpan untuk pengambilan pasport nanti, jangan hilangkan.
Jika permohonan anda dibuat sebelum pukul 11:00 pagi bagi hari Isnin hingga Jumaat, pasport bervisa anda sudah boleh diambil pada pukul 4:30 hingga 5:30 petang pada hari yang sama. Namun jika setelah itu dan permohonan hari Sabtu, hanya boleh diambil pada hari perniagaan berikutnya.
Permohonan saya hanya mengambil masa kurang setengah jam sahaja, itu pun kerana terdapat penyuntingan gambar salah seorang ahli rombangan kembara kami ke Myanmar yang gambarnya berlatar belakangkan berwarna biru. Amat mudah dan cepat.
Oleh kerana permohonan saya adalah sebelum pukul 11:00 pagi maka pasport-pasport sudah boleh diambil pada petangnya. Setelah habis waktu pejabat, saya segera ke pusat visa Myanmar ini dan terus ke mana-mana kaunter untuk mengambil pasport-pasport. Inilah rupa visa yang sudah siap.
Jadi, itu serba sedikit perkongsian tentang permohonan visa Myanmar. Semoga ia membantu anda semua.
Click here if want to read in English version.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Click here if want to read in English version.