If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Travel Guide - Phnom Pehn, Cambodia;
- Journey (this part).
05 September 2018 - Rabu.
Sebelum saya tidur, saya mengunci jam saya agar saya dapat bangun tidur, kerana saya pulang agak lewat daripada mengambil kenalan dari KLIA. Harapannya dapatlah bangun awal dan tidak terlajak tidur. Jika boleh, tidaklah mahu tergesa-gesa untuk sepanjang perjalanan, terutama permulaan perjalanan ini.
Jam saya mula berbunyi pada pukul 3:15 pagi, namun biasalah, keadaan badan yang penat, menyebabkan tidak serta merta bangkit dari katil. Nasib baiklah persiapan beg telah dibuat awal. Pukul 3:45 pagi, barulah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri, kemudian memakai baju, seterusnya bertolak dari rumah ke KL Sentral pada pukul 4:10 pagi dengan menaiki motorsikal.
Alhamdulillah, keadaan jalan pada awal pagi memang lengang, saya tiba di kawasan Brickfields dalam pukul 4:22 pagi. Memakirkan motorsikal saya dan terus ke kaunter tiket SkyBus untuk menebus tiket yang telah ditempah bersama penempahan tiket penerbangan AirAsia tempoh hari. Setelah mendapatkan tiket, saya terus menaiki bas dan tepat pukul 4:40 pagi, bas bergerak meninggalkan KL Sentral menuju ke klia2. Semasa dalam perjalanan, saya mengaktifkan kemudahan pengeluaran wang ATM antarabangsa bagi Maybank Malaysia dan CIMB Malaysia.
Setelah 50 minit perjalanan, bas sampai di stesen bas klia2 pada pukul 5:30 pagi. Saya dengan berjalan pantas menuju ke balai berlepas (kawasan daftar masuk) untuk ke kiosk bagi mencetak kembali pas pelepasan saya bagi kedua-dua penerbangan pergi dan balik. Tetapi, kedua-dua pas pelepasan saya ini memerlukan saya untuk membuat pengesahan. Hairan juga kerana ketika mendaftar masuk tempoh hari, penerbangan pergi ke Phnom Pehn tidak perlu untuk membuat pengesahan. Sebenarnya saya boleh sahaja menggunakan pas pelepasan elektronik, namun mengikut pengalaman sebelum ini, ia agak leceh dalam banyak hal. Pas pelepasan kertas juga yang memudahkan banyak urusan.
Sebelum saya ke kaunter, saya melihat dahulu maklumat di papan kenyataan pintu pelepasan di balai berlepas ini. Pintu pelepasan saya terletak di P21, iaitu pintu yang paling jauh sekali di sayap P. Huh, kena buat semua urusan pra-pelepasan ini dengan segera ini. Tambahan pula kena solat Subuh. Jadi dengan tanpa membuang masa, saya terus ke kaunter pengesahan dokumen untuk pengesahan. Saya tidak faham kenapa kaunter V1, barisannya agak panjang. Saya lihat barisan di kuanter V2 agak pendek, jadi saya ke sana. Mungkin rezeki agaknya, tatkala saya baru hendak berbaris di kaunter V2, di mana di hadapan saya terdapat dalam 7 orang berbaris, kaunter V3 dibuka, maka saya terus ke situ menjadi orang kedua.
Tidak sampai dua minit, selesai urusan saya dan terus saya masuk ke landside untuk urusan imigresen dan kastam. Seterusnya saya perlu melangkah laju melalui jambatan udara klia2 yang rasa jauh itu untuk ke sayap P. Nasib baik di sayap P ini orang tidak berapa ramai di pemeriksaan keselamatan walaupun masa itu adalah masa puncak. Jadi urusannya mudah dan cepat. Selepas itu saya segera ke surau sayap P yang ada satu sahaja di tengah-tengah bangunan sayap dan kecil pula itu. Kebetulan, waktu Subuh masuk pada masa itu.
Alhamdulilah, dapat juga solat berjemaah, dan usai solat terus saya ke pintu P21, dan ia telah dibuka untuk pelepasan. Saya pula antara orang-orang terakhir yang masuk ke situ. Alhamdulillah, sempat juga saya berbuat semua urusan. Saya masuk ke dalam pesawat sekitar pukul 6:15 pagi
Tiket bas Skybus dari KL Sentral ke klia2.
Papan maklumat pelepasan klia2.
Papan kenyataan pintu pelepasan P21.
Saya tiba di barisan kerusi saya dan kelihatan kerusi saya yang berada di tepi tingkap diduduki orang. Muka seperti orang tempatan, maka saya berbahasa Melayu bertanyakan nombor kerusi dia, dia berkata dia memang duduk di situ. Saya membantah, kerana saya kata saya yang mendapat kerusi terbabit. Paling saya bangang, dia siap kata duduk di mana-mana sama sahaja. Hah, apa? Kalau saya empunya tempat duduk membayar lebih untuk menempah kerusi terbabit bagaimana pula. Dia masuk berbuat tegar, dan pada masa itu ternampak pasport Kemboja di kocek beg dia. Ah, padanlah. Jadi saya malas nak berpanjangan, dan juga disebabkan saya hendak ke negara orang, maka saya mengalah. Tapi di dalam hati, macam tidak betul pula saya mengalah, kerana orang itu bukan reti berterima kasih pun. Saya perlu untuk duduk di tepi tingkap (kerana saya memang telah dapat nombor tempat duduk tingkap, jika sebaliknya, saya redha sahaja) untuk mendapatkan permandangan tatkala berlepas dan ketibaan nanti.
Dalam hati yang panas, saya duduk sahaja. Berdiam diri sambil bersalawat menenangkan diri. Takut jadi benda yang tidak diingini. Penerbangan AK356 bagi 05 September 2019 yang menggunakan pesawat 9M-AJI ini bergerak meninggalkan bangunan terminal klia2 pada pukul 6:40 pagi dan berlepas meninggalkan bumi Sepang ini pada pukul 6:55 pagi. Orang yang merampas tempat duduk saya selamba bermain telefon dan tidak memakai tali pinggang semasa pesawat berlepas. Paling hairan, pembantu-pembantu penerbangan langsung tidak perasan. Huh, hebat, ada "memakai" ini kot. Baguslah saya tidak cari gaduh lagi dengan dia ini!
Pada masa lampu isyarat tali pinggang dimatikan, saya terlihat terdapat iklan Rokki di meja tempat duduk di depan saya. Rokki adalah perkhidmatan internet WiFi di dalam pesawat AirAsia. Tidak semua pesawat dilengkapi kemudahan ini, bermakna pesawat 9M-AJI ini mempunyai perkhidmatan Rokki ini. Ramai yang ingat perkhidmatan ini berbayar dan mahal. Ia adalah separuh benar. Jika untuk kemudahan akses internet biasa, maka ia berbayar dan ia agak mahal di mana harga dari RM9 hanya untuk 10MB. Untuk pakej lain boleh layari laman Rokki. Namun ada juga isi kandungan yang percuma. Kandungan hiburan dan informasi menerusi portal Rokki adalah percuma. Jadi kita boleh berhibur di dalam pesawa. Majalah Travel360 pun tidak dibekalkan kerana ia boleh didapati di dalam portal Rokki. Bercerita banyak pula mengenai Rokki, tapi malangnya, saya tidak boleh akses ke dalam portal Rokki dalam pesawat ini. Tidak tahulah ia kesilapan tenikal atau kesilapan saya menerusi telefon bimbit saya. Ini menambahkan kemarahan dalam hati. Jadi lebih baik saya berdiam diri sahaja sambil bersalawat.
Pembantu-pembantu penerbangan kemudian mengedarkan borang imigresen Kemboja dan borang pengisytiharan kastam Kemboja untuk diisi. Jadi bila sudah diisi, apabila tiba nanti, tidaklah perlu mencari borang berkenaan untuk diisi. Jimat masa. Rasanya lebih kurang sahaja seperti borang yang pernah saya isi semasa kembara saya ke Siem Reap tahun 2014 dulu. Kalau ada perubahan pun mungkin sedikit sahaja.
Saya mendapat makanan yang saya tempah iaitu Balutan (Wrap) Ayam Vietnam semasa pengedaran dan penjualan makanan dalam penerbangan ini. Ia didatangkan dengan air mineral cawan (kemudian apabila sampai di Phnom Pehn, baru saya sedar yang saya memesan kopi sebenarnya). Rasanya sungguh sedap terutama terdapat rasa sos thousand islands yang agak berbeza apabila dimakan dengan daun ketumbar dan daun selasih yang dibalut bersama kepingan ayam panggang. Cuma ayamnya agak kering. Saya boleh bagi 4.5 bintang untuk hidangan ini.
Semasa dalam penerbangan, saya melihat perampas tempat duduk saya (huh, macam berdendam sahaja bunyinya), tidur sahaja. Terlepas saya permandangan sekitar Phnom Pehn yang nampak banjir, yang memang menjadi acara tahunan, kerana limpahan Tasik Tonle Sap. Terlepas saya, maklumlah bukan selalu kita ke Kemboja ini.
Meja tempat duduk dalam pesawat memaklumkan
perkhidmatan Rokki tersedia dalam pesawat.
Borang imigresen Kemboja (luar).
Borang Perisytiharan Kastam Kemboja.
Makanan saya di dalam penerbangan AK536.
Akhirnya, 07:40 pagi, waktu Kemboja (GMT +7, sejam lewat berbanding waktu Malaysia, GMT +8. Selepas ini, waktu adalah waktu Kemboja sehingga dimaklumkan sebaliknya.), mendaratlah penerbangan kami di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Phnom Pehn (PNH). Lima minit kemudian, bersambunglah jambatan udara pintu 6 PNH dengan pesawat kami. Maka tidak lama kemudian, berduyun-duyunlah penumpangnya keluar daripada pesawat dan menjejakan kaki ke bumi Kemboja ini.
Saya berjalan mengikut laluan yang diaturkan, sampai di eskalator dan turun ke bawah. Sampai di bawah eskalator, jika terus adalah untuk ke bahagian visa semasa ketibaan (visa on arrival - VoA), jadi saya sebagai pemegang pasport Malaysia, tidak perlu VoA kerana kerana diberikan kemudahan Tanpa Visa (Visa Free) sehingga 30 hari, tidak perlu terus tetapi berpusing ke kanan untuk terus ke kaunter imigresen, tambahan pula borang-borang berkaitan telah ditulis. Banyak juga kaunter yang dibuka, saya terus ke kaunter yang kosong, terus memberikan pasport dan borang imigresen kepada pegawai imigresen Kemboja berkenaan. Dalam masa seminit, selesai urusan, dengan pasport akan dikepilkan bahagian berlepas pula daripada borang imigresen tadi, (jangan hilangkan bahagian ini pula). Saya terus berjalan, melintasi kawasan pengambilan bagasi, kerana saya tiada bagasi yang didaftar masuk., untuk ke lorong kastam. Saya serahkan borang perisyiharan kastam kepada pegawai terbabit dan seterusnya sudah sampai ke pintu ketibaan.
Memang lebih kurang seperti pintu ketibaan di lapangan terbang di Indonesia, keluar pintu ketibaan, tiba di kawasan landside, terus tiada pendingin hawa, udara terbuka. Ternampak di sudut sebelah kanan, terdapat kaunter-kaunter syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) seperti qb, Metfone, Smart Axiata, Seatel dan Cellcard. Saya mencari pengurup wang terlebih dahulu untuk menukar kepada wang riel, kerana wang dolar Amerika Syarikat tapi masih besar walaupun US$1.00. Namun dimaklumkan, ia terletak di dalam airside, alamak, macam tiada sahaja perasan saya, atau saya terlepas pandang. Nampak gaya kena guna pelan lain ini.
Saya terus ke kaunter telco untuk melihat pakej apa yang ada ditawarkan. Kaunter qb tiada petugas, bagi Metfone seperti tidak jelas apa yang ditawarkan pula. Bagi Smart Axiata dan Cellcard, hanya pakej kad SIM Pelancong berharga US$5.00 sahaja ditawarkan, macam tidak berbaloi untuk trip sehari ini. Nampak gaya, saya kena ambil daripada Seatel, yang memberikan kad sim percuma dan pakej data US$1.00/hari. Menarik itu, lebih murah dari pelan perayauan data U Data Roam daripada U Mobile, yang mana di Kemboja jika menggunakan isyarat daripada telco Cellcard, maka ia hanya dicaj RM10.00/hari. Jadi Seatel lebih murah maka itulah pilihan saya. Kad SIM ini tiada perkhidmatan panggilan suara dan sms, hanya data sahaja. Urusan penalaan (setting) telefon saya dilaksanakan oleh petugas kaunter sehingga data pada telefon boleh digunakan. Seatel juga menawarkan MiFi (modem mudah alih) pada harga US$2.00/hari. Petugas boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Seterusnya, saya terus ke mesin-mesin ATM diletakan, iaitu di sebelah kiri pintu ketibaan. Antara mesin ATM yang ada termasuk bank-bank dari Malaysia antaranya Public Bank Kemboja, Maybank Kemboja dan CIMB Kemboja. Jadi saya terus ke mesin ATM Maybank untuk mengeluarkan wang sebanyak US$75.00 namun tidak berjaya. Saya mencuba pula di mesin CIMB, juga sama. Akhirnya saya mencuba mengeluarkan US$100.00, barulah berjaya. Aduh, saya bukan memerlukan wang sebanyak itu pun. Pada masa itu juga, saya menerima sms yang mengatakan akaun saya dicaj RM420.00 untuk pengeluaran tersebut. Nampak gaya, jika ke Kemboja ini, saya akan menukar sahaja US$ di Malaysia sahaja. Kadar lebih baik di Malaysia berbanding di ATM Kemboja ini.
Selesai urusan mengeluarkan wang di mesin ATM, saya terus mencari jalan keluar. Saya dapat juga melihat kaunter penjualan kupon teksi dan remorque (bunyi rimok, merupakan tuktuk versi Kemboja, berbentuk pedati ditarik dengan motorsikal kapcai, juga dipanggil tuktuk, namun tuktuk biasa (bajaj) seperti dilihat di Thailand juga ada di Phnom Pehn), kaunter informasi Royal Railway (keretapi Kemboja) dan kaunter bayaran parkir. Pada masa ini, saya tidak mengetahui bahawa terdapat perkhidmatan keretapi percuma (sehingga 31 Oktober 2018). Ada membacanya, cuma maklumat mengatakan perkhidmatan percuma sehingga 31 Juli 2018 sahaja.
Memang lebih kurang seperti pintu ketibaan di lapangan terbang di Indonesia, keluar pintu ketibaan, tiba di kawasan landside, terus tiada pendingin hawa, udara terbuka. Ternampak di sudut sebelah kanan, terdapat kaunter-kaunter syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) seperti qb, Metfone, Smart Axiata, Seatel dan Cellcard. Saya mencari pengurup wang terlebih dahulu untuk menukar kepada wang riel, kerana wang dolar Amerika Syarikat tapi masih besar walaupun US$1.00. Namun dimaklumkan, ia terletak di dalam airside, alamak, macam tiada sahaja perasan saya, atau saya terlepas pandang. Nampak gaya kena guna pelan lain ini.
Saya terus ke kaunter telco untuk melihat pakej apa yang ada ditawarkan. Kaunter qb tiada petugas, bagi Metfone seperti tidak jelas apa yang ditawarkan pula. Bagi Smart Axiata dan Cellcard, hanya pakej kad SIM Pelancong berharga US$5.00 sahaja ditawarkan, macam tidak berbaloi untuk trip sehari ini. Nampak gaya, saya kena ambil daripada Seatel, yang memberikan kad sim percuma dan pakej data US$1.00/hari. Menarik itu, lebih murah dari pelan perayauan data U Data Roam daripada U Mobile, yang mana di Kemboja jika menggunakan isyarat daripada telco Cellcard, maka ia hanya dicaj RM10.00/hari. Jadi Seatel lebih murah maka itulah pilihan saya. Kad SIM ini tiada perkhidmatan panggilan suara dan sms, hanya data sahaja. Urusan penalaan (setting) telefon saya dilaksanakan oleh petugas kaunter sehingga data pada telefon boleh digunakan. Seatel juga menawarkan MiFi (modem mudah alih) pada harga US$2.00/hari. Petugas boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Seterusnya, saya terus ke mesin-mesin ATM diletakan, iaitu di sebelah kiri pintu ketibaan. Antara mesin ATM yang ada termasuk bank-bank dari Malaysia antaranya Public Bank Kemboja, Maybank Kemboja dan CIMB Kemboja. Jadi saya terus ke mesin ATM Maybank untuk mengeluarkan wang sebanyak US$75.00 namun tidak berjaya. Saya mencuba pula di mesin CIMB, juga sama. Akhirnya saya mencuba mengeluarkan US$100.00, barulah berjaya. Aduh, saya bukan memerlukan wang sebanyak itu pun. Pada masa itu juga, saya menerima sms yang mengatakan akaun saya dicaj RM420.00 untuk pengeluaran tersebut. Nampak gaya, jika ke Kemboja ini, saya akan menukar sahaja US$ di Malaysia sahaja. Kadar lebih baik di Malaysia berbanding di ATM Kemboja ini.
Selesai urusan mengeluarkan wang di mesin ATM, saya terus mencari jalan keluar. Saya dapat juga melihat kaunter penjualan kupon teksi dan remorque (bunyi rimok, merupakan tuktuk versi Kemboja, berbentuk pedati ditarik dengan motorsikal kapcai, juga dipanggil tuktuk, namun tuktuk biasa (bajaj) seperti dilihat di Thailand juga ada di Phnom Pehn), kaunter informasi Royal Railway (keretapi Kemboja) dan kaunter bayaran parkir. Pada masa ini, saya tidak mengetahui bahawa terdapat perkhidmatan keretapi percuma (sehingga 31 Oktober 2018). Ada membacanya, cuma maklumat mengatakan perkhidmatan percuma sehingga 31 Juli 2018 sahaja.
Airside LTA Phnom Pehn.
Peta Penerbangan AK536 05 September 2018 daripada FlightRadar24.
Cop masuk imigresen Kemboja.
Kaunter telco di pintu ketibaan LTA Phnom Pehn.
Kad SIM Seatel Kemboja.
Resit pembayaran pembelian Kad SIM Seatel Kemboja.
Suasana pintu pelepasan LTA Phnom Pehn.
Mesin ATM di LTA Phnom Pehn.
Resit pengeluaran wang ATM Maybank Kemboja.
$100 = +- RM420.00
Saya terus keluar dari kawasan lapangan terbang merentasi lapangan parkir. Melepasi pintu keluar (hati-hati dengan palang yang naik turun) dan pagar lapangan terbang, saya mengambil ke kiri untuk ke perhentian bas. Saya masih tiada wang riel di tangan, nota paling kecil nilainya adalah US$1.00 dari baki saya dapat setelah membayar kad SIM saya tadi (saya guna wang US$10.00 untuk pembayaran). Bas pertama laluan 3 pun sampai, saya naik dan cuba bertanya kepada pemandu, adakah baki diberikan dengan menunjukan wang US$1.00 kepada beliau. Tidak boleh berbahasa Inggeris, tapi saya faham rasanya, tiada baki diberikan. Maka saya pun turun dari bas tersebut. Rasanya saya cuba mencari cara sebelum bas seterusnya sampai.
Saya melihat ada penjaja menjual minuman, jadi saya membeli sebotol Coca-cola 350 ml yang berharga 1500 riel (+- RM1.50), dengan memberikan wang US$5.00. Jadi dapatlah saya baki 18 500 riel. Jadi adalah wang untuk menaiki bas. Selepas 10 minit, sampailah bas seterusnya dan saya menaikinya. Membayar 1500 riel ke dalam tabung dan saya diberikan resit (amat jarang diberi resit, ini adalah nasib saya, kekurang-kurangnya ada tanda hati memori menaiki bas ini). Saya terus duduk di belakang bas. Bas ini lebih kurang bas RapidKL, ada pendingin hawa. Jadi saya nikmati perjalanan ke Pasar Pusat Phnom Pehn.
Sebelum itu, saya telah memuat turun aplikasi Stops Near Me. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan App Store. Aplikasi ini membolehkan kita melihat laluan bas ini. Ia juga boleh melihat bas yang berjalan secara langsung jika pengguna bas terbabit mengaktifkan lokasi mereka di aplikasi ini ketika menaiki bas terbabit. Aplikasi ini sedikit sebanyak amat membantu juga.
Perjalanan pada awalnya agak perlahan juga. Kesesakan di Kemboja amat padat. Jalan Persekutuan Russia yang besar ini boleh dipenuhi dengan kereta, motorsikal, basikal, bas dan lori. Baiknya, tidaklah sampai menaiki bahu jalan atau kaki lima untuk memotong, terutama bagi motorsikal. Semuanya sabar menanti. Selepas 15 minit, barulah berjalan lacar setelah melepasi simpang jalan ke Pengkalan Tentera Udara Pochengtong. Ada lampu isyarat, tetapi terdapat polis yang menjaganya.
Permandangan sepanjang perjalanan menampakkan Phnom Pehn kini rancang membangun dengan pesatnya. Banyak bangunan sedang dibina. Cuma keadaan nampak agak berhabuk sedikit. Lalu lintas agak sesak sikit mungkin kerana ketika itu waktu puncak orang hendak ke tempat kerja. Jam di tangan saya menunjukan pukul 8:30 pagi.
Coca-cola 350 ml Kemboja.
Perhentian bas di luar LTA Phnom Pehn.
ABas henti-henti awam Phnom Pehn laluan 3.
Keadaan di dalam bas.
Tiket bas.
Maklumat aplikasi Stops Near Me Bas Phnom Pehn.
Peta: Perjalanan bas dari LTA Phnom Pehn ke Pasar Pusat Phnom Pehn.
Dengan menggunakan aplikasi Stops Near Me dan Google Maps, saya menekan loceng untuk berhenti di perhentian sebelum sampai di Pasar Pusat Phnom Pehn atau lebih dikenali Central Market. Dalam Bahasa Khmer, ia dipanggil Psar Thmey. Saya tidak ke pasar itu dulu, tetapi berjalan ke Jalan Chey Cheta Street 118 untuk ke Restoran Cafe Malaya, kononnya hendak bersarapan. Namun masih awal lagi, kerana restoran ini hanya dibuka pada pukul 10:30 pagi. Itu pun saya baru perasan di situ. Tapi tidak mengapa pasal saya masih tidak lapar sangat.
Jadi saya teruskan dengan melawat antara mercu tanda utama bandaraya Phnom Pehn iaitu Pasar Pusat Phnom Pehn. Bangunan yang mempunyai kubah di tengah-tengahnya dan empat cabang bersilang berbentuk X ini dibina oleh penjajah Perancis pada tahun 1937. Bercirikan Art Deco, ia masih berfungsi sebagai pasar di samping menjadi tempat tumpuan pelancong.
Banyak barang dijual di sini. Dari barang basah, ke pakaian, ke peralatan elektrik, ke barangan kemas dan sebagainya. Barang cenderhari pelancong memang menjadi jualan utama terutama di pintu utara (tetapi mengadap timur). Di sebelah dalam, di tengah-tengah, terdapat sebuah menara jam. Juga di setiap pintu di bangunan utama, terdapat peniaga yang memberikan perkhidmatan pertukaran wang asing. Namun saya dinasihatkan untuk tukar di tempat lain, jadi saya tidak tukar di situ. Memandangkan ini adalah kembara bajet dan cenderahati bukan agenda utama, maka saya tidak membelinya. Harga di sini pun memang berpatutan dan boleh tawar menawar. Peniaganya agak lembut tidak seperti tempat lain yang terkenal dengan kekasarannya.
Setelah berpusing-pusing sekitar Psar Thmey ini, saya pun menemui sebuah bank di hujung tenggara pasar ini iaitu ABA Bank. Saya masuk ke dalam bank dan disapa oleh petugas yang ada di situ dan menyatakan urusan saya untuk menukarkan wang kertas US$100.00 saya kepada nota yang lebih kecil. Baik sungguh layanannya dan diberi nombor giliran. Saya menunggu kira-kira beberapa minit dan nombor giliran saya tiba, dan membuat urusan. Mudah dan senang, tanpa sebarang halangan. Saya menerima sekeping nota US$50.00, tiga keping US$10.00 dan empat keping US$5.00.
Selepas itu, saya berjalan, dan menemui barisan kedai-kedai barangan kemas atau senang kita sebut kedai emas di sebelah (atau seberang jalan kecil) bank. Di hadapannya terdapat gerai atau mungkin lebih kepada meja dan kerusi, yang terdapat papan iklan wang asing dan nombor disebelahnya, iaitu kadar pertukaran wang yang terbabit di dalam nilai riel. Saya pun menukar US$5.00 kepada salah satu kedai. Saya diberikan kembali 20 500 riel (sepatutnya saya hanya mendapat 20 435 riel sahaja, jika kadar US$1.00 = 4087 riel, alhamdulillah, syukur walaupun nilainya cuma 6.5 sen sahaja 65 riel itu.). Sila semak selepas pertukaran, jangan keliru dengan matawang yang banyak digit dan jangan hilang fokus.
Saya menyimpan sebagai koleksi sekeping masing-masing 10 000 riel dan 5000 riel yang mana ia adalah dominasi yang sudah tersedia ada pada kunjungan ke Kemboja sebelum ini, dan juga saya menyimpan wang nota 1000 riel dan 500 riel yang merupakan wang versi baru.
Saya meneruskan perjalanan untuk ke Taman Neak Banh Teuk yang terletaknya pelbagai tugu termasuk Tugu Kemerdekaan Kemboja. Dalam Google Maps, perjalanan dari Psar Thmey sejauh 2 kilometer menerusi Jalan Preah Norodom Boulevard 41. Saya pun berjalan kaki mengikut laluan tersebut. Dalam perjalanan, ternampak ibu pejabat Maybank Kemboja. Rasa bangga pun ada kerana terdapat bank Malaysia di ibu negara Kemboja ini. Saya meneruskan perjalanan kaki saya sehingga ke hadapan sedikit dari ibu pejabat Agensi Anti Rasuah Kemboja, yang mana saya menjumpai sebuah perhentian bas (berdasarkan juga aplikasi Stops Near Me yang saya buka bersama Google Maps). Saya merasakan lebih baik saya menyimpan tenaga dengan menaiki bas sahaja. Maklumlah, hari masih panjang untuk saya mengembara di Phnom Pehn ini. Kita boleh mengetahui perhentian bas menerusi papan tanda perhentian bas yang menyatakan bas laluan mana yang berhenti di perhentian tersebut. Contohnya di kes ini, bas yang akan berhentia adalah bas laluan 2 yang berwarna merah.
Kalau hendak naik mod pengangkutan lain, harganya lebih dari 1500 riel. Harga teksi motorsikal yang merupakan paling murah berbanding tuktuk, remorque mahupun teksi pun sudah 3000 riel lebih, untuk perjalanan 1.5 km, berdasarkan aplikasi Grab. Ini kerana saya dimaklumkan harga di aplikasi tersebut lebih murah berbanding biasa. Dalam beberapa minit, sebuah bas pun tiba. Saya memasukan 2000 riel ke dalam tabung di sebelah pemandu, lebih 500 riel (kerana saya tidak wang nota 500 riel selain satu-satu 500 riel yang ada yang saya simpan untuk dijadikan koleksi, kalau dibelanja sekarang, bila lagi hendak dapat wang tersebutkan (memang benar, agak sukar mendapat nota di bawah 1000 riel sepanjang perjalanan ini). Tidak mengapalahkan. Perjalanan pun diteruskan.
Selepas itu, saya berjalan, dan menemui barisan kedai-kedai barangan kemas atau senang kita sebut kedai emas di sebelah (atau seberang jalan kecil) bank. Di hadapannya terdapat gerai atau mungkin lebih kepada meja dan kerusi, yang terdapat papan iklan wang asing dan nombor disebelahnya, iaitu kadar pertukaran wang yang terbabit di dalam nilai riel. Saya pun menukar US$5.00 kepada salah satu kedai. Saya diberikan kembali 20 500 riel (sepatutnya saya hanya mendapat 20 435 riel sahaja, jika kadar US$1.00 = 4087 riel, alhamdulillah, syukur walaupun nilainya cuma 6.5 sen sahaja 65 riel itu.). Sila semak selepas pertukaran, jangan keliru dengan matawang yang banyak digit dan jangan hilang fokus.
Saya menyimpan sebagai koleksi sekeping masing-masing 10 000 riel dan 5000 riel yang mana ia adalah dominasi yang sudah tersedia ada pada kunjungan ke Kemboja sebelum ini, dan juga saya menyimpan wang nota 1000 riel dan 500 riel yang merupakan wang versi baru.
Saya meneruskan perjalanan untuk ke Taman Neak Banh Teuk yang terletaknya pelbagai tugu termasuk Tugu Kemerdekaan Kemboja. Dalam Google Maps, perjalanan dari Psar Thmey sejauh 2 kilometer menerusi Jalan Preah Norodom Boulevard 41. Saya pun berjalan kaki mengikut laluan tersebut. Dalam perjalanan, ternampak ibu pejabat Maybank Kemboja. Rasa bangga pun ada kerana terdapat bank Malaysia di ibu negara Kemboja ini. Saya meneruskan perjalanan kaki saya sehingga ke hadapan sedikit dari ibu pejabat Agensi Anti Rasuah Kemboja, yang mana saya menjumpai sebuah perhentian bas (berdasarkan juga aplikasi Stops Near Me yang saya buka bersama Google Maps). Saya merasakan lebih baik saya menyimpan tenaga dengan menaiki bas sahaja. Maklumlah, hari masih panjang untuk saya mengembara di Phnom Pehn ini. Kita boleh mengetahui perhentian bas menerusi papan tanda perhentian bas yang menyatakan bas laluan mana yang berhenti di perhentian tersebut. Contohnya di kes ini, bas yang akan berhentia adalah bas laluan 2 yang berwarna merah.
Kalau hendak naik mod pengangkutan lain, harganya lebih dari 1500 riel. Harga teksi motorsikal yang merupakan paling murah berbanding tuktuk, remorque mahupun teksi pun sudah 3000 riel lebih, untuk perjalanan 1.5 km, berdasarkan aplikasi Grab. Ini kerana saya dimaklumkan harga di aplikasi tersebut lebih murah berbanding biasa. Dalam beberapa minit, sebuah bas pun tiba. Saya memasukan 2000 riel ke dalam tabung di sebelah pemandu, lebih 500 riel (kerana saya tidak wang nota 500 riel selain satu-satu 500 riel yang ada yang saya simpan untuk dijadikan koleksi, kalau dibelanja sekarang, bila lagi hendak dapat wang tersebutkan (memang benar, agak sukar mendapat nota di bawah 1000 riel sepanjang perjalanan ini). Tidak mengapalahkan. Perjalanan pun diteruskan.
Pasar Pusat, Phnom Pehn (Central Marker @ Psar Thmey).
Keadaan di dalam Pasar Pusat, Phnom Pehn.
Keadaan kubah sebelah dalam Pasar Pusat, Phnom Pehn.
Pasar Pusat, Phnom Pehn.
Bank ABA cawangan Pasar Pusat, Phnom Pehn.
Barisan kedai emas di sekitar Pasar Pusat, Phnom Pehn.
៛500 (Siri Ke-14) = +- RM0.50
៛1000 (Siri Ke-14) = +- RM1.00
៛5000 = +- RM5.00
៛10 000 = +- RM10.00
Ibu pejabat Maybank Kemboja.
Papan tanda perhentian bas henti-henti Phnom Pehn.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Pasar Pusat, Phnom Pehn
ke perhentian bas Agensi Anti Rasuah Kemboja.
Peta: Perjalanan bas dari perhentian bas Agensi Anti Rasuah Kemboja
ke Tugu Kemerdekaan Kemboja, Phnom Pehn.
Selepas tiga perhentian, saya pun turun daripada bas dan terus ke Tugu Kemerdekaan Kemboja yang telah saya lewati semasa menaiki bas tadi. Sebenarnya kita boleh saya berhenti selepas dua perhentian, tetapi penanda perjalanan kita di dalam aplikasi Stops Near Me ini seperti agak tidak tepat petunjuk perhentiannya, jadi ketika saya menekan loceng, sebenarnya telah melepasi perhentian terbabit. Perhentian sepatutnya lebih dekat dengan tugu berkenaan yang terletak di bulatan antara Jalan Preah Norodom Boulevard 41 dengan Jalan Preah Sihanouk Boulevard 274, daripada perhentian yang saya turun sebenarnya.
Sampai sahaja di bulatan berkenaan, apa lagi, apa yang saya hanya lihat dari dalam bas ketika melewati bulatan ini pada perjalanan dari Siem Reap ke Bandaraya Ho Chi Minh pada 2014, kini sudah dapat dilihat tanpa halangan di depan mata. Tugu Kemerdekaan Kemboja ini dibina pada tahun 1958 sempena kemerdekaan Kemboja daripada penjajahan Perancis pada tahun 1953. Ia direka oleh arkitek Kemboja, Vann Moleyvann yang mana reka bentuknya di ambil daripada kuil Bantreay Srei dan binaan bersejarah yang lain. Ia menjadi pusat utama perayaan kemerdekaan Kemboja bagi setiap tahun.
Selanjutnya, saya menyelusuri Taman Neak Banh Teuk dan tidak jauh terdapat Patung Memorial Putera Norodom Sihanouk. Patung ini dibina pada tahun 2013 bagi memperingati Putera Norodom Sihanouk yang merupakan Raja Kemboja sebanyak dua kali, iaitu pada 1941 hingga 1955 bagi pemerintahan kali pertama dan 1993 hingga 2004 yang mana baginda turun tahta kepada anakanda beliau, Putera Norodom Sihamoni (Raja Kemboja terkini).
Patung ini setinggi 4.5 meter yang diletakan di dalam binaan stupa setinggi 27 meter keseluruhannya. Patung ini dibina bagi memperingati sumbangan baginda dalam memerdekakan Kemboja daripada pemerintahan penjajahan Perancis pada 1953. Taman Neak Banh Teuk ini merupakan dataran utama di Phnom Pehn ini. Banyak acara-acara rasmi dibuat di sini. Memang agak terjaga juga kawasan ini. Juga dimaklumkan, terdapat papan tanda memaklumkan larangan menggunakan drone di kawasan ini.
Seterusnya saya tidak terus ke tebing sungai yang mana kita boleh melihat ada beberapa lagii mercu tanda Phnom Pehn juga kuala sungai di mana Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong bertemu, sebaliknya saya berpusing ke arah utara untuk ke pintu utama Istana DiRaja Kemboja melalui Taman Wat Botum. Di Taman Wat Batum ini terletak satu lagi tugu iaitu Tugu Pembebasan Kemboja-Vietnam, iaitu sebuah tugu memperingati pembebasan Kemboja daripada kekejaman pemerintah Khmer Rouge oleh pihak Vietnam.
(Scam) Di sini saya ditegur oleh seorang lelaki yang kononnya orang Sabah yang lama. Entah kenapa dia hendak berborak dengannya. Dalam berborak dengannya, saya lihat banyak perkara tidak betul berlaku. Saya memang syak ini adalah scam. Namun dia ada meminta untuk bertukar duit Ringgit dengan saya. Saya mengatakan saya memang tiada membawa duit Ringgit kerana bertukar kesemuanya kecuali RM20.00 (hakikatnya memang ada lebih banyak). Namun tiba-tiba saya bersetuju pula hendak menukarnya, diberikan kepada saya US$5.00 kerana saya minta. Selepas itu saya pun segera beredar. Apabila sudah sampai di Malaysia, baru saya sedar, saya menerima wang palsu. Jadi berhati-hatilah yang di sini, atau di mana-mana pun.
Di timur Tugu Kebebasan Kemboja-Vietnam, adalah Wat Botum, iaitu salah satu wat yang terkemuka di Phnom Pehn. Antara sebab saya menyebut wat ini adalah kerana pada zaman muda Saloth Sar yang kemudian dikenali sebagai Pol Pot, pemimpin Khmer Rouge yang sangat kejam, dia meluangkan masa hidup di wat ini. Saya tidak masuk ke dalam wat ini, kerana bukan antara detinasi tujuan saya pun.
Tugu Kemerdekaan Kemboja, Phnom Pehn.
Tugu Kemerdekaan Kemboja, Phnom Pehn.
Tugu Putera Norodom Sihanouk.
Tugu Putera Norodom Sihanouk.
Taman Neak Banh Teuk.
Tugu Pembebasan Kemboja-Vietnam di Taman Wat Botum
Tugu Pembebasan Kemboja-Vietnam di Taman Wat Botum
Pintu masuk ke Istana DiRaja tidaklah jauh mana, dalam kurang daripada lima minit perjalanan kaki yang santai. Sampai di sana, saya dimaklumkan bahawa istana ditutup pada masa itu. Alah, kalau buka pun bukan saya hendak masuk pun, tiket pun dah US$10.00 atau 40 000 riel (+- RM40.00). Cukuplah saya melihat pintu masuk pun sudah cukup baik. Dari situ dapat direntetkan sejarah Dinasti Kerajaan DiRaja Kemboja ini yang penuh suka duka, onak duri, pasang surutnya. Taman di hadapan pintu masuk istana pun cantik dan teratur. Tidak jauh, terdapat Muzium Nasional Kemboja, pun tidak saya masuki, kerana tiketnya agak mahal US$10.00 atau 40 000 riel (+- RM40.00). Mungkin di lain masa rasanya.
Selepas itu saya ke Tebingan atau secara mudahnya dipanggil Riverside atau nama rasminya Sisowath Quay (Pengkalan Sisowath), yang merupakan siar kaki tebing sungai sejauh 3 kilometer dari titik pertemuan Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong ke Jeti (Pelabuhan) Sisowath, tempat berlabuhnya feri dari Siem Reap dan Vietnam. Di hadapan Taman Istana Diraja ini terdapat Jeti Diraja (Royal Pier). Pada waktu petang, ramai juga orang tempatan mahupun pelancong bersiar-siar dan duduk sini. Saya sampai waktu hampir tengahari, namun adalah orang sedikit.
Cuaca pada ketika itu agak terik cahaya mataharinya namun tidak begitu panas, kerana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Saya pun kurang berpeluh, tidak seperti kebiasaannya. Sempat juga saya mengambil video dan juga membuat video siaran langsung di Facebook page Kembara GD.
Saya meneruskan perjalanan ke utara untuk makan tengahari di restoran Halal Restaurant. Dalam perjalanan, melintasi juga beberapa mercutanda seperti Wat Ounalom dan beberapa buah tugu/patung. Di kawasan Riverside ini mempunyai banyak restoran-restoran antarabangsa, kedai-kedai cenderahati, kedai-kedai serbeneka, tempat-tempat penginapan dan banyak lagi yang berkaitan dengan pelancongan. Harga barang di sini agak mahal sikit berbanding tempat lain.
Selepas itu saya ke Tebingan atau secara mudahnya dipanggil Riverside atau nama rasminya Sisowath Quay (Pengkalan Sisowath), yang merupakan siar kaki tebing sungai sejauh 3 kilometer dari titik pertemuan Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong ke Jeti (Pelabuhan) Sisowath, tempat berlabuhnya feri dari Siem Reap dan Vietnam. Di hadapan Taman Istana Diraja ini terdapat Jeti Diraja (Royal Pier). Pada waktu petang, ramai juga orang tempatan mahupun pelancong bersiar-siar dan duduk sini. Saya sampai waktu hampir tengahari, namun adalah orang sedikit.
Cuaca pada ketika itu agak terik cahaya mataharinya namun tidak begitu panas, kerana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Saya pun kurang berpeluh, tidak seperti kebiasaannya. Sempat juga saya mengambil video dan juga membuat video siaran langsung di Facebook page Kembara GD.
Saya meneruskan perjalanan ke utara untuk makan tengahari di restoran Halal Restaurant. Dalam perjalanan, melintasi juga beberapa mercutanda seperti Wat Ounalom dan beberapa buah tugu/patung. Di kawasan Riverside ini mempunyai banyak restoran-restoran antarabangsa, kedai-kedai cenderahati, kedai-kedai serbeneka, tempat-tempat penginapan dan banyak lagi yang berkaitan dengan pelancongan. Harga barang di sini agak mahal sikit berbanding tempat lain.
Pintu masuk Istana DiRaja Kemboja, Phnom Pehn.
Taman Istana DiRaja Kemboja, Phnom Pehn.
Perbezaan di antara Remorque (depan) & Tuktuk (belakang).
Sisowath Quay atau Riverside.
YouTube: Sepagi di Phnom Pehn..
Antara tugu yang ada di Riverside.
Wat Ounalom.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Tugu Kemerdekaan Kemboja
ke Halal Restaurant, Phnom Penh.
Setelah berjalan lebih 3 kilometer dan kira-kira dua jam setengah sejak saya sampai di Tugu Kemerdekaan Kemboja tadi, maka sampailah saya di depan Halal Restaurant untuk makan tengahari. Maklumlah perut tadi hanya beralaskan Balutan Ayam Vietnam di atas pesawat, sekarang secara automatik perut menjadi lapar, masa berjalan tadi tidak terasa pula!
Jadi saya pun masuk dan duduk di meja paling hadapan di dalam kedai (bukan meja di luar kedai). Jadi salah seorang pekerja kedai ini menyapa saya dalam Bahasa Inggeris (agaknya pasal perasan cara pemakaian saya kot yang bukan macam orang tempatan) dan memberikan menu. Masakan yang ada di dalam ini kebanyakannya ala-ala masakan Malaysia, siap ada teh tarik dan Ali Cafe lagi! Tapi itu bukan saya mahu, saya hendak rasa masakan tempatan yang halal. Harga makanan di situ agak mahal sikit, contohnya Nasi Goreng Melayu (?) berharga 10 000 riel (+- RM10.00).
Saya memesan set Amok Daging (siap dengan nasi) yang berharga 9500 riel (+- RM9.50) dan minum air teh jasmine (melur) berharga 3000 riel (+- RM3.00), setelah melihat orang (orang tempatan) sebelah minum air tersebut. Air teh jasmine ini seperti air Teh Botol, tolak gula sahaja. Sambil menunggu pesanan, terdapat soket elektrik yang boleh masuk plug jenis A dan C. Saya memang membawa plug penyuai sejagat, jadi dapatlah mengecaj telefon dan juga power bank saya yang semakin menyusut simpanan tenaga di dalam baterinya.
Makanan sampai dalam sepuluh minit selepas dipesan. Ia dihidangkan panas-panas. Air teh jasmine pula diberikan sebuah teko kecil (cukup tiga kali tuang air) tetapi panas. Nasib baik diberikan air. Terik pula kalau panas-panas tengahari ini saya minum air panas huhuhu. Menarik sungguh. Jadi saya pun menyuap nasi berkuahkan kuah Amok Daging ke dalam mulut saya. Emmm, sedap juga, alhamdulillah. Rasa dan rupa amok ini lebih kurang masak lemak cuma tidak pedas. Kalau hendak pedas atau masam, terdapat cili padi dan potongan limau nipis diberikan bersama. Atau nak tambah perisa yang lain, terdapat bekas berisi cuka, air cili masam, sos ikan (nampla) dan perisa ajinomoto disediakan di setiap meja.
Amok ini selain daging, terdapat umbut kelapa di dalamnya. Itu yang sedap, kerana saya ini sudah lama tidak merasa umbut kelapa, kegemaran saya pula itu. Memang sedaplah makan. Sebelum ini, saya pernah merasa amok ikan semasa berada di Siem Reap empat tahun kebelakangan tapi tidak sesedap ini. Agak berbaloi juga walaupun agak mahal. Sambil-sambil saya, di dinding di tepi meja saya, terdapat makluman bahawa terdapat cawangan kedua restoran ini dibuka di bandaraya Phnom Pehn ini.
Di restoran ini sebenarnya terdapat WiFi percuma juga, tapi kerana saya melanggan pakej data tanpa had Seatel, saya tidak menggunakan WiFi tersebut. Juga terdapat tandas yang bersih. Memang agak lengkap juga kemudahan di dalam restoran ini. Dalam masa setengah jam, selesai juga saya menikmati juadah makan tengahari saya pada tengahari itu. Alhamdulilah, mengenyangkan dan melegakan. Saya pun membayar makanan tadi kepada pemilik kedai, sempat juga berbual. Dia boleh berbahasa Melayu walaupun agak kurang lancar. Rupanya beliau pernah berkerja di Malaysia. Saya pun memuji makanannya.
Saya juga membuat catatan kunjungan ini dalam blog SantapanGD.
Saya juga membuat catatan kunjungan ini dalam blog SantapanGD.
Setelah pembayaran dibuat, saya pun membuka aplikasi Grab untuk memesan pengangkutan ke destinasi saya seterusnya, iaitu Masjid al-Serkal, untuk menunaikan solat, kerana waktu solat Zohor telahpun masuk semasa saya di restoran tadi. Saya memesan perkhidmatan GrabBike (teksi motorsikal), kerana ia lebih murah dan saya pun hanya seorang. Bagi perjalanan 3 kilometer lebih sikit, harga yang diberikan adalah 5200 riel (+- RM5.20, namun dicaj RM5.32 sen kerana menggunakan kad debit BigPay yang digunakan dalam pembayaran Grab Pay ). Jika perkhidmatan lain harga lebih mahal lagi. Dalam masa lima minit sampailah penunggang GrabBike saya di depan restoran.
Halal Restaurant, Phnom Penh.
Menu Halal Restaurant.
Set Amok Daging & seteko teh jasmine.
Iklan Halal Restaurant cawangan kedua.
Makanan yang telah habis.
Perjalanan di atas motorsikal melalui hiruk pikuk jalanan bandaraya Phnom Pehn, melalui juga bulatan Wat Phnom. Dalam sepuluh minit, sampailah saya di perkarangan Masjid al-Serkal. Masjid ini merupakan masjid yang paling dekat dengan pusat bandar Phnom Pehn (saya anggap di Pasar Pusat).
Masjid ini bangunan asalnya dibina pada 1968 oleh keluarga al-Serkal daripada Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates - UAE). Bangunan yang berdiri kini adalah bangunan baru yang dibina semula menggantikan yang asal pada tahun 2014, yang dihadiahkan oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu, sendiri.
Masjid ini agak besar juga, paling menarik, lantai ruang solat dalamannya, keseluruhan ruangnya dibentangi permaidani. Pengaliran udara dalamannya agak baik, di mana terasa tidak berbahang walaupun terik bahang matahari di luar. Juga ia tidak memerlukan penghawa dingin. Tergantung di kubahnya adalah lampu chandelier yang agak besar juga, menyerlahkan keindahan masjid ini.
Setelah bersolat jamak di dalam masjid ini, saya pun memasukkan amanah sedekah jariah yang mana saya merakamkan video buat bukti penyerah tersebut. Ini kerana sumbangan yang dibuat, bukan sahaja daripada saya, tetapi terdapat sumbangan amanah daripada sahabat-sahabat yang lain. Ini kerana, mulai kembara ini, saya bertekad ingin menyumbang kepada masjid tempatan atau badan kebajikan setempat (yang saya lakukan secara bersendirian) dan mengajak sesiapa yang berminat bersama boleh berhungbung saya secara peribadi melalui mesej terus/peribadi kepada saya.
Peta: Perjalanan menaiki GrabBike dari Halal Restaurant
ke Masjid al Serkal, Phnom Pehn.
Pintu masuk Masjid al Serkal, Phnom Pehn.
Masjid al Serkal.
Masjid al Serkal.
Tempat wuduk.
Permandangan dari Masjid al Serkal.
Keadaan dalaman masjid.
Keadaan dalaman masjid.
Sebelah dalam kubah & lampu chandelier.
Papan kenyataan waktu solat.
YouTube: Sumbangan ke tabung jariah Masjid al Serkal, Phnom Pehn.
Usai bersolat dan menyumbangkan sumbangan kepada masjid, saya pun keluar menuju ke perhentian bas terdekat yang mana saya perlu berjalan sepanjang Jalan Moat Chrouk St 86 untuk ke hadapan Pusat Kesihatan Ibu dan Anak Kebangsaan Kemboja, kira-kira hampir 1 kilometer juga. Di antara perkarangan masjid sehingga ke simpang Jalan Preah Monivong Boulevard (93), terdapat banyak kedai makanan halal.
Selepas simpang ini sampai ke simpang France Street (47), terdapat banyak kedai-kedai menjual aksesori kereta dan juga kedai menjual alat ganti kereta serta bengkel kereta. Akhirnya selepas 15 minit, maka sampailah saya di perhentian bas di depan Pusat Kesihatan Ibu dan Anak Kebangsaan Kemboja. Cuma saya agak keliru, kerana hanya papan tanda perkhidmatan bas laluan 4A sahaja! Tetapi bas pertama sampai adalah bas laluan 2, dan ia berhenti, jadi saya merasakan bas laluan 3 akan berhenti juga. Dalam masa 3 minit kemudian, bas laluan 3 pun tiba dan saya menahannya dengan melambai tangan. Alhamdulillah, bas ini berhenti dan saya pun naik dan membayar tambang dengan wang not 2000 riel (+- RM2.00) kerana tiada wang kecil 500 riel (sepatutnya cuma 1500 riel (+- RM1.50) sahaja).
Bas ini melalui bulatan Wat Phnom, kemudian melalui pula Pasar Pusat Phnom Pehn dan seterusnya menelusuri Jalan Kampuchea Krom Boulevard (128) dan kemudiannya memasuki Jalan Russia Federation Boulevard (100). Dalam perjalanan sempat juga saya melihat gelagat warga Phnom Pehn, juga stesen minyak yang kecil molek berbanding dengan siaz standard stesen minyak di Malaysia. Terpampang di kesemua stesen minyak ini, harga minyaknya dari atas ke bawah 4350, 4050 dan 3900. Saya mendapat tahu kemudiannya yang ia adalah harga dalam riel seliter bagi berikut, super, gasoline dan diesel. Super adalah minyak petrol tanpa plumbum beRON 97 berharga 4350 riel (RM4.35)/liter dan gasoline adalah minyak petrol tanpa plumbum beRON 92 berharga 4050 riel (+- RM4.05)/liter. Bermakna harga minyak diesel bergred Euro 1 berharga 3900 riel (RM3.90)/liter. Alhamdulillah, Malaysia masih lebih murah dan gred lebih baik.
Selepas kira-kira 40 minit dari saya menaikinya, sampailah saya di depan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Pehn di kawasan Pochengtong. Perjalanan balik ini tidak berapa sesak dan sibuk.
Jalan Moat Chrouk St 86 (terdapat beberapa restoran halal di jalan ini).
Banyak kedai aksesori kereta di Jalan Moat Chrouk St 86.
Peta: Perjalanan berjalan kaki dari Masjid al Serkal
ke perhentian bas Pusat Kesihatan Ibu dan Anak Nasional Kemboja.
Antara stesen minyak di Phnom Pehn.
Peta: Perjalanan bas dari perhentian bas Pusat Kesihatan Ibu dan Anak Nasional Kemboja
ke LTA Phnom Pehn.
Saya memerhatikan jam tangan saya pukul 2:00 petang. Saya pun menyeberangi Jalan Russin Federation Boulevard (100) yang luas ini untuk ke kawasan lapangan terbang. Sampai di dalam, saya ke pintu ketibaan dahulu untuk membeli aiskrim di Dairy Queen. Dairy Queen ini adalah rangkaian aiskim popular seluruh dunia yang memang sedap. Saya sempat merasa di pelbagai negara terutama apabila ke Arab Saudi semasa menunaikan umrah. Lega ia ada di Kemboja ini, kerana di Malaysia ia tiada. Bentuk aiskrimnya pun unik, seperti angka 8 dan hujung atasnya akan buat bulat. Aiskrimnya agak kental bermakna lamt cair. Saya bukan dibayar untuk mempromosi, tetapi berkongsi kesedapannya. Saya pun membeli aiskrim vanila (itu pun yang ada, memang difokuskan perisa itu) dan disalutkan dengan coklat cair. Harganya pada panapan harga adalah 6200 riel (RM6.20) (mahal sikit pasal ia berada di lapangan terbang), namun saya membayar dengan campuran wang nota US$1.00 (+- RM4.20) dan 2000 riel (+- RM2.00). Huh, bila dapat merasai aiskrim ini, huh, nikmatnya. Hilang rindu sekian lama.
Selepas menghabiskan aiskrim, saya pun masuk ke dalam balai berlepas untuk daftar masuk. Hanya yang mempunyai tempahan tiket sahaja yang boleh masuk ke dalam balai berlepas yang mempunyai penghawa dingin ini. Sebaliknya yang tiada, kena berada di luar balai, di pintu masuk, akan ada pengawal keselamatan lapangan terbang yang mengawal dan memeriksa setiap penumpang yang masuk. Ketika saya masuk, memang ramai orang yang menghantar orang di depan pintu ini. Memang sesaklah. Nasib baik saya makan ais krim di kawasan ketibaan tadi.
Masuk ke dalam rupa-rupanya kaunter daftar masuk hanya dibuka dua jam sebelum penerbangan. Jadi saya rehatlah dulu sekitar balai berlepas ini. Terdapat beberapa cafe namun harganya agak mahal. Juga terdapat perkhidmatan pembungkusan balutan plastik (wrap) di tepi dinding berhampiran pintu masuk (sebelah kiri pintu). Tandas pun agak bersih di sini. Namun didapati tiada kiosk daftar masuk AirAsia di sini.
Tepat jam 2:40 petang, saya pun ke kaunter 9 hingga 12 untuk daftar masuk AirAsia. Huh, sudah ramai yang beratur. Tiada kaunter khas untuk yang telah mendaftar masuk atau yang hanya hendak drop in bagasi. Semua kaunter melakukan proses yang sama. Jadi saya pun beraturlah di kaunter 9.
Giliran saya hanya sampai kira-kira 15 minit kemudian. Itupun nasib baik cepat kerana 10 orang daripada 12 orang di depan saya merupakan daftar masuk berkumpulan. Dapat sahaja pas pelepasan, maka saya pun naik ke atas sebelah kiri (jika dari kaunter masuk mengadap ke pintu masuk balai berlepas) dengan eskalatornya yang menunjukan papan tanda pintu pelepasan 6 hingga 20. Ini kerana di dalam pas pelepasan menyatakan pintu pelepasan penerbangan saya adalah di pintu pelepasan 6.
Tiba di tingkat atas, terdapat pemeriksaan keselamatan, di mana semua barang logam perlu dilucutkan dari badan (yang mana boleh), juga kasut (tidak kira ada logam atau tiada) yang mana ada dulang khas untuk kasut. Setelah itu barulah melepasi pula pemeriksaan imigresen. Pegawai yang memeriksa dokumen saya (pastikan pasport diberikan bersama bahagian berlepas borang imigresen yang diberikan semasa ketibaan), sempat bertanya (dalam Bahasa Inggeris) kepada saya, hanya perjalanan satu hari sahaja. Saya pun senyum dan menjawab, hanya ada sedikit urusan sahaja, tiket pun murah. Masing-masing tergelak. Memang mesra pegawai imigresen Kemboja ini.
Setelah selesai urusan imigresen, saya pun masuk ke dalam airside. Pertama kita akan jumpa dan lalu adalah kedai bebas cukai. Tetapi walaupun bebas cukai tapi agak mahal juag, lebih baik beli di dalam bandaraya Phnom Pehn sahaja. Habis sahaja melintasi kawasan kedai bebas cukai, kita akan berada di persimpangan, kanan untuk ke pintu pelepasan 8 dan 9 serta kawasan dewan pelepasan 10 hingga 20 (pelepasan menaiki bas untuk ke pesawat) dan kiri ke pintu pelepasan 5 hingga 7 (pintu pelepasan 5 adalah pilihan jika terdapat banyak penerbangan).
Saya ke kanan dahulu untuk berjalan-jalan, kerana penerbangan pun lambat lagi, pesawat tidak sampai lagi pun. Terdapat kedai cenderahati (harga biasalah mahal kerana kedai lapangan terbang), kedai serbaneka, sebuah kafe Starbucks, sebuah penggurup wang dioperasikan oleh Public Bank Kemboja dan sebuah kedai Dairy Queen. Harga produk Dairy Queen (di depan pintu pelepasan 9) lebih mahal dari harga kedai di pintu ketibaan yang saya beli tadi. Kemudian selepasa Dairy Queen, terdapat sebuah eskalator ke atas yang membawa ke lounge Thai Airways dan juga Plaza Premium Lounge. Saya turun semua ke bawah dan terus ke kawasan pintu pelepasan 5 hingga 7. Di sini terdapat juga kedai serbaneka dan juga beberapa restoran, termasuk restoran Taste of Asia yang halal.
Kedua-dua bahagian pintu pelepasan mengamalkan konsep terbuka, namun ada perbezaan iaitu di pintu pelepasan 8 kelihatan agak premium sedikit dengan ada terminal internet percuma yang juga mempunyai kiosk pengecajan telefon bimbit dan sebahagian tempat duduk mempunyai soket elektrik. Orang pun agak kurang sesak di sini, kerana kerusi agak banyak walaupun hanya dua pintu pelepasan sahaja. Manakala keadaan sebaliknya di pintu pelepasan 5 hingga 7 dimana tiada terminal internet, tiada kioks pengecajan dan semua kerusi tiada soket elektrik. Di situ pun agak sesak kerana kerusi agak kurang. Cuma ada sofa yang sesuai untuk keselesaan.
Ketika menunggu penerbangan AK535 ini tiba, pada pukul 4:15 petang, makluman mengatakan penerbangan ini akan mengalami sedikit kelewatan. Ramai pula yang resah, mungkin risau penerbangan dibatalkan kot. Tambahan pula kelihatan langit di luar mulai gelap, hendak hujan. Kelakarnya, ada yang tidak peka, tepat pukul 4:40 petang, ramai yang beratur, memang dasar orang kelas tidak membangun. Selepas mengunggu lebih 10 minit barulah lerai setelah mengetahu situasi sebenar.
Kedai Daily Queen di pintu ketibaan LTA Phnom Pehn.
Aiskrim Dairy Queen.
Pintu masuk ke balai berlepas LTA Phnom Pehn.
Balai berlepas LTA Phnom Pehn.
Perkhidmatan balutan bagasi di balai berlepas LTA Phnom Pehn..
Kaunter daftar masuk AirAsia di LTA Phnom Pehn ketika dibuka.
Cop keluar imigresen Kemboja.
Restoran Taste of Asia di airside LTA Phnom Pehn.
Papan kenyataan penerbangan di Pintu 5 LTA Phnom Pehn.
Selepas mereka bersurai, ironiknya, pesawat 9M-AHX pun tiba. Ramai yang masih tidak bersedia pada masa tu, namun saya memang bersedia. Dalam pukul 4:55 petang, pengumuman untuk pelepasan diumumkan dan petugas pintu pelepasan memanggil penumpang zon 2 untuk masuk (setelah memanggil penumpang zon 1, zon tempat duduk Hot Seat dan penumpang kelainan upaya), iaitu zon di mana tempat duduk saya. Jadi saya pun menjadi antara yang terawal masuk pada pukul 5:00 petang. Saya pun duduk di tempat duduk, dan penumpang bagi penerbangan ini agak penuh juga. Tepat jam 5:25 petang, pesawat ini bergerak meninggalkan banginan terminal dan lima minit kemudian berlepas ke udara meninggalkan bumi Kemboja dalam keadaan hujan membasahi.
Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik, dalam sepuluh minit pertama, pesawat agak bergegar, disebabkan ia melanggar awan yang tebal. Tapi alhamdulillah tidak lama pun, seterusnya penerbangan agak baik sehingga pendaratannya di klia2. Semasa penerbangan, oleh kerana saya terlihat gambar nasi kandar (berharga RM15.00) yang menarik dan terdapat promosi (yang mana dengan kombinasi hidangan utama (termasuk nasi kandar), air mineral Pendang (RM4.00) dan sebungkus kacang tanah goreng (RM4.00) yang jika dicampur berharga RM23.00, menjadi RM20.00 sahaja), maka saya pun memesan perkara tersebut. Lagipun rasa lapar pula masa itu, rasa tidak sabar hendak tunggu bumi Malaysia untuk makan malam.
Akhirnya pada pukul 8:10 malam (waktu Malaysia dan seterusnya dalam catatan ini, menggunakan waktu tersebut), penerbangan AK535 pun tiba di klia2 dan sepuluh minit kemudian tiba di pintu ketibaan P17. Kena berjalan jauh lagi ini, jadi selepas pintu pesawat dibuka saya keluar dari pesawat, saya terus bergerak dengan cepat ke bangunan utama klia2 untuk urusan imigresen dan kastam. Selesai urusan kedua-duanya, saya terus ke stesen bas klia2 untuk ke surau bagi bersolat jamak. Usai solat, saya terus ke bas berhenti untuk menebus tiket bas yang telah saya tempah daripada petugas di situ. Setelah menunggu di dalam bas kira hampir 10 minit, maka bergeraklah bas meninggalkan klia2 menuju KL Sentral.
Alhamdulillah bas ini tiba di KL Sentral pada pukul 9:50 malam. Saya terus ke parkir motorsikal dan tiba di rumah pada pukul 10:10 malam. Sebelum saya ke rumah, saya menunggu isteri dan anak sulung saya di medan selera untuk makan malam. Selepas selesai, kami pun sampai di rumah pada pukul 10:40 malam.
Begitulah serba sedikit pengalaman perjalanan kembara pendek saya ke Phnom Pehn, Kemboja. Walaupun pendek, namun ada juga pengalaman yang boleh diperolehi. Penting sekali, kalau dah ketagih berjalan, pendek pun jadi juga.
Insyallah saya akan berkongsi catatan perjalanan saya pada masa akan datang. Mohon setia dengan blog ini untuk catatan seterusnya.
Ingat seperti kata Qi Razali, pengacara siri pengembaraan The Street, "Jadilah Pengembara, Jangan Jadi Pelancong (Be A Traveller, Not A Tourist).
Saya harap juga agar pembaca dapat mengukai (like) segala kandungan yang ada dan mengikuti (follow) saluran-saluran rasmi KembaraGD seperti di bawah:
Twitter @KembaraGD; dan akan datang
Mohon menggunakan tanda pagar (hash tag) #KembaraGD juga. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh.
Kembara GD - Terokai Dunia, Kenali Kehidupan... (Exploring the World, Knowing the Life...).
Jika mahu lihat catatan:
If want to read in English:
- PreJourney;
- Itinerary;
- Travel Guide - Phnom Pehn, Cambodia;
- Journey (this part).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan