If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2.
01 hingga 02 Oktober
2018 - Pontianak, Indonesia.
|
|||
Panduan:
|
|||
Rp
(IDR) = Rupiah, matawang Indonesia. Secara amnya, kadar tukaran: Rp 10 000 =
RM3.00 atau RM1.00 = Rp 3333.
|
|||
Waktu
tempatan bagi Indonesia Barat (termasuk pulau Kalimantan) adalah UTC +7 iaitu
1 jam lewat dari waktu Malaysia (UTC +8), contohnya jika Kuala Lumpur pada
pukul 4:00 petang, Pontianak adalah pada pukul 3:00 petang.
|
|||
Persediaan Pra Perjalanan
|
|||
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
Air Asia: (11 September 2018) menempah tiket dari klia2 ke LTA
Supadio, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia (PNK) AK478 (01 Oktober 2018) & dari PLM ke klia2 AK479 (02
Oktober 2018) (RM64.26 + 1000 mata
AirAsia BIG Loyalty) + bas shuttle SkyBus (RM17.80) + makanan (RM14.00).
|
96.06
|
|
2
|
Agoda: (12 September 2018): penginapan sebuah bilik di Hotel
Surya , Pontianak, Indonesia (1 malam) pada 01 hingga 02 Oktober 2018 asal berharga RM 33.76 (Rp120,650),
tolak dengan baki gift card RM 4.61 (Rp16,473) = (Rp104,177).
|
30.47
|
|
3
|
Daftar masuk dan cetak pas kemasukan penerbangan AK478 melalui
web pada 17 September 2018 & AK479
melalui web pada 18 September 2018.
|
||
4
|
Hantar emel kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pontianak pada 17 September 2018 untuk memaklumkan
kehadiran di Pontianak. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan
yang sama.
|
||
5
|
Telin Malaysia: (29 September 2018) Pek kad SIM Telkomsel Kartu As 2 in 1 Malaysia (yang mempunyai 2 nombor telefon, Malaysia & Indonesia
dalam 1 kad SIM) di GraPARI Chow Kit, Kuala Lumpur. (Mempunyai pra isi: RM1.00 & Rp2000.). Muat turun
aplikasi MyTelkomsel untuk pengurusan kad SIM dari Google Play Store (nombor
Indonesia sahaja).
|
10.00
|
|
Jumlah
|
RM136.53
|
||
Hari 1 -16 Februari 2019 (Sabtu)
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (Rp)
|
RM
|
1
|
Meninggalkan rumah pada pukul 1:35 tengahari selepas solat
Zohor. Sampai di Brickfields pada pukul 1:55 tengahari. Terus ke kaunter
tiket di KL Sentral untuk menebus tiket bas Skybus ke klia2. Bas bertolak pada pukul
2:20 petang. Sampai di stesen bas klia2 pada pukul 3:11 petang. Terus ke
balai berlepas untuk mendapatkan pas pelepasan di kaunter V2. Selepas itu
terus masuk pintu berlepas untuk urusan imigresen dan kastam. Terus ke sayap
P untuk pemeriksaan keselamatan dan terus surau untuk menunggu waktu solat
Asar. Usai solat, terus ke pintu pelepasan P9 bagi menantikan pelepasan.
Pintu pelepasan hanya dibuka pada pukul 5:00 petang kerana ketibaan lewat
pesawat 9M-AJH dari destinasi sebelumnya. Pesawat ini meninggalkan bangunan
terminal (pushback) pada pukul 5:19 petang dan berlepas dari landasan 33 KLIA pada pukul 5:48 petang dalam keadaan hujan membasahi bumi Sepang.
|
||
2
|
Selamat mendarat di landasan 15 Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Supadio pada 6:16 malam (WIB) dan tiba di pintu 5 pada 6:20 malam. Pintu dibuka 6:23 malam dan terus ke ke kaunter imigresen
untuk urusan masuk ke Indonesia. Selesai pada jam 6:40 malam dan terus ke
pemeriksaan kastam dan terus keluar. Rehat sebentar sebelum azan Isyak jam
6:56 malam. Saya pun solat jamak di musollah sebelah pintu ketibaan
antarabangsa. Selepas itu dengan internet WiFi LTA Supadio, saya menambah
nilai OVO Rp100,000 (+- RM30.00) melalui aplikasi Grab.
|
||
3
|
Kemudian melalui aplikasi OVO saya menambah nilai kredit (pulsa)
telefon Telkomsel saya sebanyak Rp25,000 (+- RM7.50) dengan caj Rp1000
(RM0.30). Mencuba untuk melanggan perkhidmatan internet (tapi tidak berjaya
tanpa disedari).
|
26,000.00
|
7.80
|
4
|
Saya berjalan ke luar kawasan parkir lapangan terbang untuk
menempah GrabBike dalam keadaan hujan. Berjaya mendapatnya dengan harga Rp1
sahaja (promosi dengan menggunakan OVO). Dalam sepuluh minit, penunggang
tersebut tiba, namun dua orang samseng datang menghalang penunggang GrabBike
dari mengambil saya. Saya membatalkan tempahan dan terus berjalan ke simpang
jalan utama. Setelah sampai, penunggang GrabBike (namanya Herman) dan salah
seorang samseng tiba sebelah saya. Samseng itu meminta wang pemerasan
Rp50,000 untuk diberikan kepadanya, jadi tidak mahu jadi apa-apa, saya berikan
(panjang sikit ceritanya sebenarnya).
|
50,000.00
|
15.00
|
5
|
Seterusnya, Herman (yang kena peras (paw) sebenarnya, jadi saya
tolong dia) hantarkan saya ke Hotel Surya dengan harga sepatutnya dia dapat
(Rp27,000 (+- RM8.10)), saya setuju. Pada masa itu baru saya sedar, langganan
internet saya tidak berjaya dan kredit saya habis diguna data internet. Jadi
saya tambah Rp25,000 (+- RM7.50) dengan caj Rp1000 (RM0.30).
|
26,000.00
|
7.80
|
Dalam perjalanan, saya minta untuk ke mesin ATM Maybank untuk
mengeluarkan wang. Sampai di mesin ATM Maybank, saya mengeluarkan Rp300,000
(+- RM90.00, tetapi dicaj dalam akaun Maybank RM87.30).
|
|||
7
|
Seterusnya, meneruskan perjalanan sehingga hotel. Saya memberikan
Rp50,000 (+- RM15.00) dan meminta Herman menjadi pemandu pelancong saya mulai
jam 9:30 pagi sampai saya kembali ke LTA Supadio esoknya sebanyak Rp100,000
(RM30.00). Alhamdulillah, dia bersetuju.
|
50,000.00
|
15.00
|
8
|
Tiba di hotel sekitar jam 9:00 malam. Pendaftaran berjalan
lancar, perlu deposit Rp50,000. Jadi saya pun berehat sahaja selepas itu.
|
||
Jumlah
|
Rp152,000.00
|
RM45.60
|
|
Hari 2 -17 Februari 2019 (Ahad)
|
|||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (Rp)
|
RM
|
1
|
Terjaga dari tidur pada pukul 03:45 pagi. Niat dihati untuk bersolat di
masjid, tetapi hati ini kerisauan, jadi solat Subuh di dalam bilik sahaja.
Azan Subuh pada pukul 04:12 pagi. Membersihkan diri dan mengemas bilik serta
beg. Berehat sementara hari terang sedikit.
|
||
2
|
Keluar bersiar-siar sekitar kawasan hotel pada pukul 6:00 pagi.
Melewati Taman Tugu Pancasila, pelbagai pejabat kerajaan (Bea & Pajak
(Kastam), Walikota (Majlis Perbandaran), Pos, bank-bank dan Taman Alun
Kapuas. Tiba di Pelabuhan Bardan (feri penyeberangan Sungai Kapuas). Menaiki
feri menyeberang ke Pelabuhan Siantan.
|
2,500.00
|
0.75
|
3
|
Menyeberang pulang ke Pelabuhan Bardan dari Pelabuhan Siantan
menaiki bot penambang. Menyeluarkan wang Rp 50 000 (+- RM15.00) di CIMB Niaga. Pulang kembali hotel untuk bersarapan. Kembali ke
bilik untuk berehat.
|
2,000.00
|
0.60
|
4
|
Menaiki GrabBike pada pukul 08:00 pagi ke GraPARI Telkomsel
Pontianak di Jl Gusti Sulung Lelanang untuk urusan menyelesaikan masalah kad
SIM Telkomsel Kartu As 2 in 1 Malaysia yang tidak boleh melanggan internet.
Waktu menunggu dan urusan lebih 2 jam!
|
5,000.00
|
1.50
|
5
|
Herman mengambil saya di GraPARI pada pukul 10:30 pagi. Pulang
ke hotel untuk daftar keluar. Herman membawa saya makan di Warong Pa' Ngah di
Jl Yos Sudarso yang terkenal dengan bubur pedas, hidangan terkenal Pontianak
(harga adalah untuk dua orang) pada pukul 11:00 pagi.
|
38,000.00
|
11.40
|
6
|
Selesai makan tengahari pada pukul 11:20 pagi, Herman membawa
saya ke Permakaman Diraja al-Qadrie di Batu Layang. Tiba di situ pada jam
12:10 tengahari. Solat di surau sebelah permakaman. Terdapat juga meriam
(dikatakan yang menembak pontianak tersebut) dan batu yang kelihatan seperti
melayang berdekatan. (Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60) dibayar
Herman kepada penduduk tempatan (tiada beresit)).
|
||
7
|
Seterusnya (12:20 tengahari) dibawa ke Tugu Khatulistiwa (tiba
jam 12:30 tengahari). (Bayaran parkir motorsikal Rp3000 (+- RM0.90) dibayar
Herman kepada petugas Khatulistiwa Park (beresit)). Tiada bayaran masuk.
|
||
8
|
Pada 12:50 tengahari, meninggalkan Tugu Khatulistiwa menuju ke
Istana Qadriah (juga dikenali Keraton Qadriah). Singgah di Indomaret di
pertengahan perjalanan untuk membeli 2 botol kecil 600ml (Rp2700 (+-
RM0.81)/botol dan 1 botol besar 1.5 l (Rp4800 (+- RM1.44) air minuman.
|
10,200.00
|
3.06
|
9
|
Pada pukul 1:15 tengahari, tiba di Masjid Sultan Syarif Abdul
Rahman yang tidak jauh dari Istana Qadriah. Menyampaikan sumbangan yang
diamanahkan ke tabung masjid. (Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60)
dibayar Herman kepada penduduk tempatan (tiada beresit)).
|
||
10
|
Pada 1:30 tengahari, ke Istana Qadriah pula. (Tiada bayaran
parkir dan juga masuk percuma, berikan sumbangan ikhlas sahaja).
|
||
11
|
Meninggalkan Istana Qadriah menuju ke Museum Kalimantan Barat
pada jam 1:55 tengahari. Tiba pada pukul 2:10 petang. Bayaran masuk Rp3000
(+- RM0.90)/orang, tiada bayaran parkir. Sepatutnya harga untuk pelancong luar negara adalah Rp 10,000 (+- RM3.00)/orang!
|
6,000.00
|
1.80
|
12
|
Meninggalkan muzium pada pukul 2:30 petang. Singgah di depan
Masjid Raya Muhajidin pada pukul 2:40 petang untuk mengambil gambar.
Meneruskan perjalanan ke Rumah Panjang Radakng. Di sebelah Rumah Radakng,
adalah Rumah Adat Melayu Kalimantan Barat.
(Bayaran parkir motorsikal Rp2000 (+- RM0.60) dibayar Herman kepada
petugas Rumah Radakng (beresit)).
|
||
13
|
Meninggalkan Rumah Melayu Kalbar pada pukul 3:00 petang dan tiba
di Taman Digulis Pontianak pada pukul 3:15 petang. Di sini juga terdapat Tugu
Buluh Runcing di tengah-tengah bulatan. Di sini juga sebenarnya adalah
kawasan Universitas Tanjung Pura.
(Sepatutnya ada bayaran parkir motorsikal kepada orang perseorangan
tetapi tidak dibayar kerana hanya sebentar).
|
||
14
|
Meninggalkan Taman Digulis pada pukul 3:20 petang menuju ke LTA
Supadio. Singgah ke Tahu Sumedang Renyah pada pukul 3:35 petang untuk minum
petang (8 biji tahu sumendang (Rp1000 (+- RM0.30)/biji) dan dua botol Teh
Botol Sosro (Rp8000 (+- RM2.40)/botol).
|
24,000.00
|
7.20
|
15
|
Pada pukul 3:45 petang, usai minum petang, dan kami sampai di
parkir motorsikal LTA Supadio (Rp4000 (+-RM1.20)/kemasukan, dibayar Herman)
pada jam 3:55 petang. Kami berpisah di sini dan saya memberikan Rp110 000 (+-
RM 33.00), lebih sikit dari yang dijanjikan (kebetulan wang saya ada itu
sahaja setelah menolak Rp50 000 (+- RM15.00) untuk sebarang kemungkinan
kecemasan).
|
110,000.00
|
33.00
|
16
|
Ke bangunan terminal dan waktu daftar masuk bagi penerbangan
AK479 telah dibuka, jadi terus mendaftar masuk dan terus naik ke balai
menunggu domestik serta kemudian masuk ke balai meninggu antarabangsa pula.
(Perlu diingat, terdapat tiga kali pemeriksaan keselamatan, iaitu pertama
sebelum masuk balai berlepas (kawasan daftar masuk), kedua sebelum masuk ke
balai menunggu domestik dan ketiga selepas pemeriksaan imigresen sebelum
balai menunggu antarabangsa (disekalikan dengan kastam). Semuanya perlu bersih
dari peralatan logam). (Baki di dalam wallet OVO Rp48 000 (+- RM14.40) yang insya Allah saya akan gunakan sama ada untuk kegunaan utamanya Grab atau lain-lain yang boleh pada perjalanan akan datang).
|
||
17
|
Penerbangan tiba lewat, sepatutnya penerbangan AK479 ini
berlepas pada pukul 6:20 malam tapi 6:15 malam, pesawat AirAsia masih belum
tiba. Sejam sebelum itu, setelah masuk ke dalam bangunan terminal, hujan
ribut berlaku. Alhamdulillah, pada pukul 6:40 malam, sampailah pesawat 9M-AJZ
pun tiba. Sempatlah solat maghrib jamak isyak pada jam 6:12 malam di surau
balai menunggu antarabangsa ini. Pada pukul 6:50 malam, pintu pelepasan
dibuka dan lima minit kemudian, dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Pesawat
meninggalkan bangunan terminal pada pukul 7:04 malam dan 7:08 malam, berlepas
dari landasan terbang 33 LTA Supadio menuju ke klia2.
|
||
18
|
Pada 9:40 malam waktu Malaysia, setelah sejam 32 minit
penerbangan, mendaratlah pesawat 9M-AJZ ini di landasan 33 KLIA. Pada 9:46
malam, ia tiba di pintu L7 dan ia dibuka dalam 4 minit kemudian melakukan
urusan imigresen dan kastam, terus ke stesen bas klia2 untuk menaiki bas
Skybus ke KL Sentral trip jam 10:20 malam (terlepas seminit untuk bas 10:00
malam).
|
||
19
|
Tiba di KL Sentral pada pukul 11:10 malam, terus ke parkir
motorsikal dan terus menuju pulang ke rumah. Singgah untuk makan nasi lemak
ayam goreng rempah di medan selera kejiranan bersebelahan pada jam 11:30
malam dan tiba di rumah pada jam 11:55 malam.
|
6.50
|
|
31
|
Anggaran penggunaan petrol motorsikal.
|
3.00
|
|
Jumlah
|
Rp197,700.00
|
RM68.81
|
|
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
Rp349,700.00
|
RM250.94
|
|
RM104.91
|
Saya di Istana Qadriah, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan...
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2 Part 1;
- Day 2 Part 2.