Rabu, 18 Jun 2014

Itinerari (Hat Yai, Thailand - 21 hingga 22 Februari 2014).

Jika mahu lihat log kembara dalam Bahasa Melayu: 
Bahagian 1; atau 
Bahagian 2.

If want to read  travel log in English: 
Part 1;
Part 2; or 
Itinerary.



Persediaan Pra Perjalanan

Kos

1. Kad Diskaun KTM Tiger iCard (sah setahun): RM20.00 - beli di kaunter KTM Antarabandar KL Sentral;
2. Tiket KTM Antarabandar Tren 20 Senandung Langkawi Kelas 2 Duduk dari KL Sentral ke Padang Besar: RM35.00 (harga sebelum diskaun, RM44.00);
3. Tiket KTM Antarabandar Tren 21 Senandung Langkawi Kelas 2 Duduk dari Padang Besar ke KL Sentral: RM35.00 (harga sebelum diskaun, RM44.00);

Jumlah kos harian1/keseluruhan2: RM90.00.

Dalam tangan: ฿422.00(+- RM44.20).



2015H4 (8:15 malam waktu Malaysia (selepas ini sehingga diberitahu adalah waktu Malaysia)).
- Tiba di KL Sentral.
- beli tiket KTM Antarabandar Tren 20 Senandung Langkawi Kelas 2 Duduk dari Padang Besar ke Hat Yai: RM12.00 (harga sebelum diskaun, RM13.00).

2130H (9:30 malam)
- Keretapi KTM Antarabandar Tren 20 Senandung Langkawi bertolak dari KL Sentral.

Jumlah kos harian: RM12.00.
Jumlah kos keseluruhan: RM102.00.



0925H (9:25 pagi)
-Keretapi KTM Antarabandar Tren 20 Senandung Langkawi tiba di Padang Besar.
-Keluar keretapi untuk urusan imigresen dan kastam Malaysia & Thailand.
-Tukar matawang RM50 ke ฿490.00.
-Makan di kedai makan tingkat atas Stesen Keretapi Padang Besar, RM4.50.

1115H (11:15 pagi)
-Keretapi bertolak ke Hat Yai.

1025G5 (10:25 pagi waktu Thailand (selepas ini sehingga diberitahu adalah waktu Thailand)).
-Tiba di pintu sempadan Thailand di Padang Besar, Songkhla, Thailand.

1135G (11:35 pagi)
-Tiba di Stesen Keretapi Hat Yai Junction (di simpang tiga Rodfai Road dan Thamanoonvitee Road).
-Beli tiket keretapi untuk pulang dari Hat Yai ke Padang Besar, ฿57.00 (+-RM5.70).

1200G (12 tengahari)
-Tiba di kawasan Hotel Lee Garden (di simpang empat Prachatiphat Road dan Sanehanusorn Road).
-Ke 7-Eleven Sanehanusorn Road untuk membeli kad SIM dtac Happy Tourist bernilai ฿49 (+-RM4.90).
-Ke 7-Eleven Prachatiphat Road, membeli nilai tambah dtac, ฿60.00 (+-RM6.00).

1330G (1:30 tengahari)
-Restoran Hamid di Prachatiphat Road untuk makan tengahari, ฿205.00 (+- RM20.50).

1420G (2:20 petang)
-Beli cenderahati untuk keluarga, ฿300.00 (+-RM30.00).

1440G (2:40 petang)
-Ke pasaraya Tops di bawah gedung Robinsons di Ratakarn Road. Beli minuman untuk bawa pulang, ฿29.50  (+-RM2.95)

1525G (3:25 petang)
-Ke Stesen Keretapi Hat Yai Junction.

1610G (4:10 petang)
-Keretapi KTM Antarabandar Tren 21 Senandung Langkawi bergerak ke Padang Besar.

1820H (6:20 petang waktu Malaysia (selepas ini sehingga diberitahu adalah waktu Malaysia)).
-Sampai Padang Besar. Turun keretapi untuk urusan imigresen dan kastam Thailand dan Malaysia.

1930H (7:30 malam)
-Keretapi KTM Antarabandar Tren 21 Senandung Langkawi meneruskan ke Kuala Lumpur.

RM
Jumlah kos harian: RM54.50.
Jumlah kos keseluruhan: RM156.50.

฿
Dalam tangan awal: ฿422.00 + ฿490.00 = ฿912.00 .
Jumlah kos harian/keseluruhan฿700.50 (+-RM70.05).
Dalam tangan akhir: ฿211.50 (+-RM21.50).

Keseluruhan
Jumlah kos harian6: RM106.00.
Jumlah kos keseluruhan7: RM262.50 - RM21.50 = RM241.00.


23 Februari 2014 (Ahad)

0635H (6:35 pagi)
-Keretapi KTM Antarabandar Tren 21 Senandung Langkawi sampai di KL Sentral.

Jumlah kos keseluruhan: RM241.00.


Nota Kaki:

1. Jumlah kos harian adalah jumlah kos yang telah dibayar untuk hari berkenaan sahaja.
2. Jumlah kos keseluruhan adalah jumlah keseluruhan kos yang telah dibayar sehingga hari berkenaan.
3. ฿ adalah simbol bagi matawang Baht Thailand (kod THB).
4. H selepas format waktu 24 jam (dalam kes sini adalah 2000 iaitu 8:00 malam) bermaksud UTC +8 iaitu waktu standard Malaysia.
5. G selepas format waktu 24 jam (dalam kes sini adalah 1025 iaitu 10:25 pagi) bermaksud UTC +7 iaitu waktu standard Thailand iaitu sejam lewat dari Malaysia.
6. Bermaksud jumlah kos dalam RM + (tambah) kos dalam ฿ (Baht).
7. Bermaksud jumlah kos keseluruhan - (tolak) baki wang asing yang masih ada dalam tangan.



KembaraGD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan.

Jika mahu lihat log kembara dalam Bahasa Melayu: 
Bahagian 1; atau 
Bahagian 2.

If want to read  travel log in English: 
Part 1;
Part 2; or 
Itinerary.

Tiada ulasan: