Jika mahu lihat catatan:
Panduan:
₱ = Peso Filipina (PHP), matawang Filipina. Secara amnya, kadar tukaran: PHP 10 = RM0.90 atau PHP 11 = RM1.00.
Waktu tempatan Filipina adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.
If want to read in English:
- Pre Journey;
- Itinerary (this part);
- Day 1;
- Day 2;
- Day 3;
- Day 4;
- Day 5; or
- Day 6.
Saya di Jeti Pantai Sabang sebelum ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.
Gambar InstaWeather: Pagi di Vigan.
Gambar InstaWeather: Pagi di Vigan.
Gambar InstaWeather: Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa (tetapi kedudukan semasa menggunakan aplikasi InstaWeather adalah di bandar Puerto Princesa).
Panduan:
₱ = Peso Filipina (PHP), matawang Filipina. Secara amnya, kadar tukaran: PHP 10 = RM0.90 atau PHP 11 = RM1.00.
Waktu tempatan Filipina adalah UTC +8 iaitu sama dengan waktu Malaysia (UTC +8).
Bil
|
Butir
|
RM
|
|
1
|
AirAsia: tiket dari
klia2 ke LTA Ninoy Aquino, Manila, Filipina (MNL) AK582 (30 Jun 2016) x 2
& dari MNL ke klia2 AK583 (05 Julai 2016) x 2 (RM79.92/orang) + makanan
RM31.00.
|
110.92
|
|
2
|
AirAsia: tiket dari
MNL ke LT Puerto Princesa - Palawan (PPS) Z2 430 (03 Julai 2016) x 2 &
dari PPS ke MNL Z2 427 (05 Julai 2016) x 2,
(PHP216.82(RM19.98)/orang).
|
19.98
|
|
3
|
Hotels.com (15
September 2016): penginapan di Dormitels Makati Hostel, Makati, Manila,
Filipina pada 02 hingga 03 Julai 2016.
|
13.04
|
|
4
|
Hotels.com (15 September 2016): penginapan di Ezy Stay
Pension, Puerto Princesa, Filipina 03
hingga 04 Julai 2016 (RM61.23 - RM45.33 (tuntutan program kesetiaan Welcome
Rewards Hotels.com)).
|
15.90
|
|
5
|
Hotels.com (15
September 2016): penginapan di Turissimo Garden Hotel,Puerto Princesa,
Filipina pada 04 hingga 05 Julai 2016.
|
47.96
|
|
6
|
Memohon 2 keping pek
kad SIM percuma dari telco Globe (Filipina) melalui laman web pada 31 Mac
2016 dan menerima balasan kelulusan pada 01 April 2016.
|
||
7
|
eTiQa Takaful (02 Mei
2016): International World Traveller Care Takaful - Platinum Individu Zon 2
(Negara Asia) selama 10 hari (30 Jun - 09 Julai 2016).
|
71.00
|
|
8
|
Catch That Bus (01 Jun
2016): Tiket bas ekspres Airport Coach dari klia2 ke Muar pada 05 Julai 2016.
Harga asal RM40.00 tolak kod promosi khas (Selamat Datang) 10%.
|
36.00
|
|
9
|
Aerobus (02 Jun 2016):
Tiket bas shuttle dari KL Sentral ke klia2 30 Jun 2016. Harga asal RM9.00
(diskaun RM2.00 dari harga kaunter).
|
9.00
|
|
10
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan AK582 (Hadi) melalui web pada 16 Jun 2016.
|
||
11
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan Z2 430 (03 Julai 2016 - Hadi) melalui web pada 19
Jun 2016.
|
||
12
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan AK582 (Akmal), Z2 420 (03 Julai 2016 - Akmal) &
Z2 427 (04 Julai 2016 - Akmal) melalui
web pada 20 Jun 2016.
|
||
13
|
Daftar masuk dan cetak
pas kemasukan penerbangan Z2 427 (05 Julai 2016 - Hadi) & AK583 melalui
web pada 22 Jun 2016.
|
||
14
|
Hantar emel kepada
Kedutaan Malaysia di Manila, pada 23 Jun 2016 untuk memaklumkan kehadiran di
Filipina. Juga mengisi borang di sistem eKonsular untuk tujuan yang sama.
|
||
15
|
Membeli beberapa
kepeluan bekalan makanan dan selainnya.
|
20.00
|
|
Jumlah
|
RM343.80
|
||
Bil
|
Butir
|
Matawang Asing (₱)
|
RM
|
1
|
Bertolak dari rumah
menuju ke KL Sentral dengan dihantar oleh isteri pada pukul 2:45 pagi. Tiba
di KL Sentral pada pukul 3:05 pagi.
|
||
2
|
Ke kaunter tiket bas
Aerobus untuk menukarkan penempahan kepada tiket sebenar. Selepas itu menaiki
bas yang bertolak menuju ke klia2 pada pukul 3:20 pagi.
|
||
3
|
Tiba di klia2 pada
pukul 4:15 pagi. Terus masuk ke pintu berlepas dan melaksanakan urusan
imigresen dan kastam. Seterusnya ke sayap L, klia2.
|
||
4
|
Duduk di Plaza Premium
Lounge dengan menggunakan akses percuma selama 3 jam melalui kad kredit
Platinum Public Islamic Bank milik saya. Jika tiada akses percuma, harga
kemasukan adalah RM168.00 setiap kemasukan. Saya bersahur di situ. Bersolat
subuh di surau berdekatan.
|
||
5
|
Pada pukul 7:00 pagi,
saya ke pintu pelepasan Q5 dan bertemu dengan Akmal di sana. Pintu tersebut
dibuka untuk pelepasan pada pukul 8:00 pagi dan penerbangan AK 582 bergerak
meninggalkan terminal klia2 pada pukul 8:25 pagi. Pesawat 9M-AJC tersebut berlepas meninggalkan KLIA
pada pukul 8:45 pagi menuju ke Manila.
|
||
6
|
Pada pukul 12:05
tengahari waktu Filipina (sama dengan waktu Malaysia), pesawat telah tiba di
MNL telah mendarat. Tiba di pintu 103 Terminal 3 MNL sepuluh minit kemudian.
|
||
7
|
Melaksanakan prosedur
kemasukan imigresen ke Filipina. Akmal kemudian menukar sedikit wang Peso
Filipina di pengurup wang di Balai Ketibaan.
|
||
8
|
Kami ke kaunter
syarikat telekomunikasi Globe untuk menebus kad SIM prabayar percuma yang
telah ditempah awal.
|
||
9
|
Kami ke perhentian bas
shuttle untuk ke Pasay Rotonda (Taft Avenue/EDSA) yang terletak hujung kanan
di luar balai ketibaan, untuk menaiki bas tersebut. Perlu membeli tiket di
kaunter terlebih dahulu apabila bas tiba.
|
20.00
|
1.80
|
10
|
Tiba di Pasay Rotonda,
kami berjalan terus ke stesen bas Partas di Pasay untuk menempah tiket bas
untuk perjalanan saya (sahaja) ke Vigan pada malam tersebut.
|
641.00
|
57.69
|
11
|
Seterusnya kembali ke
Pasay Rotonda untuk stesen MRT-3 Taft Avenue untuk ke stesen Buendia (3
stesen) untuk ke penginapan Akmal (Dormitels Makati) selama 3 hari.
|
20.00
|
1.80
|
12
|
Dalam perjalanan, kami
singgah untuk menambah nilai kad SIM Globe kami untuk data (750MB untuk 3
hari) ₱150 dan lebihan kredit ₱50.
|
200.00
|
18.00
|
13
|
Berjalan kami ke
Dormitels Makati dan mendaftar masuk untuk Akmal. Namun Akmal tidak berpuas
hati dengan hotelnya, lalu kami mengambil keputusan untuk tidak menginap di
situ untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. Dalam perjalanan, saya
memohon menuntut bayaran semula bagi penginapan saya (penginapan Akmal tidak
layak kerana ia bercantum dengan hari pertama ini) kepada Hotels.com kerana
masih layak untuk menuntut. Alhamdulillah ia diluluskan dan dikreditkan
beberapa hati kemudian.
|
-13.04
|
|
14
|
Kami kembali semula ke
Pasay Rotunda dengan MRT-3 untuk mencari penginapan Akmal di situ.
|
20.00
|
1.80
|
15
|
Kami mencari
penginapan lebih 2 jam, akhirnya Akmal memilih untuk menginap di Hotel Sogo
Rotonda, pada harga ₱1690 (+- RM152.10) bagi 24 jam. Saya menumpang seketika kerana
perlu ke Vigan dengan bas Partas pada malam itu.
|
||
16
|
Membeli pelbagai
barang untuk berbuka puasa dan perjalanan ke Vigan (sahur).
|
100.00
|
9.00
|
17
|
Pada pukul 9:00 malam
saya bergerak (berjalan kaki) ke stesen bas Partas untuk menukar tempahan
kepada tiket sebenar dan kemudian menaiki bas.
|
||
18
|
Bas bertolak dari
stesen bas pada pukul 10:00 malam.
|
||
Jumlah
|
₱1,001.00
|
RM77.05
|
|
Bil
|
Butir
|
₱
|
RM
|
1
|
Tiba di stesen bas
Pastas Vigan pada pukul 4:30 pagi dengan bersahur di atas bas sahaja.
Bersolat subuh dan duduk menunggu di stesen bas.
|
||
2
|
Pada pukul 5:30 pagi
berjalan kaki menuju ke kawasan warisan bandar Vigan ini, seterusnya ke Plaza
Burgos, Plaza Salcedo dan sekitar Dewan Bandaraya Vigan untuk melihat tarikan
yang ada. Bersiar-siar kira-kira hampir 3 jam.
|
||
3
|
Kembali ke stesen bas
Partas untuk membeli tiket untuk pulang ke Pasay, Metro Manila pada sebelah
petangnya.
|
641.00
|
57.69
|
4
|
Saya kembali ke
kawasan warisan Vigan untuk membeli cenderahati dan kemudian ke cawangan
Maybank Vigan untuk mengeluarkan wang.
|
500.00
|
45.00
|
5
|
Kembali ke stesen bas
Partas untuk menunggu bas yang akan meninggalkan Vigan pada pukul 5:30 petang
(menunggu hampir 7 jam). Sebelum meninggalkan Vigan, saya sempat ke pasar
awam Vigan (sebelah stesen bas Partas) dan kedai 7-Eleven terdekat untuk
membeli buah-buahan dan minuman untuk bekalan buka puasa dan sahur.
|
100.00
|
9.00
|
6
|
Menaiki bas Partas
untuk ke Pasay pada pukul 5:00 petang. Berlepas pada pukul 5:20 petang.
|
||
Jumlah
|
₱1,241.00
|
RM111.69
|
|
Bil
|
Butir
|
₱
|
RM
|
1
|
Tiba di stesen bas
Partas di Pasay pada pukul 3:00 pagi. Akmal menunggu di situ. Bersolat subuh
di stesen bas.
|
||
2
|
Pada pukul 4:45 pagi,
kami berjalan kaki menuju ke Rotonda Pasay untuk menaiki LRT-1 di stesen EDSA
untuk menuju ke stesen Carriedo (8 stesen) yang hanya mula perkhidmatan pada
pukul 5:00 pagi untuk ke Masjid Emas Manila. Kami tinggal seharian di Masjid
Emas Manila ini sehingga pagi keesokan harinya.
|
20.00
|
1.80
|
3
|
Belanja pelbagai untuk
berbuka puasa dan sahur.
|
60.00
|
5.40
|
Jumlah
|
₱80.00
|
RM7.20
|
|
Bil
|
Butir
|
₱
|
RM
|
1
|
Kami meninggalkan
Masjid Emas Manila pada pukul 9:45 pagi dengan berjalan kaki ke stesen LRT-1
Carriedo untuk ke stesen LRT-1 Baclaran, dan kemudian berjalan kaki untuk ke
Terminal 4, MNL.
|
20.00
|
1.80
|
2
|
Oleh kerana sudah
mendaftar masuk, saya terus masuk ke balai berlepas untuk penerbangan AirAsia
Z2 430, Akmal menunggu di luar terminal untuk penerbangannya. Namun
penerbangan saya yang sepatutnya berlepas pada pukul 1:50 petang ditunda ke
pukul 4:00 petang kerana masalah pengurusan dan juga kerana cuaca tidak
mengizinkan. Pihak AirAsia memberikan makanan sebagai tanda pampasan.
|
||
3
|
Menaiki pesawat
RP-C8994 yang menjadi pesawat bagi penerbangan Z2 430 dari MNL ke PPS pada
pukul 3:45 petang. Pesawat ini kemudian berlepas pada pukul 4:30 petang.
|
||
4
|
Pesawat ini kemudian
tiba di PPS pada pukul 5:20 petang.
|
||
5
|
Saya berjalan kaki
menuju penginapan di Ezy Stay Pension, Puerto Princesa sejauh lebih kurang
800 meter. Saya mendaftar masuk setelah tiba. Pada masa sama, saya menempah
pakej ke Sungai Bawah Tanah di penginapan ini.
|
||
6
|
Pada pukul 7:40 malam,
saya kembali ke PPS dengan menaiki tricycle (beca) untuk mengambil Akmal.
|
10.00
|
0.90
|
7
|
Pulang semula ke
penginapan dengan tricycle. Rancangan asal untuk bersiar-siar di bandar
Puerto Pricesa dibatalkan kerana kami penat.
|
10.00
|
0.90
|
Jumlah
|
₱40.00
|
RM3.60
|
|
Bil
|
Butir
|
₱
|
RM
|
1
|
Kami bangun untuk
bersahur pada pukul 3:30 pagi dan subuh masuk pada pukul 4:25 pagi.
|
||
2
|
Pada pukul 6:30 pagi,
Akmal berjalan kaki untuk ke lapangan terbang.
|
||
3
|
Pada pukul 7:15 pagi,
van yang menjadi pengangkutan saya ke Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa
telah tiba. Saya mendaftar keluar dan meninggalkan beg saya di kaunter. Saya
membayar penggunaan air bertapis yang kami guna (setiap 1.5 atau 2 liter
berharga ₱5 (+- RM0.45). Kami
ambil kira-kira 16 liter.
|
40.00
|
3.60
|
4
|
Van ini mengambil
beberapa penumpang di hotel-hotel penginapan mereka. Setelah itu kami ke City
Colloseum, untuk pemandu pelancong kami membuat permit kami masuk ke Sungai
Bawah Tanah.
|
||
5
|
Setelah selesai urusan
(dalam masa setengah jam) kami terus ke Sungai Bawah Tanah yang jaraknya
kira-kira 80 kilometer ke utara bandar Puerto Princesa dengan jarak
perjalanan hampir 2 jam. Wang bayaran pakej dibayar kepada pemandu pelancong
kami. (Pakej saya ditolak ₱200 (+- RM18.00) bagi bayaran makanan kerana saya berpuasa).
|
1,400.00
|
126.00
|
6
|
Kami sampai di Pantai
Sabang. Penumpang-penumpang lain kecuali saya makan tengahari secara bufet di
sini. Setelajh itu, kami menunggu giliran untuk menaiki bot berenjin ke
pantai di mana kami perlu menunggu lagi untuk bertukar ke bot mendayung.
(Oleh kerana hari yang saya pergi, tempat ini baru dibuka setelah 3 hari
ditutup, maka orang agak ramai, masa menunggu pun agak lama).
|
||
7
|
Akhirnya pada pukul
2:00 petang, sampai giliran kami menaiki bot mendayung (dikemudi oleh seorang
pendayung) untuk ke dalam Gua Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.
|
||
8
|
Kami berada kira-kira
hampir sejam di dalam kegelapan gua. Banyak perkara yang menarik di sini.
|
||
9
|
Setelah selesai, kami
kembali semula ke pantai yang mana bot berenjin sedia menunggu untuk kembali
ke Pantai Sabang dan seterusnya kami kembali ke bandar Puerto Princesa.
Sempat juga saya membeli cenderahati di Sabang.
|
550.00
|
57.85
|
10
|
Saya tiba di Ezy Stay
Pension hampir pada waktu maghrib. Saya berbuka di sana dan setelah itu saya
berjalan kaki ke penginapan seterusnya yang lebih dekat dengan lapangan
terbang, Tourissimo Garden Hotel.
|
||
11
|
Sampai di sana,
rupanya hotel ini baru ditutup pada 01 Julai 2016 untuk pertukaran pengurusan
dan pengubahsuaian. Jadi saya terpaksa menempah hotel baru dan saya
mencarinya di aplikasi Hotels.com. Keadaan liputan data Globe agak teruk masa
itu, tapi dari apa yang ada, saya mendapat tahu terdapat penginapan yang
berdekatan yang harganya agak berpatutan. Saya pun ke Palawan Village Hotel
yang hanya 70 meter sahaja. Apabila sampai di Palawan Village Hotel, saya
menggunakan wifi hotel untuk menempah. Setelah berjaya, saya pun mendaftar
masuk.
|
57.85
|
|
12
|
Saya berehat sahaja
kerana kepenatan dan perlu menyimpan tenaga untuk esoknya. Saya juga sempat
meminta pengembalian bayaran penginapan di Tourissimo Garden Hotel dengan
membuat aduan di Hotels.com. Alhamdulillah ia dikembalikan setelah beberapa
hari kemudian.
|
-47.96
|
|
Jumlah
|
₱1,990.00
|
RM197.34
|
|
Bil
|
Butir
|
₱
|
RM
|
1
|
Saya mendaftar keluar
dari penginapan dan berjalan kaki ke PPS pada pukul 7.00 pagi .
|
||
2
|
Membayar cukai
lapangan terbang dan kemudian terus menaiki penerbangan Z2 427 yang
menggunakan pesawat RP-C8189 untuk ke Manila sudah sedia menunggu. Pesawat berlepas
ke MNL pada pukul 7:50 pagi.
|
200.00
|
18.00
|
3
|
Penerbangan Z2 427
tiba di Terminal 4, MNL pada pukul 8:50 pagi. Apabila tiba di balai ketibaan,
saya terus ke kaunter pertukaran untuk mendapat perkhidmatan bas shuttle
pertukaran terminal, perkhidmatan ini adalah percuma (dengan syarat mempunyai
pas pelepasan atau tempahan penerbangan yang disahkan sahaja). 15 minit
kemudian, bas tersebut mengambil kami (saya dan penumpang yang berkenaan) dan
membawa kami menuju ke terminal 3 (juga terminal lain seterusnya) melalui
kawasan dalam lapangan terbang.
|
||
4
|
Apabila sampai di
Terminal 3, saya terus ke tingkat 3 untuk balai berlepas, kemudian ke kaunter
barisan B untuk mendapat pas pelepasan (kerana saya kehilangan pas asal) di
kaunter daftar masuk AirAsia. Selepas itu saya melaksanakan urusan imigresen
keluar Filipina dan kastam serta keselamatan lapangan terbang, seterusnya ke
pintu pelepasan 102 untuk meninggu penerbangan saya. Saya bertemu Akmal di
situ.
|
||
5
|
Pintu pelepasan bagi
penerbangan AK 583 dibuka pada pukul 12:40 tengahari. Penerbangan yang
menggunakan pesawat 9M-AHM berlepas lewat sedikit pada pukul 2:30 petang.
Semasa penerbangan, makanan yang saya tempah saya minta untuk dibungkus.
|
||
6
|
Penerbangan AK 583
akhirnya selamat mendarat di landasan 3 KLIA pada pukul 5:20 petang dan tiba
di pintu ketibaan Q17 pada pukul 5:40 petang. Saya terus ke kaunter imigresen
dan seterusnya pemeriksaan kastam. Tidak sedar Akmal yang tinggal di surau.
Hanya sempat ucap di Whatsapp sahaja.
|
||
7
|
Seterusnya ke pasaraya
Jaya Grocer di gateway@klia2 (aras 2) bagi membeli makanan dan minuman untuk
berbuka puasa.
|
10.00
|
|
8
|
Kemudian, saya ke
surau aras 1 (searas dengan stesen bas) dan berbuka puasa di situ apabila
masuk waktu.
|
||
9
|
Saya menaiki bas
Airport Coach untuk ke Muar di platform B3, klia2 pada pukul 7:50 malam. Bas
ini bergerak untuk singgah ke stesen bas KLIA, di mana saya menukar tiket
sebenar di sana. Akhirnya bas ini bergerak pada jam 8:30 malam dari KLIA. Bas
ini singgah di Seremban sebelum ke Muar dan seterusnya ke Batu Pahat.
|
||
10
|
Pada pukul 10:45
malam, akhirnya sampailah bas ini di Stesen Bas Bentayan, Muar. Menunggu
isteri saya sampai untuk mengambil saya. Oleh kerana bandar Muar mengalami
kesesakan jalan raya, maka isteri saya sampai pada pukul 11:15 malam.
|
||
11
|
Saya sampai di kampung
halaman saya untuk berhari raya pada pukul 12:15 malam.
|
||
Jumlah
|
₱200.00
|
RM28.00
|
|
Jumlah perbelanjaan keseluruhan:
|
₱4,552.00
|
RM768.68
|
Gambar InstaWeather: Vigan.
Gambar InstaWeather: Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa.
KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.
Jika mahu lihat catatan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan